Daripada: MNasir Hj Hashim
Subjek: [TIKedah] Cikgu Baanyak, Ustadz Ada Ka?
Kepada: TIKedah@yahoogroups .com
Tarikh: Sabtu, 6 Disember, 2008, 7:13 AM
Dalam group kita ada banyak cikgu. Tapi saya nak tanya; ada ka yang jadi ustadz. Ada ka tak dak? pasai pa tak dak?
Ni kisah satu ustadz sekolah rendah...
Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada
pelajarnya..
"kamu hendak ke mana?...syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke
syurga..angkat tangan...!!" maka semua pelajarnya pun mengangkat
tangan kecuali seorang murid. Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa
hendak ke neraka?".... .semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk
seorang murid tadi...dengan kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan....
habis awak nak ke mana??".
Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya
suruh saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi ke mana-mana,tunggu
sampai,, dia jemput"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan