Sabtu, 29 November 2008

Sekeping hati ....

From: mohd zamri
Subject: [TIKedah] Sekeping hati ....
To: TIKedah@yahoogroups .com
Date: Sunday, November 16, 2008, 12:12 PM
 

Sekeping hati ini… 
terlalu berharga bagiku 
disuatu ketika dahulu aku pernah beri 
kepada seseorang yang aku percayai dan sayangi 
tetapi… tidak dihargai 
dirobek-robekkan bagaikan tiada nilai 
bila telah menemui sekeping hati yang lebih sesuai dengan jiwanya 
dipulangkannya kembali kepadaku dalam keadaan penuh kelukaan 

sekeping hati ini… 
ku cuba berikan lagi kepada seseorang 
diatas kepercayaan dia mampu merawatnya dan 
mampu memberikan sinar bahagia 
tetapi… sekali lagi 
tidak dijaga sebaiknya 
dimusnahkan dan dihancurkan 
bagaikan kaca yang jatuh terhempas dan berkecai 
tidak dipulangkan kepadaku walaupun aku pinjamkan 
hanya seketika waktu 

sekeping hati ini… 
luka dengan parah 
lantaran perbuatan hamba bernama insan 
bermain dengan kata-kata yang penuh kemanisan 
ungkapan rindu dan sayang 
tidak pernah lekang dari bibirnya 
sehingga terleka dan 
jauhnya sekeping hati ini 
dari ilahi Rabbi 

sekeping hati ini… 
penuh dengan luka, parut dan lubang-lubang kesakitan 
lubang-lubang itu TIDAK akan tertutup seperti sebelumnya 
ia jua… 

TIDAK mungkin akan sempurna seperti asalnya 
TIDAK mungkin akan sembuh seperti asalnya 
TIDAK mungkin akan serupa seperti asalnya 
TIDAK mungkin akan ceria seperti asalnya 
TIDAK mungkin akan indah seperti asalnya 

sekeping hati ini… 
sudah terlalu letih untuk menerima kepercayaan seutuhnya 
dari hamba bernama insan 
ia memerlukan masa yang amat panjang 
untuk menyembuhkannya seperti sediakala 
lantaran kelukaannya dimasa lalu 

sekeping hati ini… 
ku ubatinya dengan zikrullah 
agar lubang-lubang kesakitan itu dapat ‘ditampal’ 
walaupun PARUT tetap akan meninggalkan bekas 
dan kesakitan itu pasti akan dirasai 
selagi roh dikandung badan 
ku yakini semua lubang-lubang itu mampu ‘ditampal’ 
bersama nur ilahi 

sekeping hati ini… 
walaupun berperang setiap hari dengan dua bisikan 
dan setiap saat menyuruh kembali ke zaman silam 
tidak akan sesekali aku berpatah semula kebelakang 
walaupun ia terlalu letih dengan pelbagai ujian yang datang 
akan ku jaga ia dengan zikrullah agar sentiasa lembut 
akan ku didik ia dengan mengamalkan sunnahtullah 
akan ku belai ia dengan bacaan Al-Quran 
akan ku berinya makanan setiap hari dengan santapan ROHANI 
agar ia tetap terang bercahaya dan tidak akan malap 
kerana ALLAH melihat dan menilai sekeping hati ini 
bukan kecantikan luaran mahupun harta benda 

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu…” (HR Imam Muslim) 
sekeping hati ini… 

ku didik akan bersabar dan tabah 
menerima segala ujian duniawi 
ku lembutkan ia 
agar menerima sekeping hati lain dari seorang insan 
yang ada kalam ALLAH dalam hatinya 
yang ikhlas dan tulus hatinya 
agar sekeping hati ini akan lebih sempurna dan berpasangan 
melalui ikatan yang sah 
bersama-sama mencari keredhaan ilahi 
sebagai bekalan ke destinasi kekal 

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah Yaasin: 36) 

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya” . ( Surah Ali’ Imran: )

 

RasuluLLah SAW telah bersabda : 

وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ كُلُّهُ 
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلا وَهِىَ الْقَلْبِ 
“ Di dalam tubuh (anak Adam) ada segumpal darah (yang beku), apabila baik ia maka baiklah seluruh (tubuh badan)nya dan apabila jahat pula ia maka jahatlah keseluruhan tubuh badannya; ketahuilah oleh mu itulah yang dinamakan Hati”. 
(Sahih Bukhori) 

Hati itu diumpamakan oleh ahli sufi sebagai raja, manakala tubuh badannya adalah sebuah kerajaan dan anggota badan yang tujuh itu sebagai tenteranya (mata, telinga, lidah, kedua tangan, perut, kedua kaki dan kemaluan). Jika baik pemerintahan raja itu (hati) maka baiklah segala pekerjaan tenteranya (anggota badan) jikalau jahat pemerintahannya maka jahatlah segala pekerjaan tenteranya. Begitulah keadaannya sekira hati itu lalai dan lupa dari mengingati ALLah Ta'aLa maka berdosalah seluruh anggota yang zahir itu. Sesiapa yang menjalani jalan kesufian akan berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki hati. 

WaLLahu A'laam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan