Khamis, 8 Januari 2009

Alkisah Mat Nok

Mohd Nor to TIKedah

Pada cuti Raya Haji yg lepas, aku sekeluarga balik ke kola kedah.
Balik dari rumah Riwayat , aku singgah di Bukit Merah tidog 2 malam di Waterfront Villa.
Malam kedua anak-anak ajak pi naik kereta langgarg. Hang tau la aku segan nak naik, pasai orang ramai jugak tengok.
Lepaih tu anak aku ajak lawan lumba kereta. Nak main kereta lumba tu kena masukkan coin atau orang panggil Token.
Oleh kerana banyak kereta lumba disitu penuh dengan orang, kecik besag tua muda semua ada. Lepaih tukag token, aku dengan anak aku pun cari kereta lumba yang tak dak orang. Kawasan di situ tak lah terang sangat. Nasib baik ada dua ( 2 ) lagi yg kosong. Oleh keranateruja sangat nak bawak kereta lumba, aku dgn anak aku pun duduk dalam kereta masing-masing dan masukkan token masing-masing. Apa lagi anak aku pun memecut dengan laju dgn gayanya yang tersendiri. Aku punya la bengkak yang amat sangat. Anak aku kata " ayah cepat la.. bawak kereta tu, awat ayah dok diam dgn muka masam aja", wife aku yg berdiri di belakang aku heran, pasai apa aku buang masa dgn asyik dok tekan-tekan pedal minyak saja. Anak aku bawak kereta lumba dia sampai habis masa permainannya dan aku hanya memerhatikan saja dengan mulut mengumat-kamit. Habih tu aku pun bangun keluag dari kereta tu. Orang rumah cakap, "awat abang tak lumba kereta dgn anak, kesian dia. Dia nak seronok dengan kita." Aku pun kata " aku pun nak seronok juga tadi, tapi aku jadi marah yang amat sangat". "Awat pulak" ! kata wife aku. Aku ninggi suara," hampa tak nampak ka.. kereta yg aku naik tadi tu tak dak stering !!!. ( stering hilang mungkin kena curi dgn bebudak nakal ). Bini aku pun gelak sakan sambil perli aku " ingat kan terra sangat bawak kereta, stering tak dak pun tak perasan sebelum naik.......   sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan