Isnin, 6 April 2009

Hukuman rotan di sekolah dikuatkuasakan semula

06/04/2009 5:32pm


KUALA LUMPUR 6 April - Hukuman rotan di sekolah-sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Beliau memberitahu Dewan Negara di sini hari ini bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.

“Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu,” katanya ketika menjawab satu soalan Senator Fatimah Hamat. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan