Assalammualaikum,
Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakance ramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.
Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju)..
Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia)..
Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi
tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 boleh bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun
saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin
dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan
menolong menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.
Ahad, 26 April 2009
Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan