Isnin, 2 Mac 2009

Sasterawan Negara: Ajar Pemimpin UMNO di peti undi



KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) -Rakyat disaran menggunakan 'bahasa undi' untuk mengajar pimpinan Melayu yang 'membunuh' bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.

Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

"Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," tegasnya.

Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini.

Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.

"Dia (Umno) selalu memperkecilkan angkatan (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.

"Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa," ujarnya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.

Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara membunuh bahasa dan bangsa sendiri.

"Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.

"Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.

"Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya,"jelasnya.

Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.

"Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.

"Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri," jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan hassan Ramli dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat. - mks._

1 ulasan:

  1. Ulasan yang dipetik dari laman
    http://anwaribrahimblog.com/

    Pejuang
    Mar 2nd, 2009 at 9:06 am
    Kuasa dan kedudukan hanyalah alat untuk berbakti kepada rakyat. Malangnya, orang yg berkuasa selalu lupa diri dan ego. Mereka tetap mahu mempertahankan tindakan mereka dgn kuasa walaupun ia tidak dapat dipertahankan dgn hujah yg mantap. Amatlah malang apabila pemimpin Melayu tidak punyai keyakinan terhadap khazanah bangsanya terutama Bahasa Melayu yg sememangnya memiliki sejarah yg gemilang dan potensi yg cemerlang.

    [Reply]
    2orang kampong
    Mar 2nd, 2009 at 9:30 am
    Sudah lebih 50tahaun kita Merdeka tiada apa dapat dimegah & dikatakan terhadap perpaduan berbilang kaum menjadi satu bangsa Malaysia apetah lagi memertabatkan Bahasa Malaysia. Selama 50tahun parti menabir Malaysia gagal untuk penyatuan ini. Hanya gembarngembur yang dilaungkan, hanya lagu patriotik yang disebarkannya tapi tiada tindakan serious menuju itu.
    Limapuluh tahun amat lama masa telah diberikan kepada mereka sebagai kerajaan tanpa kejayaan yang membanggakan. Mereka melaung melalui lagu patriotik, ” Satu Bangsa Satu Negara, Malaysia Berjaya.” Tapi hakikatnya lain….!!! Apa bezanya laungan lagu ini dengan moto DAP, ” Malaysia For Malaysia”, atau moto PAS, ” Tiada Bangsa Dalam Islam, Semuanya satu”, dan moto PKR, “Bersatu menegakan Malaysia untuk semua rakyat”. Sesungguhnya tiada bezanya kerana alatujunya adalah satu yakni melalui bahasa kita mempunyai identiti bangsa tersendiri iaitu ‘MALAYSIAN’.
    Bukti hadapan kita kegagalan kerjaan tadbir selama 50tahun. Apa salahnya kita memberi peluang pentadbiran negara kepada kerajaan baru. Mungkin mereka akan berjaya dalam mempertabatkankan Bahasa Malaysia justeru itu meyatukan kaum sehingga lahir bangsa Malaysia yang lama kita idamkan.
    Terimakasih.

    [Reply]
    kumario Reply:
    March 2nd, 2009 at 9:58 am

    Orang Kampong,,,,,, keep it up, satu pendapat yang logik saya salute ,

    [Reply]
    3ore kelate
    Mar 2nd, 2009 at 9:45 am
    Betul tu. Ramai amat menunggu-nunggu perkara ini akan berlaku dengan segera. Pemimpin umno dulu, kini dan selamanya adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan menggunakan segala kemudahan untuk isi perut sendiri dan juga kaum keranat sendiri. Keseluruhan sistem pendidikan yang ada di Malaysia ini perlu diubah untuk kepentingan generasi yang akan datang.

    [Reply]
    4bujang tet
    Mar 2nd, 2009 at 9:47 am
    “Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita)”, gunakan undi anda

    “Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu,” - cantik sungguh jalan bahasanya hingga menusuk dikalbuku

    [Reply]
    5haisara
    Mar 2nd, 2009 at 9:52 am
    Dimana Dato’ ketika TDM membuat perubahan? Seingat saya, Dato’ ada menulis satu sajak sanjungan kepada beliau.

    Dah 76 tahun baru nak sedar? Dulu macam jadi pak angguk aja.
    Tak lama dulu sebelum bulan Ramadhan yang lepas saya ke UK atas urusan kerja. Dipelawa kawan-kawan untuk pergi ke RSCI Dublin untuk menilai sebab 3 pelajar kita dihantar pulang kerana kena ulang tahun 3 selepas mereka kena ulang tahun satu. Kos 7 tahun untuk membiayai mereka diluar perjanjian tajaan mereka.
    Ternyata bukan kerana bahasa Melayu yang digunakan semasa mereka disekolah menengah, tetapi lebih kepada terlalu kerap pulang ke tanah air kerana teringin sambal belacan dan ikan kering kapak sehingga mereka hilang fokus. Sempat berjumpa dengan beberapa pelajar kita di RSCI.., tiada masaalah tentang bahasa Inggeris malah mereka dapat mengadakan jaringan yang berkesan dan sering menghadiri seminar dan kursus yang diadakan di UK dan Belfast.

    Kita dah cakap dulu lagi, berpuloh buku teknikal kita dah terjemahkan kedalam bahasa Melayu tetapi oleh kerana ramai ‘pak angguk’ macam dato’ ianya menjadi sia-sia. Politik orang UMNO yang kaki bodek inilah yang menghancurkan Bahasa Melayu, persis seperti kata Prof Ungku Aziz mereka seperti tikus membaiki labu.

    Maaf kerana komen saya menyinggung Dato’ tetapi kalaw dah sedar Alhamdulillah teruskan lah perjuangan.

    [Reply]
    6Mohd Mat Yaman
    Mar 2nd, 2009 at 10:02 am
    almaklumlah pemimpin nombor satu umno itu berpanjangan jauh ke depan. Dia perasan negara akan maju dengan menggunakan bahasa penjajah. padahal penjajah itu yang seharusnya kita dendam. fikiran melencong dia itu sehingga dia bahkan mahukan kita sama seperti dia iaitu membuang agama dan bahasa ibunda di tanah air sendiri. Dia perasan idea yang dia paksakan itu berpandangan jauh ke depan. malang dalam umno, kerana ‘patuh’ lalu sanggup membisu biar pun terang-terangan menghina bangsa dan agama sendiri. Dan akta atau perlembagaan negara sanggup dilangkaui, pun yang di keliling dalam kolompok umno diam saja. alangkah dukanya.

    malaysia tanah air kita. di mana lagi bumi melayu? kalau di tanah air sendiri pun mahu buangkan Islam dan bahasa Melayu… ke mana lagi Melayu nak berpijak dan berteduh? Betullah, kata Pak Samad, mereka itu cuma faham bahasa undi. Tidak ada kuasa lagi pada kita semua setakat ini, melainkan bahasa undi. ya, gunakan bahasa undi!

    [Reply]
    7Razak Ahmad
    Mar 2nd, 2009 at 10:20 am
    Saya tidak bersetuju dengan panadnagan bahawa PPSMI akan membat bahasa melayu pupus. Sistem remove yang dilakasnakan dahulu sudah tidak relevan lagi pada masa ini. Rat-rata ibubapa masa kini ingin anak meeka menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa kedua selepas Bahasa Melayu. Saya melihat PPSMI hanya sebagai satu pendekatan bagi menggantikan sistem remove dahulu dan ini tidak akan memupuskan bahasa melayu.

    [Reply]
    8PR Forever
    Mar 2nd, 2009 at 11:35 am
    Saya amat tersentuh bila Pak Samad sebut, jgn suatu hari nanti anak cucu kita anak terkejut bila dengar kita bercakap bahasa melayu….

    Perkara sama telah berlaku pada tulisan jawi….

    [Reply]

    BalasPadam