Ahad, 14 Disember 2008

Lagi baraqah dari Allah

[TIKedah] Lagi baraqah dari Allah
Sunday, December 14, 2008 3:28 AM
From: 
"Stephen Collins"
To: 
tikedah@yahoogroups.com

Allah hu akhbar!
 
Mak Ngah rasa macam kaya sangat dah kebelakangan ini, tiap detik sentiasa membawa makna. Syukur alhamdulillah. Allah Taala Maha Mengetahui bagaimana rasa besar hati kami sekeluarga pabila Ia tumpukan RahmatNya pada kami. Alhamdulillah.
 
Malam kelmarin sorang teman terburu kecoh hantar e-mail pada ramai orang. Berita mendadak. Akan datang ke Sacramento pelarian Muslim dari Afghanistan dan Iraq. Kebanyakannya sudah tiada tempat bergantung di tanahair sendiri dan tak ada siapa peduli. Diberi peluang berhijrah ke mari. 
 
Dia dah war2 kat Mak Ngah sewaktu Isya hari Raya Senin lepas, cuma masa tu dok pikiaq mungkin pendatang akan tiba dalam masa beberapa minggu atau bulan. Sempat la bersiap2 dan mencari 'tempat berteduh' untuk para pelarian tersebut. Sewaktu dia dok sebut tu, Mak Ngah dah janji nak bela Ruaa dan ibunya, tapi dek kerana Allah hanatr rezeki dalam dulang emas...Mak Ngah sekeluarga kata: Tak apa lah, kami akan bantu hat yang lain2 tu insyAllah. Habaq depa perlukan apa?
 
Tup, tup...waktu tahajud berlepas Mak Ngah cek e-mel kat Iphone tu. Subhanallah. Iphone ni ada baiknya, ada tak baiknya (dok asyik kelik benda tu macam la berguna sangat dah). Malam tadi, ia membawa kebaikan. Rupanya ada sorang jejaka muda akan sampai hari rabu ni. Sebatang kara. Hilang segala ahli keluarga (rasanya gitulah) dan tiada apa yang dimilikinya.
 
Mak Ngah tunggu 24 jam, kot2 ada respond dari orang2 lain (termasuk cendiakawan, hartawan, usahawan, tok2 imam, tok2 khatib) tapi tunggu punya tunggu, tak dak siapa respon mass e-mail tu.
 
Allah hu la illa ha illa huwa.
 
Mak Ngah teringat kat nasib Siti Hajar dan Ismail a.s. di tengah padang pasir. Tanpa harta, tanpa pohon, tanpa telaga. Sehinggalah Allah turunkan malaikat membantu mereka. Subhanallah. Kamu bukan malaikat, Hasnizah, tapi sat ni Allah tuntut fardhu kifayah--hah, camna?
 
Jadi Mak Ngah serta-merta bincang dengan Yusuf serba-serbi. Dia pun tak dan nak kata apa. Bincang la selama mana Allah izinkan, lalu Mak Ngah peringatkan suami tercinta: Satu masa dahulu sewaktu awak terkial-kial sorang diri di sini tanpa sebarang harta dan anak-isteri, bukankah datang pada mu orang2 Muslim yang tidak kamu kenali? Dan mereka eratkan siratulrahim tanpa banyak cerita sehinggalah hari ini mereka itu udah jadi macam saudara kita.
 
Allah hu la illa ha illa huwa.
 
Petang tadi bagi undangan khas dari kami, insyAllah la sementara menunggu Ruaa dan ibunya, rumah kami akan jadi pelita untuk si teruna dari Afghanistan tu. Esuk hari Ahad akan ke masjid seperti biasa...dah buat temujanji nak berbincang dengan pengetua organisasi yang membawa masuk para pelarian luarnegeri (depa ni asalnya Kristian yang dulu lari dari Vietnam, Russia, Eropah).
 
Ni dok kalut la sikit pasai tak pernah masuk dalam rumah kami mana2 jejaka. Yusuf kena la heret dia selama sehari dua. Lepaih tu Mak Ngah akan bawa dia ke masjid Anur untuk berkenalan dengan teruna2 Muslim yang lain dan jugak dengan harapan bertemu dengan orang2 se bangsa dengannya insyAllah. Biarlah dia duduk seharian di masjid bersembang dengan depa atau pi belajar ronda2. InsyAllah ada yang lebih baik dari kami sekeluarga yang akan memelihara dia buat sementara. InsyAllah.
 
Patut lah lama Allah Taala kurung Mak Ngah dalam gua. Rupanya, tak dan keluar beropa lama, tu, tup--ada2 saja usaha yang Allah Subhanahuwataala seolah 'suruh' uruskan. Gitu lah kot, Mak Ngah rasa. Sebab ditakdirkan Allah Maha Esa, pada diri ku dan keluarga ku sentiasa saja ada benda2 luarbiasa. Itulah---makin berlipat-ganda cinta ku pada Allah Subhanahuwataala.
 
Saja nak kongsi sebab rasa macam nak limpahi pahala dari Allah kepada semua--nak kongsi. Bukankah segala apa yang Allah Taala bagi itu ada baiknya? MasyAllah. 
 
Oh ya, malam raya lepaih Isya pi ziarah si pesakit kebakaran tu di hospital. Ibunya dah gundah gulana. Ada lah perkara sakit anaknya yang dia nak cerita tapi sorang pun di hospital tak faham apa yang dia kata. Orang masjid yang dok jadi penterjemah tu, hari tu dia sibuk beraya jadi dia tak jawab talipon nya.
 
Kesian adik ku Jannah. Pok-pek, pok-pek dia dok sebut entah apa kat Mak Ngah, Sabrina dan Jaida. Di tunjuk itu ini dengan lengan, dengan tangan, dengan airmuka. Allah Maha Mengetahui. Dalam dok tak faham apa dia kata, dalam hati Mak Ngah dengar satu suara (Allah hu'aalam suara siapa, mungkin otak Mak Ngah kot dok mengkaji): satu persatu ia 'sunyi' tu berkata2 memberi makna menjelaskan keperluan si pesakit.
 
Jannah nampak risau sebab disangkanya Mak Ngah tak faham satu apa pun. Mak Ngah peluk dia dan berkata: Sabar, ya habibi. Sabar.
 
Mak Ngah keluar wad pi jumpa jururawat: Saya rasa pesakit awak tu sakit bahagian bahi, ketiak dan lengan kananya. Senaman yang doktor suruh si pesakit buat petang tadi (guna sebidang elastical nylon band selama 15 minit kali dua) menyebabkan urat2nya dan otot2 nya terarik-tarik dan sensasi yang teruk. Abdullah sakit kepala migraine dan ubat yang awak bagi tadi tidak begitu berkesan. Emaknya kata badan budak tu dak naik panas dan sendi/otot lenguh dan berat. Saya rasa itu yang dia bagitau saya. Dia tanya samada balutan di badan budak tu kena dilonggarkan kah?
 
Kata si jururawat: Oh itu kesan biasa. Nanti saya tambah ubat untuk dia. Terimakasih.
 
Hmmm....ni kena duduk diam2 nak belajar bahasa Pashtun pulak kot no?
 
Oh ya, gigi sakit menggila-gila. Root canal dan infection rupanya. Seminggu dok hok-hek tak mau jumpa doktot. Seharian Sabtu ni empat jam di klinik gigi. Ni dok berdenyut2 lagi. Telan ubat dan antibiotik entah dah berpuluh biji. Mulut pun dok senget dek kerana ubat bius. Harap tu Allah Taala bersihkan dosa2. Amin.
 
Takat ni la dulu. Rasanya selama seminggu dua ni tak boleh tenguk e-mel pasai kena berlari ke sana ke mari alhamdulillah. 
 
Minta maaf banyak2 kalau2 lah sewaktu menghilang ni, ditakdirkan Allah Subhanahuwataala hilang salah satu di antara kita Allah hu aalam, jadi nak minta ampun awai2. InsyAllah jumpa lagi di lain kali.
 
Wassalam.
Mak Ngah Niza, Yusuf kirim salam pada semua.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan