Thursday, December 4, 2008 4:22 AM
From:
"Zbo Zbo"
To:
TIKedah@yahoogroups.com
Perak dipersoal beri hak milik bebas
Oleh Abdul Razak Din
Hilmi Ismail
IPOH 3 Dis. – Kerajaan Perak hari ini dipersoalkan kerana meluluskan penukaran status hak milik tanah lot kediaman dan perniagaan daripada hak milik pajakan kepada hak milik bebas di kampung-kampung baru dan rancangan perkampungan tersusun (RPT) yang berkuat kuasa hari ini.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, pihaknya mempersoalkan sama ada tindakan meluluskan status tanah hak milik pajakan kepada hak milik bebas adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri atau membabitkan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, GMP kurang senang dengan tindakan kerajaan negeri bertindak demikian kerana sepanjang pengetahuan mereka pemberian tanah hak milik kekal adalah atas ‘keadaan istimewa’.
‘‘Oleh itu kita akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk pengadilan secepat mungkin bagi menentukan kesahihan keputusan dan kuasa kerajaan negeri menukar syarat kepada hak milik bebas itu.
‘‘Biar mahkamah menentukan kesahihan tindakan ini dan mempersoalkan tindakan yang dibuat secara tergesa-gesa ini. Apa jadi sekiranya tindakan ini di luar bidang kuasa negeri?” soalnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm
Alasan kerajaan tak dapat ambil balik tanah kalau nak buat projek kalau dah bagi hak milik bebas sebenarnya tak timbul ... kerajaan boleh ambil balik tanah dan bayar pampasan ikut nilaian semasa. Yang sebenarnya bukan itu alasan utama ... alasan yang tersirat ialah tanah kampung baru Kaum Cina 100 % itu saja ... sampai bila lagi kita nak hidup ikut acuan perkauman ni. Apa salah kalau kita hidup berbaik-baik dan tak usah berburuk sangka. Cina tak kacau hak keistimewaan Melayu dalam perlembagaan dan Melayu tak kacau Cina dalam memperkembangkan perniagaan. Bak kata sorang kawan tu ... pagi dia kerja boroh ... malam dia bantu kawan berniaga pasar malam ... hidup susah kais pagi makan pagi ... kais petang makan petang (dia orang Melayu ada hak keistimewaan melayu) tapi kalau orang Cina yang nak ambik hak keistimewaan melayu dia ... ambiklah ... dia bukan dapat ada apa pun ... hak istimewa melayu dia pun tak memberi apa-apa keistimewaan pun, dia hidup susah macam tu jugak! Orang cina yang tak ada hak keistimewaan pun kaya-raya .... Secara logiknya yang mana kita pilih ... ada hak istimewa tapi hidup melarat atau tak ada hak istimewa tapi hidup senang-lenang ... MALAYSIA NI KECIK AJE .... KALAU ASYIK BERGADUH SAPA NAK JAGA? ZBO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan