Monday, November 24, 2008 5:17 PM
From:
"mohd nor"
To:
TIKedah@yahoogroups.com
Assalamualaikum, khasnya buat sesapa yg belum tidog. Kali ni aku nak cerita sikit, kalo cerita ni boring hampa jangan baca. Lepaih ni aku nak masok tidok.
Minggu pertama dok di rumah sewa Pak Bakag memang banyak dugaan, sementara nak besa la orang dok kata (atau boleh dikatakan minggu suaikenai ). Tempat tidok aku paling tepi mula-mula masok lepaih naik tangga dari bawah. Aku selalu sidai tuala aku di situ. (maklumlah tempat tinggai sempit, disitulah kami tidog dan belajag, meja cuma ada satu, buleh la kongsi 5 orang sekali belajag. Amin, Zam, Aku dapat dok tepi tingkap, bulehlah pasang papan lapik buat tempat menelaah).
Yang aku paling hot dan sakit hati ialah tuala mandi aku selalu ada kesan kari. Tiap-tiap hari, sampai aku nak lap muka dan badan pun tak sanggup. Tiap-tiap hari.
Kami dok rumah pak bakag bayag bulanan (RM 80 sebulan, kalu tak silap) sekali dgn sarapan pagi, makan tghari dan makan malam. Setiap kali makan 2 group (6 orang/ group), Aku ni jenis makan slow, kawan-kawan yg asai mai kawasan bendang ka, memang jenih makan laju. Satu hari tu aku makan sikit ja, pasai nak cepat naik keatas nak ngendap sapa yg rajin dok lap tangan kat tola aku. Hehhh !!!, memang sah jangkaan aku, pasai tu tola aku selalu ada kesan minyak kari, ropanya depa lepas makan sambil naik depa curi-curi lap tangan depa. (mangkok hayun betui depa ni- nama tak yah sebut).
Lepaih hari tu aku tak gantung tuala aku di situ lagi, jadi penyidai kat situ kosong. Bila kosong tak dak orang booking tempat sidai tu, kawan sorang ni pun tarohlah tola dia pulak kat penyidai tu. Tapi aku tengok, tak dak pulak kesan minyak kari. Aku tak puas hati, oleh kerana aku makan slow (dlm group pertama) sebelum group kedua siap habeh makan, bila aku ada kesempatan ka, aku lap tangan aku sunggoh-sunggoh siap tenyeh lagi, hmmm.. apa lagi memang lekat la minyak kari pak bakag kat tola kawan aku ini ( dlm hati ni, aku cakap padan moka hang kena pulak ) Cukop 3 hari ka, dia mola mata dok gherlin sapa lap tangan kat tola dia. Aku buat tak tau ja. Oleh kerana penyidai tu buleh gantung tola lagi satu, aku pun gantung tola aku sebelah tola dia (saja aku nak test dia ). Hari-hari seterusnya aku dapati kedua-dua tola kami tak dak kesan kari lagi. (Ropanya dia memang dari awai nak booking tempat tu gantung tola dia saja)
Kesimpulan cerita ni :
1) kalo kita tak suka orang buat kat kita, kita jangan buat kat orang.
2) kalo ada ruang, berilah ruang yg sedikit lagi itu kepada orang lain jugak. jangan tamak.
sekian untuk coretan kali ni.
SALAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan