Isnin, 29 Disember 2008

Bebola BABYKEN (babi+ikan)

from anakda anak to TIkedah

denda 50 ribu je????
 
berbaloi ke pada umat islam yang dah temakan benda haram tu???
 


kawan aku kasi........ 
Subject:
  Bebola BABYKEN (babi+ikan)
 
 

.~
 


 
IDERIS Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam 
tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di Kepala BatasPulau Pinangsemalam. 


KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola 
ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak 
termakan benda haram.   Ini kerana sebuah kilang di sini yang 
mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan 
mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung 
untuk membuat bebola ikan.   Malah, kumpulan wartawan yang 
menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa 
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila 
melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai 
digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ. 


 
IDERIS Mohamad menunjukkan daging dan perut khinzir yang disimpan bersama bahan mentah 
lain termasuk ikan di sebuah kilang di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. 


Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam 
periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat 
seperti minyak pelincir kenderaan. 

Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan 
Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai 
pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan 
golongan peniaga mengenai status kebersihannya. 

"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging 
babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti 
penyejuk memang nyata salah. 

"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja 
juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu 
banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan 
daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris. 

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas 
khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa 
kawasan lain. 

Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup 
selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor.   Namun, serbuan 
semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.   Justeru, 
pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang 
dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel 
produk untuk ujian.   Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha 
kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B 


 
IDERIS berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus bebola ikan berada 
di bawah dalam serbuan di Kepala Batas semalam. 


Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut 
spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak 
lebih lapan tahun.   Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan