Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menggugat prestasi mahasiswa dalam bidang sains serta profesional.
Beliau juga dipetik sebagai berkata sebelum PPSMI dilaksanakan, ramai pelajar berjaya menjadi graduan dan profesional terutama dalam bidang perubatan serta kejuruteraan, "bagaimanapun selepas PPSMI diperkenalkan majoriti pelajar tidak berupaya."
Menteri pelajaran hari ini bagaimanapun berkata perubahan dasar itu - seperti di peringkat sekolah yang diumumkan beliau kelmarin - terserah kepada Kementerian Pengajian Tinggi, lapor Bernama.
"Di peringkat Tingkatan Enam... matrikulasi, memang komponen bahasa
"Kita serahkan kepada (kementerian) Pengajian Tinggi untuk menentukan bagaimana caranya supaya proses itu akan sampai ke peringkat tertinggi walaupun di universiti sudah banyak terdapat penggunaan bahasa Inggeris.
"Kita mahu kemahiran berbahasa Inggeris (oleh pelajar) di peringkat itu mahir tetapi tidak mengetepikan kekuatan bahasa kebangsaan," beliau dipetik berkata.
Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri, diminta mengulas gesaan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) supaya dasar itu dimansuhkan secara menyeluruh termasuk di peringkat universiti - tidak seperti keputusan kerajaan yang hanya menghapuskan PPSMI di peringkat sekolah pada 2012.
Keputusannya tidak dibuat secara terburu-buru dan gopoh, katanya lagi, tetapi setelah menimbang faktor yang penting untuk meningkatkan Bahasa Inggeris yang memerlukan persiapan sempurna dalam tempoh dua setengah tahun akan datang.
Persiapan ini, menurut agensi berita itu lagi, termasuk kelengkapan yang cukup, bahan yang digunakan, makmal bahasa yang baik serta guru-guru yang mahir.
"Kita telah mengambil kira tempoh masa itu untuk membuat persiapan yang sempurna. Tidak boleh tergopoh-gapah dalam soal pendidikan ini.
"Saya faham pejuang-pejuang bahasa ini kalau boleh esok mahu mulakan. Tetapi kita perlu realistik dan sebab itu kita menganjurkan tempoh itu," katanya selepas satu program di Kolej TAR di Kampar.
Muhyiddin berkata tempoh dua setengah tahun sebelum PPSMI dimansuhkan mencukupi untuk membuat persiapan kerana "kerajaan tidak mahu mengulangi masalah sama ketika melaksanakan dasar tersebut sebelum ini".
Ulasan: Syabas Tan Sri kerana berani menyatakan kebenaran dan berani berubah!
Ahad, 12 Julai 2009
Muhyiddin: PPSMI gugat prestasi siswa
Selasa, 17 Mac 2009
PPSMI: Rintihan seorang guru..
Oleh Guru Ditindas PPSMI
Aku hanya guru biasa yang berada jauh di ceruk mata masyarakat. Memang aku, mewakili sebahagian guru yang hanya mampu menahan amarah, bila mana kelihatan "bacul" menunggu orang lain melontarkan masalah kami untuk diselesaikan.
Mengapa "bacul" lebih sesuai untuk kami. Secara praktikalnya, kami guru-guru Malaysia telah lama dan mungkin akan selama-lamanya dimomokkan oleh penguasa yang sedia ada. Macam-macam ancaman dan pekeliling telah membelenggu kami.
Tidak cukup dibelenggu dengan segala macam momokan, bebanan tugas dari masa kesemasa disuap sehingga tersengkak tak terkuasa untuk digalas. Bagaikan guru ini adalah "super power" yang boleh menyelesaikan kesemua permasalan dunia ini. Masyarakat tidak mempunyai nilai, lalu matapelajaran Sivik dan Kenegaraan diperkenalkan.
Bila kuantiti moral masyarakat merudum maka ada ura-ura untuk mewajibkan semua pelajar mempelajari Pendidikan Moral. Apabila berlaku kes penculikan kanak-kanak maka akan diperkenalkan pula sistem pembelajaran sehingga jam empat petang.
Guru-guru terseksa
Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini membawa buku-buku anak murid untuk diperiksa di rumah. Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini balik ke rumah pada jam dua petang dan kembali semula ke sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum, tuisyen dalaman yang tidak berbayar, menceriakan sekolah, membuat laporan itu dan ini untuk pentadbiran dan jabatan, menjaga pelajar selama 24 jam sebagai warden yang melayan kerenah 300 ke 500 pelajar (ibu bapa sendiri pun tak bersama 24 jam),dan macam-macam kerja lagi yang kalau diperincikan maka akan terpacul masyarakat berkata kami ini terlalu berkira.
Sudah menjadi satu macam sumpahan kepada kami, bahawa penguasa bila-bila masa boleh mencabut rezeki kami. Takut benar kami bila mendengar Ulu Tembeling, Lembah Danum dan segala macam tempat yang tidak pernah terlintas dalam pendengaran kami. Kami telah begitu lama diancam sebegini.
Pantang mendengar sedikit sahaja berita bahawa kami tidak sesekutu dengan pentadbiran maka macam-macamlah di buatnya. Pentadbir yang dilantik untuk menjilat ludah penguasa, menjadi mata dan telinga walau penjilat-penjilat ini pekak dan buta, dengan rakus menunggu masa untuk menghukum sesiapa sahaja.
Surat tunjuk sebab, dipindahkan 24 jam, diburu seperti pesalah, sehinggakan sudah mengandung lapan bulan pun gambar diambil kerana duduk semasa mengajar dan dipaparkan dalam mesyuarat atau perkembangan staf. Bertambah teruk lagi kesalahan tersebut diulang tayang walaupun anak yang dikandung telah berusia dua tahun. Hendak bersuara secara lantang pun kami terpaksa berfikir-fikir.
Hubungan masyarakat pun kian meruncing!
Sudahlah di sekolah begitu, berada dalam masyarakat pun apa kurangnya, pantang kita duduk bermuzakarah isu semasa yang menjentik batang hidung penguasa, maka berdedailah maklumat sampai ke sekolah, jabatan dan malahan ke kementerian. Mengatakan diri kami ini tidak sedar diuntung.
Sudah diberi gaji mahu memberontak pula. Mengharapkan kesatuan-kesatuan guru mereka samalah seperti kami, terpaksa berteluku lutut di bawah telunjuk penguasa, cakap lebih-lebih nanti tindakan akan menjelma.
Kami bukan macam doktor, yang boleh meletak jawatan kerana diarahkan ke kawasan pendalaman, lalu dipujuk semula dengan macam-macam insentif. Itu belum dikira para doktor yang membuat locum (bayaran puluhan hingga ratusan ringgit sejam) dan memiliki klinik persendirian.
"Kalau Makcik nak sihat lagi bolehlah datang ke klinik nie ye makcik". Lalu menghulurkan sekeping kad nama. Terpukul betul bila mendengar kata-kata tersebut. Kami guru-guru, nak buat tuisyen kat rumah dengan untung RM20 untuk satu sesi pun dihalang bagai nak rak. Yang dengki sangat pada kami ni apasal?
Akhirnya kami memencilkan diri sehingga kami boleh diinjak-injak tanpa rasa hormat. Menjadi "bacul" bertaraf profersional. Bagi kami, yang seperti sudah putus harap ini, biarlah orang lain melaungkan perasaan kami ini. Laungkanlah supaya si Dr tua itu dengar akan keperitan masyarakat.
Kalaulah penguasa itu hendak meneruskan PPSMI biarkan dia, kami tetap akan mengajar dalam Bahasa Melayu. Kami berlapang dada menjemput penguasa itu datang mencemar duli untuk datang ke sekolah pinggir bandar dan lihat sendiri kebanggaan yang diwar-warkan peratusan Lulus Peperiksaan Awam bagi matematik dan sains meningkat.
Guru-guru dah lama lawan PPSMI
Sebenarnya kami sudah lama menentang PPSMI semenjak awal lagi, tapi dengan cara kami. Terima kasih kepada GMP dan seluruh rakyat yang masih mengasihani nasib anak-anak bangsa kita.
Kami guru Malaysia,
Berikrar & berjanji,
Mendidik & membimbing,
Putera puteri negara kita,
Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun Negara kita,
Panduan hidup kami semua,
Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu, membina,
Negara yang tercinta,
Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.
Kepada Duli Tuanku, Kami dari dulu lama lagi, telah berjanji akan sentiasa setia kepada Tuanku. Dengarlah rintihan kami. _
Isnin, 16 Mac 2009
8. PPSMI: Soalan Yang Selalu Ditanyakan

Datuk Abu Bakar Abdul Hamid
Ketua
Kumpulan Prihatin
Soalan 1:
Mengapa pejuang bahasa dan ramai intelek kita menentang usaha kerajaan menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah daripada bahasa Melayu (BM) kepada bahasa Inggeris (BI) ? Bukankah tujuannya baik, iaitu hendak meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar. Kita semua maklum pelajar-pelajar Melayu lemah dalam bahasa Inggeris.
Jawapan:
Pertama-tama tidak ada ahli bahasa, intelek Melayu atau sesiapa saja yang siuman yang menentang usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris baik di kalangan pelajar Melayu, guru Melayu, pegawai Melayu, tokoh koporat Melayu, maupun Menteri Melayu dan siapa saja. Menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain memang perlu digalakkan. Tuduhan bahawa ahli bahasa menentang penguasaan bahasa Inggeris, anti-bahasa Inggeris, fikiran mereka sempit, mereka fanatik bahasa, mereka hanya mahu orang Melayu berbahasa Melayu saja adalah satu pembohongan besar, suatu fitnah, suatu mitos yang dibuat oleh orang-orang politik tertentu. Dalam kaedah berhujah ini dikatakan menciptakan `straw man’ iaitu orang yang dibua daripada kertas atau orang-orangan sehingga mudah dimusnahkan. Tujuan mereka yang sebenar mereka saja yang tahu. Sehingga ini belum pernah dapat disebut nama walau seorang pun ahli bahasa yang melarang sesiapa belajar bahasa Inggersis atau bahasa lain.
Keduanya, ramai dari kalangan yang memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang cukup fasih dalam bahasa Inggeris, baik dalam pertuturan mahupun tulisan. Malahan mereka menggunakan bahasa Inggeris setiap hari. Tidak pernah terdengar ada di antara mereka melarang sesiapa belajar bahasa Inggeris atau bahasa apa pun. Yang diperjuangkan oleh mereka ialah kedudukan bahasa Melayu itu mestilah terus dipelihara sebagai bahasa rasmi dan dipupuk sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu di negara Malaysia yang merdeka lagi berdaulat ini. Mengubah bahasa pengantar di sekolah dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris akan mengancam dan memusnahkan kedudukan bahasa Melayu baik dalam jangka pendek maupun panjang. Inilah yang mereka tentang.
Soalan 2
Bukankah perubahan ini melibatkan dua mata pelajaran saja ? Takkan dua mata pelajaran, iaitu Sains dan Matematik di Sekolah Rendah boleh menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu?
Jawapan:
Pertamanya tidak betul mengatakan perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaran saja dan di Sekolah Rendah saja. Ini satu kekeliruan. Sekarang ini pun sudah diumumkan akan dijalankan serentak mulai 2003 di darjah satu Sekolah Rendah, tingkatan satu Sekolah Menengah dan Matrikulasi/Tingkatan VI Bawah dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Apakah maknanya ini? Maknanya, bahasa pengantar di seluruh sistem persekolahan dan pada pengajian tinggi akan berubah daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Ini satu perubahan yang cukup besar dan bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kalau kita mahu pinda Dasar Pendidikan Kebangsaan, sewajarnyalah perkara ini dibincangkan semula oleh semua pihak secara saksama, bukan dilaksanakan secara senyap-senyap, bersembunyi di sebalik dua mata pelajaran, berselindung di belakang meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar.
Keduanya dan inilah perkara yang penting difahamkan Bahasa Inggeris akan jadi bahasa pengantar utama dan Bahasa Melayu bahasa pengantar sampingan saja di peringkat sekolah dan IPT. Inilah yang ditentang oleh mereka yang sudah dapat melihat telatah kerajaan itu. Cuba kita lihat dengan kepala dingin apa yang akan terjadi nanti.
Sekolah Rendah
Darjah 1-3 BM
Bahasa Malaysia
Agama Islam BI
Bahasa Inggeris
Matematik
Darjah 4 - 6 Bahasa Malaysia
Agama Islam
Kajian Tempatan Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sekolah Menengah
Tingkatan I – III Bahasa Malaysia
Sejarah
Geografi
Kemahiran Hidup
P. Seni
P. Jasmani
Agama Islam
P. Moral
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Tingkatan IV - V Bahasa Malaysia
Kesusasteraan Melayu
Geografi
P. Seni
P. Jasmani
Agama Islam
Pendidikan Moral
Sejarah
Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Inggeris
Matematik Moden
Matematik Tambahan
Sains
Fizik
Kimia
Biologi
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi
Perhatikan mulai tingkatan IV sudah lebih banyak kursus diajar dalam bahasa Inggeris. Satu kajian menunjukkan di peringkat SPM daripada 79 mata pelajaran, 19 saja akan diajarkan dalam bahasa Melayu. Selebihnya, 47 dalam bahasa Inggeris dan 13 termasuk bahasa dan kesusasteraan Mandarin dan Tamil dalam bahasa yang lain. Dengan demikian bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa pengantar utama menyingkirkan bahasa kebangsaan.
Matrikulasi, Tingkatan VI Bawah dan Atas:
Hanya mata pelajaran dalam jurusan Sains dan Perdagangan disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
IPTA
Di IPTA yang umum seperti UM dan UKM, hanya Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Akademi Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Islam saja yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar sementara yang selebihnya, yang jauh lebih banyak jumlah kursusnya dan pelajarnya akan menggunakan bahasa Inggeris. Jika dihitung jumlah kursusnya barangkali tidak sampai 20% yang akan diajarkan dalam bahasa kebangsaan. Yang 80% lagi dalam bahasa Inggeris.
Di IPTA yang lebih khusus seperti USM, UTM, UPM, UiTM, hampir semua Fakulti akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Jelasnya, di peringkat IPT sebagai peraturannya, bahasa pengantar adalah bahasa Inggeris dan sebagai pengecualiannya dalam beberapa kes tertentu bahasa pengantarnya bahasa Melayu. Itulah kedudukan bahasa Melayu nanti, sebagai bahasa pelengkap saja.
IPTS
Pada hari inipun IPTS sudah rata-rata menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada semua kursus. Jika ada yang menggunakan bahasa lain daripada bahasa Inggeris, itu adalah pengecualian.
Jadi jelaslah bagi mereka yang mahu melihat dengan akal, perubahan apa yang dikatakan sebagai dua mata pelajaran saja di peringkat Sekolah Rendah adalah pada hakikatnya perubahan yang amata radikal, perubahan kepada bahasa pengantar dalam seluruh sistem pendidikan kita hari ini. Perubahan ini sudah mula dijalankan sejak dibenarkan penubuhan IPTS lagi. Malahgan sebelum inipun, IPTA sudah diarahkan untuk mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris walaupun secara lisan sahaja.
Rancangan ini sebenarnya rancangan jahat, mahu mengubah secara berselindung, bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Kebijaksanaan pemimpin hari ini ialah merombak apa yang baik yang telah dibina dengan banyak pemikiran dan pengorbanan oleh pemimpin kita dahulu.
Soalan 3
Bukankah kelemahan pelajar Melayu dalam bahasa Inggeris suatu kenyataan? Malahan pelajar di universiti pun masih mendapati sukar membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris? Bagaimana hendak mengatasi masalah ini?
Jawapan
Itu memang kenyataan. Ini masalah yang perlu diatasi. Kita perlu mencari jalan bagaimana mengatasinya. Kita perlu fokuskan perhatian kepada masalah itu, bukan menyimpang ke masalah lain. Apa sebab pelajar kita tak boleh membaca dan faham bahan dalam bahasa Inggeris sesudah 10 tahun belajar bahasa itu? Kita mesti cari sebabnya. Apakah kaedah yang digunakan selama ini tidak tepat? Apakah gurunya tidak dilatih dengan betul? Apakah masa yang diberikan tidak cukup? Atau pelajar-pelajar kurang motivasi untuk belajar bahasa Inggeris? Munkinkah jumlah pelajar dalam darjah terlalu besar untuk pengajaran bahasa secara berkesan?
Kita harus cari jawapan kepada soalan di atas dan cari jalan bagaimana boleh menyelesaikannya. Inilah pendekatan yang rasional. Bukan seperti kata Tan Sri Ainuddin, “Lain yang luka, lain yang dibebat”. Jika masalahnya penguasaan bahasa Inggeris, carilah jalan menguasai bahasa Inggeris, bukan libatkan mata pelajaran Matematik dan Sains. Kalau belajar Matematik dalam bahasa Melayu sudah susah, diajar dalam bahasa Inggeris akan berganda lagi susahnya!
Kalau sudah sepuluh tahun belajar bahasa Inggeris, membacapun tak boleh, apakah fokusnya salah? Tiap-tiap hari radio dan tv kita melaungkan kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu sains dan teknologi terkini. Maknanya kemahiran bahasa Inggeris yang perlu kita kuasai pertamanya, kemahiran membaca. Keduanya. Kemahiran mendengar. Kemahiran bercakap dan menulis mengikutinya.
Sekarang apakah fokus penguasaan bahasa Inggeris kita? Apakah kita mahu anak-nak kita bercakap bahasa Inggeris seperti orang Inggeris? Bahasa Inggeris Permaisurikah? Orang putih Australia pun bercakap Inggeris dengan dialek mereka. Demikian juga orang Irish. Orang Hitam Amerika punya dialek ucapannya tersendiri. Tumpukanlah lebih dahulu kepada kemahiran membaca dan kemudian mendengar. Peringkatkan bahan bacaan itu. Sudah itu baru kemahiran yang lain. Ramai orang Europa mendapati sukar bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi mereka boleh membaca dan faham dengan mudah bahasa itu. Ini kerana fokus pembelajaran bahasa Inggeris mereka itu betul.
Soalan 4
Apa salahnya mencuba cara baru, iaitu mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris? Bukankah dengan itu pelajar akan menguasai kedua-dua mata pelajaran itu dengan baik dan sekali gus menguasai bahasa Inggeris?
Jawapan:
Bahaya kaedah cuba-cuba atau dalam bahasa Inggeris `trial and error’ ini amat besar. Apa lagi ia melibatkan satu generasi manusia. Kita harapkan anak-anak kita dapat menguasai Matematik dengan lebih baik dan Sains dengan lebih baik sementara bahasa Inggeris mereka bertambah baik. Tetapi ada juga kemungkinan ketiga-tiganya tambah merosot. Dan kemungkinan ini cukup besar. Takut nanti anak-anak kita jadi Lebai Malang moden. Bukan dapat kesemuanya tetapi kesemuanya terlepas.
Soalan 5:
Kalau begitu kita tidak bolehlah membawa suatu perubahan sedangkan cara yang sedia ada ternyata tidak berhasil.
Jawapan:
Kita boleh saja mencuba kaedah yang baru. Boleh, malahan digalakkan. Tetapi, pertamanya, kita mesti faham dulu mengapa kaedah yang lama itu gagal. Apakah fokus kita salah. Kalau salah betulkanlah. Pusatkan perhatian kepada membaca dan kefahaman lebih dahulu. Apakah latihan guru kita tidak memuaskan. Yang mana tak memuaskan, perbetulkanlah. Apakah masanya tak cukup? Kalau begitu, tambahlah masanya. Sekolah kampung biasanya tak digunakan sebelah petang. Gunakanlah untuk menampal apa yang kurang sebelah pagi.
Apakah usaha ini semua sudah dilakukan? Sehingga ini belum ada bukti dari mana-mana pelusuk dunia, mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa kedua lebih berkesan daripada mengajarnya dalam bahasa pertama. Bereksperimen dengan manusia itu berbahaya sekali kerana kita akan mengetahui kesalahannya hanya sesudah satu generasi manusia terkorban.
Keduanya, kalau benar-benar mahu mencuba kaedah baru mengapa tak buat dulu projek percubaan atau `pilot project’ dengan jumlah pelajar yang kecil dan dalam keadaan yang terkawal. Mengapa terburu-buru. Pejuang bahasa selalu sangat dituduh emosional. Tetapi apakah tindakan kerajaan seperti ini rasional dan saintifik ? Yang rasional dan saintifik itu berdasarkan percubaan dan kajian kes.
Apa akan jadi kalau percubaan ini terbukti gagal sesudah 10-15 tahun nanti ? Rakyat juga akan dipersalahkan. Merekalah yang bebal, tidak mahu berubah, pemalas, jumud, dihasut oleh orang yang tak sukakan kemajuan. Pemimpin akan berkokok mengutuk rakyat. Kerajaan telah melakukan segala-galanya tetapi rakyat tak memberikan sahutan yang setimpal. Tak dibicarakan lagi pada waktu itu apakah kaedah yang dijalankan itu kaedah yang terbukti secara saintifik atau sesuatu yang dilakukan dengan tergesa-gesa! Tak boleh ditahan-tahan lagi seperti orang nak melapas lakunya.
Soalan 6:
Apakah salahnya kalau kita tukar saja bahasa pengantar di sekolah dan di IPT kepada bahasa Inggeris? Apa ruginya orang Melayu? Bukankah kita sedang menghadapi globalisai? Apakah kita menguasai bahasa Inggeris, kita menjadi warga dunia. Bukankah kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju?
Jawapan:
Pertama-tamanya, kita mesti faham apa makna dan implikasi globalisai itu; baik buruknya. Buruknya globalisasi kerana ia dipacu oleh duit dan teknologi. Teknologi dipergunakan oleh yang mempunyai kuasa wang untuk menguasai pasaran supaya mereka mendapat lebih banyak wang. Melalui media massa yang mereka kuasai, mereka boleh menjangkau ke seluruh pelusuk dunia untuk mengiklan dan mamasarkan produk mereka. Sebab itu anak kecil umur tiga tahun pun sudah kenal McDonald. McDonald menjadi produk global.
Bagaimana kita mahu mengatasi ini? Apakah dengan memakai seluar jin, makan DcDonald dan minum coca cola? Dengan itu kita merasa diri kita sudah moden dan global? Jin bukan pakaian yang paling selesa buat iklim kita, McDonald bukan makanan yang berhasiat dan coca cola banyak mengandungi gas yang tidak baik buat kesihatan. Kata para ahli, untuk menghadapi globalisasi, kita harus berfikir global dan bertindak tempatan. Ini nasihat yang baik. Sebagai satu contoh dalam bidang makanan, kita perlu berfikir dan bertindak dalam konteks bagaimana menjadikan roti canai dan sate seperti McDonald, boleh dipasarkan di seluruh dunia. Nilai makanannya tidak kurang daripada McDonald. Malah lebih baik. Rasanya enak. Boleh juga dihidangkan dengan segera. Apabila kita berfikir begitu, kita tak akan terus menerus menjadi pengguna, kita akan juga menjadi pengeluar dan penjual.
Apa maknanya ini dalam konteks bahasa dan budaya? Maknanya, kalau kita mahu hidup dalam dunia yang global ini, kita mesti mempertahankan keperibadian kita, identiti kita, nilai-nilai murni kita, budaya kita, bahasa kita. Dalam arus globalisasi yang kuat dan deras ini, yang akan dapat bertahan adalah yang masih dapat berdiri tegak dengan identitinya sendiri. Yang tidak dapat bertahan akan hanyut dibawa arus. Hilang diri, hilang rupa, hilang budaya, hilang bahasa. Maka itulah mempertahankan bahasa itu penting.
Sekadar satu contoh, Singapura dikatakan maju dari segi ekonomi. Sistem pendidikannya menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tidak lama dulu, satu tinjauan dibuat dan didapati sebahagian besar anak muda Singapura keturunan Cina kesal dilahirkan sebagai orang Cina. Kalau boleh pilih, mereka mahu jadi Mat Salleh. Mereka sudah mengalami suatu krisis identiti. Sekarang Singapurapun sedang berusaha memperkukuhkan kedudukan Mandarin dan bahasa ibunda yang lain. Dasar Pendidikan kita dibina oleh pemimpin dulu dengan tujuan menjadikan kita semua orang Malaysia dengan penuh kesedarandan perasaan ke-Malaysiaan. Menukarnya pada peringkat ini adalah suatu risiko yang besar.
Warga global itu suatu impian yang tidak mungkin menjadi nyata. Kini kita menghadapi dunia unipolar. Apa yang berlaku sesudah September 11 membuktikan Amerika Syarikat tidak akan membenarkan sesiapapun menandinginya, apa lagi mencabarnya. Bagaimana hendak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya ? Dalam keadaan demikian, kita mempunyai lebih peluang bertahan dengan mengukuhkan keperibadian kita sendiri termasuk bahasa kita. Sebahagian besar daripada kita perlu menguasai kemahiran membaca dan mendengar dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu. Sebahagian lagi dalam kedudukan tertentu perlu menguasai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Menukar bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kita untuk tujuan itu tidak perlu. Ini menggadai maruah bangsa kita.
Soalan 7:
Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan tindakan proaktif dengan mendedikasikan hari Khamis sebagai Hari Bahasa Inggeris. Apakah ini satu langkah yang bijak?
Jawapan:
Cerita ini dimuatkan dalam The Star, 30 Jun 2002. Usaha meningkatkan bahasa Inggeris itu baik, tetapi fokusnya sama sekali salah. Yang ditekankan terutamanya kemahiran bertutur. Logiknya, kalau kita memerlukan bahasa itu untuk menimba ilmu, penekanan mestilah kepada penguasaan kemahiran membaca dan kefahaman selain mendengar. Selain itu, sasarannya sama sekali sesat. Dikatakan, (terjemahannya) “Hanya sesudah pegawai-pegawai kerajaan menguasai bahasa Inggeris dengan memuaskan, Kerajaan Negeri akan berfikir untuk melancarkan fasa kedua dari SEED, iaitu surat menyurat akan dibuat dalam bahasa Inggeris.”
Apa maknanya ini? Maknanya apabila pegawai-pegawai sudah menguasai bahasa Inggeris maka surat menyurat rasmi akan dibuat dalam bahasa Inggeris! Masya Allah! Apakah ini yang dikatakan perubahan bahasa pengantar tidak akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu? Kita diberi tahu bahasa Inggeris itu perlu untuk mendapatkan ilmu terkini. Sekarang baru jelas, tujuan sebenar Kerajaan ialah menggunakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran kerajaan. Dulu pegawai kerajaan di seruh pulangkan surat yang tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan. Sekarang pegawai kerajaan digalakkan menulis surat dalam bahasa Inggeris. Bila perubahan dasar ini diputuskan? Jadi tidak benarlah hujah yang dilaung-laungkan selama ini kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk meraih ilmu dan pengetahuan. Sekarang terbukti ada udang di sebalik batu dalam usaha mengubah bahasa pengantar Sains dan Matematik dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.
Soalan 8:
Apakah keadaan ini mempunyai dampak yang lebih meluas dari segi kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Bagaimana dengan jaminan pemimpin-pemimpin kita bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak akan terjejas?
Jawapan:
Dampak yang jelas ialah bahasa Melayu akan berhenti menjadi bahasa sains dan teknologi maklumat. Apabila tidak digunakan sebagai bahasa pengantar untuk sains, ekonomi, teknologi dan matematik di peringkat sekolah dan IPT maka tidak akan ada buku teks dalam bidang-bidang itu dalam bahasa Melayu. Istilah baru juga tidak akan diperlukan. Apabila tidak menjadi bahasa sains, matematik, teknologi maklumat, perubatan dan kejuruteraan, maka bahasa Melayu bukan lagi bahasa moden, bukan lagi bahasa ilmu. Ia akan menjadi bahasa pasar saja. Menurut seorang asing yang berkerja di sini, dia tidak ada masalah menggunakan bahasa Inggeris di mana-mana di negara ini. Di Pasar Tani pun, bahasa Inggeris boleh difahami. Sila rujuk kartun dalam akhbar The Star, 7 Julai 2002 yang mengungkapkan keadaan itu dengan baik sekali.
Dampaknya dalam bidang penerbitan buku, majalah dan akhbar juga dapat dibayangkan. Oleh kerana nanti pembaca tidak lagi mahir membaca soal-soal teknologi dan sains dalam bahasa Melayu, maka tidak ada siapa yang mahu menerbitkan buku dalam bidang-bidang tersebut dalam bahasa Melayu. Majalah Mastika boleh terus kekal dengan cerita alam ghaibnya untuk `memodenkan’ fikiran orang Melayu tetapi majalah dalam bidang sains, tekonologi, komputer dan perubatan dalam bahasa Melayu tidak akan diterbitkan lagi. Malahan ruang kesihatan, teknologi maklumat, pendidikan dan sains dalam akhbar-akhbar Melayu akan bertambah kurang kerana pembaca baru tidak lagi mahir membaca perkara-perkara ini dalam bahasa Melayu. Penerbitnya akan terpaksa memilih sama ada menerbitkan ruang-ruang ini dalam bahasa Inggeris atau menukarnya menjadi akhbar berbahasa Inggeris saja. Pembaca akhbar bahasa Melayu nanti akan jadi seperti pembaca akhbar tulisan Jawi hari ini. Utusan Melayu tidak lagi dapat bertahan kerana jumlah pembacanya merosot. Kini berkuburlah ia.
Dari itu kita mesti mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden, sebagai bahasa pengantar semua bidang ilmu dari sekolah rendah hingga ke IPT. Hanya berpuas hati dengan dendangan para pemimpin kita bahawa kedudukannya mantap kerana telah termaktub dalam perlembangaan tidak memadai.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden pastilah akan terjejas. Pengkebumian Utusan Melayu bukti yang nyata. Jika usaha mengubah bahasa pengantar di peringkat sekolah dan IPT ini tidak kita cegah, tunggu sajalah saat apabila kita akan mentalqinkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden. Sains dan Matematik akan dipacak sebagai batu nisannya.

Oh ... Bahasaku ...

Sabtu, 14 Mac 2009
Ulasan Catatan Dr Mahathir Mengenai PPSMI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)
By
on March 13, 2009 6:48 PM |
1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. (Ulasan: Begitulah Tun ...Tun pun pernah menulis dalam Malay Dilema ... cuma masih belum sampai peringkat amuk ... kalau semua pendapat rakyat kerajaan tak nak dengar ... saman di mahkamah tak dilayan (asyik tangguh saja ... apa lagi boleh dibuat?)
2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (Ulasan: memang menidakkan Bahasa Melayu ... menunjukkan kita tidak yakin dengan kemampuan Bahasa Melayu ... sebagai Lingua Franca)
3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.(Ulasan: apa ... dengan Bahasa Melayu kita tak boleh menguasai ilmu ... dimana Tun belajar ni?)
4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera. (Ulasan: saya bersetuju dengan Tun 100% ... kita kuasai bahasa Inggeris melalui bahasa itu sendiri ... bukan mengorbankan subjek lain)
5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu. (Ulasan: betul tu ... jadi kita tak patut guna Bahasa Inggeris untuk pengajaran Sains dan Matematik ... pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak akan dapat membantu perkembangan Bahasa Inggeris ... malah merosakkan Bahasa Inggeris sendiri ... contoh soalan Bahasa Inggeris UPSR baru lalu ... pelajar menjawab mengikut kaedah Sains (ringkas) ... ramai yang gagal)
6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan. (Ulasan: Saya setuju ... kenapa Inggeris menginggeriskan bahasa Latin? ... mengapa mereka tidak menggunakan bahasa Latin dalam pengajaran sains dan matematik? … kenapa kita tak boleh Melayukan istilah Sains ... apa masalahnya? Kenapa kita tak boleh? Kenapa wujud sikap rendah diri dalam menggunakan bahasa kita?
7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.
8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.(Ulasan: Semenjak tahun 1970(darjah 1) kita dah mulakan pengajaran dalam Bahasa Kebangsaan (Melayu) dan tiada lagi kelas aliran Inggeris ... termasuklah sains dan matematik ... ada timbul masalah? pelajar sains/teknologi kita yang dihantar ke luar negara ada masalah? Tun ada statistik berapa ramai pelajar sains kita yang gagal di luar negara disebabkan tak faham istilah sains dan matematik disebabkan menerima pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu? Kalau setakat buat andaian saja ... tanpa disokong statistik yang absah ... atau mengemukakan statistik yang dimanipulasi sampai bila pun perdebatan ini tidak akan berakhir)
9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;
• Oxygenation
• Oxidation
• Oxide
• Oxidants
• Deoxydation
• Oxidise
• Oxidification
• Dioxide
• Monoxide
• Peroxide
10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen. (Ulasan: rujuk ulasan 8)
11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi. (Ulasan: Bahasa Inggeris pun menerima masuk perkataan dari bahasa lain (perkataan asal bahasa Inggeris cuma 99 patah sahaja)... baru dapat berkembang pesat sehingga seperti hari ini ... apa salahnya kita menerima perkataan baharu daripada bahasa lain sekiranya tiada istilah dalam bahasa kita ... salah? Setahu saya bahasa Inggeris bukan bahasa paling ramai dituturkan didunia ... ia berada di tangga 2 selepas bahasa mandarin … Negara China tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik boleh juga maju … kenapa tak ajar saja sains dan matematik kita dalam bahasa mandarin?)
12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis. (Ulasan: setuju ...)
13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah. (Ulasan: sangat setuju ...)
14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains? (Ulasan: sangat setuju ... tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh buat rujukan dalam bahasa lain ... kalau kita faham bahasa inggeris (kita belajar bahasa inggeris melalui subjek bahasa Inggeris) kita boleh buat rujukan dalam bahasa berkenaan ... apa masalahnya ... tak perlu penterjemah ... bahkan dalam bahasa lain pun kita boleh rujuk seperti bahasa Jerman sekiranya kita mempelajari bahasa berkenaan di sekolah melalui subjek bahasa itu sendiri ... bukan belajar sains dan matematik dalam bahasa Jerman. Jangan kita ingat sains dan teknologi cuma dalam Bahasa Inggeris sahaja.)
15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.(Ulasan: saya tidak bersetuju dengan Tun ... kita tidak perlu menterjemahkan semua itu ... Tetapi kita kena ingat, mereka yang mempelajari bahasa sahaja tidak mungkin memahami teknologi … nak memahami teknologi tidak semestinya kita perlu belajar ilmu tersebut dalam bahasa asal. Contoh kita nak belajar bacaan dan perbuatan dalam solat … perlukah kita belajar semua tu dalam bahasa Arab? Penerangan diberikan dalam bahasa Melayu (atau bahasa ibunda masing-masing) … bacaan dalam bahasa Arab. Sama macam sains dan matematik … ajar dalam bahasa Melayu … istilah terjemahkan (atau kekalkan dalam bahasa asal) ke bahasa Melayu … dah 33 tahun dilaksanakan tiada masalah … (1970 – 2003) kenapa perlu tukar? Ilmu sains berkembang di Malaysia … saintis makin ramai walaupun mendapat didikan dalam bahasa Melayu … lihat anugerah sains yang di terima oleh universiti tempatan … pelajar yang mendapat didikan melalui bahasa Melayu juga cemerlang di luar negara … kenapa kita perlu membazir wang berjuta-juta untuk menukar itu semua … sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembangunan.)
16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks. (Ulasan: Apa masalah Tun sebenarnya? Kita ada ramai pakar sekarang yang lahir hasil pembelajaran dalam Bahasa Melayu sepenuhnya semua subjek (generasi darjah 1 1970) ... mereka ada masalah ke menguasai Bahasa Inggeris? Mereka ada masalah menguasai sains dan teknologi dalam Bahasa Inggeris? Mereka ada masalah menguasai Bahasa Jepun semasa melanjutkan pelajaran ke Jepun? Mereka ada masalah menguasai Bahasa Jerman semasa melanjutkan pelajaran ke Jerman dan negara serta bahasa lain hanya semata-mata belajar dalam Bahasa Melayu? Sekali lagi ... Tun ada statistik ke mengenai perkara ini ... sehingga buat kesimpulan dan keputusan drastik ajar sains dan math dalam Bahasa Inggeris. Atau seperti rumus yang saya dengar (maaf kalau tidak betul) ... ada pegawai
17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris? (Ulasan: Kalau ikut statistik Kementerian Pelajaran ... peratus pelajar luar bandar menjawab sains dan mat dalam Bahasa Inggeris meningkat ... tapi saya agak ragu-ragu (maaf kalau saya silap)... terdapat kemungkinan peratus lulus di rendahkan daripada sepatutnya ... ada pelajar yang buta huruf dapat kepujian dalam matapelajaran sains dan matematik sedangkan subjek lain semua gagal (minta pihak berkenaan buat kajian lanjut perkara ini) ... adakah statistik sebegini kita dapat gunapakai untuk membuat rumusan bahawa PPSMI berjaya dan perlu diteruskan)
18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.(Ulasan: Perkara ini tidak timbul ... tiada pihak dalam GMP atau mana-mana badan gabungannya menentang Bahasa Inggeris ... melarang penggunaan bahasa Inggeris dalam pertuturan ... malah semua pihak mahukan bahasa Inggeris diperkemaskan pengajarannya ... hanya yang ditentang ialah pengajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris ... minta dikembalikan ke asal (mengajar dalam Bahasa Kebangsaan) itu saja! Tujuannya supaya pelajar dapat faham sains dan matematik dengan lebih baik dan cepat berbanding terpaksa faham bahasa Inggeris dahulu baru dapat buat matematik dan sains. Pihak yang menyokong PPSMI suka memutarbelitkan fakta ... ini bahaya ... dan kemungkinan besar boleh menyebabkan UMNO kehilangan kerusi yang lebih besar pada Pilihanraya akan datang. Oopppsss!! …maaf … Tun bukan ahli UMNO!)
19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar? (Ulasan: Tun ada statistik? ... atau buat andaian saja? ... kalau itu betul ianya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sukatan pelajaran yang digunapakai di sekolah atau penyampaian pengajaran - pembelajaran (kaedah) tidak betul ... kenapa di kelas tuisyen ... dalam masa 3 bulan boleh menguasai Bahasa Inggeris sedangkan sekolah bertahun-tahun gagal menguasai Bahasa Inggeris? Kalau satu kelas pelajar sederhana gagal menguasai Bahasa Inggeris ... boleh salahkan guru ... tapi kalau satu negara gagal kuasai Bahasa inggeris nak salahkan siapa? dah tentu sistem / dasar tak betul! Sekarang kita bebankan pula kepada sains dan matematik untuk capai bahasa Inggeris ... dasar ni jugak tak betul!)
20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu? (Ulasan: Ramai juga pakar di seluruh dunia menggunakan bahasa ibunda (Bahasa Utama Dunia) dalam menyampaikan hujah masing-masing ... tak ada masalah... tidak semestinya Bahasa Inggeris difahami oleh semua orang ... sebenarnya bahasa tidak begitu penting ... yang penting isi / hujah dapat difahami oleh pendengar (Tun juga pernah menggunakan ungkapan ini)
21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar. (Ulasan: Hakikat apa yang Tun perjuangkan? Bahasa Inggeris hanyalah satu daripada beberapa bahasa di dunia ... ada bahasa yang lebih maju dan lebih ramai dituturkan di dunia ... dan lebih banyak cabang ilmu ditulis dalam bahasa tersebut)
22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah. (Ulasan: Saya nak tanya Tun ... adakah orang Eropah suatu ketika dulu mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Arab di sekolah-sekolah di negara mereka? hanya takut terlambat mengejar teknologi mereka ajar dalam bahasa Arab? Mereka belajar bahasa Arab, bukan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Arab ... inilah hakikat yang Tun harus terima ....)
23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja. (Ulasan: Saya tidak bersetuju ... sebenarnya ianya perlulah seiring ... adakah kita nak ajar itik berenang tapi kita suruh itik belajar bahasa ayam dahulu ...
24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita. (Ulasan: Kenapa pulak orang perlu belajar dalam bahasa kita ... sedangkan kita pun dah gunakan bahasa Inggeris (dah tak nak bahasa Melayu)... tak perlulah belajar dalam bahasa kita ... lebih baik belajar terus dalam bahasa Inggeris yang kita gunakan untuk menyampaikan ilmu itu ... nak belajar bahasa Melayu balik masa tu dah terlambat! buang masa ... ilmu dapat lebih cepat dalam bahasa Inggeris dan adakah pada masa tu saintis kita tahu guna dan mahu guna Bahasa Melayu ... Tun berada di alam fantasi!)
25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang. (Ulasan:Kalau Tun sayangkan bangsa
26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang. (Ulasan: Ini ulasan orang yang bebal ... mereka dah ada permit ... biarkan mereka demo dengan aman ... siapa pun tak suka rusuhan .. jangan halang!! kawal dan benarkan secara aman ... mereka cuma nak serah memorandum mengenai bantahan PPSMI bukan nak tumbangkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat!!!)
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepasbahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala diChina, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
More than 100,000 articles: Bahasa Indonesia, More than 20,000 articles: Bahasa Melayu, More than 50,000 articles: English (simple)
Ulasan: Kalau dilihat daripada angka ini sahaja telah dapat menggambarkan bahawa pengguna bahasa Melayu /
Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.
Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.
(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.
Khamis, 12 Mac 2009
Keputusan spm sekolah saya menakjubkan
nanti mlm ni hishamuddin umum lebih 90 peratus pelajar jawab sains dan matematik dalam BI , korang jangan marah ye. sbb aku rasa murid2 aku yg tak faham bila aku tanya ' how do you come to school' pun jawab dalam bi berabuk2 subjek sains tu.
Selasa, 10 Mac 2009
PPSMI: GMP nafi didalangi pihak tertentu
| Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan "GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka". Perhimpunan tersebut turut disertai beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya)," katanya dalam sidang akhbar di Rumah Pena di ibunegara hari ini, lapor Bernama. Jumpa PM Hassan berkata gerakan itu bukan sebuah gerakan yang berunsurkan politik malahan mempunyai prinsip asas iaitu mengembalikan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia. Sehubungan itu, GMP akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa terdekat sebelum perhimpunan agung Umno hujung bulan ini bagi menjelaskan pendirian gerakan itu sebagai sebuah jawatankuasa yang aman. "Kami mahu Pak Lah selesaikan isu PPSMI segera sebelum isu ini jadi lebih berat, kami berniat baik dalam memperjuangkan prinsip mahu mengembalikan dasar lama yang tiada masalah dalam sistem pendidikan negara. "Kita tidak menentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi ingin menuntut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya. Beliau berkata apa yang patut dilakukan kerajaan ialah mengembalikan pengajaran mata pelajaran itu dalam bahasa Melaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda Mandarin dan Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan selain meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar. Pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003 telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan, dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya termasuk ahli akademik serta sasterawan menyertai ahli politik dalam menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu. |
Isnin, 2 Mac 2009
Sasterawan Negara: Ajar Pemimpin UMNO di peti undi
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) -Rakyat disaran menggunakan 'bahasa undi' untuk mengajar pimpinan Melayu yang 'membunuh' bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan. Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin. Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya. "Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda. "Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," tegasnya. Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini. Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini. "Dia (Umno) selalu memperkecilkan angkatan (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS. "Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa," ujarnya. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan. Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara membunuh bahasa dan bangsa sendiri. "Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya. "Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan. "Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya,"jelasnya. Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan. "Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf. "Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri," jelasnya. Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan hassan Ramli dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat. - mks._
Rabu, 25 Februari 2009
PPSMI: Surat Terbuka Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad
Sebagai umat Islam yang mengaku menjadi umat Muhammad s.a.w, kita mestilah sentiasa memperbaharui taubat.
Saya menyeru diri saya sendiri termasuk Tun dan kepimpinan Melayu Umno dulu, kini dan selama untuk sama-sama bermuhasabah mengenai sejauhmanakah kita telah berusaha memperbaiki taraf hidup Melayu, Muslim dan bangsa Malaysia seluruhnya.
Mutakhir ini, kita melihat keadaan yang membimbangkan. Khir Toyo mula menyerang Elizabeth Wong dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya dapat menghidu semua ini. Selepas kes Eli, maka gambar mereka berdua disiarkan di Agenda Daily. Memang tepat.. Khir Toyo akhirnya menyerang Khalid pula.
Rakyat tahu bahawa saat menjelangnya Perhimpunan Agung Umno, Khir Toyo cuba menonjolkan dirinya sebagai ‘bakal’ Ketua Pemuda dengan cara menunjukkan kejaguhan beliau menghentam parti lawan.
Walhal, apa salahnya mengorbankan lembu-lembu untuk rakyat. Beliau mengelak daripada memandu kereta rasmi, sebaliknya menggunakan kereta sendiri. Apa salahnya menggunakan peruntukan itu untuk ‘maintenance’ kereta peribadinya sendiri?
Kalau watak Khir soleh dan warak sangat, tanya semula anak-anak Selangor di Al-Azhar dan Timur Tengah yang terpaksa mengikat perut kerana sukar mendapat peruntukan wang zakat. Banyak betul kalau kita mahu bahaskan hal-hal hipokrit manusia yang bergelar pemimpin ini.
Rakyat tahu, pemimpin Umno rasa cemburu dan iri hati dengan kemenangan Pakatan Rakyat. Hal ini terpaksalah diakui oleh Khir sendiri. Siapa suruh beliau menghadiahkan penyapu kepada salah seorang kakitangan bawahannya?
Wanita-wanita yang teraniaya
Sejarah menunjukkan, sesiapa yang menganiayai wanita-wanita di dalam sesebuah negeri, maka kerajaan mereka bakal diterbalikkan oleh Tuhan.
Kita sama-sama anak Kedah. Langkawi bukan asing kepada kita. Pulau itu pernah ditimpa musibah akibat menghukum Mahsuri tanpa proses keadilan yang benar-benar telus. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri bersumpah: “Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan!”
Doa orang yang teraniaya, khasnya wanita itu jangan kita buat main. Tidak lama sesudah itu, Langkawi diserang dan dilanggar dengan kejamnya.
Anak perempuan Sang Rajuna Tapa dibunuh sultan tanpa diteliti dosa-dosanya, isteri Laksamana Bentan Megat Seri Rama dibunuh cuma kerana mengidam buah nangka raja. Semua ini contoh-contoh klasik.
Bagaimana pula dengan contoh-contoh moderen dan pasca-moderen berhubung kaum wanita yang terbunuh tanpa keadilan ini?
Wanita berdoa menggunakan hati dan perasaan. Kaum Adam menggunakan pemikiran. Sebab itulah doa kaum wanita lebih mudah dimakbulkan Tuhan. Marilah kita lihat dan bermuhasabah, sudah berapa ramaikah wanita-wanita yang terbunuh di dalam negara kita mutakhir ini.
Kita mungkin terlupa nama Mustakizah. Contoh popular ialah Altantuya of Mongolia. Tunggulah azab Tuhan. Najib masih belum menerima pembalasan.
Tapi, mereka ini semuanya dilantik dan terangkat ketika tuan menjadi Perdana Menteri. Tun juga mesti bertanggungjawab termasuk rakyat yang mengangkat Najib melalui undi-undi mereka.
Keadilan sukar ditegakkan bagi kes-kes ini. Mereka sedang ghairah di puncak kekuasaan. Jadi, sebelum kita menyeru anak-anak didik kita bermuhasabah, marilah kita bermuhasabah mengenai hal-hal yang sedikit ringan. Apa kata Tun, untuk kali yang pertamanya, kita berbicara mengenai isu PPSMI ini?
Menjadi amalan khalifah terdahulu, mereka kerap bermuhasabah. Tapi, dalam realiti sekarang akhbar-akhbar boleh juga menjadi saluran, sumber peringatan kepada sang pemimpin untuk kembali membetulkan kesilapan mereka.
Hari kematian Tun makin hampir
Tiada siapa yang dapat menduga ajal seseorang. Mungkin Tun akan meninggal dunia esok, lusa, minggu ini, minggu depan, bulan ini atau bulan depan. Kita tidak tahu bilakah maut datang menjemput.
Dan, saya juga risau, jika usia muda saya direnggut sekarang, maka tidak sempatlah saya sampaikan peringatan kepada tuan berhubung maksud kehadiran surat ini.
Maka, sebelum terlambat.. Saya rasa perlulah saya menyampaikan peringatan kepada Tun berhubung isu-isu yang pernah Tun lakukan sepanjang pemerintahan sebelum ini.
Kalau mahu disentuh semua, tentulah panjang berjela. Maka, saya memilih satu perkara sahaja yang rasanya perlulah Tun lakukan sebelum Tun meninggal dunia.
Hal itu berkaitan dengan PPSMI. Umum diketahui bahawa Tun adalah pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini. Jadi, saya dan rakan-rakan amat berharap supaya Tun dapat segera betulkan hal ini melalui kenyataan-kenyataan Tun. Jangan sampai murid-murid dan guru-guru sekolah kita menderita dengan sebab PPSMI ini.
Roh Tun di alam barzakh kelak akan terseksa dengan sebab PPSMI ini. Dasar ini telah banyak memenatkan mereka. Pada era penjajahan, sememangnya keseluruhan murid-murid pada zaman itu terpaksa belajar dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Sebenarnya, mereka pun bermasalah dengan matapelajaran mereka itu. Tapi, apabila ditinjau semula, kita masih boleh menerima keadaan tersebut kerana kita belum merdeka sepenuhnya.
Kini.. selepas merdeka, kebanyakan guru, murid-murid dan setiap anggota masyarakat kita tidak dapat menerima dasar tersebut. Dasar ini telah menyusahkan mereka. Di sini, kalau Tun enggan membantah PPSMI, maka padah akan menimpa roh Tun kelak setelah kematian Tun nanti.
Setiap kali mereka merungut dengan sebab kesusahan ini, maka roh Tun akan terseksa mendengar kutukan dan kecaman mereka ke atas Tun. Sekurang-kurangnya, Tun perlu mengeluarkan kenyataan membantah PPSMI ini. Tiada salahnya..
Kenapa dahulu, Tun boleh keluarkan kenyataan bahawa AUKU sudah tidak lagi diperlukan, dan sekarang tidak boleh keluarkan pandangan membantah PPSMI? Sedangkan kedua-duanya; AUKU dan PPSMI adalah produk dasar yang diperkenalkan melalui gagasan Tun.
Usia Tun sudah lanjut dan hampir menuju ke alam barzakh. Banyak betul yang perlu Tun perbetulkan segera. Saya dan rakan-rakan cuma meminta agar Tun dapat berikan kenyataan kepada kerajaan supaya PPSMI itu ditarik balik pelaksanaannya.
Itu saja. Kami tidak minta lebih-lebih. Sementara waktu yang masih tersisa ini, manfaatkanlah segala waktu dengan membanyakkan muhasabah.
Umno berjiwa Inggeris?
Arakian.. baru-baru ini, saya membeli buku Memoir Shamsiah Fakeh. Termuat di dalamnya beberapa pandangan berhubung perbezaan antara Umno dan PKMM.
Menarik juga sesekali diselak jendela pemikiran watak-watak Melayu berhaluan kiri. Pandangan beliau mengenai Umno adalah seperti berikut:-
Sewaktu aku berada di Kampung Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, aku sering ikut dalam pertemuan yang dianjurkan oleh Umno iaitu kependekan dari bahasa Inggeris, United Malaya National Organization.
Sebenarnya dalam bahasa Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya Pekembar, tetapi pertubuhan ini lebih suka memakai nama Umno. Seterusnya, nama Umno saja yang digunakan sehingga sekarang.
Tun.. Nampak kelihatan jelas di sini bagaimana Shamsiah Fakeh tidak senang dengan sikap Umno yang mengenepikan nama pertubuhan Pekembar, bahasa Melayunya sendiri. Pemakaian nama Umno itu sendiri menunjukkan bagaimana Umno terjajah dengan mudahnya daripada sudut pemikiran mereka.
Oh ya Tun..sekarang jam 10:15 malam. Kebetulan ketika sedang menaip kepada Tun ini, mesin faks di tepi saya sedang mencetak surat cabaran daripada Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Saya catit sedikit kenyataan yang tertera di dalam surat tersebut..
“Saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengemukakan cabaran untuk berdebat dengan YB Dato’ Seri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
“Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak YB Dato’ Seri dan mencadangkan supaya ianya disiarkan secara langsung di mana-mana saluran televisyen untuk membolehkan rakyat mengadilinya.
“Saya berharap YB Dato’ Seri dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.”
Tamat isi surat. Tapi, menurut Tun, adakah Hishammuddin itu boleh berdebat? Saya tidak fikir beliau berani. Seorang ahli remaja Putera Umno pernah memberitahu saya tentang sikap Hishammuddin ketika beraksi di atas pentas sebelum berucap dalam Perhimpunan Agung Umno dahulu.
“Dato’ Hishammuddin upah budak-budak untuk tepuk tangan kepadanya ketika dia mahu naik ke pentas untuk berucap,” kata ahli Putera Umno tersebut.
Bermakna, Dato’ Hishammuddin sendiri sedar bahawa beliau tiada sokongan akar-umbi ke atas dirinya sendiri, sehinggakan beliau terpaksa ‘mengupah’ orang-orang tertentu untuk bertepuk tangan apabila dia sedang berucap.
Sebab itu, saya yakin bahawa cabaran Salahuddin Ayub yang baru saya taip kepada Tun ini tidak akan disambut oleh Hishammuddin. Saya lebih yakin kepada Tun untuk mempertahan PPSMI itu sendiri. Tun mungkin tidak lari.
Sebaliknya, Hishammuddin akan mencari helah nanti. Kalau tak percaya, tengoklah selepas ini. Bukannya mudah Kumpulan Prihatin mahu menyusun pertemuan dengan Hishammuddin.
“Pembantu Hishammuddin akan selalu cakap bahawa jadual menteri tu dah penuh,” kata seorang penggiat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). “Jadi, kami tak dapat ruang untuk turut berbincang dengan Hishammuddin berhubung isu PPSMI ini.”
Kemudian, apabila GMP mengajak orang-ramai pakat-pakat turun ke jalan raya, Hishammuddin, Naina Merican GPMS dan juak-juaknya mula menyusun ayat-ayat klise, “Kenapa harus turun ke jalanan. Marilah berbincang secara elok-elok.”
Apa Tun rasa kalau Tun berada di tempat saya? Memang mulut dan hati saya jadi jahat dan panas baran tatkala mendengar perkataan seumpama ini. Nak maki, mencarut pun ada.
Tapi, itulah ujian dan dugaan dalam perjuangan ini. Saya memang panas baran. Mamalialah katakan. Lagi pun saya orang muda yang memang disifatkan sebagai ‘angry young man’; (tetapi sedikit berjiwa romantis).
Saya yakin Hishammuddin akan mengelak pertembungan dengan Salahuddin Ayub. Sehingga surat ini ditulis, saya tidak tahu adakah Tun mahu bermuhasabah terhadap keburukan PPSMI atau masih lagi mahu memperjuang dasar tersebut.
Jika Tun mahu menebus kesilapan, maka saya syor Tun menggantikan tempat Salahuddin dan betulkan semula Hishammuddin (itu pun kalau Hishammuddin berani sahut cabaran Salahuddin).
Tapi, jika Tun tetap tegar pendirian dalam mempertahan PPSMI, maka saya ada syor lain pula.
Antara ramai-ramai Menteri Pelajaran Umno, selain Tun dan Hishammuddin, Tun Abdul Rahman Yaakob adalah sosok yang begitu istiqamah menentang PPSMI.
Jadi, jika debat antara Hishammuddin dan Salahuddin itu terbatal, tertangguh atau ditunda, maka ruang kekosongan itu mungkin boleh diisikan dengan debat antara Tun dengan Tun Abdul Rahman Yaakob. Ini berlaku jika Tun masih lagi tegar mempertahan PPSMI.
Soalan cepu saya kepada Tun, beranikah Tun berdebat dengan Tun Abdul Rahman Yaakob berhubung isu PPSMI itu?
Sekian Tun.. Tun buatlah keputusan dengan bijaksana dan penuh waspada. Jika Tun insaf dengan kesilapan Tun dalam memperkenal PPSMI, maka saya minta Tun dapat menasihati Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin dan kelompok mereka agar segera memansuhkan PPSMI itu.
Tapi, jika Tun masih tegar dengan pendirian Tun, bahawa PPSMI ini suatu tindakan yang sah, betul dan wajar, maka saya mencabar Tun berdebat dengan mantan Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yaakob sebelum menjelangnya kematian Tun, sebelum ajal datang menyambar maut.
Kalau Tun bijaksana dalam bermuhasabah, bermula hari Tun membaca surat ini, maka hendaklah Tun melakukan solat sunat istikharah, memohon petunjuk kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk yang tepat tentang bagaimana yang seharusnya Tun lakukan selepas ini.
Saya berwasiat begini, kerana usia dan hayat tempoh Tun akan berakhir tidak lama lagi. Mungkin juga hayat dan tempoh hayat saya juga tak panjang. Soalnya, yang paling penting.. adakah kita bersedia bertemu Tuhan di Padang Mahsyar kelak untuk bersoal jawab dengan Tuhan berhubung isu PPSMI ini?
Malam ini juga, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, telah berhimpun segala pimpinan Pakatan Rakyat dalam meratibkan jiwa sengsara rakyat dalam isu PPSMI ini. Dan mereka telah berusaha keras untuk memansuhkan PPSMI.
Harap Tun membuat keputusan dengan bijaksana sebelum ajal Tun menjelang tiba tidak berapa lama lagi.
Syahadan.. Tun, berjuanglah bersama kami.. Mansuhkan PPSMI!
ALI BUKHARI AMIR
10:57 p.m, 23 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru
*Syor, kritikan dan maklumbalas boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com