Seperti kata Mamu, “Persahabatan lebih mulia dari percintaan”
Kawan hanyalah umpama semut yang mengurungi tempat yang bergula.
Habis gula larilah ia ke tempat lain yang manis. Tinggallah tempat yang kehabisan gula kesunyian.
Tapi jangan lupa pepatah berkata,”Mati semut kerana gula”
Kadang-kadang kawan-kawan tertipu dengan manis yang penuh kepalsuan yang menjerat diri mereka sendiri.
Namun sahabat umpama isi dengan kuku, kata bidalan Melayu. Kuku boleh dipotong untuk membuang kekotoran, umpamanya kita membuang kekusutan yang tidak boleh memisahkan persahabatan yang kukuh terjalin dalam persahabatan. Jika dipisahkan isi dengan kuku, tidak terkiralah sakitnya dengan luka yang berdarah. Oleh itu persahabatan yang dipupuk dan disemai, dibersihkan selalu supaya tiada penyakit yang boleh merosakkan hubungan isi dengan kuku. Jangan biarkan cekam-cekam busuk dan kulat-kulat merosakkan kuku dan akan memusnahkan hubungan antara dua sahabat.
”Persahabatan lebih mulia dari percintaan”
Ralat: Catatan ini dari Ramlan untuk TIKedah
BalasPadam