Baru-baru ini teman memberikan takzirah sedikit kepada anak-anak teman mengenai jasad dan roh…
Ianya berkaitan dengan sambutan Maal Hijrah baru-baru ini.
Manusia yang hidup terdiri dari dua komponen utama iaitu jasad dan roh. Tanpa roh, jasad tidak hidup.
Kita memberi jasad kita makan dan minum untuk menjalani proses penghidupan untuk membekalkan tenaga untuk pergerakan dan aktiviti-aktiviti seharian dan zat-zat makanan untuk tumbesaran, imuniti dan proses biokimia tubuh.
Kita juga mempunyai deria rasa yang mahukan makanan yang sedap dan segar untuk kita berikan kepada jasad kita. Tetapi bertanggungjawab kah kita dengan apa yang kita isikan kepada jasad kita.
Apakah makanan yang masuk ke tubuh kita halalan toiyibah?
Apakah makanan yang kita makan itu benar-benar bersih dan tidak tercemar?
Apakah makanan yang kita makan itu benar-benar berzat?
Apakah makanan yang kita makan itu tidak memudaratkan kita?
Apakah makanan yang kita makan itu yang diperlukan oleh jasad kita?
Atau kita hanya main hentam sajalahhhhhh.
Tapi apa yang lebih penting yang teman tanya kepada anak-anak teman ialah apakah yang diisi ke dalam roh mereka. Seperti kata Prof. Dr. Hamka,”Berikanlah santapan jiwamu dengan santapan yang mentauhidkan tuhanmu”. Jadi apakah yang kita pengisian yang telah kita berikan kepada rohani, jiwa atau nyawa kita selama umur hidup kita?????
Alangkah kosongnya jiwa dan rohani ku!!!! Menangis jiwa dan roh yang miskin dengan santapan yang kotor yang kita suapkan setiap hari kepadanya. Allahhu akbar! Allahu akbar! Allahhu akbar! Ampunkanlah dosa-dosaku. ......... ...
Teman menegur anak teman kerana ada yang takut nak tidur selepas menonton cerita-cerita seram di TV. Nak ke dapur seorangpun takut sebab terbayang-bayang dengan hantu-hantu yang digambarkan dalam cerita-cerita seram tu.
Teman kata, itu disebabkan roh kamu lemah... Kamu isikan dengan cerita-cerita yang menakutkan roh kamu sendiri. Roh yang lemah memang mudah bagi iblis dan syaitan mengisi ruang-ruang yang kita buka kepadanya.
Jadi pada pandangan teman kita patut mendidik anak-anak kita untuk mengisi rohani mereka dengan pengisian yang bersandarkan iman dan Islam supaya mereka tidak takut kepada yang lain selain dari Allah subhanawataala. Antara aktiviti-aktiviti memberi santapan kepada rohani kita antaranya ialah:
1) Mengerjakan solat-solat wajib dengan penuh khusyuk dan tawadduk
2) Mengerjakan banyak solat-solat sunat seperti sunat taubat, tahajjud, tasbih dan lain-lain.
3) Membaca al-Quran dengan memahami maknanya
4) Berzikir mengingati Allah
Teman suka sangat dengan ayat-ayat ini yang kalau kita zikirkan setiap hari dengan memahami maknanya dan rohnya yang boleh mendekatkan kita kepadaNya:
Petikan Surah Asyuara, Ayat 78-85
Ayat 78: Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah
yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
Ayat 79: Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum,
Ayat 80: Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;
Ayat 81: Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan
daku;
Ayat 82: Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan
dosaku pada hari kiamat;
Ayat 83: Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan
hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
Ayat 84: Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam
kalangan orang-orang yang datang kemudian;
Ayat 85: Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga
Jannatun-Naim;
Selamat menyambut Maal Hijrah 1430. Semoga dengan bertambahnya usia kita, maka bertambah kukuhlah iman dan Islam kita kepadaNya, insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan