Khamis, 18 Disember 2008

Wanita solehah

TIKedah] Wanita solehah
Thursday, December 18, 2008 6:43 AM
From: 

"mohd zamri"

To: 

TIKedah@yahoogroups.com

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. 

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu : 

1. Taat kepada Allah dan RasulNya 
2. Taat kepada suami 

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut : 

1. Taat kepada Allah dan RasulNya 

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ? 
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya. 
- Wajib menutup aurat 
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah 
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya 
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa 
- Berbuat baik kepada ibu & bapa 
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang 
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa 
- Bersikap baik terhadap tetangga 

2. Taat kepada suami 

- Memelihara kewajipan terhadap suami 
- Sentiasa menyenangkan suami 
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah 
- Tidak bermasam muka di hadapan suami 
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur 
- Tidak keluar tanpa izin suami 
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami 
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran 
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya 
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga 

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA 

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita. 

Faktor-faktor tersebut ialah: 

1) Lupa mengingat Allah 

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. 

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya: 

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.” 

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya: 
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi) 

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu. 

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia. 

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. 

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya: 

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” 

3) Mudah terpedaya dengan syahwat. 

4) Lemah iman. 

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk. 

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.
............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .......
xxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxx
 
 
Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, 
lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari 
walaupun sudah ada segala-galanya. 

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau 
puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang 
bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau 
lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk 
meluruskan mereka. 

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang 
yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk 
Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. 
Didiklah mereka dengan panduan dariNya. 

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka 
semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan 
kecantikan, nanti mereka semakin menderita... 


Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, 
kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di 
situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan 
ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan 
selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. 

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan 
nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan 
berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik 
dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women 
gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa 
kelembutan bukan satu kelemahan. 

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim 
wanita yang lembut itulah yang mengandungkan 
lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, 
jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa 
hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan 
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka 
bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan. 

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang 
rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para 
lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi 
binalah kepimpinan. 

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, 
pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri 
dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah 
kepimpinan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan