Ahad, 23 Ogos 2009

PROGRAM MENAJA MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DI KUALA LUMPUR

Rujukan Kami : BPSM/UKHEA-Ramadhan(0015/09)

Tarikh : 14 Ogos 2009
23 Syaaban 1430H

Kepada : Zbo

PROGRAM MENAJA MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DI KUALA LUMPUR

“Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaannya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun." (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘Anhu)

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1430H ini, PPZ-MAIWP melalui Tabung Kebajikan PPZ akan membuka peluang kepada para dermawan menambah amal jariah di bulan mulia ini untuk menaja makanan iftar/sahur bagi 120 orang anak yatim dan miskin yang menetap di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Miskin Penyayang Nur Iman (PNI), Teratak Nur Insan (NURI) dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia (RAHOMA) yang terletak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kos menaja makanan berbuka puasa/sahur ini berharga RM150 seorang untuk sebulan dan akan diuruskan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP melalui pembekal yang berkelayakan. Makanan berbentuk nasi berlauk, buah-buahan dan minuman berkhasiat akan dihantar terus ke Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin PNI, NURI dan RAHOMA menjelang waktu berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Sebagai makluman, wang tajaan yang disumbangkan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan membeli makanan manakala kos pengurusan ditanggung sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP. Penaja boleh membuat tajaan terbuka dengan membuat pembayaran melalui cek atas nama TABUNG KEBAJIKAN PPZ-MAIWP (tuliskan nama, nombor telefon & alamat di belakang cek) atau membuat pindahan wang secara dalam talian melalui http://www.maybank2u.com ke akaun Maybank bernombor 564098205668. Sila cetak resit pemindahan wang maybank2u.com, tuliskan nama, alamat dan nombor telefon dan fakskan ke 03-92895760.

Kami berharap program murni ini mendapat sambutan yang baik. Sekiranya terdapat lebihan terhadap jumlah sumbangan yang diterima, wang lebihan ini akan digunakan untuk program-program khusus anak-anak yatim/miskin di masa-masa akan datang. Mudah-mudahan sumbangan tajaan ini akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Encik Amran Hazali. Ketua Unit Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ di talian 013 3335585 atau e-mail amranhazali@zakat.com.my

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,


MOHD RAIS HAJI ALIAS
Pengurus Besar PPZ-MAIWP



Pusat Pungutan Zakat, Tkt. 1, Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50676, Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan