Ahad, 16 Ogos 2009
Kubur Jacko di bawah pokok pain?
GAMBAR menunjukkan beberapa pekerja menggali sebuah lubang yang dipercayai kubur Jacko di Forest Lawn, Taman Memorial, Hollywood Hills.
LOS ANGELES - Sebuah kubur di bawah sebatang pokok pain di Forest Lawn, Taman Memorial Park, Hollywood Hills di sini dipercayai menjadi tempat persemadian terakhir Raja Pop, Michael Jack- son, lapor sebuah akhbar semalam.
Kubur yang tidak bertanda itu turut terletak berhampiran kubur nenek Raja Pop itu, Martha Bridges yang mening- gal dunia pada 1990.
Bagi mengelakkan kubur Michael dikerumuni peminat, kakitangan taman perkuburan tersebut diarah menggali beberapa lubang supaya mereka keliru.
Namun, setakat ini masih wujud kesangsian sama ada jenazah penyanyi yang popu- lar dengan panggilan Jacko itu benar-benar telah dikebu- mikan.
Sijil kematiannya menyatakan Hollywood Hills merupakan lokasi penempatan jenazahnya buat sementara manakala bapanya, Joe pernah memberitahu bahawa keluarga mereka belum memutuskan lokasi terakhir penyanyi itu akan disemadikan.
Dalam perkembangan berkaitan, kematian Jacko menjana pendapatan kira-kira AS$80 juta (RM291 juta) dalam bentuk pemasaran dan penjualan barangan termasuk kontrak bernilai AS$60 juta (RM210 juta) dengan Sony Picture merancang menerbitkan sebuah filem tentang Raja Pop.
Jacko meninggal dunia setelah dengupan jantungnya terhenti semasa dia berada di sebuah banglo yang disewanya di sini pada 25 Jun lepas. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan