Isnin, 1 Disember 2008

Tok Imam kata; dsbnya

[TIKedah] Tok Imam kata; dsbnya
Monday, December 1, 2008 4:55 AM
From: 
"Stephen Collins"

To: 
tikedah@yahoogroups.com

Assalamu'alaikum.
 
Ada la sikit cerita-ceriti. Dek kerana Mak Ngah bila pok-pek selalunya 'serius' (entah kenapa) maka bersedia la kalian menahan tempisan air liur dalam pok-pek ku ni. Minta maaf awal2 la, sebab kot sat ni terkena kat sapa2 walaupun tak gitu niat di hati. Allah hu'aalam.
 
Alhamdulillah pagi Ahad ni sempat bawa anak2 dengar sedikit ceramah di pengakhiran kursus di masjid selama beberapa hari tu. Syukurlah ramai yang mai. 
 
Tiga orang tok2 shaikh bagi kata penutup, alhamdulillah: tentang fitrah lelaki dan ompompuan (men need to be respected for that is their fitrah; while the women need to be loved because that is what Allah had designed for them from the beginning); memupuk konsistensi antara ilmu (dari kitab, seerah, tafsir, hadith, sejarah) supaya serasi dengan perbuatan/amalan seharian mengikut shari'ah (sebolehnya)
dan kepentingan mendidik anak2 supaya bangga dengan status Muslim mereka walaupun sentiasa ditarik oleh segala yang 'moden.'
 
Juga para ilmiah tu ingatkan kami semua supaya lebih berwaspada sebab di masa terdekat kami semua akan mengharungi fitnah al-fitan yang akan menyerang ummah gedebuk-gedebak kiri kanan depan belakang. Disarankan supaya: amal maaruf nahi munkar. Gitu la serba sikit.
 
Alhamdulillah kedua anak2 dah makin rapat dengan teman2 baru di masjid ni. Tak la nampak macam rusa masuk kampung sangat dah. Bulan ni masuk setahun la kami ke masjid Annur; setelah tujuh tahun ke masjid tempat Mak Ngah berkhidmat dolu ni. Alhamdulillah banyak berkat dari segala ceruk. Semuanya dari Allah Maha Kaya yang mahu kebaikan pada kita semua. Terpulanglah pada individu samada nak terima atau tidaknya.
 
Tadi semasa pulang dari masjid, bersembang la dgn anak2 berdua tentang ceramah tu serba sikit, saja nak test depa ingat ke tidaknya. 
 
Pok-pek la tentang cara2 nak seimbangkan ilmu yang dipelajari bersesuaian dengan amalan/akhlak seharian. Ilmu tu secara resamnya banyak punca dan sumber berguna. Secular dan religious mesti ada. Kena tuntut sama-rata sewaktu muda ni supaya bila dewasa esuk2 insyAllah akan siap sedia jadi 'khalifah' dalam hidup seharian. 
 
Jadi untuk menerangkan tentang penyatuan intellectual dengan spiritual Mak Ngah bagi la satu contoh dan bercerita kat depa. Mak Ngah ni tiap hari bagi 'halaqah' pada anak2 dalam kereta. Tak kira la jauh dekat perjalanannya, mesti keluar lecture. Tak tahu la depa dengar atau tidak. Cuma nak sering ingatkan ALLAH MAHA AGUNG supaya IA sentiasa dalam hati/fikiran depa berdua. InsyAllah.
 
Ceritanya:-
 
Ditakdirkan Allah Taala di satu malam di bulan Ramadan lepas, kami sekeluarga ke masjid tempat Mak Ngah bertugas dulu, setelah lama menghilang dek kerana dah berkunjung ke masjid Annur sekarang. Pergi pun atas niat mengiratkan hubungan siratulrahim. Seorang insan yang baru sembuh dari sakit misteri buat la sikit kenduri, jadi bila dia jemput terimalah dengan tangan terbuka sebab menghargai rezeki dan hidayah yang Allah turunkan padanya. Alhamdulillah. 
 
Dijadikan cerita, penyakit misterinya itu tidak dapat diubati dek pakar2 sampai depa pening kepala. Hampir dua bulan hamba Allah tu ditahan di wad waktu Mak Ngah hampir ziarahi Malaysia. 
 
Maha Kaya Maha Suci Allah yang tahu segalanya: ramai Muslim mai ziarah dan berdua'a kat dia walaupun hamba Allah ni, hmmm....nak sebut camna? Gini la, sebelum sakitnya tu dia tak beropa nak ramah dengan sesiapa. Faham2 sendiri saja lah. Namun setelah disembuhi oleh Allah Taala secara tiba2, hamba Allah ini bertukar tabiatnya alhamdulillah. La ni lebih mesra dan lebih lebar senyumnya alhamdulillah.
 
Itu sebabnya walaupun di satu ketika dia tak 'mesra' dengan Mak Ngah (la ni kalau dia nampak saja, dia mai cium muka dan berpelukan dengan saya) Mak Ngah heret anak2 pi ke majlisnya.
 
Iftari bulan Ramadan---nak berbuat baik lalu Mak Ngah pelawa seorang wanita (bertudung/berjilba b) mai kongsi meja bersama kami sebab nampak macam takut2 dan was2 saja rupanya. Rupanya ompompuan omputih ni bukan Muslim walaupun berpakaian serba tutup dari kepala hingga ke kaki.
 
Katanya: saya hormati orang Islam. Bila dijemput ke masjid kamu, saya kena lah tutup aurat supaya tidak menjatuhkan imej Islam di tempat kamu ni.
 
Mak Ngah kata la, antara lawak dan pelawa: Awak dah berselubung gini, mungkinkah awak bersedia memeluk agama Islam di satu hari nanti? Besar nya Kuasa Allah hantar awak ke sini di malam yang baik, bulan yang baik ni. Mungkinkah ini caranya 'GOD' wants you to accept Islam?
 
Gitu la kot kata Mak Ngah; dah lama--tak ingat sangat dah.
 
Dia kata saya percaya 'GOD' itu satu dan saya percaya Muhammad itu Rasul. Namun saya lebih sesuai mengikuti ajaran Kristian (orthodox) sebab itu agama saya sebenarnya.
 
Hmmm....Subhanallah , Mak Ngah tak mau la berdebat dengannya sebab faham sangat dengan keintiman 'kepercayaan' seorang manusia. Tak boleh dipaksa dan dipertikaikan jika ALLAH tak buka pintu hatinya. Lagi pun waktu iftar, mulut penuh dengan nasi dan lauk. Sat ni tak tertelan pulak.
 
Tup, tup...mai la ke meja kami sepasang suami isteri. Isteri Muslim dari Pakistan (seorang intellectual dan tidak berhijab), si suami omputih Katholik (jugak seorang intellectual) . Depa ni Mak Ngah kenai dah lama sewaktu dok kerja di SALAM tu la. Faham sangat dengan pe'el si insan ni dan terasa agak janggal tak tau sebab musababnya. Ya ALLAH, ampuni lah daku ni, busuk hati. (Itu la kena masuk gua agaknya).
 
Maka ditakdirkan Allah Taala duduk la depa suami isteri di meja kami. Mak Ngah nak berpindah pun tak tau nak duduk tang mana; juga sat ni kecil hati si wanita bukan-Muslim yang berhijab tu kalau Mak Ngah undur diri. Hmmm....mujurlah si lelaki tu duduk dua kerusi jauhnya dari Mak Ngah jadi tak la nampak jelas 'hok-hek' itu ini. Allah hu'aalam.
 
Pok-pek, pok-pek la satu meja. Yang asalnya dari Pakistan tu lebih ramah pok-pek nya. Alhamdulillah. Tak apa la, boleh la Mak Ngah kunyah diam2 sementara dia layani teman2 semeja.
 
Entah kenapa dalam dok syok berkunyah menikmati iftar dari Allah Maha Pemberi, tup,tup, ditanyanya (hat yang intellectual asal Pakistan tu): Kenapa kamu tidak datang ke SALAM, Hasnizah? Pergi mana?
 
Mak Ngah kata: Saya sekarang bawa anak2 ke masjid Annur alhamdulillah sebab sejak depa mula nak dewasa saya tenguk Annur tu lebih baik untuk iman kami sekeluarga. Di sana banyak kelas2 sesuai untuk mereka dan untuk saya. Alhamdulillah. Jadi kami aktif di mana Allah hantar berkatNYA pada kami anak-beranak. 
 
Dia tanya: Apa maksud awak? Apa kurangnya SALAM ni?
 
Mak Ngah kata: Tak ada apa yang kurang SALAM ni alhamdulillah cuma di sini lelaki pompuan bercampur gaul tanpa banyak cerita. Saya nak membesarkan anak2 dalam suasana lain sikit dari biasa sebab, iya lah...supaya khusyuk salat kami semua dan tidak dipandang atas bawah dek kaum Adam sewaktu di masjid. Itu sikit bedanya SALAM dgn Annur: di sana ada 'kelumbung' sesuai untuk saya dan anak2 dara berdua. Saya ni lemah dan anak2 pun masih belajar mengenai agama kita. Kena ada consistency dalam ilmu yang mereka pelajari seimbang dengan akhlak mereka. InsyAllah. (Gitu la lebih kurang). 
 
Mak Ngah ada alasan2 lain yang lebih bernas dan BENAR tapi itu rahsia antara Allah dan Mak Ngah sekeluarga; jugak tak mau pulak disangka waraq tak kena gaya jadi itu saja la yang Mak Ngah kata.
 
Jawapan itu rupanya tidak memuaskan si anu ni. Subhanallah. 
 
Diukurnya Mak Ngah ataih bawah dengan mata yang kasar dan dengan nada bergaung dia berkata: Ada ka munasabah alasan awak tu? Siapa yang mai salat di sini dok perhatikan awak? (Hmmm...minta maaf la, depa dok perhati anak2 dara dan anak2 dara perhati depa--bisik hati Mak Ngah). Mana ada dalam Islam kita kena dipisahkan lelaki pompuan dengan dinding? Awak ni pelik. Kan ka awak dulu ni wartawan, tentunya banyak pengalaman? Kan ka awak dulu ni kerja berpangkat di korporat? Kan ka awak berijazah dari Amerika? Kan ka suami awak tu omputih jugak? Kenapa awak pergi ke Annur tu (reputasinya dianggap 'kuno' atau fundamental kononnya)? (Leceh--gitu la gerak air muka dan cebikan bibir si anu tadi).
 
Jelas la si anu ini mencabar Mak Ngah. Astghafirullahil aazim. Mak Ngah ni, aduhai, silap haribulan bukak langkah silat gayung. Tu dia.
 
Tapi diam sat. ALLAH sedang mendengar dan melihat. Hasnizah? Nak diam ka (sebab Allah suruh bersabar terutama di bulan Ramadhan) atau mencelah balik menegapkan pendirian sendiri? 
 
Dia tu se usia mak pak kita. Dah jadi isteri orang 30 tahun lamanya, pandai bijak tutur kata, kaya raya dan sering melancung serata dunia---itu bahagian dari ALLAH kepadanya. Mak Ngah ni---hmmm, tak boleh buat tandingan la sebab usia beruban 45 gini pun dok bodoh lagi dalam banyak segi.
 
Subhanallah. Hasnizah. Hasnizah. Siapakah kamu di sisi ALLAH?
 
Itulah, kekawan--Mak Ngah ni tak gheti diam (nak buat camna?) lalu dengan mata bersinar panas dan bersuara tegas berkata: Tidak sekali2 saya menganggap masjid ini lebih baik dari masjid yang lain2 ataupun sebaliknya. Cuma saya terasa sekarang ni di bawah perintah dan petunjuk Allah Taala yang memudahkan saya ke Annur, mungkin di sana ada banyak kelebihan untuk saya dan keluarga saya. Untuk iman kami dan Islam kami. Saya sudah meminta izin dari ALLAH: semua gerak-langkah saya, saya minta dulu izin dari ALLAH. Jika itu yang Allah beri pada saya, saya tidak akan menolaknya walaupun mungkin kini saya ini di depan mata awak dan manusia lain sudah jatuh martabat tetapi mungkinkah di Mata Allah, amalan saya banyak diredhai dan ditermaNYA? Hati saya pun yakin, jiwa saya pun tenang. Jika Allah kurniakan yang terbaik untuk saya, tiada siapa di mukabumi ini berhak menahan saya dari menerima RahmatNya. Pilihan saya tidak pernah saya anggap sia-sia atau sebagai 'jatuh pangkat,' walaupun sememangnya anda memandang saya ini rendah kerana saya tidak ikut jejak anda.
 
Senyap dia. Subhanallah, se minit kemudian dia batuk2 sampai merah muka. Ada tulang ayam tersekat di kerongkong rupanya.
 
Allah hu la illa ha illa huwa.
 
Mak Ngah nak berundur tapi nasi tak habih lagi jadi kena perabihkan dulu supaya tidak sia2 rezeki dari Allah Taala. Dok beristighar dalam hati.
 
Kesian kat si omputih pompuan yang berhijab tu, tak tau tang mana dia nak tunjuk mukanya. Hati Mak Ngah masa tu masih dok 'hot'--tapi sejuk kembali sebab menyaksikan keadilan Ilahi: Lihat, Hasnizah, di sisimu ini ada dua kaum Hawa. Seorang Muslim yang enggan menerima apa yang Allah pelawa padanya (ISLAM) dan mungkin itulah sebabnya suaminya masih lain agama. Dan di sebelah mu ini sorang wanita yang 'menerima' hakikat wujudnya Allah dan hormat pada Islam walaupun di waktu ini dia belum berganjak dari agama Kristiannya. Lihat dan sedar, Hasnizah---HIDAYAH itu bukan milik intellectual atau milik sesiapa saja jika ALLAH TAALA enggan restui rahmat tersebut pada mereka serta mereka tidak sendiri enggan mengejarnya. Astghafirullah' il aazim.
 
Subhanallah. Siapakah kamu, Hasnizah, di sisi ALLAH TAALA? 
 
Ditakdirkan Allah, si suami dah merah muka (tak tau samada malu kat gelagat isterinya atau marah kat Mak Ngah menjawab gitu rupa). Senyap dia. Isterinya kemudian berkata: saya tidak suka memaksa siapa2. Lihat lah suami saya, John, dia masih beragama Katholik dan tidak akan peluk agama saya. Saya masih Islam dan tidak akan peluk agama nya. Saya kahwini dia atas dasar cinta pada nya. Kalau kami memaksa satu sama lain memeluk agama tersendiri, tak adil la sebab itu seolah memutuskan 'fitrah' masing2. (Dalam bahasa omputih: accept him for who he is; and not who you wished him to be).
 
Subhanallah. ...jahat sungguh hati Mak Ngah sebab bila dengaq hat tu, terbisik dalam hati: Then, where is the LOVE for ALLAH? Where do you place ALLAH? What, then, is the purpose of your life if ALLAH is not foremost? Hmmm? Hmmmm?
 
Astghafirullah. ALLAH IS FIRST. ALLAH MUST BE FIRST.
 
Mak Ngah minta izin dari semua dan heret anak2 keluar dari tempat tu. 
 
Allah hu la illa ha illa huwa. Ini satu lagi tanda dari NYA kenapa dilarangiNYA Mak Ngah berkunjung ke tempat2 tertentu. Subhanallah. Yang benar semuanya dari yang Berhaq dan Maha Esa ALLAH. Yang palsu tu adalah dari diri sendiri yang pincang dalam banyak hal astghafirullah.
 
Ini yang Mak Ngah cerita kat anak2. Anak2: Allah must be foremost, nothing can come between you and ALLAH.
 
Sesungguhnya, atas takdir ALLAH, di kalangan para ummah yang mengaku Muslim ada yang lain pendapat dan lain pandangan. Lalu lain lah cara mereka hidup dalam lingkungan 'keislaman' masing2, Allah hu'aalam. Benar tidaknya itu tak berani Mak Ngah nak teka sebab kalau silap sebut, nanti mai MurkaNYA. Cuma berharap agar sepanjang hidup ku ini biarlah dikelilingi dan dirapati dek insan2NYA yang mendalam iman dan taqwa; di mana tidak akan berganjak mereka dari siratul-mustaqim walaupun diejek dan dihina. Amin. Amin. Alhamdulillahi rabbil aalamin.
 
Wassalam.
Mak Ngah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan