Rabu, 8 April 2009

Kemenangan bermakna Bukit Gantang


PDFCetakemel
Ditulis oleh Te@M.IT   
Selasa, 07 April 2009 14:45

TAIPING, 7 April : Kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 2789 undi mengukuhkan lagi fakta bahawa rakyat menolak BN-UMNO.


Mesej yang jelas daripada rakyat ini sekaligus membenarkan kenyataan bahawa kerajaan yang ada di Perak sekarang diperoleh hasil rampasan kuasa yang kejam dan tidak bertamadun oleh UMNO.

Namun berita yang disiarkan di TV1 malam ini membuktikan tembok keegoaan mereka masih belum berjaya diruntuhkan ekoran kekalahan ini. TV1 dalam laporannya menyatakan bahawa kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang ini adalah hasil daripada undi simpati.

Biar apa pun dakwaan UMNO kemenangan ini adalah kemenangan rakyat. Kemenangan ini membuktikan bahawa suara rakyat tidak seharusnya diketepikan sama sekali.


Ulasan: Tahniah MB Perak Ir. Haji Mohd Nizar, Pakatan Rakyat, juga rakyat Bukit Gantang.... ini menunjukkan hasrat rakyat Perak yang diwakili oleh mereka ... yang mahukan perlantikan MB mengikut Pelembagaan Tubuh Negeri Perak dan bukan rampasan kuasa seperti yang telah berlaku .... Hidup Rakyat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan