Sabtu, 28 Februari 2009

Sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan

28/02/2009 3:49pm

KUANTAN 28 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dekat sini hari ini.

- Utusan

Ulasan: ooo... sidang perlu tunggu keputusan mahkamah ... lantik MB baru tak perlu tunggu mahkamah ... apa ni double standard!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan