Ahad, 30 November 2008

Nak tanya 3 soalan

Nak tanya 3 soalan

1. Bolehkah kita ajar itik berenang guna bahasa ayam?

2. Bolehkah kita suruh orang buta baca tanpa braille?

3. Bolehkah kita suruh orang pekak bercakap tanpa bahasa isyarat?

Itulah dasar bangap PPSMI Mahathir!!! Elok kita jangan teruskan dasar tersebut. Dasar yang bakal menghancurkan bukan saja bangsa Melayu bahkan keseluruhan anak Malaysia. Pengalaman pelajar di sekolah Sekolah Menengah Cina sama macam Sekolah Kebangsaan yang memang sebahagian besar tak faham bahasa inggeris berbanding Bahasa Kebangsaan .... macammana nak belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tak faham. Mana lebih mudah? Sampaikan mesej dalam bahasa yang difahami atau dalam bahasa yang tak difahami? Kalau nak pandai bahasa Inggeris ... perkemaskan P&P bahasa tersebut ... bukan dengan mengorbankan sains dan matematik semata-mata nak "bijakkan" bahasa inggeris ... budak sekolah rendah pun tahu caranya. Nak kaji apa lagi ... buang duit dan masa saja. Masa nak tukar ke BI dulu tak nak buat kajian ... dok dengar cakap Mahathir buat apa ... konon Mahathir tak pernah buat silap ... dia pasai ekonomi ... pasai pembangunan ... pasai perubatan baguih la .. pasai pendidikan dia apa tau... akhirnya dasar bangap dia hanya menguntungkan beberapa kerat kroni saja. Pak Lah dok tunggu apa lagi ... takkan nak biar hancur baru nak bertindak? Dekat Universiti pun dah hampir sebahagian besar guna BI ... orang dulu-dulu punya susah nak tukar (meyakinkan masyarakat bukan Melayu) pengajaran dari BI ke BM ... Mahathir senang-senang ja tukar. Sekarang nak balik ke BM di peringkat Universiti memang susah. Dulu orang Inggeris nak cari ilmu dari tamadun Arab ... depa tak buat pulak dasar mengajar sains dan matematik dalam BAHASA ARAB di negara depa. Jepun pun tak pun buat dasar guna BI dalam sains dan mat di negara depa ... berjaya juga. Sebenarnya Mahathir yang merasa rendah diri dengan Bahasa Melayu .... Renungkanlah ...

5 ulasan:

  1. - On Mon, 12/1/08, adnan ariffin
    From: adnan ariffin

    To: TIKedah@yahoogroups .com
    Date: Monday, December 1, 2008, 6:19 AM

    Din...aku ada baca satu atikel pasai ni... (bukan aku kata) chedet buat macam tu..tujuan nak cepatkan orang melayu maju dengan cepat...orang kata kena langkau sikit...walaupun jepun bejaya tanpa libatkan bahasa omputih..tapi jepun dah lama buat tejemah dari bahasa omputih ke jepun...kita melayu baru nak hidup..tak boleh buat macam jepun..ambik masa,,..lambat. .zaman berubah cepat... nak tejemah..lambat. .lama-lama kita tetinggai lagi jauh..jadi kena bypass...lagi pun apa guna dok jaga bahasa..kalau melayu tenggelam..bahasa pun tenggelam... kalau melayu cemerlang..bahasa pun cemerlang..jadi chedet nak pebanyakan penglibatan budak melayu dalam bahasa omputih..kalau takat belajar BI ja..tak jadi punya...cuba tengok budak la..belajaq BI dari darjah 1 sampai kerja pun tak reti cakap omputih..

    Cikgu Hashim dan Cikgu Akak Za komen sat..aku bukan cikgu..cuma engineer atau depa panggil near injin ja.

    BalasPadam
  2. Monday, December 1, 2008 3:01 PM
    From:
    "MNasir Hj Hashim"

    To:
    TIKedah@yahoogroups.com

    Nan, amboi kali ni hang cakap kuat juga no. Lama ni aku dok tengok hang cakap habih kuat pun 2 baris saja.

    Ni tentang PPSMI ni aku dah lama juga dah dok pendam rasa. Ni tumpang cikgu z.b.o dok ungkit, biar aku komen sikit:

    Tujuan : nak bagi orang Melayu tera cakap omputih. Che Det tak malu ada pegawai atasan melayu yang ikut dia pi luar negeri tak reti cakap omputuh. (Tujuan ni baik - aku sokong)

    Falsafah : pelaksanaan PPSMI. falsafah di sebaliknya, memang spt yang kata. Kita nak ligan jepun. Kalau depa selangkah, kita selangkah, pi mai pi mai dok tang tu juga. Jadi kita kena karau tiga langkah bagi setiap satu langkah depa. (Falsafah ni logik - aku setuju)

    Cara : memaksa anak-anak kecil yang bahasa ibundanya pun masih bercelaru supaya belajar kemahiran asas mengira dalam bahasa asing (bahasa Inggeris), dengan istilah yang di luar daya imaginasi depa, ini aku tak berkenan. Apatah lagi dalam tempoh pengembangan minda kanak-kanak yang 3/4 daripada tempoh aktif mereka dalam sehari adalah dalam suasana berbahasa ibunda (melayu), adalah amat dimusykilkan jika mereka ini dapat menguasai bahasa asing tersebut.

    Jadi, dari dulu lagi aku tidak berapa optimis bahawa dasar ini akan berjaya. Nah, result UPSR baru-baru ini mengesahkan tanggapan aku. Dari 8 buah sekolah yang aku cula di kawasan aku (sekolah kampung, bilangan pelajar antara 180 hingga 600 orang), semua kecuali 1 menunjukkan prestasi merudum dalam kedua-dua subjek M3 dan SC, walaupun ada di antara mereka yang siap dikenakan 'operasi kepung', iaitu guru memanggil mereka ke sekolah pada malam peperiksaan untuk diberi 'tips'.

    TETAPI, aku amat setuju 200% tentang kepentingan penguasaan bahasa inggeris di kalangan anak-anak melayu. Bukan sahaja bahasa Inggeris, malah bahasa2 lain juga kita MESTI menguasai, untuk kita berjaya dalam semua segi. Malah sejak 2 tahun kebelakangan ini, aku telah memperuntukkan banyak daripada masa aku untuk melatih anak-anak melayu agar menguasai bahasa Inggeris. aku jumpa ibu-bapa mereka, aku jumpa cikgu-cikgu depa di sekolah, di tadika, aku tanamkan semangat untuk menguasai bahasa inggeris. Syukur alhamdulillah, laporan dari sekolah-sekolah yang aku pantau, menunjukkan peningkatan kelulusan bahasa inggeris.

    Saranan : (agak banyak untuk aku tulis di sini. Nanti ada orang suruh aku cakap pelan sikit. Jadi aku reserve cadangan aku ni untuk dibawa ke parlimen bila aku jadi YB Kuala Terengganu nanti... hehehe jangan mare)

    Mohamad Nasir Hj Hashim
    Kubur Panjang, Kedah.

    BalasPadam
  3. From: Zainil Aziah Zainal Abidin
    To: TIKedah@yahoogroups .com
    Date: Monday, December 1, 2008, 7:29 AM

    Assalamualaikum.
    Akak mmg tak setuju bila murid2 tkn1 tahun 2003 mula belajar
    Maths n Science in English. Itu adalah satu peralihan yg sangat
    drastik. Maths n Science adalah konsep, belajar konsep menjadi
    lebih mudah dalam bahasa yg senang difahami. Apa masalah
    kita sekarang? Komunikasi kn?? So fokus kepada komunikasi
    sajalah. Kita sedia maklum, kebanyakan anak2 Melayu tak minat
    Maths n Science, apatah lagi bila belajar dalam Bahasa Inggeris.
    Yg rugi anak2 Melayu juga. Walau bagaimana pun akak setuju
    bila depa mula belajar dari tahun 1. Di usia yg semuda itu, murid2
    lebih senang menerima pelajaran.
    Meh kita tgk dari segi lain pula. Kerajaan keluar duit yg banyak,
    buku text, cd, laptop untuk cgu2, desktop di class2 dll. Cgu2 pn
    dapat elaun kritikal, bukan setakat cgu Maths n Science, tapi cgu
    English juga. Emm...cgu English??? Tujuannya supaya cgu English
    ajar cgu2 Maths n Science apa2 yg perlu. Kalo depa pn dapat, baik
    depa p ajar komunikasi, tak gitu???...Bukan jeles tapi (kat sekolah
    akak le n i'm sure sekolah lain juga) depa tak buat apa2 pn...Siapa
    cgu2 English???.. .kebanyakannya bukan Melayu...fikir2kan. ..

    BalasPadam
  4. Re: [TIKedah] Nak tanya 3 soalan
    Tuesday, December 2, 2008 1:40 AM
    From:
    "mohd zamri"
    To:
    TIKedah@yahoogroups.com
    Boleh tumpang sekaki ?

    Bismillahhirrohmani rrohim... .

    Semua komen baguih . Walaupun asas sesetengahnya agak bercanggah pendapat.
    PakJang lebih nak komen kepada : anak2 zaman la ni terlampau dituntut sebegitu sehinggakan .... balik sekolah ..makan...qiraati , tusen ...malam tusen lagi . Letih tetidog dgn ayag 14 tu laa...

    Pada Pakjang anak2 seumur sebegitu (sekolah rendah) mempunyai naluri nak main ... macam kita dulu2 juga la . Kita dulu ada juga masa petang nak main toi , caplong , tuju pot dsbnya . Baru kreatif mcm kita la nie . (cewah) .
    Ni budak2 la ni asyik belajag..belajag .... sampai naik lunyai .

    Maksud PakJang kena ada juga kot masa utk depa bermain , mengasah kreativiti minda tersendiri didlm bentuk @ bidang2 yg bukan ilmiah . Ia juga membantu penyediaan jatidiri dimasa mendatang yg boleh menghadapi dan menangani sebarang permasalahan .

    Katakan seorang budak ni sedari kecilnya ikut sepertimana yg dituntut tersebut dan berjaya dlm akademinya sbg seorang doktor ka , jurutera ka dsbnya , tetapi kreativitinya dibidang sosial dan kemasyarakatan atau sekeliling nya tak bagus . Sifat kawan tak ada , sifat bantu membantu tak ada , sifat kesatuan tak ada . Rasa2 Pakjang ada tertengok hasil2 yg sebegini masakini , rasanya akibat sedari awal dulu ianya terbentuk mengikut acuan sebegitu .

    Jadi berbalik topik asal perbincangan , sama la juga dgn nak meng inggeriskan science and mathematic ni . Tusyen kena lebih . Anak2 yg nalurinya nak main dsbnya takdan dgn masa bermainnya dek kerana tusyen yg bermacam2 . Camna no .... dok pikiag jugak nie ...

    Maoh la kalau tak kena komen atau tak suka pendapat peribadi PakJang ni .
    Apapon semua kita sayang jenerasi muda ...nak bagi depa semua yg terbaik , cuma agendanya mcmana terbaik kita nak buat .

    Wassalam.

    BalasPadam
  5. Re: [TIKedah] Nak tanya 3 soalan
    Tuesday, December 2, 2008 3:11 AM
    From:
    "Zbo Zbo"

    To:
    TIKedah@yahoogroups.com

    Nan, aku cabar che Det mai jadi guru sementara (sekolah aku pun buleh).. ajark sains dan math dalam BI di sekolah luar bandar dan ajar kelas akhir sekali ... dulu dia ada cakap apa susah ajar dalam BI Sn dan Mat. tak faham pasang saja CD P&P (yang isi dia tak dak kualiti tu) berulang kali sampai budak faham ... kalau sapa-sapa yang jadi cikgu dia gelak besark ... tu dia cakap orang besak yang ada ilmu kedoktoran ... lama ni pun awat pelajar kita yang pi luar negeri dari aliran melayu ni tak cemerlang ka? (ingat ...grup kita yang mula sepenuhnya BM) Awat depa ni tak tau cakap omputih ka? Tengok kawan-kawan kita yang berjaya ... jadi macam-macam ... kita dulu tak beljar Sn dan Mat dalam BI pun ... ok apa? Hang dapat jadi enginer jugak ... awat kita semua ni bodoh sangat (lambat ka jadi somebody) sebab tak belajar sains dan mat dalam BI. Kita dulu lagi susah belajar sebab formula kena hafal .... la ni dalam kertas soalan depa tulis siap. Aku mengawas budak ambik periksa SPM sekolah melayu ada ... sekolah cina pun ada ... masa depa jawab soalan aku jeling tengok hampir 90 % jawab dalam BM. Kementerian ada buat kajian dalam kertas soalan objektif dia ada tanya ... hampa jawab dalam bahasa apa? Majoriti tanda BM. Yang lucu budak Melayu kelas belakang tanda jawab dalam Bahasa Tamil dan Cina. Kalau sekolah Cina (dekat KK) ... hanya 2 -3 kelas saja yang jawab sampai habis soalan sn mat, 4-5 kelas yang lain depa tidor ... aku tanya pasai apa ... depa kata tatak paham loo .. depa jawab soalan BM lagi lama dari mat sn ... jangan kita anggap semua pelajar cina cemerlang .... depa pun 2x5 .. malah ada yang lebih teruk dari budak melayu ...dan selepas setengah jam depa balik ... Aku boleh terima kalau istilah dikekalkan dalam BI. Anak aku yang sulung alhamdulillah cemerlang di setiap peringkat peperiksaan dalam hampir semua subjek (PMR 9A SPM 8A) tapi bila mai adik-adik dia aku pening ..... tak berapa nak paham BI (walaupun mak dia guru BI ... ikut ayah dia kot)

    Hak Zamri cakap tu aku sangat-sangat setuju ... anak aku yang sulung memang aku tak hantark tuisyen kecuali yang sekolah buat saja ... kesian tengok dia buat kerja sekolah banyak ... tapi adik-adik dia tak tau lagi .... kena ikut tuntutan zaman kot... sebab sikit kureng.

    Hang pikiark la sendiri ...

    BalasPadam