Sabtu, 29 November 2008

Tektik terbaru longkai

[TIKedah] Tektik terbaru longkai
Monday, November 17, 2008 5:13 AM
From: 
"mohd zamri"

To: 
TIKedah@yahoogroups.com
Taktik terbaru 'longkai' 
Taktik terbaru 'longkai' - Buka penutup bahagian bawah tangki air kereta ketika pemilik berada di R&R Gurun
Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@ kosmo.com. my


ALOR STAR - Sebelum ini 'longkai' dikatakan menggunakan pelbagai taktik seperti menyimbah petrol di atas jalan raya, meletak paku dan kaca bagi 'memerangkap' mangsa untuk menggunakan perkidmatan mereka.

Bagaimanapun kegiatan mereka semakin berani hingga didakwa sanggup menanggalkan penutup bahagian bawah tangki air terutamanya kereta Proton Waja kerana tindakan tersebut boleh dilakukan tanpa perlu membuka bonet depan kereta.

Enjin kereta mangsa berhenti selepas bergerak dalam jarak tertentu ekoran air tangki kereta itu kering dan 'longkai' akan menawarkan perkhidmatan mereka itu dengan mengenakan bayaran yang agak tinggi. 

Taktik terbaru 'longkai' itu didedahkan oleh seorang mangsa, Sarjakhan Abu Bakar, 38, apabila kereta Proton Waja yang dipandunya kekeringan air dipercayai selepas penutup bahagian bawah tangki air kereta itu ditanggalkan ketika berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah Utara Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat sini malam kelmarin. 

Dakwanya, beliau memandu berseorangan dari Pulau Pinang singgah di Hentian R&R Gurun untuk berehat selepas keletihan memandu pada pukul 10 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan