Khamis, 4 Disember 2008

   Miss Ooi
  Cikgu Ishak
  Cikgu Ahmad Din

TIKedah] Jasa guru....cikgu
Thursday, December 4, 2008 9:42 AM
From: 
"Mohd Ramlan bin Ali"
 
To: 
TIKedah@yahoogroups.com


Semasa di TIKedah dulu, yang mengajar Kimia di kelas teman pada masa itu ialah Cikgu Ishak.

Pada mula dulu teman tak minat sangat dengan subjek Kimia ni, tapi bila masuk penggal kedua persekolahan di Tingkatan 4 teman jadi berminat dan rasa subjek ini agak mudah.

Apa yang cikgu Ton cakap tu tentang teknik belajar kimia itulah yang teman applikasikan pada masa itu. Hingga pada hari subjek kimia tu pun teman keluar awai sebab confidence sangat dengan jawapan yang teman berikan dan jangkaan teman pada masa itu boleh dapat A2. Tapi sayangnya bila result keluar teman Cuma dapat C3.

Teknik yang sama juga cuba teman perturunkan kepada anak teman, tapi tak mahunya mengikut. Bagaimanapun teman harap dia dapat score yang baik dalam peperiksaannya yang baru lepas.

Seorang lagi cikgu yang bersungguh-sungguh ialah cikgu metamatik moden dan tambahan iaitu Ms. Ooi. 

Dia memang benar-benar mahu pelajar-pelajar memahami apa yang diajarnya hinggalah pada suatu hari tu bila dia tanya dan kami tak dapat jawab, dia merajuk dan buat serius.

 
Cikgu Ahmad Din juga telah membuatkan teman jadi lebih berminat dengan Bahasa Malaysia hingga teman jadi Yang Dipertua Persatuan Bahasa Malaysia tahun 1980.
 

Tapi yang paling teman tak boleh lupa ialah cikgu kelas teman semasa teman darjah 3, mendiang P.Pattoo yang teman tumbuk dia kerana menampar teman yang teman memang tak bersalah. Selepas hampir 2 bulan dia tidak mempedulikan teman, akhirnya dia minta maaf dengan teman sebab ada seorang cikgu Cina namanya Tang Kam Ching telah menyiasat perkara itu dan dia tahu teman memang tak salah.

Tapi dia dah tak pedulikan teman hampir 2 bulan. Walaupun teman angkat tangan nak jawab soalan dia buat tak pandang saja walaupun tak ada orang lain yang angkat tangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan