Sabtu, 28 Mac 2009

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz

KOTA BHARU 27 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — BERNAMA


Isnin, 23 Mac 2009

Peringatan kepada mereka yang melancong ke luar negara

Salam..this is a true story.. 
Kindly read through.
 
TQ.
Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............... satu peringatan.
I would like to relate to you all an incidence.................. quite recent, i.e. about two weeks ago............
After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai  (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin  went to Bangkok with his wife and brother in-law..  Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.
Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.  Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri.  Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga.  Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.
Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama.  My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma.  My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).
Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok.  Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.
Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa.  My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau..  Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis.  Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang.  Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan.  Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar.  Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama.  Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok.  Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter.  Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)
Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut,  adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya.  My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka.  Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi.  Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga.  Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain.  Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya.  Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000..... tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu.  Beliau hanya ada RM11,000.  Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000.  Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya.  Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing......... dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.
Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja).  My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000?  Tak disebut pun..............).  Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok.  My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.
Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual.  Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal.  Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS.  Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar  tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia................ (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)
Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'!  Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat.  Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT.  Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita............. tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua?  Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.
Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya...... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.

Catatan: Emel ni peringatan dari sorang sahabat untuk semua ...

Selasa, 17 Mac 2009

PPSMI: Rintihan seorang guru..


Oleh Guru Ditindas PPSMI

 Begitu tersentuh apabila Dinsman mengutarakan artikelnya yang bertajuk "Menunggu guru bersama budayawan bantah PPSMI". Aku bukanlah seorang guru bahasa yang boleh mengetik susunan dan laras bahasa yang sesuai.

Aku hanya guru biasa yang berada jauh di ceruk mata masyarakat. Memang aku, mewakili sebahagian guru yang hanya mampu menahan amarah, bila mana kelihatan "bacul" menunggu orang lain melontarkan masalah kami untuk diselesaikan.

Mengapa "bacul" lebih sesuai untuk kami. Secara praktikalnya, kami guru-guru Malaysia telah lama dan mungkin akan selama-lamanya dimomokkan oleh penguasa yang sedia ada. Macam-macam ancaman dan pekeliling telah membelenggu kami.

Tidak cukup dibelenggu dengan segala macam momokan, bebanan tugas dari masa kesemasa disuap sehingga tersengkak tak terkuasa untuk digalas. Bagaikan guru ini adalah "super power" yang boleh menyelesaikan kesemua permasalan dunia ini. Masyarakat tidak mempunyai nilai, lalu matapelajaran Sivik dan Kenegaraan diperkenalkan.

Bila kuantiti moral masyarakat merudum maka ada ura-ura untuk mewajibkan semua pelajar mempelajari Pendidikan Moral. Apabila berlaku kes penculikan kanak-kanak maka akan diperkenalkan pula sistem pembelajaran sehingga jam empat petang.

Guru-guru terseksa
Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini membawa buku-buku anak murid untuk diperiksa di rumah. Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini balik ke rumah pada jam dua petang dan kembali semula ke sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum, tuisyen dalaman yang tidak berbayar, menceriakan sekolah, membuat laporan itu dan ini untuk pentadbiran dan jabatan, menjaga pelajar selama 24 jam sebagai warden yang melayan kerenah 300 ke 500 pelajar (ibu bapa sendiri pun tak bersama 24 jam),dan macam-macam kerja lagi yang kalau diperincikan maka akan terpacul masyarakat berkata kami ini terlalu berkira.

Sudah menjadi satu macam sumpahan kepada kami, bahawa penguasa bila-bila masa boleh mencabut rezeki kami. Takut benar kami bila mendengar Ulu Tembeling, Lembah Danum dan segala macam tempat yang tidak pernah terlintas dalam pendengaran kami. Kami telah begitu lama diancam sebegini.

Pantang mendengar sedikit sahaja berita bahawa kami tidak sesekutu dengan pentadbiran maka macam-macamlah di buatnya. Pentadbir yang dilantik untuk menjilat ludah penguasa, menjadi mata dan telinga walau penjilat-penjilat ini pekak dan buta, dengan rakus menunggu masa untuk menghukum sesiapa sahaja.

Surat tunjuk sebab, dipindahkan 24 jam, diburu seperti pesalah, sehinggakan sudah mengandung lapan bulan pun gambar diambil kerana duduk semasa mengajar dan dipaparkan dalam mesyuarat atau perkembangan staf. Bertambah teruk lagi kesalahan tersebut diulang tayang walaupun anak yang dikandung telah berusia dua tahun. Hendak bersuara secara lantang pun kami terpaksa berfikir-fikir.

Hubungan masyarakat pun kian meruncing!
Sudahlah di sekolah begitu, berada dalam masyarakat pun apa kurangnya, pantang kita duduk bermuzakarah isu semasa yang menjentik batang hidung penguasa, maka berdedailah maklumat sampai ke sekolah, jabatan dan malahan ke kementerian. Mengatakan diri kami ini tidak sedar diuntung.

Sudah diberi gaji mahu memberontak pula. Mengharapkan kesatuan-kesatuan guru mereka samalah seperti kami, terpaksa berteluku lutut di bawah telunjuk penguasa, cakap lebih-lebih nanti tindakan akan menjelma.

Kami bukan macam doktor, yang boleh meletak jawatan kerana diarahkan ke kawasan pendalaman, lalu dipujuk semula dengan macam-macam insentif. Itu belum dikira para doktor yang membuat locum (bayaran puluhan hingga ratusan ringgit sejam) dan memiliki klinik persendirian.

"Kalau Makcik nak sihat lagi bolehlah datang ke klinik nie ye makcik". Lalu menghulurkan sekeping kad nama. Terpukul betul bila mendengar kata-kata tersebut. Kami guru-guru, nak buat tuisyen kat rumah dengan untung RM20 untuk satu sesi pun dihalang bagai nak rak. Yang dengki sangat pada kami ni apasal?

Akhirnya kami memencilkan diri sehingga kami boleh diinjak-injak tanpa rasa hormat. Menjadi "bacul" bertaraf profersional. Bagi kami, yang seperti sudah putus harap ini, biarlah orang lain melaungkan perasaan kami ini. Laungkanlah supaya si Dr tua itu dengar akan keperitan masyarakat.

Kalaulah penguasa itu hendak meneruskan PPSMI biarkan dia, kami tetap akan mengajar dalam Bahasa Melayu. Kami berlapang dada menjemput penguasa itu datang mencemar duli untuk datang ke sekolah pinggir bandar dan lihat sendiri kebanggaan yang diwar-warkan peratusan Lulus Peperiksaan Awam bagi matematik dan sains meningkat.

Guru-guru dah lama lawan PPSMI
Sebenarnya kami sudah lama menentang PPSMI semenjak awal lagi, tapi dengan cara kami. Terima kasih kepada GMP dan seluruh rakyat yang masih mengasihani nasib anak-anak bangsa kita.

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia, 
Berikrar & berjanji, 
Mendidik & membimbing, 

Putera puteri negara kita,

Pada Seri Paduka, 
Kami tumpahkan setia, 
Rukun Negara kita, 
Panduan hidup kami semua,

Di bidang pembangunan, 
Kami tetap bersama, 
Membantu, membina, 
Negara yang tercinta,

Amanah yang diberi, 
Kami tak persiakan, 
Apa yang kami janji, 
Tunai tetap kami tunaikan.

Kepada Duli Tuanku, Kami dari dulu lama lagi, telah berjanji akan sentiasa setia kepada Tuanku. Dengarlah rintihan kami. _


Isnin, 16 Mac 2009

8. PPSMI: Soalan Yang Selalu Ditanyakan


datuk-abu-bakar-abdul-hamid-1

Datuk Abu Bakar Abdul Hamid
Ketua
Kumpulan Prihatin

Soalan 1:

Mengapa pejuang bahasa dan ramai intelek kita menentang usaha kerajaan menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah daripada bahasa Melayu (BM) kepada bahasa Inggeris (BI) ? Bukankah tujuannya baik, iaitu hendak meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar. Kita semua maklum pelajar-pelajar Melayu lemah dalam bahasa Inggeris.

Jawapan:

Pertama-tama tidak ada ahli bahasa, intelek Melayu atau sesiapa saja yang siuman yang menentang usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris baik di kalangan pelajar Melayu, guru Melayu, pegawai Melayu, tokoh koporat Melayu, maupun Menteri Melayu dan siapa saja. Menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain memang perlu digalakkan. Tuduhan bahawa ahli bahasa menentang penguasaan bahasa Inggeris, anti-bahasa Inggeris, fikiran mereka sempit, mereka fanatik bahasa, mereka hanya mahu orang Melayu berbahasa Melayu saja adalah satu pembohongan besar, suatu fitnah, suatu mitos yang dibuat oleh orang-orang politik tertentu. Dalam kaedah berhujah ini dikatakan menciptakan `straw man’ iaitu orang yang dibua daripada kertas atau orang-orangan sehingga mudah dimusnahkan. Tujuan mereka yang sebenar mereka saja yang tahu. Sehingga ini belum pernah dapat disebut nama walau seorang pun ahli bahasa yang melarang sesiapa belajar bahasa Inggersis atau bahasa lain.

Keduanya, ramai dari kalangan yang memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang cukup fasih dalam bahasa Inggeris, baik dalam pertuturan mahupun tulisan. Malahan mereka menggunakan bahasa Inggeris setiap hari. Tidak pernah terdengar ada di antara mereka melarang sesiapa belajar bahasa Inggeris atau bahasa apa pun. Yang diperjuangkan oleh mereka ialah kedudukan bahasa Melayu itu mestilah terus dipelihara sebagai bahasa rasmi dan dipupuk sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu di negara Malaysia yang merdeka lagi berdaulat ini. Mengubah bahasa pengantar di sekolah dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris akan mengancam dan memusnahkan kedudukan bahasa Melayu baik dalam jangka pendek maupun panjang. Inilah yang mereka tentang.

Soalan 2

Bukankah perubahan ini melibatkan dua mata pelajaran saja ? Takkan dua mata pelajaran, iaitu Sains dan Matematik di Sekolah Rendah boleh menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu?

Jawapan:

Pertamanya tidak betul mengatakan perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaran saja dan di Sekolah Rendah saja. Ini satu kekeliruan. Sekarang ini pun sudah diumumkan akan dijalankan serentak mulai 2003 di darjah satu Sekolah Rendah, tingkatan satu Sekolah Menengah dan Matrikulasi/Tingkatan VI Bawah dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Apakah maknanya ini? Maknanya, bahasa pengantar di seluruh sistem persekolahan dan pada pengajian tinggi akan berubah daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Ini satu perubahan yang cukup besar dan bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kalau kita mahu pinda Dasar Pendidikan Kebangsaan, sewajarnyalah perkara ini dibincangkan semula oleh semua pihak secara saksama, bukan dilaksanakan secara senyap-senyap, bersembunyi di sebalik dua mata pelajaran, berselindung di belakang meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar.

Keduanya dan inilah perkara yang penting difahamkan Bahasa Inggeris akan jadi bahasa pengantar utama dan Bahasa Melayu bahasa pengantar sampingan saja di peringkat sekolah dan IPT. Inilah yang ditentang oleh mereka yang sudah dapat melihat telatah kerajaan itu. Cuba kita lihat dengan kepala dingin apa yang akan terjadi nanti.

Sekolah Rendah
Darjah 1-3 BM
Bahasa Malaysia
Agama Islam BI
Bahasa Inggeris
Matematik
Darjah 4 - 6 Bahasa Malaysia
Agama Islam
Kajian Tempatan Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sekolah Menengah
Tingkatan I – III Bahasa Malaysia
Sejarah
Geografi
Kemahiran Hidup
P. Seni
P. Jasmani
Agama Islam
P. Moral

Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Tingkatan IV - V Bahasa Malaysia
Kesusasteraan Melayu
Geografi
P. Seni
P. Jasmani
Agama Islam
Pendidikan Moral
Sejarah
Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Inggeris
Matematik Moden
Matematik Tambahan
Sains
Fizik
Kimia
Biologi
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi

Perhatikan mulai tingkatan IV sudah lebih banyak kursus diajar dalam bahasa Inggeris. Satu kajian menunjukkan di peringkat SPM daripada 79 mata pelajaran, 19 saja akan diajarkan dalam bahasa Melayu. Selebihnya, 47 dalam bahasa Inggeris dan 13 termasuk bahasa dan kesusasteraan Mandarin dan Tamil dalam bahasa yang lain. Dengan demikian bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa pengantar utama menyingkirkan bahasa kebangsaan.

Matrikulasi, Tingkatan VI Bawah dan Atas:

Hanya mata pelajaran dalam jurusan Sains dan Perdagangan disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

IPTA

Di IPTA yang umum seperti UM dan UKM, hanya Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Akademi Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Islam saja yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar sementara yang selebihnya, yang jauh lebih banyak jumlah kursusnya dan pelajarnya akan menggunakan bahasa Inggeris. Jika dihitung jumlah kursusnya barangkali tidak sampai 20% yang akan diajarkan dalam bahasa kebangsaan. Yang 80% lagi dalam bahasa Inggeris.

Di IPTA yang lebih khusus seperti USM, UTM, UPM, UiTM, hampir semua Fakulti akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Jelasnya, di peringkat IPT sebagai peraturannya, bahasa pengantar adalah bahasa Inggeris dan sebagai pengecualiannya dalam beberapa kes tertentu bahasa pengantarnya bahasa Melayu. Itulah kedudukan bahasa Melayu nanti, sebagai bahasa pelengkap saja.

IPTS

Pada hari inipun IPTS sudah rata-rata menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada semua kursus. Jika ada yang menggunakan bahasa lain daripada bahasa Inggeris, itu adalah pengecualian.

Jadi jelaslah bagi mereka yang mahu melihat dengan akal, perubahan apa yang dikatakan sebagai dua mata pelajaran saja di peringkat Sekolah Rendah adalah pada hakikatnya perubahan yang amata radikal, perubahan kepada bahasa pengantar dalam seluruh sistem pendidikan kita hari ini. Perubahan ini sudah mula dijalankan sejak dibenarkan penubuhan IPTS lagi. Malahgan sebelum inipun, IPTA sudah diarahkan untuk mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris walaupun secara lisan sahaja.

Rancangan ini sebenarnya rancangan jahat, mahu mengubah secara berselindung, bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Kebijaksanaan pemimpin hari ini ialah merombak apa yang baik yang telah dibina dengan banyak pemikiran dan pengorbanan oleh pemimpin kita dahulu.

Soalan 3

Bukankah kelemahan pelajar Melayu dalam bahasa Inggeris suatu kenyataan? Malahan pelajar di universiti pun masih mendapati sukar membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris? Bagaimana hendak mengatasi masalah ini?

Jawapan

Itu memang kenyataan. Ini masalah yang perlu diatasi. Kita perlu mencari jalan bagaimana mengatasinya. Kita perlu fokuskan perhatian kepada masalah itu, bukan menyimpang ke masalah lain. Apa sebab pelajar kita tak boleh membaca dan faham bahan dalam bahasa Inggeris sesudah 10 tahun belajar bahasa itu? Kita mesti cari sebabnya. Apakah kaedah yang digunakan selama ini tidak tepat? Apakah gurunya tidak dilatih dengan betul? Apakah masa yang diberikan tidak cukup? Atau pelajar-pelajar kurang motivasi untuk belajar bahasa Inggeris? Munkinkah jumlah pelajar dalam darjah terlalu besar untuk pengajaran bahasa secara berkesan?

Kita harus cari jawapan kepada soalan di atas dan cari jalan bagaimana boleh menyelesaikannya. Inilah pendekatan yang rasional. Bukan seperti kata Tan Sri Ainuddin, “Lain yang luka, lain yang dibebat”. Jika masalahnya penguasaan bahasa Inggeris, carilah jalan menguasai bahasa Inggeris, bukan libatkan mata pelajaran Matematik dan Sains. Kalau belajar Matematik dalam bahasa Melayu sudah susah, diajar dalam bahasa Inggeris akan berganda lagi susahnya!

Kalau sudah sepuluh tahun belajar bahasa Inggeris, membacapun tak boleh, apakah fokusnya salah? Tiap-tiap hari radio dan tv kita melaungkan kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu sains dan teknologi terkini. Maknanya kemahiran bahasa Inggeris yang perlu kita kuasai pertamanya, kemahiran membaca. Keduanya. Kemahiran mendengar. Kemahiran bercakap dan menulis mengikutinya.

Sekarang apakah fokus penguasaan bahasa Inggeris kita? Apakah kita mahu anak-nak kita bercakap bahasa Inggeris seperti orang Inggeris? Bahasa Inggeris Permaisurikah? Orang putih Australia pun bercakap Inggeris dengan dialek mereka. Demikian juga orang Irish. Orang Hitam Amerika punya dialek ucapannya tersendiri. Tumpukanlah lebih dahulu kepada kemahiran membaca dan kemudian mendengar. Peringkatkan bahan bacaan itu. Sudah itu baru kemahiran yang lain. Ramai orang Europa mendapati sukar bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi mereka boleh membaca dan faham dengan mudah bahasa itu. Ini kerana fokus pembelajaran bahasa Inggeris mereka itu betul.

Soalan 4

Apa salahnya mencuba cara baru, iaitu mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris? Bukankah dengan itu pelajar akan menguasai kedua-dua mata pelajaran itu dengan baik dan sekali gus menguasai bahasa Inggeris?

Jawapan:

Bahaya kaedah cuba-cuba atau dalam bahasa Inggeris `trial and error’ ini amat besar. Apa lagi ia melibatkan satu generasi manusia. Kita harapkan anak-anak kita dapat menguasai Matematik dengan lebih baik dan Sains dengan lebih baik sementara bahasa Inggeris mereka bertambah baik. Tetapi ada juga kemungkinan ketiga-tiganya tambah merosot. Dan kemungkinan ini cukup besar. Takut nanti anak-anak kita jadi Lebai Malang moden. Bukan dapat kesemuanya tetapi kesemuanya terlepas.

Soalan 5:

Kalau begitu kita tidak bolehlah membawa suatu perubahan sedangkan cara yang sedia ada ternyata tidak berhasil.

Jawapan:

Kita boleh saja mencuba kaedah yang baru. Boleh, malahan digalakkan. Tetapi, pertamanya, kita mesti faham dulu mengapa kaedah yang lama itu gagal. Apakah fokus kita salah. Kalau salah betulkanlah. Pusatkan perhatian kepada membaca dan kefahaman lebih dahulu. Apakah latihan guru kita tidak memuaskan. Yang mana tak memuaskan, perbetulkanlah. Apakah masanya tak cukup? Kalau begitu, tambahlah masanya. Sekolah kampung biasanya tak digunakan sebelah petang. Gunakanlah untuk menampal apa yang kurang sebelah pagi.

Apakah usaha ini semua sudah dilakukan? Sehingga ini belum ada bukti dari mana-mana pelusuk dunia, mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa kedua lebih berkesan daripada mengajarnya dalam bahasa pertama. Bereksperimen dengan manusia itu berbahaya sekali kerana kita akan mengetahui kesalahannya hanya sesudah satu generasi manusia terkorban.

Keduanya, kalau benar-benar mahu mencuba kaedah baru mengapa tak buat dulu projek percubaan atau `pilot project’ dengan jumlah pelajar yang kecil dan dalam keadaan yang terkawal. Mengapa terburu-buru. Pejuang bahasa selalu sangat dituduh emosional. Tetapi apakah tindakan kerajaan seperti ini rasional dan saintifik ? Yang rasional dan saintifik itu berdasarkan percubaan dan kajian kes.

Apa akan jadi kalau percubaan ini terbukti gagal sesudah 10-15 tahun nanti ? Rakyat juga akan dipersalahkan. Merekalah yang bebal, tidak mahu berubah, pemalas, jumud, dihasut oleh orang yang tak sukakan kemajuan. Pemimpin akan berkokok mengutuk rakyat. Kerajaan telah melakukan segala-galanya tetapi rakyat tak memberikan sahutan yang setimpal. Tak dibicarakan lagi pada waktu itu apakah kaedah yang dijalankan itu kaedah yang terbukti secara saintifik atau sesuatu yang dilakukan dengan tergesa-gesa! Tak boleh ditahan-tahan lagi seperti orang nak melapas lakunya.

Soalan 6:

Apakah salahnya kalau kita tukar saja bahasa pengantar di sekolah dan di IPT kepada bahasa Inggeris? Apa ruginya orang Melayu? Bukankah kita sedang menghadapi globalisai? Apakah kita menguasai bahasa Inggeris, kita menjadi warga dunia. Bukankah kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju?

Jawapan:

Pertama-tamanya, kita mesti faham apa makna dan implikasi globalisai itu; baik buruknya. Buruknya globalisasi kerana ia dipacu oleh duit dan teknologi. Teknologi dipergunakan oleh yang mempunyai kuasa wang untuk menguasai pasaran supaya mereka mendapat lebih banyak wang. Melalui media massa yang mereka kuasai, mereka boleh menjangkau ke seluruh pelusuk dunia untuk mengiklan dan mamasarkan produk mereka. Sebab itu anak kecil umur tiga tahun pun sudah kenal McDonald. McDonald menjadi produk global.

Bagaimana kita mahu mengatasi ini? Apakah dengan memakai seluar jin, makan DcDonald dan minum coca cola? Dengan itu kita merasa diri kita sudah moden dan global? Jin bukan pakaian yang paling selesa buat iklim kita, McDonald bukan makanan yang berhasiat dan coca cola banyak mengandungi gas yang tidak baik buat kesihatan. Kata para ahli, untuk menghadapi globalisasi, kita harus berfikir global dan bertindak tempatan. Ini nasihat yang baik. Sebagai satu contoh dalam bidang makanan, kita perlu berfikir dan bertindak dalam konteks bagaimana menjadikan roti canai dan sate seperti McDonald, boleh dipasarkan di seluruh dunia. Nilai makanannya tidak kurang daripada McDonald. Malah lebih baik. Rasanya enak. Boleh juga dihidangkan dengan segera. Apabila kita berfikir begitu, kita tak akan terus menerus menjadi pengguna, kita akan juga menjadi pengeluar dan penjual.

Apa maknanya ini dalam konteks bahasa dan budaya? Maknanya, kalau kita mahu hidup dalam dunia yang global ini, kita mesti mempertahankan keperibadian kita, identiti kita, nilai-nilai murni kita, budaya kita, bahasa kita. Dalam arus globalisasi yang kuat dan deras ini, yang akan dapat bertahan adalah yang masih dapat berdiri tegak dengan identitinya sendiri. Yang tidak dapat bertahan akan hanyut dibawa arus. Hilang diri, hilang rupa, hilang budaya, hilang bahasa. Maka itulah mempertahankan bahasa itu penting.

Sekadar satu contoh, Singapura dikatakan maju dari segi ekonomi. Sistem pendidikannya menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tidak lama dulu, satu tinjauan dibuat dan didapati sebahagian besar anak muda Singapura keturunan Cina kesal dilahirkan sebagai orang Cina. Kalau boleh pilih, mereka mahu jadi Mat Salleh. Mereka sudah mengalami suatu krisis identiti. Sekarang Singapurapun sedang berusaha memperkukuhkan kedudukan Mandarin dan bahasa ibunda yang lain. Dasar Pendidikan kita dibina oleh pemimpin dulu dengan tujuan menjadikan kita semua orang Malaysia dengan penuh kesedarandan perasaan ke-Malaysiaan. Menukarnya pada peringkat ini adalah suatu risiko yang besar.

Warga global itu suatu impian yang tidak mungkin menjadi nyata. Kini kita menghadapi dunia unipolar. Apa yang berlaku sesudah September 11 membuktikan Amerika Syarikat tidak akan membenarkan sesiapapun menandinginya, apa lagi mencabarnya. Bagaimana hendak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya ? Dalam keadaan demikian, kita mempunyai lebih peluang bertahan dengan mengukuhkan keperibadian kita sendiri termasuk bahasa kita. Sebahagian besar daripada kita perlu menguasai kemahiran membaca dan mendengar dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu. Sebahagian lagi dalam kedudukan tertentu perlu menguasai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Menukar bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kita untuk tujuan itu tidak perlu. Ini menggadai maruah bangsa kita.

Soalan 7:

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan tindakan proaktif dengan mendedikasikan hari Khamis sebagai Hari Bahasa Inggeris. Apakah ini satu langkah yang bijak?

Jawapan:

Cerita ini dimuatkan dalam The Star, 30 Jun 2002. Usaha meningkatkan bahasa Inggeris itu baik, tetapi fokusnya sama sekali salah. Yang ditekankan terutamanya kemahiran bertutur. Logiknya, kalau kita memerlukan bahasa itu untuk menimba ilmu, penekanan mestilah kepada penguasaan kemahiran membaca dan kefahaman selain mendengar. Selain itu, sasarannya sama sekali sesat. Dikatakan, (terjemahannya) “Hanya sesudah pegawai-pegawai kerajaan menguasai bahasa Inggeris dengan memuaskan, Kerajaan Negeri akan berfikir untuk melancarkan fasa kedua dari SEED, iaitu surat menyurat akan dibuat dalam bahasa Inggeris.”

Apa maknanya ini? Maknanya apabila pegawai-pegawai sudah menguasai bahasa Inggeris maka surat menyurat rasmi akan dibuat dalam bahasa Inggeris! Masya Allah! Apakah ini yang dikatakan perubahan bahasa pengantar tidak akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu? Kita diberi tahu bahasa Inggeris itu perlu untuk mendapatkan ilmu terkini. Sekarang baru jelas, tujuan sebenar Kerajaan ialah menggunakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran kerajaan. Dulu pegawai kerajaan di seruh pulangkan surat yang tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan. Sekarang pegawai kerajaan digalakkan menulis surat dalam bahasa Inggeris. Bila perubahan dasar ini diputuskan? Jadi tidak benarlah hujah yang dilaung-laungkan selama ini kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk meraih ilmu dan pengetahuan. Sekarang terbukti ada udang di sebalik batu dalam usaha mengubah bahasa pengantar Sains dan Matematik dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

Soalan 8:

Apakah keadaan ini mempunyai dampak yang lebih meluas dari segi kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Bagaimana dengan jaminan pemimpin-pemimpin kita bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak akan terjejas?

Jawapan:

Dampak yang jelas ialah bahasa Melayu akan berhenti menjadi bahasa sains dan teknologi maklumat. Apabila tidak digunakan sebagai bahasa pengantar untuk sains, ekonomi, teknologi dan matematik di peringkat sekolah dan IPT maka tidak akan ada buku teks dalam bidang-bidang itu dalam bahasa Melayu. Istilah baru juga tidak akan diperlukan. Apabila tidak menjadi bahasa sains, matematik, teknologi maklumat, perubatan dan kejuruteraan, maka bahasa Melayu bukan lagi bahasa moden, bukan lagi bahasa ilmu. Ia akan menjadi bahasa pasar saja. Menurut seorang asing yang berkerja di sini, dia tidak ada masalah menggunakan bahasa Inggeris di mana-mana di negara ini. Di Pasar Tani pun, bahasa Inggeris boleh difahami. Sila rujuk kartun dalam akhbar The Star, 7 Julai 2002 yang mengungkapkan keadaan itu dengan baik sekali.

Dampaknya dalam bidang penerbitan buku, majalah dan akhbar juga dapat dibayangkan. Oleh kerana nanti pembaca tidak lagi mahir membaca soal-soal teknologi dan sains dalam bahasa Melayu, maka tidak ada siapa yang mahu menerbitkan buku dalam bidang-bidang tersebut dalam bahasa Melayu. Majalah Mastika boleh terus kekal dengan cerita alam ghaibnya untuk `memodenkan’ fikiran orang Melayu tetapi majalah dalam bidang sains, tekonologi, komputer dan perubatan dalam bahasa Melayu tidak akan diterbitkan lagi. Malahan ruang kesihatan, teknologi maklumat, pendidikan dan sains dalam akhbar-akhbar Melayu akan bertambah kurang kerana pembaca baru tidak lagi mahir membaca perkara-perkara ini dalam bahasa Melayu. Penerbitnya akan terpaksa memilih sama ada menerbitkan ruang-ruang ini dalam bahasa Inggeris atau menukarnya menjadi akhbar berbahasa Inggeris saja. Pembaca akhbar bahasa Melayu nanti akan jadi seperti pembaca akhbar tulisan Jawi hari ini. Utusan Melayu tidak lagi dapat bertahan kerana jumlah pembacanya merosot. Kini berkuburlah ia.

Dari itu kita mesti mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden, sebagai bahasa pengantar semua bidang ilmu dari sekolah rendah hingga ke IPT. Hanya berpuas hati dengan dendangan para pemimpin kita bahawa kedudukannya mantap kerana telah termaktub dalam perlembangaan tidak memadai.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden pastilah akan terjejas. Pengkebumian Utusan Melayu bukti yang nyata. Jika usaha mengubah bahasa pengantar di peringkat sekolah dan IPT ini tidak kita cegah, tunggu sajalah saat apabila kita akan mentalqinkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden. Sains dan Matematik akan dipacak sebagai batu nisannya.

Oh ... Bahasaku ...



PLUS tolong prihatin sikit .... lihat gambar berikut ...
gambar ini diambil di R&R Sg Perak hala selatan
takkan tak audit sebelum tampal!!
 









yang ni pulak menara tinjau yang sentiasa dikunci ....
nak buat hiasan saja ... kalau tak nak buka buat apa bina?
dah lama siap .... kedua-dua arah R&R utara dan selatan
di kunci...

Sabtu, 14 Mac 2009

Ulasan Catatan Dr Mahathir Mengenai PPSMI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Dr. Mahathir Mohamad 

| 

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. (Ulasan: Begitulah Tun ...Tun pun pernah menulis dalam Malay Dilema ... cuma masih belum sampai peringkat amuk ... kalau semua pendapat rakyat kerajaan tak nak dengar ... saman di mahkamah tak dilayan (asyik tangguh saja ... apa lagi boleh dibuat?)

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 
(Ulasan: memang menidakkan Bahasa Melayu ... menunjukkan kita tidak yakin dengan kemampuan Bahasa Melayu ... sebagai Lingua Franca)

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.
(Ulasan: apa ... dengan Bahasa Melayu kita tak boleh menguasai ilmu ... dimana Tun belajar ni?)

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera. (Ulasan: saya bersetuju dengan Tun 100% ... kita kuasai bahasa Inggeris melalui bahasa itu sendiri ... bukan mengorbankan subjek lain)

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu. 
(Ulasan: betul tu ... jadi kita tak patut guna Bahasa Inggeris untuk pengajaran Sains dan Matematik ... pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak akan dapat membantu perkembangan Bahasa Inggeris ... malah merosakkan Bahasa Inggeris sendiri ... contoh soalan Bahasa Inggeris UPSR baru lalu ... pelajar menjawab mengikut kaedah Sains (ringkas) ... ramai yang gagal)

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan. 
(Ulasan: Saya setuju ... kenapa Inggeris menginggeriskan bahasa Latin? ... mengapa mereka tidak menggunakan bahasa Latin dalam pengajaran sains dan matematik? … kenapa kita tak boleh Melayukan istilah Sains ... apa masalahnya? Kenapa kita tak boleh? Kenapa wujud sikap rendah diri dalam menggunakan bahasa kita? Jepun, Korea dan negara-negara Eropah tak guna Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains Matematik … mereka masih mampu kuasai sains dan matematik mengapa kita tak contohi mereka?)

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.
(Ulasan: Semenjak tahun 1970(darjah 1) kita dah mulakan pengajaran dalam Bahasa Kebangsaan (Melayu) dan tiada lagi kelas aliran Inggeris ... termasuklah sains dan matematik ... ada timbul masalah? pelajar sains/teknologi kita yang dihantar ke luar negara ada masalah? Tun ada statistik berapa ramai pelajar sains kita yang gagal di luar  negara disebabkan tak faham istilah sains dan matematik disebabkan menerima pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu? Kalau setakat buat andaian saja ... tanpa disokong statistik yang absah ... atau mengemukakan statistik yang dimanipulasi sampai bila pun perdebatan ini tidak akan berakhir)

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen. 
(Ulasan: rujuk ulasan 8)

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi. 
(Ulasan: Bahasa Inggeris pun menerima masuk perkataan dari bahasa lain (perkataan asal bahasa Inggeris cuma 99 patah sahaja)... baru dapat berkembang pesat sehingga seperti hari ini ... apa salahnya kita menerima perkataan baharu daripada bahasa lain sekiranya tiada istilah dalam bahasa kita ... salah? Setahu saya bahasa Inggeris bukan bahasa paling ramai dituturkan didunia ... ia berada di tangga 2  selepas bahasa mandarin … Negara China tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik boleh juga maju … kenapa tak ajar saja sains dan matematik kita dalam bahasa mandarin?)

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis. 
(Ulasan: setuju ...)

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah. 
(Ulasan: sangat setuju ...)

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains? 
(Ulasan: sangat setuju ... tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh buat rujukan dalam bahasa lain ... kalau kita faham bahasa inggeris (kita belajar bahasa inggeris melalui subjek bahasa Inggeris) kita boleh buat rujukan dalam bahasa berkenaan ... apa masalahnya ... tak perlu penterjemah ... bahkan dalam bahasa lain pun kita boleh rujuk seperti bahasa Jerman sekiranya kita mempelajari bahasa berkenaan di sekolah melalui subjek bahasa itu sendiri ... bukan belajar sains dan matematik dalam bahasa Jerman. Jangan kita ingat sains dan teknologi cuma dalam Bahasa Inggeris sahaja.)

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.
(Ulasan: saya tidak bersetuju dengan Tun ... kita tidak perlu menterjemahkan semua itu ... Tetapi kita kena ingat,  mereka yang mempelajari bahasa sahaja tidak mungkin memahami teknologi … nak memahami teknologi tidak semestinya kita perlu belajar ilmu tersebut dalam bahasa asal. Contoh kita nak belajar bacaan dan perbuatan dalam solat … perlukah kita belajar semua tu dalam bahasa Arab? Penerangan diberikan dalam bahasa Melayu (atau bahasa ibunda masing-masing) … bacaan dalam bahasa Arab. Sama macam sains dan matematik … ajar dalam bahasa Melayu … istilah terjemahkan (atau kekalkan dalam bahasa asal) ke bahasa Melayu … dah 33 tahun dilaksanakan tiada masalah … (1970 – 2003) kenapa perlu tukar? Ilmu sains berkembang di Malaysia … saintis makin ramai walaupun mendapat didikan dalam bahasa Melayu … lihat anugerah sains yang di terima oleh universiti tempatan … pelajar yang mendapat didikan melalui bahasa Melayu juga cemerlang di luar negara … kenapa kita perlu membazir wang berjuta-juta untuk menukar itu semua … sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembangunan.)


16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks. 
(Ulasan: Apa masalah Tun sebenarnya? Kita ada ramai pakar sekarang yang lahir hasil pembelajaran dalam Bahasa Melayu sepenuhnya semua subjek (generasi darjah 1 1970) ... mereka ada masalah ke menguasai Bahasa Inggeris? Mereka ada masalah menguasai sains dan teknologi dalam Bahasa Inggeris? Mereka ada masalah menguasai Bahasa Jepun semasa melanjutkan pelajaran ke Jepun? Mereka ada masalah menguasai Bahasa Jerman semasa melanjutkan pelajaran ke Jerman dan negara serta bahasa lain hanya semata-mata belajar dalam Bahasa Melayu?  Sekali lagi ... Tun ada statistik ke mengenai perkara ini ... sehingga buat kesimpulan dan keputusan drastik ajar sains dan math dalam Bahasa Inggeris. Atau seperti rumus yang saya dengar (maaf kalau tidak betul) ... ada pegawai Malaysia yang tak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris semasa lawatan ke luar negara bersama Tun sehingga menyebabkan dasar PPSMI Tun perkenalkan?)

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris? 
(Ulasan: Kalau ikut statistik Kementerian Pelajaran ... peratus pelajar luar bandar menjawab sains dan mat dalam Bahasa Inggeris meningkat ... tapi saya agak ragu-ragu (maaf kalau saya silap)... terdapat kemungkinan peratus lulus di rendahkan daripada sepatutnya ... ada pelajar yang buta huruf dapat kepujian dalam matapelajaran sains dan matematik sedangkan subjek lain semua gagal (minta pihak berkenaan buat kajian lanjut perkara ini)  ... adakah statistik sebegini kita dapat gunapakai untuk membuat rumusan bahawa PPSMI berjaya dan perlu diteruskan) 

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.
(Ulasan: Perkara ini tidak timbul ... tiada pihak dalam GMP atau mana-mana badan gabungannya menentang Bahasa Inggeris ... melarang penggunaan bahasa Inggeris dalam pertuturan ... malah semua pihak mahukan bahasa Inggeris diperkemaskan pengajarannya ... hanya yang ditentang ialah pengajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris ... minta dikembalikan ke asal (mengajar dalam Bahasa Kebangsaan) itu saja! Tujuannya supaya pelajar dapat faham sains dan matematik dengan lebih baik dan cepat berbanding terpaksa faham bahasa Inggeris dahulu baru dapat buat matematik dan sains. Pihak yang menyokong PPSMI suka memutarbelitkan fakta ... ini bahaya ... dan kemungkinan besar boleh menyebabkan UMNO kehilangan kerusi yang lebih besar pada Pilihanraya akan datang. Oopppsss!! …maaf … Tun bukan ahli UMNO!)

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar? 
(Ulasan: Tun ada statistik? ... atau buat andaian saja? ... kalau itu betul ianya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sukatan pelajaran yang digunapakai di sekolah atau penyampaian pengajaran - pembelajaran (kaedah) tidak betul ... kenapa di kelas tuisyen ... dalam masa 3 bulan boleh menguasai Bahasa Inggeris sedangkan sekolah bertahun-tahun gagal menguasai Bahasa Inggeris?  Kalau satu kelas pelajar sederhana gagal menguasai Bahasa Inggeris ... boleh salahkan guru ... tapi kalau satu negara gagal kuasai Bahasa inggeris nak salahkan siapa? dah tentu sistem / dasar tak betul! Sekarang kita bebankan pula kepada sains dan matematik untuk capai bahasa Inggeris ... dasar ni jugak tak betul!) 

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu? 
(Ulasan: Ramai juga pakar di seluruh dunia menggunakan bahasa ibunda (Bahasa Utama Dunia) dalam menyampaikan hujah masing-masing ... tak ada masalah... tidak semestinya Bahasa Inggeris difahami oleh semua orang ... sebenarnya bahasa tidak begitu penting ... yang penting isi / hujah dapat difahami oleh pendengar (Tun juga pernah menggunakan ungkapan ini)

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar. 
(Ulasan: Hakikat apa yang Tun perjuangkan? Bahasa Inggeris hanyalah satu daripada beberapa bahasa di dunia ... ada bahasa yang lebih maju dan lebih ramai dituturkan di dunia ... dan lebih banyak cabang ilmu ditulis dalam bahasa tersebut)

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah. 
(Ulasan: Saya nak tanya Tun ... adakah orang Eropah suatu ketika dulu mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Arab di sekolah-sekolah di negara mereka? hanya takut terlambat mengejar teknologi mereka ajar dalam bahasa Arab? Mereka belajar bahasa Arab, bukan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Arab ... inilah hakikat yang Tun harus terima ....)

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja. 
(Ulasan: Saya tidak bersetuju ... sebenarnya ianya perlulah seiring ... adakah kita nak ajar itik berenang tapi kita suruh itik belajar bahasa ayam dahulu ... kan lebih mudah ajar itik berenang dalam bahasa yang difahami oleh itik ...)

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita. 
(Ulasan: Kenapa pulak orang perlu belajar dalam bahasa kita ... sedangkan kita pun dah gunakan bahasa Inggeris (dah tak nak bahasa Melayu)... tak perlulah belajar dalam bahasa kita ... lebih baik belajar terus dalam bahasa Inggeris yang kita gunakan untuk menyampaikan ilmu itu ... nak belajar bahasa Melayu balik masa tu dah terlambat! buang masa ... ilmu dapat lebih cepat dalam bahasa Inggeris dan adakah pada masa tu saintis kita tahu guna dan mahu guna Bahasa Melayu ... Tun berada di alam fantasi!)

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang. 
(Ulasan:Kalau Tun sayangkan bangsa Malaysia ... kita perlu hapuskan PPSMI dan kembali ke asal ... lingkup bangsa Malaysia ... belajar dalam bahasa yang tak difahami ... tapi apa sebenarnya yang perlu dilakukan ialah perkemaskan Bahasa Inggeris dalam subjek itu sendiri)

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang. 
(Ulasan: Ini ulasan orang yang bebal ... mereka dah ada permit ... biarkan mereka demo dengan aman ... siapa pun tak suka rusuhan .. jangan halang!! kawal dan benarkan secara aman ... mereka cuma nak serah memorandum mengenai bantahan PPSMI bukan nak tumbangkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat!!!)

 Juga lihat ...

Petikan daripada wikipedia

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepasbahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala diChina, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

 

More than 100,000 articles: Bahasa Indonesia,  More than 20,000 articles: Bahasa Melayu, More than 50,000 articles: English (simple)

 

Ulasan: Kalau dilihat daripada angka ini sahaja telah dapat menggambarkan bahawa pengguna bahasa Melayu / Indonesia begitu ramai

 

Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

 

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—

(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan

(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:

Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Khamis, 12 Mac 2009

Keputusan spm sekolah saya menakjubkan

cikgu sekolah
Thu Mar 12, 2009 5:07pm
60.49.87.195

tak pernah sebelum ni bilangan gagal sains kurang 10 orang tapi tahun ni hanya 6 orang gagal. budak2 yg tak tahu baca menulis pun lulus .. ada beberapa org pelajar dari kelas hujung subjek lain spt agama, BM, sejarah mereka dapat 9G yaitu gagal tapi subjek sains - matematik mereka dapat kredit. cikgu yg mengajar pun terkejut beruk sbb budak2 tu sebelum ni tak pernah lulus pun subjek sains sbb tak berapa cekap membaca , tup2 SPM dapat kredit wow.. hebat jugak PPSMI ni ye,,korang marah2 apasal?
nanti mlm ni hishamuddin umum lebih 90 peratus pelajar jawab sains dan matematik dalam BI , korang jangan marah ye. sbb aku rasa murid2 aku yg tak faham bila aku tanya ' how do you come to school' pun jawab dalam bi berabuk2 subjek sains tu.
Ulasan: Jawab... Menteri Pelajaran ... jawab ... jangan tak jawab .... Pelajar tingkatan 1 sekolah luar bandar (baru lepas UPSR)... kalau ada yang pi buat kajian mesti ada dapatan berikut ... semua subjek gagal kecuali sains dapat D .... apa ni? nak buktikan apa? Peratus lulus sains (jawab dalam BI) meningkat ... angka yang tak menggambarkan apa-apa ... dunia memerhati kita (atau mentertawakan kita)...

Rabu, 11 Mac 2009

Pertemuan ...

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang semalam, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurui Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian. Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.

Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan hampir 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Selasa, 10 Mac 2009

PPSMI: GMP nafi didalangi pihak tertentu

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan "GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka".

ppsmi march 070309 crowd.jpgSabtu lalu, kira-kira 8,000 orang menyertai perhimpun anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP). Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata apabila mereka mula berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perhimpunan tersebut turut disertai beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya)," katanya dalam sidang akhbar di Rumah Pena di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

hassan ahmadHassan berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa perhimpunan Sabtu lepas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.

Jumpa PM


Hassan berkata gerakan itu bukan sebuah gerakan yang berunsurkan politik malahan mempunyai prinsip asas iaitu mengembalikan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia.

Sehubungan itu, GMP akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa terdekat sebelum perhimpunan agung Umno hujung bulan ini bagi menjelaskan pendirian gerakan itu sebagai sebuah jawatankuasa yang aman.

"Kami mahu Pak Lah selesaikan isu PPSMI segera sebelum isu ini jadi lebih berat, kami berniat baik dalam memperjuangkan prinsip mahu mengembalikan dasar lama yang tiada masalah dalam sistem pendidikan negara.

"Kita tidak menentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi ingin menuntut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya.

Beliau berkata apa yang patut dilakukan kerajaan ialah mengembalikan pengajaran mata pelajaran itu dalam bahasa Melaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda Mandarin dan Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan selain meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar.

Pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003 telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan, dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya termasuk ahli akademik serta sasterawan menyertai ahli politik dalam menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu.

Khamis, 5 Mac 2009

Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan

Tarmizi Mohd Jam 
Thu | Mar 05, 09 | 10:05:02 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.