Kepada: TIKedah@yahoogroups .com
Dihantar: Sabtu, 29 November, 2008 1:11:46
Subjek: ASAL TV WARNA
Assalamualaikum,
hari ni aku nak cerita asal TV warna bermula di Malaysia. Aku perasan aku di kira orang yg terawal juga dapat menonton TV warna.
Pada minggu-minggu terakhir persekolahan teknik tahun 1979, kawan-kawan serumah sewa dengan ku telah sepakat untuk keluar dari rumah itu samada cari rumah sewa lain atau dapat masuk asrama. Tapi aku tiada masalah untuk terus tinggal di rumah sewa pak bakag. Namun begitu pabila sessi persekolahan 1980 bermula, aku rasa kesunyian kerna kekawan yg dulunya ramai, kini berkurangan. Aku jadi senior di rumah sewa tu bila masok 3 budak maktab mahmud tingkatan 1, dan sorang budak teknik tingkatan 4.
Rupanya, di kampong tu (depan sek teknik ), ayahku (arwah) kata dudoklah dengan sedaranya (penghulu Hashim), kalu tak salah aku, salah sorang cucu nya satu kelas M1 dgn aku, tapi tak dok di rumah tu. Aku pun tak ingat nama dia.( Dalam gambag kelas M1, dia berdiri diantara Anuar Embi ngan Shahar )
Aku pun pindah sat dok rumah anak penghulu Hashim tu. Dia orang kaya, rumah 2 tingkat. Aku dok tingkat atas, bilik anak dia, tapi anak dia dok belajag di Kolumpur. Aku segan sunggoh dok rumah orang kaya, kerana cara depa ada gaya tapi depa memang baik dengan aku, cuma aku yg tak dapat sesuaikan diri di rumah tu. Satu malam tu sekitar jam 9.00 lepas makan malam, aku yg ketika itu sedang melangut sorang diri dalam bilik di panggil oleh kak (lupa dah nama, anak ka menantu Hashim). Dia kata "mai la turun tengok telivisyen", dia kata lagi, "tengok telivisyen gambag warna". Aku seumog hidop masa tu tak pernah tengok televisyen warna, gambag hitam puteh adala selalu... Pada masa tu juga orang-orang kampong dok tertanya-tanya seronok no.. kalu dapat tengok televisyen warna. Dan tak salah aku RTM sudah pun melancarkan siaran warna, tapi tak sepenuhnya, masa tu ramai lagi penduduk malaysia belum beli tv warna kerana di anggap mahai masa tu.
Maka aku pun melangkah dengan penuh sopan demi mengawal perasaan teruja yg amat sangat kerana ini lah pertama kali aku nak tengok tv warna. (masa dulu perkataan teruja tak pernah dengag langsung). Depa laki bini tengah kusyuk tengok tv pun seronok sebab baru pasang tv warna. Aku pun tengok tv tu. Tu ..dia.. aiehh.. macam tu rupanya tv warna. Memang warna sunggoh... hampa nak tau ka, dia ada 3 ka 4 warna, tak silap aku, warna yg ada, merah, hijau, kuning, biru.
Ropa-ropanya tv tu tv hitam putih jugak, cuma kedai tv juai cermin color untuk di buboh depan cermin tv (sebab tv warna susah nak dapat masa tu @ pilihan bagi mereka yg tak sabag-sabag sangat nak tengok tv warna). Dalam hati aku berkata " hhhmmmhh..lagu ni ropanya televisyen warna", malam tu aku tidog tak lena kerana dok pikiag lagu mana orang yg berlakon cerita dalam tv tu bertukag warna..
Sekian , coretan kali ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan