Rabu, 31 Disember 2008

Ayo-yo, tersungkoq seminit dek kerana riya

Stephen Collins to tikedah@yahoogroups.com

Subhanallah!
 
Aishh...Pak Ngah Bed ooiii.
 
Malu la dok sebut sesen dua dari USA tu. Bukan tera mana jumlahnya, Pak Ngah. Setakat yang mampu. Alhamdulillah la dalam dok pikiaq kena ber-budget, ditakdirkan Allah Maha Kaya ada lagi bertambah baraqah dari Maha Agung Ia. Alhamdulillah.
 
Alahai, orang lain setahu Mak Ngah lagi banyak sadaqah jariah depa cuma dibuat diam2 ka, atau ke arah tabung lain yang lebih afdal; dan bukan ke Tabung TI agaknya. Allah hu aalam. Itu la yang Mak Ngah sangka. Sebab semua anggota TI ni kalau nak diukur dengan mata kasar, banyak baik dan eluk hati depa. Allah hu'aalam.
 
Ada sorang teman Mak Ngah sehari dua lepas talipom. Dia baru dapat tahu kami sekeluarga akan dokong perantau Iraq sikit hari nanti. Lalu dia nak hulur seratus dollar dan dan tu jugak sebab dia terharu dengan nasib budak kecik yang luka tu. Mak Ngah kata: Tunggu  depa sampai. Alhamduillah beruntung sungguh Mak Ngah, mempunyai teman2 Muslim yang lembut hati dan pemurah.
 
Kalaulah di negara merika ada insan2 yang pemurah gitu, tentunya di tanahair lagi ramai. InsyAllah. Sebab camna tak mahu bersadaqah pabila tenguk kiri kanan depan belakang ramai yang sangat memerlukan bantuan; dan ramai yang segan nak meminta.
 
Ditakdirkan Allah sesiapa yang ada rezeki duit muit lebih dari orang lain, seeluknya depa besar hati memberi dengan reda dan hati terbuka sebab setahu Mak Ngah (Mak Ngah saja la, bukan orang lain kot) sakinah yang datang selepas melepaskan sesuatu yang paling kita kehendaki/hargai/ agungi dari tangan kita lalu dihulurkan pada insan yang berhaq--masyAllah, tak tau nak habaq betapa mendalamnya sakinah tersebut. Bukan syok, bukan riya, bukan bangga. Gini la umpamanya sakinah tersebut--segala apa yang digenggam tu seolah air manis zam-zam yang tiada berhenti rahmatnya. Atau bagai terbentang permaidani di padang pasir dari kaki ini sehingga jauh nun di saujana kaki langit. Tak tau la apa perasaan hat yang menerima, tapi hat yang memberi tu, masyAllah, terasa dipelukNYA. Allah hu akhbar!
 
Mak Ngah dah tua ni baru mengerti kenapa Abu Bakar As-Siddiq r.a. itu suka benar memberi sehingga bila datangnya maut, tiada satu hartanya ditinggalkan. Sebab pabila kita jadi pemberi tanpa mengharapkan apa2 dari mana2 manusia (pangkat, pujian,hadiah, iklan) datang pada hati ni satu hikmatNYA--cinta tanpa batasan pada Allah Maha Esa dan sayang pada baginda Rasulallah s.a.w. yang tiada hentiannya. Allah hu la illa ha illa huwa.
 
Dengan itu dek kerana Mak Ngah mahu yang terbaik untuk semua, tak kira samada teman2 yang di kenai atau tak kenai--Mak Ngah galakkan usaha2 bersadaqah jariah. Tak payah bagi juta, rubu atau ratus pun tak apa. Kalau masuk sesen dua tahun ni, kemudian, seringgit dua tahun depan...lama2 bila dah biasa, tup-tup tanpa kita sedari duit-muit yang digenggami itu mengalir masuk dalam berbagai jenih tabung amal. Membuak2 rezeki depa insyAllah dari Allah Subhanahuwataala dari segala penjuru alam. Tak caya, cuba try test tenguk.
 
Mak Ngah terperasan ada satu rahsia yang Allah Taala buka (kat hati Mak Ngah): kalau liat nak memberi dek kerana alasan2 tertentu tak kira la mustajab atau tidak nya--paksa tangan kanan tu hulur. Hulur lah walaupun terasa sayang pada wang. Hulurlah walau takut jatuh miskin. Hulurlah walau tak mahu berkongsi. Kena paksa. Sebut: Bismillah hi rahman nirrahim. Orang lain tak payah tau. Allah Taala tahu betapa payahnya sesuatu amal ibadat tu pada sesetengah insanNYA. Ini kan ka juga sebentuk jihad? Perang nafsu?
 
Mak Ngah dok di sini bukan nya setanding taraf hidup macam orang lain. Alhamdulillah. Itu bahagian masing2 dari Allah Subhanahuwataala. Namun tiap detik, pabila Allah Taala tunjukkan kekayaanNYA dalam segala bentuk samada dirasai dek kalbu atau dilihat dek mata ku, Mak Ngah rasa tersangat lah bertuah. 
 
Sesusah2 kita (atau kita saja dok terbayang susah sedangkan hidup penuh dengan keenakan), ada berjuta lagi yang lebih susah dari kita. Mak Ngah dok perhati dan dok sangka---depa ini satu hari nanti akan mengaku di hadapan Allah Taala segala pemberianNYA pada depa di waktu sengsara. MasyAllah. Bayangkan bila depa naik saksi: si anu dan si ani, sewaktu aku sengsara sudi berkongsi kesenangan dunianya dangan kami, ya Allah.
 
MasyAllah! Allah hu Akhbar!
 
Allah Taala berfirman: Masuklah kamu (pemberi sadaqah) ke syurga melalui mana2 pintu yang kamu suka. (Ini bukan verbatim kot?)
 
Allah hu'aalam.
 
Hat tu lah yang Mak Ngah dok harap kita semua dapat di akhirat kelak. InsyAllah. Sebab kalau lah setakat mengharapkan ibadah2 fardhu 'ain salat, zakat, saum, hajj dan shahadah---hmmm, tak cukup agaknya? 
 
Allah hu la illa ha illa huwa.
 
Dok sat na. Adooiihhh, Mak Ngah nak kelih badan sebab tersungkoq tadi dek kerana riya disebut2 dek Pak Ngah Pak Njang sesen dua yang datang dari merika.
 
Allah hu Akhbar kabira
wal hamdulilllah hi kathira
wa subhanallah hi buq ratan wa asila
wa salallah hu aala saidina Muhammad
wa aala alihi wa sahbihi wassalama wa taslima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan