Selasa, 25 November 2008

SATU KETIKA DI TAHUN 1979

From: mohd nor
> Subject: [TIKedah] SATU KETIKA DI TAHUN 1979
> To: TIKedah@yahoogroups .com
> Date: Sunday, November 23, 2008, 11:18 PM
>
> Assalamualaikum semua.
> aku nak cerita sikit untuk ruangan ni drp ia senyap sunyi.
> warga TIKedah pada tahun 1979 hingga 1980, aku bahagikan
> kpd 3 kelompok:
> 1) yg dok di asrama
> 2) yg dok di rumah keluarga atau sedara mara
> 3) yg dok di rumah sewa.
> (yg dok selain diatas kurang sangat dan tak ambik kira )
>
> aku adalah kelompok yg ke 3. masa daftar dulu aku tak dapat
> asrama. Fras aku. Lepas daftar, pak aku (arwah) bawalah aku
> cari tempat tinggai di luag sg. korok. Dapatlah rumah sewa
> pak Bakag (isteri dia nama Fatimah kalu tak silap aku le).
> Rumah tu depan sekolah teknik seberang jalan ja. Masa aku
> masuk dah ada 9 orang budak dah, aku pon tak kenai depa
> (masa tu la). aku yg ke 10. Lepas segala urusan habeh, pak
> aku pun balik ke Penaga. Tak berapa lama datang lagi 2 orang
> budak dihantag oleh keluarga depa, jadilah 12 orang
> semuanya.
> Yg aku ingat budak-budak tu ialah
> a) 4M2 : Azizan, Norizan, Amin
> b) 4B : Zam, Hadi
> c) 4A : Tahir, Termizi...., ......,
> d) 4M1 : Aku,...,....
> (Mintak maof lah pada kekawan yg tinggai sekali ngan
> aku yg aku tak sebut nama disini kerana aku lupa sunggoh.
> Nanti kalu aku balik kola kedah aku ambik album lama yg
> maseh tersimpan dan tengok mungkin boleh remind semola.)
>
> Romah yg kami dok tu 2 tingkat rumah papan. Tuan romah dok
> bawah, kami dok tingkat atas. Bayangkanlah pada masa tu
> keluasan lebeh korang 12' x 15' dok 12 orang. Tapi
> kami semoa tak kisah sangat, janji ada tempat tinggai. Kami
> dok macam adik beradik, harmoni.
>
> Kenangan pertama
>
> satu hari tu, lepaih magreb, kawan-kawan aku suroh aku jadi
> imam solat. (biasanya kalu kami tak ke surau belakang rumah
> sewa, kami solat jamaah. yg mana tak sempat solat sendiri
> ja.).
> Aku kata kat depa "aku tak boleh, aku selalu jadi
> makmum saja", tapi depa kata "cuba tak pa."
> Aku yg malu alah ngan depa pun gagah lah jugak ke depan
> sebab oghang nak aku jadi imam.
> Habeh solat sebaik saja aku bagi salam, aku pun pusing
> kepala kebelakang nak minta kawan bacakan doa. Tiba-tiba
> "poissshh... ." sejadah terbang kat muka aku,
> sambe depa dok gelak dan marah kat aku.
> Aku kata "woi apa ni ! pasai apa marah kat aku",
> Depa kata "hang semayang Isyak ka Magreb ?" Aku
> kata "aku semayang Magreb la". (tu sebab aku buat
> 3 rokaat). Depa kata waktu magreb dah lepaih lama dah,
> sepatutnya semayang Isyak. Aku kata "mana aku tau,
> hampa suroh aku jadi Imam buat apa ! ,awat hampa tak habag
> kat aku". ( aku pulak terlupa, pasai bila nak mandi
> petang, hampa tau saja la, bilik ayag satu, nak kongsi ramai
> termasuk tuan romah sekeluarga, sapa lambat naseb la. tu tak
> kira yg masok berak lama-lama).
> Patut la masa rokaat ketiga tadi aku dengag bunyi lain
> macam kat belakang makmum, ropanya depa nak bagi aku
> isyarat. Yang makmum pun satu, pi ikut jugak aku buat 3
> rokaat sapa suroh, sedangkan depa dah semayang magreb.
> Lepaih tu aku kata "semayang lainlah, bagi oghang lain
> jadi Imam". Masa semayang Isyak ka, makmum had belakang
> dok "kih...kih.. .kieh..." gelak, pasai tak tahan
> ingat semayang magreb tadi. Lepaih tu yang aku ingat, aku
> tak jadi imam depa lagi.
>
> Sekian cerita kali ni. Salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan