Rabu, 31 Disember 2008

Pertanyaan buat MB Perak

Alhamdulillah syukur kerana kerajaan PR Perak mengurniakan status hakmilik bebas (kekal) kepada pemilik tanah di Kg Baru dan Kg Tersusun.
Ada beberapa kemusyhkilan  dalam hal ini yang memerlukan jawapan daripada pihak YAB MB.
Mengikut maklumat dari media masa dan pegawai di pejabat tanah proses penukaran status tersebut melibatkan 7 langkah sahaja iaitu:
  1. Isi borang JADUAL 1 orang borang permohonan tanah.(2 salinan)
  2. Isi Borang 12 borang penyerahan balik tanah (5 salinan) - Disi dengan dakwat hitam dan ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah
  3. Sertakan salinan asal geran
  4. Beli Pelan 2 salinan 
  5. Sertakan salinan Kad Pengenalan Pemilik Tanah
  6. Bayaran proses RM80.00
Nampak mudah kan ...

Maklumat ...
  • beli borang JADUAL 1 dan Borang 12    RM21.00
  • beli pelan 1 salinan RM20.00
  • bayaran proses RM80.00
Pengalaman saya ...

Mula sampai Pejabat Tanah Taiping, cangak sana cangak sini ... tanya sana ... tanya sini. Ada kerani kata tak tahu ... lepas tu ada lah sorang jawab acuh tak acuh apa kena buat ... bila minta manual proses pertukaran ... kata tak ada. Jawab pulak kerani sorang lagi ... tak larat nak cakap dah... tolong fotostat manual proses (seperti 7 langkah di atas).
Saya tanya ... geran asal saya dicagarkan ke Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia nak buat macammana ... jawapan...  dapatkan sendiri dari sana, kami nak geran asal.
Saya pergi ke unit kewangan (jarak 50 meter) ... buat bayaran RM21 ... patah balik ke bahagian tadi dan tunjuk resit ... dapat borang. Selepas itu pergi pulak ke unit (tak ingat) untuk beli pelan (jarak 10 meter). Petugas tu tanya nak buat apa ... beli pelan daerah XXXX ... jawapan petugas, kakitangan yang jaga kawasan tu cuti ... tak boleh dapatkan pelan kawasan tu untuk hari tu ... saya melenting dan minta jumpa pegawai lebih atas. Masuk jumpa pegawai atas ... baru sepatah dua saya bercakap dengan nada lembut ... pegawai tu kata rumah teres tak boleh dapat hak milik kekal (beliau belum jelas apa yang nak saya sampaikan ... cepat sangat melatah). Setelah cerita dan tunjuk salinan pelan fotostat kg tersusun yang saya bawa baru beliau minta petugas tadi uruskan. Kena sekali lagi ke unit kewangan ... bayar RM20 ... (pergi balik 100 meter). Tunggu dan dapat pelan. Ada sorang Pakcik tu suami isteri dah 3 kali datang masih belum beres ... urusan air katanya. 
Selesai bab Pejabat Tanah. Saya hantar Emel Pejabat Pinjaman Perumahan Putrajaya tanya cara nak dapatkan geran kembali untuk tujuan di atas ... sampai hari ini tiada jawapan. Telefon Pejabat Pinjaman Perumahan ... asyik passing saja dari satu pegawai ke satu pegawai ... semua tak pasti ...dan tiada jawapan tepat dan boleh dipertanggungjawabkan.  Pergi ke Putrajaya ... jumpa di kaunter ... kata kerani / petugas tu geran tak boleh bawa keluar ... kena bawa resit bayaran hasil dari pejabat tanah. Saya tak puas hati ... naik ke tingkat 6 (Unit Geran) ... tunggu ... ramai orang ... serah surat yang saya bawa (telah di cop melalui majikan saya). Kata pegawai tak boleh keluar geran selagi tak habis bayar. Setelah diterangkan apa yang diminta oleh pejabat tanah, pegawai berkenaan meminta saya kembali ke pejabat tanah dan mendapatkan pengesahan dari pejabat tanah Taiping bahawa geran itu akan digunakan untuk menukar status tanah pajakan ke hakmilik kekal atau lantik peguam untuk menguruskan. Saya minta pegawai berkenaan menjawab surat saya dan saya akan menunjukkan surat berkenaan ke Pejabat Tanah Taiping. Beliau kata akan hantar ke alamat saya secepat mungkin. Sehingga hari ini tak nampak pun bayang surat tu. 
Cerita ini tidak berakhir  di situ saja, sekembali saya ke Taiping (selang beberapa hari) saya ke Pejabat Tanah semula dan mengemukakan surat yang saya tulis untuk dihantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan seperti yang diminta melalui Pejabat Tanah. Seperti biasa ... petugas/kerani jawab pegawai tak ada ... saya tanya esok ada ... tak pasti ... lepas tu pergi jumpa seseorang kakitangan yang saya tak pasti siapa. ... selepas cerita secara ringkas dia belek borang permohonan saya dan cakap tak payah ambil geran asal ... pergi beli salinan geran yang disahkan pegawai (RM80) ... geran ni sama macam asal. Saya ke kaunter depan dan tanya lagi adakah boleh saya lakukan seperti yang disarankan ... kakitangan kaunter kata tak boleh. Saya jumpa CC nak minta cop surat yang saya buat untuk dipanjangkan ke Bahagian Pinjaman Perumahan ... beliau keberatan kerana katanya Pejabat Tanah tidak boleh terikat dengan apa-apa dalam urusan ini ... pulak!! Saya tanya bolehkah saya buat melalui peguam ... beliau menjawab peguam akan hubungi Pejabat Tanah ... kami tak boleh terikat dalam urusan ni .... aduh!!! Beliau menelefon rakan setugas di Ipoh .... jawapan sama ... tak pasti. Beliau menunjukkan salinan taklimat yang diterima dari .... (siapa?) menyatakan Pejabat Tanah tidak boleh terikat dalam proses ini. Kemudian saya bertanya lagi sekiranya saya dapat memenuhi semua 7 perkara tersebut (di atas) adakah saya perlu membayar premium tanah? jawapan ... ya ... berapa? Mungkin memakan ribuan RM .... apa ni .... kalau tak mampu bagaimana? Borang 12A Permohonan Untuk Menyerahkan Balik Tanah dah isi dan ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah???? Tak bertanah la saya ... serah bulat-bulat ... dah la tu dibeli puluhan malah ratusan ribu RM (bukan tanah kurniaan yang premium dibayar sekitar RM8000). 

Katakan seseorang itu telah mengisi borang penyerahan balik tanah (borang 12A) dan JADUAL 1 (Permohonan Tanah) ... ada 3 kemungkinan boleh berlaku (hanya andaian saya)...
  1. Pemilik akan kehilangan tanah jika tak mampu bayar premium yang memakan ribuan RM (Kemungkinan orang kaya akan untung)
  2. Permohonan tanahnya tidak diluluskan
  3. Tanahnya dipohon oleh orang lain dan diluluskan
Saya terus bertanya berapa lama proses penukaran tersebut? .... jawapan tak pasti!!!
Nasihat saya jangan gopoh membuat pertukaran tersebut ... pastikan dulu bahawa anda tidak akan kehilangan tanah ... jangan menang sorak kampung tergadai.
  • Kasihanilah orang yang tak mampu ... mungkin premium tanah boleh dikecualikan kerana pemilik tanah telahpun membayar sebelumnya atau pun telah membeli dengan harga yang tinggi ...
  • Kakitangan pejabat tanah ... berilah penjelasan lengkap (termasuk bayaran premium dsb), jangan bila datang baru cerita itu tak kena ... ini tak lengkap dsb.
  • Pinjaman Perumahan sokonglah ... berilah bantuan kepada pemilik tanah.

YAB MENTERI BESAR PERAK TOLONG JAWAB SAT ...



3 ulasan:

  1. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    BalasPadam
  2. nama saya Alberth Eduard Sanady, saya berusia 47 tahun dan saya tinggal di Jl. Sorido Raya. km.12 No. 14. Kota Biak Provinsi Papua. Indonesia. Saya kehilangan 87 juta Rupiah kepada peminjam palsu hanya kerana saya memohon pinjaman 1 bilion Rupiah untuk melabur dalam perniagaan resort saya di Bali.
    Baru-baru ini saya sedang membaca artikel berita di blog tentang mengenai mengenai pandemik coronavirus dan bagaimana ia telah mempengaruhi setiap sektor ekonomi.
    Di blog saya, saya melihat kisah ibu yanti Ari dengan alamat, nombor telefon dan juga nombor Whatsapp pada bahagian komen tentang bagaimana dia meminjam dengan jayanya dari ibu ANA MICHAEL JAMINAN JAMINAN JAMINAN dan di bawah adalah maklumatnya

    ibu Yanti Ari dengan nombor telefonnya: +62 821-1644-0184 dan nombor Whatsapp nya: +62 821-1644-0184. dia tinggal di Kota Medan. e-melnya: ariy62612@gmail.com dan ini adalah butiran syarikat yang dia katakan bahawa dia dihubungi.
    PINJAMAN JAMINAN JAMINAN dan e-mel hubungan syarikat :: anamichaelguarantytrustloans@gmail.com

    Daripada rasa ingin tahu, saya memutuskan untuk menghubungi ibu yanti untuk mengesahkan sama ada cerita yang dikongsi beliau adalah benar kerana saya sudah menjadi mangsa peminjam palsu, jadi saya memanggilnya dan kami juga bercakap pada whatsapp di mana dia menghantar saya semua bukti pinjamannya dari PINJAMAN TRUST JAMINAN.
    Setelah melihat dan mengesahkan segala yang ibu memberitahu saya, saya memutuskan untuk menghubungi PINJAMAN JAMINAN JAMINAN dan saya telah hadir. Setelah saya menyerahkan semua dokumen yang diminta dari saya. Permohonan pinjaman saya telah diluluskan dan saya menerima pinjaman saya dalam akaun bank. Saya berjanji kepada ibu Yanti bahawa saya akan mengambil masa saya untuk berkongsi kebaikan jika saya menerima pinjaman daripada syarikat. Semoga Allah terus memberkati ibu Yanti dan syarikat untuk apa yang telah mereka lakukan untuk saya.
    anda boleh menghubungi ibu Yanti jika anda mahu dan anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui e-mel saya: albertheduardsanady@gmail.com

    BalasPadam
  3. Nama saya Ny. Yanti Ari. Saya pemilik bisnis yang menjual kosmetik. Untuk beberapa saat, saya telah mencari pemberi pinjaman Pinjaman yang dapat saya pinjam untuk mengembangkan bisnis saya dan juga menciptakan lapangan kerja bagi orang lain. Pengalaman pertama saya dengan pemberi pinjaman internet begitu buruk dan saya kehilangan jumlah 28 juta karena saya mengajukan permohonan sebesar 600 juta untuk meningkatkan bisnis saya. Setelah pengalaman saya, saya berjanji pada diri sendiri bahwa saya tidak akan pernah meminjam dari internet karena saya ditipu.

    jadi, suatu hari yang setia saya membaca artikel di blog dan setelah saya selesai membaca, saya pergi untuk memeriksa bagian komentar untuk mengetahui pendapat mereka. Saya melihat komentar oleh '' Dian Pelangi "perancang busana terkenal dan dia berbagi cerita tentang bagaimana dia meminjam pinjaman besar dari perusahaan tempat Ibu Ana Michael bekerja.

    Kemudian, saya memutuskan untuk menghubungi Dian Pelangi perancang busana terkenal dan saya menceritakan kisah saya tentang bagaimana saya kehilangan 28 juta dari pemberi pinjaman buruk padanya. Saya masih ingat dengan jelas bagaimana dia mengatakan kepada saya bahwa semua pencarian saya untuk pemberi pinjaman yang andal sudah berakhir. dia mengirimi saya nomor teleponnya dan saya memanggilnya untuk memastikan karena saya tidak ingin kehilangan uang lagi. dia berbicara kepada saya dan berkata saya harus menghubungi perincian perusahaan tempat Nyonya Ana Michael bekerja dan saya akan menerima pinjaman saya tanpa penundaan dan saya harus mencoba membagikan kabar baik saya agar orang lain selamat dari pemberi pinjaman yang buruk.

    Jadi saya menghubungi Ny. Ana Michael melalui email: (ANAMICHAELGUARANTYTRUSTLOANS@GMAIL.COM)
    Ini adalah email Dian Pelangi: (DIANPELANGIINDONESIA@GMAIL.COM) yang saya hubungi.
    Setelah saya menghubungi perusahaan pinjaman, saya diminta untuk menyerahkan semua yang diminta dari saya sebagai peminjam dan setelah beberapa saat, pinjaman itu disetujui untuk saya dan saya menerima pinjaman saya tanpa penundaan atau segala bentuk tekanan.
    jadi, saya menambahkan informasi pribadi saya untuk siapa saja yang mencari pemberi pinjaman yang dapat dipercaya untuk menghubungi saya dan saya siap untuk membantu Anda karena saya ingin orang lain diselamatkan dari pemberi pinjaman yang buruk.

    Nama: Yanti Ari
    Nomor telepon saya: +62 821-1644-0184
    Nomor Whatsapp: +62 821-1644-0184
    Kota: Medan
    Email saya: ARIY6261@GMAIL.COM

    Saya berdoa semoga Allah memberi orang-orang yang membutuhkan pinjaman untuk melihat kisah saya ini sehingga mereka dapat diselamatkan saat saya diselamatkan. Saya selalu siap memberikan bantuan kepada siapa pun yang membutuhkannya, jadi jangan ragu untuk menghubungi saya kapan saja karena saya tidak membuat orang-orang saya jatuh ke tangan pencuri !!!

    BalasPadam