Sabtu, 7 Februari 2009

Surat terbuka khas: Sempena sambutan 'jubli perak' sultan Perak

Oleh Zalipaka

"Ampun Tuanku! Sembah patik mohon diampun!

 Patik mohon mulakan warkah patik ini dengan mengucapkan DIRGAHAYU KE-25 TAHUN Pemerintahan Tuanku di Perak Darul Redhuan.
Sayang seribu kali sayang, sambutan Jubli Perak tahun ini yang sepatutnya disambut hebat oleh rakyat jelata, kini telah tercemar!... Rakyat yang sepatutnya menyambut dengan menjunjung tinggi kemuliaan Tuanku, akhirnya memilih untuk melimpahkan dengan kata nista...Mereka berarak menzahirkan ketidak-puasan hati mereka kepada Baginda Tuanku...Tak sampai hati patik menatapnya!!! Rakyat menderhaka Raja mereka!!!

Ampun Tuanku! Kenapa dan mengapa ianya berlaku??? Tuanku pasti telah sedia maklum betapa Rakyat Tuanku sendiri AMAT-AMAT TIDAK BERPUAS HATI dengan keputusan Tuanku yang melampaui had perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri... Bukankah elok dipulangkan kembali hak rakyat kepada rakyat? Patik pasti, Tuanku sebagai Payung Rakyat sedar akan duduk perkara sebenar! Tapi Tuanku tetap mahu melantik MB baru daripada BN, mengapa Tuanku???

Ampun Tuanku! Bukan patik kepalang kurang ajar, patik mohon perkenan Tuanku agar fikirkan dan pertimbangkan kembali keputusan Tuanku...
Patik merayu, agar Tuanku mengambil sedikit masa lagi dengan MENANGGUHKAN atau TAWAKKUF sementara pembentukan kerajaan negeri yang disifatkan banyak pihak sebagai KERAJAAN HARAM!

Ampun Tuanku! Rakyat akan terus menjunjung tinggi kemuliaan RAJA tapitidak akan mengiktiraf KERAJAAN yang dibentuk di atas dasar kezaliman.
Benarlah kata pujangga: Raja adil, raja disembah. Raja zalim, raja disanggah! Rakyat pasti akan menyanggah keputusan yang tidak dibuat berdasarkan kepada keadilan...

Ampun Tuanku! Patik cukup resah dengan situasi yang berlaku di Perak sekarang ini. Patik secara terbuka ingin melahirkan rasa KESAL dan SEDIH di atas tindakan rakyat yang menderhakai Tuanku. Tapi, apakan daya, mereka tidak punya pilihan... Pilihan yang ada hanyalah Pilihanraya!!! 

Ampun Tuanku! Rakyat telah membuat pilihan di dalam Pilihanraya Umum yang lalu dengan memilih Kerajaan Pakatan Rakyat; dan sekarang patik mohon agar diberi peluang kepada rakyat Tuanku membuat pilihan semula... Andai BN jadi pilihan mereka, rakyat pasti tidak akan membantah! 
Patik cukup yakin Tuanku! Perkenankan sahaja Pilihanraya Negeri... 

Ampun Tuanku! Akhir sekali patik merafak sembah, andai warkah patik ini tidak teratur kata dan tersusun bahasa, atau mungkin mencemar ke bawah duli Tuanku, patik mohon ampun, beribu-ribu ampun!...

Ampun Tuanku! Sembah patik mohon diampun!

Sekian. Wassalam.

GHAZALI AL-PAKWI
07/02/2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan