Kiriman dari Mak Ngah Niza California
Subhanallah. Allah mengetahui segalanya alhamdulillah.
Hari ni bawa anak angkat tercinta pi buat opresyen mata. Malam semalam bagi ubat lali, jugak sebelah pagi sebelum bertolak ke sepital bagi sebijik lagi supaya tenang dan tak teriak histeria macam beberapa minggu lepaih (sehingga tertunda opresyen hat tu).
Subhanallah. Semua eluk sehinggalah sampai ke lobby OR. Tu dia aiihh, anak punya la teriak keriyau macam rimau, singa, beruang masuk kelambunya. Punya takut budak tu. Ubat lali yang kami bagi tak menjadi. Ubat macam ubat bius (secara minum, hat ni tak tau apa-ke-namanya) pun diluahnya dalam muntah. Sebenaq nya sepital melanggar etika sebab kalau ikut etika, dilarang sama sekali bagi ubat di lobby. Kena masuk pre-op room. Tapi kali ni depa terpaksa tukaq strategi pasai, iya la, dulu budak tu histeria dek kerana lama proses pre-op ni.
Doktot2 mai tinjau. Misi2 mai tinjau. Sok sek2 depa di penjuru jauh dari pandangan mata budak tu. Mai doktot, dia kata: hari ni saya nak pulihkan selaput2 mata. Kali ni saya tak mau tangguh. Hat ni mustahak. Saya akan lapur pada anda selebihnya bila pembedahan selesai nanti.
Mau tak mau dalam dok hingar-bingar keriyau budak tu, diheret masuk dalam OR prep room.
Pakat terkebil2 mata la Mak Ngah Pak Ngah serta dua teman2 berbahasa Arab yang menjadi penterjemah dan rakan mengadu. Subhanallah.
Sejam dua kemudian. Doktot mai. Dia kata: inilah pembedahan terakhir. Tak boleh buat apa dah selepas ini. Kena tunggu sehingga budak ni besar, mungkin pabila menjengkau usia remaja boleh kita tenguk dia sekali lagi. Pesakit terlalu takut dan risiko ini tidak seimbang dengan benefit. Lebih baik tunggu dia besar.
Tu dia, si ibu dah kemalut sebab ditakdirkan Allah mudah sangat la dia kemalut sehingga makan minum dan tidur tak mahu. Camna ni? Tak kan tak boleh paksa budak ni ambik ubat bius? Sumbat saja la. Atau guna gas 'ketawa' apa-ka-nama- nya Mak Ngah pun tak reti. Hmmm.....
Macam mana pun doktot bagi kataputus jadi terpaksa terima. Hari Rabu ni, pi buat post-op check up. Lepaih tu tunggu surat discharge dari sepital. Nampak gayanya mungkin dalam masa dua minggu ni kedua musafir tu kena balik ke Iraq. Allah Maha Mengetahui.
Mak Ngah hari ni terima macam2 jenih panggilan talipon. Kebanyakan teman2 dok sangka sepital ni tak reti buat kerja pasai budak keriyau sikit pun, depa dah seriyau.
Mak Ngah kata la: saya cuma ikut arahan doktot sebab dia dok perhati budak ni lebih teliti dari anda. Dia tenguk dengan mata sendiri macam mana psikologi budak ni, di mana ubat2 moden pun tak boleh buat banyak mana. Kita yang berharapan besar ni, bila sesuatu terjadi tu di luar kehendak kita atau tak sama dengan citarasa kita, ada2 saja la komen kita macam kita lebih arif tentang soal si pesakit.
Aishhh...bunyinya kasar tapi Mak Ngah dah letih teramat sangat hari ni dok cuba eksepelain itu ini dengan ringkas dan lemah lembut, tapi lama2 bila terdengar bunyi nada macam menuduh Mak Ngah tak 'bertegang-urat' dengan doktot (demi kepentingan Roaa kononnya), hmmm...terlepaih la pok pek silat gayung dari mulut ku yang becuk ni. Astghafirullah.
Itu la...ompompuan kalau mai taim dia tak suci, tok sah dok cucuk tak kena gaya. Silap haribulan meletup la dia. Hmmm...sekurang2nya udah makin nyata la Mak Ngah ni tiada tanjak jadi macam wali.
Sehari dua ni dek kerana cuaca tak beropa eluk dan dok asyik berkejar ke sana ke mari, demam la sikit. Tak la teruk cuma bila kepala penin, mulut loya, badan panaih, makan minum tak terjaga, tidur pun tak beropa nak lena--hah, perangai hodoh pun mai dok jenguk macam naga.
Macam mana pun alhamdulillah malam ni anak angkat dah nampak sihat walaupun dok ada merengek sikit. Mak Ngah ajak seorang wanita Iraqi dan anak gadisnya mai teman Roaa dan ibunya di rumah kami supaya ada la orang depa nak berborak selama mana yang depa mau siang malam pagi petang untuk beberapa hari ni insyAllah.
Yusuf hari ni ambik cuti. Pandu ke hospital. Dukung anak keluar masuk kereta, keluar masuk rumah. Petang tadi baru dia keluar pi main ping-pong, itu pun pabila dia makan kek yang dibeli untuk Roaa. Budak tu sibuk nak potong kek dan main bersama Baba Yusuf nya. Alhamdulillah.
Mak Ngah ni sebenaqnya selama depa dok ada ni bawah bumbung kami (walaupun kekadang mencabar jugak) entah macam mana tak sangka depa akan balik sikit masa lagi. Dok prepare la di segi mental kot2 hat ni mungkin menjadi tapi, hmmm, tak sangka gitu la akhirnya ia.
Tadi dok belai dia ataih riba. Dok nyanyi dan berbisik dengan nya. Roaa dok sebut: Mama Hasnizah pandaiiiiii. Cantiiikkk. Sayangggg.
Hat ni Mak Ngah dok sebut2 kat dia.
Dia bubuh tapak tangan kiri kanan ataih muka Mak Ngah: Mama Hasnizah, huruin'ain. Khairatun hisan.
Hat ni Mak Ngah dok panggil namanya hari2.
Jadi bila budak tu dok tiru kata2 dan gelagat Mak Ngah, entah kenapa Mak Ngah meleleh ayaq mata. Nak paksa berhenti, tapi dok meleleh juga. Cuma tak la terisak2 pasai, ada ka---budak tu lagi sakit dari kita, jadi Mak Ngah sembunyikan muka dalam bajunya.
Mak nya dok perhati dari dapoq dengan teman wanita, entahlah apa depa kata cuma terdengar isakan keriyau si ibu tu. Dok sebut2 macam2 jenih dua'a.
MasyAllah... .malam ni Mak Ngah rasa macam malam Lailatul Qadr punya hebat nikmatNYA.
Aduhai, sentimental pulak dah.
Nak buat camna? Ompompuan gitu la fitrah kita.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan