Ahad, 25 Januari 2009

PERHIMPUNAN RAKSASA MENENTANG PPSMI

Ceramah Bantah PPSMI 1 Feb KL
Dilulus terbit pada Sunday, January 25 @ 21:17:35 MYT oleh TokBatin

Nak RoyatOleh amkns

" Pelancaran Kempen Himpunan 100 Ribu Membantah PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)

AHAD 1 Februari 2009
Jam 9 malam
Di Markas Tarbiah PAS Pusat , Taman Melewar , Kuala Lumpur


Pemidato Utama :

1. Tuan Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS
2. Prof Abdullah Hassan (UPSI)

Semua Dijemput Hadir

 

HIDUP BAHASA MELAYU

 

************************

PERHIMPUNAN RAKSASA MENENTANG PPSMI

SABTU 7 Mac 2009

 

Mesyuarat badan-badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membuat keputusan tarikh himpunan raksasa bagi membantah PPSMI adalah pada 7 Mac 2009.

 

Tarikh SABTU 7 Mac dipilih kerana pada hari itu semua penyokong GMP di semua negeri-negeri Semenanjung bercuti, oleh itu mereka dapat turun ke Kuala Lumpur.

 

Himpunan ini akan dijalankan seperti juga Himpunan Bersih!

 

Himpunan raksasa itu nanti adalah bagi mengiringi para pemimpin GMP menyampaikan memorandum kepada ke Bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara. 

 

Ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang menjadi mangsa PPSMI akan hadir dengan membawa bersama-sama anak-anak mereka.

 

Puan Ainon Mohd

Presiden,

Universiti Terbuka PTS

ainon@pts.com.my  

 

http://universitipts.com/index.php/site/comments/sabtu_7_mac_2009_tarikh_perhimpunan_raksasa_gmp/

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan