[TIKedah] Hamba Allah yang ku hormati
Thursday, December 4, 2008 6:22 AM
From:
"Stephen Collins"
To:
tikedah@yahoogroups.com
Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah pagi tadi Mak Ngah pi buat orientasi bersama sponsor2 lain dari masjid Annur kat hospital yang akan mengubati pesakit2 lecuran api (senjata/bom) dari Iraq.
Mujurlah sempat ke situ sebab di waktu yang sama Mak Ngah temani anakku, Jaida, melawat Sacramento Food Bank ikuti kelas nya; hospital dekat dengan pusat dermaan tu, jadi berkejar ke sana sini supaya sempat buat dua2 aktiviti. Sewaktu Mak Ngah mengalih arah ke hospital, Jaida dan teman2 sekelasnya buat tinjauan meronda bangunan tu. Dengar kata depa kena buat kerja sukarela bantu orang2 susah yang berhimpun tepi Food Bank tu hari ni. Ramai ibu/ anak2 kecil dan homeless people. Subhanallah, makin bertambah si miskin di kawasan ini.
Allah Maha Kaya. Syukur lah ummah masjid sudi membantu jadi tuanrumah. Syukur alhamdulillah. Ke semua lima pasangan ibu anak dari Iraq kini ada tempat menginap bila depa sampai bulan depan insyAllah.
Pihak hospital menekankan hospital akan beri bantuan perubatan diagnosis, surgeri, follow-up outpatient treatment. Alhamdulillah. Tu besar sangat dah pemberian depa. Beratus ribu dollar kos perubatan yang depa derma. Yang memulakan projek ni ialah wanita omputih Kristian yang biasa pi merawat mangsa2 perang di Iraq tahun lepas. Dia yang hubungan pihak masjid bulan November lepas, mencari calun2 'tuanrumah' dari kalangan Muslim. Alhamdulillah.
Kos2 yang lain tu, depa kata, adalah tanggungan tuanrumah. Allah Maha Kaya. Kalau lah kami tak cukup apa2, Mak Ngah yakin Allah akan hantar bantuan dari serata ceruk yang tertakluk di TanganNYA pada tetamu kami. Alhamdulillah. Namun terasa macam dah kaya dan cukup puas dengan apa yang kami terima, mungkinkah ini perasaan tak rasional?--tak dak rasa risau pun. Allah hu'aalam. Rezeki dari Allah melimpah-ruah sentiasa.
Selepas temubual dengan pengurus pesakit tu, kami diperkenalkan pada adik Abdullah (12 tahun) yang sudah pun menjalani pembedahan skin graft-nya. Alhamdulillah. Belakang kepala leper macam persegi, botak sikit mungkin dari kesan cederanya, sementara bahagian badan yang melecur terbakar tu alhamdulillah berbalut eluk walaupun nampak parut2 lecuran dari lehernya dan tangannya (hat lain tak nampak sebab dia pakai gaun). Senyum semedang budak tu. Ceria sungguh dia hari ni. Alhamdulillah.
Ibunya baya adikku Zarina, isteri sedara Mae'e, orang Kemaman tu. Alhamdulillah. Nampak ceria menerima pelawat.
Bersembang cuma sesaat dua sebab tak gheti sembang dalam bahasa nya. Namanya Jannah. Mak Ngah rasa mungkin sebelum Maghrib di hari Eid-ul-Adha nanti nak pi bawa sikit juadah kat depa. InsyAllah. Kesian, depa beraya jauh dari keluarga.
Rupanya ke dua beranak Abdullah dan Jannah ni bila keluar wad nanti akan menetap bersama sorang janda asal Pakistan alhamdulillah. Wanita janda ini Mak Ngah kenai cuma beberapa tahun saja. Kerap ke Hajj dan umrah alhamdulillah.
Inna lillah hi wa inna ilaihi roji'un. Ditakdirkan Allah 16 tahun dulu suaminya meninggal, tiada beranak-pinak subhanallah; kot lerah 4-5 tahun lepas ibubapanya meninggal, dua tahun lepas sebelum Mak Ngah ke Makkah dia diserang barah payudara. Lama dia berubat, la ni nampak gaya tak ada kesannya alhamdulilllah.
Wanita janda ni sewaktu melalui rawatan barah tu, tiap minggu jika tak sakit atau pi berubat, dia buat halaqah di masjid pada hari Selasa. Ajar Muslimah sebangsa dengannya membaca dua'a, faham tafsir, seerah, baca kitab, ajar mandikan janazah. Alhamdulillah.
Tup,tup....Rahmat Allah pada nya. Jasanya kali ni--dia terima bukan hanya sepasang ibu-anak dari Iraq, tapi dua pasang. MasyAllah.
Dari keterangan hospital, difahamkan tanggungjawab tuanrumah membela pesakit bermusafir ni...alhamdulillah, banyak yang kena dibuat untuk menolong mudahkan si pesakit dan ibunya.
Keluarga kami cuba terdaya sponsor dua orang saja sedangkan kami suami isteri lebih muda, lebih bertenaga Allah hu'aalam. Wanita janda tu...masyAllah, Allah sayang kat dia kot no? Dari Dhul-Qaedah sehingga Dhul-Hijjah sehingga 2009, dia bagi perlindungan pada 4 orang Muslim kembara!
Patut la selama kebelakangan ni tak nampak batang hidungnya di masjid, rupanya dia dok sibuk bergerak sana sini menolong Abdullah dan Jannah; serta hat sati lagi ibu-anak. Allah hu akhbar!
Jumaat nanti jika ada izin dari Allah mungkin Mak Ngah ketemu wanita janda tu di masjid dan buat pertama kali akan minta dia buat dua'a kat kami sekeluarga. Biasanya tiap kali bertemu dia yang minta supaya Mak Ngah berdua'a untuk nya. MasyALLAH... .darjatnya mungkinkah lebih anggun dari kita semua? Harap tu satu hari nanti (entah bila) Mak Ngah boleh cuba try test nak berjasa macam dia. InsyAllah.
Itu saja la. Tiap hari ada2 saja Allah Taala tunjuk sebagai teladan pada Mak Ngah sehingga membawa keinsafan (yang kekadang tu degil dan payah nak diperah) alhamdulillah.
Oh ya, nama anak angkat ku ialah Rua'a binti Hasan Khadim, 7 tahun, dan ibunya--sedara baru ku, Fatimah binti Aboo Mahmood, 44 tahun. Allah hu akhbar!
Aiishhhh...kalau kekawan duduk depat sini, mau Mak Ngah perkenalkan ahli keluarga terbaru kami. Sapa teringin nak mai????
Akhir sekali, tolonglah hantar dua'a agar selamat Rua'a dan Fatimah sampai ke Sacramento dan agar mereka bahagia bersama kami selama 5-6 bulan ni. InsyAllah bulan Januari ni depa mai la. Tu dia, belum lagi Eid-ul-Adha tapi rasa bagai bulan dah jatuh ke riba alhamdulillah. Nak buat camna? Peghak. Mungkin pasai rumah kami ni tak ramai adik-beradik dari tanahair boleh mai ziarah? Hmmm....Allah Taala hantar tetamu akhirnya. Alhamdulillah.
Wassalamu'alaikum.
Mak Ngah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan