Syukur teramat sangat urusan2 yang wajib dikendalikan untuk si pendatang dari Afghanizatan tu lancar semuanya. Alhamdulillah. Setelah lima hari Marwais Salehi menginap di rumah kami, petang tadi selpas Asr dia berpindah ke rumah yang akan dikongsi dengan jejaka Muslim dari Iraq.
Alhamdulillah Yusuf baik hati sudi heret Marwais ke hulu ke hilir, jauh dan dekat, menguruskan bermacam2 jenih hal dari pagi sampai malam. Depa tak ada--Mak Ngah dan anak2 di rumah sempat beristirehat anak-beranak tanpa risau bukak tutup hijab kami. Ketemu pun di waktu pagi untuk buat sarapan, dan di malam hari untuk hidangi makan malam. Bersembang pun ala kadar saja untuk menyejukkan hati tetamu supaya tidak terasa terasing berteduh dengan kami, sengaja tak berborak2 hok-hek sebab sat ni suami cemburu pulak. Allah hu'aalam.
Orang2 masjid Annur alhamdulillah akhirnya jumpa satu rumah sewasupaya cepat keluar dari rumah kami si pendatang tu. Orang2 masjid ni kalau boleh mahu elakkan kehadiran berpanjangan si jejaka ni di bawah bumbung kami sebab depa kesian kat Mak Ngah dan anak2 dara dua beradik tu. Untuk kebaikan iman mu, kata depa, dalam Islam tidak dibenarkan kamu bersama dengan yang bukan mahram. Alhamdulillah baik hati depa berusaha melancar fardhu kifayah sebaik-baiknya.
Dek kerana baru tadi diberitahu Marwais jumpa rumah sewa, tak sempat Mak Ngah nak bungkus keperluannya. Cuma sempat bagi bantai selimut, sikit pakaian, makanan dan perkakas keperluan lelaki. Dok pikiaq nak bagi katil dan tilam yang beliau guna sewaktu di rumah kami sebab musim sejuk ni kalau tidur ataih lantai, jenuh menggigil sat ni. Kesian kat dia. Kena tunggu bila di talipon Yusuf sat ni sebab nak heret benda2 tu kena ada plan.
InsyAllah dalam masa tiga minggu lagi pesakit dari Iraq akan tiba untuk memulakan rawatan di hospital. Ni dok tengah atur itu ini supaya selesa depa dua beranak tu di rumah kami. Alhamdulillah anak2 tengah cuti akhir tahun maka depa sibuk dok mengemas dan merancangi itu ini. Alhamdulillah.
Teringat Mak Ngah pesanan Syed hari tu bahawa tidak akan keluar tetamu dari rumah sehingga Allah Taala ampuni dosa seisi rumah. MasyAllah. Mak Ngah harap datang dan perginya Marwais itu adanya berkat Ilahi, dan datang dan perginya Ruaa dan Fatimah nanti--begitulah hendaknya jugak. Amin.
Ni dok berangan2 nak buat Hajj Tammattu tahun 2009/ Hijrah 1430. InsyAllah. Sebab terasa rindu dan mahu merasai nikmatNYA yang Maha Agung sekali lagi..walaupun tiap detik di sini alhamdulillah dah terasa banyak sangat dah pemberian Maha Suci Ia kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah. Cuma, iya la, hati ni asyik dok rindu satu macam. InsyAllah akan datang rezekiNYA dari segala penjuru alam supaya termakbul hendaknya hajat di hati. Amin.
Mendambakan CINTA Allah---jika lah itu yang Maha Suci Ia kurniakan pada kita semua, Allah hu Akhbar! Bertuah la kita di dunia dan di akhirat Amin.
Wassalam.
Mak Ngah dan keluarga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan