Posted: 12/10/2008 5:27:44 PM
Aku amat tertarik dengan kenyataan Menteri Pelajaran (yang kurang pelajaran) mengenai keperluan mengekalkan sistem pendidikan Malaysia untuk Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris. Kenyataan ini disokong pula oleh bekas perdana menteri (Mahazalim) Malaysia sebelum ini yang sangat mengagungkan bahasa inggeris.
Kuasa ekonomi dunia
Untuk 10 tahun yang lalu, 5 kuasa terbesar ekonomi terbesar dunia adalah Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Cina dan British, dan kedudukan ini kekal agak lama. Negara-negara ini secara tidak langsung telah membentuk lanskap asas bagaimana sesuatu Negara itu harus di perintah. Baik dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan yang lain-lainnya.
Sementara jika dilihat 5 kuasa ekonomi yang naik secara mendadak selepas perang dunia kedua adalah Jerman, Jepun, Cina, Korea dan India. Walaupun Negara-negara ini hampir musnah semenjak perang dunia kedua, mereka bangkit dengan kadar yang pantas untuk menjadi kuasa besar dunia. Mereka ini juga berjaya membentuk satu lanskap baru bagaimana sesebuah Negara perlu diperintah.
Sistem Pendidikan
Kesemua Negara-negara yang aku nyatakan di atas mempunyai satu persamaan yang amat ketara. Negara-negara ini menggunakan bahasa ibunda mereka dalam sistem pelajaran mereka, samada di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah tinggi dan juga pusat pengajian tinggi mereka.
Baik dari mata pelajaran sains dan matematik di sekolah menengah, begitu juga mata pelajaran psikologi, kejuruteraan dan lain-lainnya. Semuanya diajar dalam bahasa ibunda mereka. Jika dilihat secara logik, ianya perlu kerana ini akan meningkatkan tahap pemahaman dan keupayaan untuk bertanya dan menjawab.
Dalam bahasa ibunda sendiri, pelajar juga akan mempunyai daya keyakinan yang mantap kerana bahasa perantara semasa belajar adalah bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini tidak perlu diperdebatkan lagi, kerana Negara seperti Jerman, China, Jepun, Korea, Taiwan dan Iran telah membuktikan kejayaannya.
Akibat mengagungkan bahasa inggeris
Malangnya Negara kita terlalu taksub dengan bahasa inggeris dan mejadikannya bahasa perantara bermula dari tadika hinggalah ke peringkat universiti. Penyudahnya, pelajar-pelajar di Malaysia yang tamat pengajian universiti tergolong dari mereka yang kurang berkeyakinan dan hanya mempunyai pengetahuan yang terhad walaupun sudah bergelar siswazah.
Minda mereka ini tidak dapat dikerah ke tahap yang terbaik kerana mereka hanya mampu memberi yang terbaik hanya apabila mereka belajar dan bertutur didalam bahasa ibunda mereka. Walhal mereka ini bukannya bodoh, cuma mereka akan menjadi lebih berwibawa apabila diberi peluang untuk bercakap, bertanya, berdebat, berbincang didalam bahasa ibunda sendiri. Malangnya, peluang ini tidak diberikan.
Universiti tempatan jatuh merudum
Kerajaan berasa hairan bagaimana tahap penilaian university tempatan jatuh merudum melangkaui 300. UKM, UTM, UM, UPM, UKM, UiTM semuanya hancur berderai tak boleh diharap. Kemudian kerajaan bertidak menyalahkan pihak universiti. Ini adalah satu perangai bodoh dari MOE dan MOHE.
Jika kita lihat semenjak dari tahun 1980an hingga ke akhir 1990an. Kesemua pelajar-pelajar yang diklasifikasikan sebagai bijak telah dihantar keluar negara untuk melanjutkan pelajaran. Universiti tempatan telah menjadi universiti kasta bawahan untuk rakyat Malaysia sendiri. Ini kerana, kesemua pelajar yang masuk ke universiti tempatan diklasifikasikan sebagai pelajar kelas kedua.
Pihak pensyarah telah menghadapi masalah untuk megekalkan pencapaian pelajar semenjak dari tahun 1980an hinggalah kesekarang. Ini kerana, pelajar yang datang adalah pelajar kelas kedua yang mana tahap pemahaman mereka hanya baik didalam bahasa ibunda mereka sahaja. Apabila diperkenalkan didalam bahasa inggeris, mereka menggelabah.
Mengambil jalan mudah, pensyarah telah mengubahsuai soalan supaya menjadi lebih mudah. Ini secara tidak langsunng menurunkan kualiti siswazah universiti tempatan. Lebih memburukkan keadaan, kebanyakkan buku adalah dalam bahasa inggeris walaupun kadangkala bahasa perantara adalah bahasa Melayu.
Langsung tidak ada inisiatif oleh pensyarah-pensyarah tempatan untuk mengalih bahasa buku ini ke bahasa Melayu. Walhal di negara Jepun, Korea, Jerman, China dan Taiwan, kesemua buku dari tokoh-tokoh pelajaran tersohor telah dialih bahasa ke bahasa ibunda mereka.
Proses ini berlaku selama 20 tahun, jadi amatlah tidak hairan apabila kualiti universiti tempatan juga akan turun sikit demi sedikit. Masalah begini boleh dihalang jika pelajar-pelajar cemerlang tidak dihantar semua ke luar negeri supaya ada keseimbangan.
Keperluan mengajar dalam bahasa Melayu.
Kerajaan perlu mengambil satu langkah kebelakang dan melihat secara keseluruhan kemusnahan yang telah dilakukan. Belajar dari kesilapan lalu dan mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dibuang dan digunakan. Merangka satu garis panduan dan gerak kerja untuk menukar sistem pendidikan negara kepada bahasa ibunda; terutamanya di peringkat universiti. Perkara ini perlu dilaksanakan dengan segera sebelum terlambat..
Sebelum bangsa musnah
Aku akan ulang pendirian aku buat keseribu kali. Menggunakan bahasa inggeris disekolah untuk sains dan matematik, diuniversiti untuk kuliah adalah salah, salah dan salah.
Manusia jenis apakah yang akan bertegas untuk melaksanakan sistem pelajaran dalam bahasa inggeris sedangkan mereka tahu tahap penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar melayu adalah lemah? Jawapannya adalah UMNO.
Harapan aku kepada pemerintah, PR ke, BN ke; minta tolonglah.Gunalah akal yang Allah berikan kepada kamu...
http://community.tv3.com.my/3forum/topics.aspx?ID=606
_________________________________________________________________________________________________________________
©2008 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa artikel di dalam penulisan saya untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan