Isnin, 29 Jun 2009

Fakta yang menakjubkan !!!!

AL-QURAN MU'JIZAT TERAGUNG

AL-QURAN MU'JIZAT TERAGUNG

Al-Quran merupakan mu'jizat yang teragung yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kebanyakan orang-orang Islam tahu bahawa al-Quran merupakan mu'jizat teragung namun tidak ramai yang pernah menyaksikan mu'jizat al-Quran. Ada di kalangan orang Islam yang mengatakan bahawa mu'jizat al-Quran itu boleh dirasai apabila seseorang membaca al-Quran. Mereka akan rasa tenang, semakin dibaca maka semakin seseorang itu suka kepada al-Quran. Allahu A'lam mungkina dakwaan tersebut benar, namun mu'jizat merupakan fenomena mena'jubkan yang boleh dilihat dan dicerap oleh semua orang terutama mereka yang mencari bukti kebenaran al-Quran dan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

.
Mengapa Mu'jizat al-Quran Tidak Dapat Dilihat?
.
Mu'jizat al-Quran bukan merupakan mu'jizat hissi (pancaindera). Ia adalah bersifat maanawiyy dan ia akan dapat dirasai apabila al-Quran dibaca, difahami kandungannya dan dikaji atau diselidikki. Kalau tidak dilakukan perkara ini, maka mu'jizat al-Quran tidak akan dapat dilihat. Sebab itulah orang-orang Islam perlu baca, faham, kaji dan amalkan akan isi kandungannya! Mu'jizat al-Quran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (i). Mu'jizat dari segi syariat atau perundangan (ii). Mu'jizat dari segi Ilmu dan Sains (iii). Mu'jizat dari segi muzik .
Mu'jizat Dari Sudut Sains Dan Matematiks.
Bila al-Quran Di Turunkan?
.
Al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu. Surah-surah yang terdapat dalam al-Quran berjumlah 114 surah diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi Malaikat Jibreel. Surah-surah al-Quran diturunkan bukan seperti susunan yang ada sekarang. Surah pertama yang diturunkan ialah surah al-Alaq, surah ke dua ialah surah al-Mudatheer, surah ketiga diturunkan ialah surah al-Muzameel dan seterusnya. Walaupun demikian, surah-surah al-Quran sekarang tidak serupa dengan susunan semasa diturunkan! Siapakah yang menyusunnya?.
.
Fakta Penting
.
Semasa al-Quran diturunkan, sistem angka Muslim (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9...) belum wujud. Sistem angka Muslim ini dicipta oleh al-Biruni dan al-Khawarizimi pada kurun ke sembilan (Lihat laman web pada sebelah kanan atas untuk melihat biografi kedua-dua tokoh besar sains Islam)
.

Susunan al-Quran
.
Susunan al-Quran terus dikritik oleh golongan orientalis (mereka yang mengkaji Islam dengan niat untuk mencari-cari kesilapan Islam , kalau ada!). Antara yang dikritik mereka ialah susunan al-Quran yang mereka dakwa tidak bagus dan salah. Mereka berpendapat bahawa susunan al-Quran perlu disusun seperti mana ia diturunkan dan bukan seperti sekarang!
.
Microsoft Excel
.
Satu cara untuk menguji kehebatan al-Quran adalah dengan cara memasukkan bilangan ayat dalam setiap surah ke dalam Microsoft Excel. Ada dua cara memasukkan bilangan ayat setiap surah ke dalam Microsoft Ecxel. 1). Bermula dengan surah terakhir iaitu surah an-Nas. Bilangan ayat dalam surah an-Nas dimasukkan ke dalam sel pertama, bilangan ayat surah al-Falaq ke sel yang kedua, bilangan ayat surah al-Ikhlas ke dalam sel ketiga dan seterusnya sehingga surah al-Fatehah. 2). Cara yang kedua ialah dengan memasukkan bilangan ayat surah al-Fatehah ke sel pertama, diikuti oleh surah al-Baqarah, surah ali-Imran dan seterusnya.

.

Apabila Microsoft Excel diarahkan untuk membina Graf taburan, graf taburan yang diperolehi adalah seperti di bawah.



Susunan surah-surah al-Quran semenjak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga sekarang dan sehingga Hari Qiayamah. Susunannya membentuk satu lengkungan yang besifat seperti terbalik.
Paksi Y ialah bilangan ayat, dari 3 ayat (ayat yang paling sedikit) kepada 286 ayat (ayat yang paling banyak). Paksi Y ialah yang menegak dan paksi X yang mendatar. Paksi X ialah nombor surah dari surah 114 hingga surah 1 sekiranya asalan graf ini di sebelah kiri dan sekiranya asalannya ialah di sebelah kanan, surah pertama ialah surah al-Fatehah.
Sekiranya koordinat disambung-sambungkan mengikut sistem yang betul, ia akan menghasilkan dua graf iaitu graf yang berbentu Allah dan Muhammad.

SUBHANALLAH

KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD
.
Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk. Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah Muhammad pula terbentuk!

Apa akan jadi kalau kedudukan surah berubah?

Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sayugia diingatkan bahawa semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf belum wujud! bahkan seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem nombor pun belum wujud!

Kehebatan dan kecanggihan susunan surah-surah al-Quran boleh jiga disaksikan apabila kita membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah. Sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114, iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236.

Surah-surah al-Quran dan jumlah ayatnya boleh dikategorikan kepada Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil.Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7.Satu contoh lagi ialah surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genappula sebagai contoh ialah surah ke 3 iaitu surah ali-Imran yang mempunyai bilangan ayat 200. Satu lagi contoh ialah surah ke-5 iaitu surah al-Maidah yang mempunyai bilangan ayat 200 ayat. Satu kategori lagi ialah nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayatgenap. Sebagai contoh surah surah ke-6 iaitu surah al-An'am mempunyai 165 ayat dan surah ke-2 iaitu surah al-Baqarah yang mempunyai bilangan ayat 286 ayat. Sekiranya surah-surah ini dikategorikan kepada sama jenis dan berlainan jenis umpamanya kategori sama jenis ialah (nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap) jumlah semua surah dalam kategori ini ialah 57 surah, sementara satu kategori lagi ialah kategori berlainan jenis iaitu surah yang mempunyai nombor genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap, jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. Ini menunjukkan perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan menghasilkan perimbangan. Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat al-Quran, mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat al-Quran? dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya ialah 6555, mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor surah?. Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah sama sekalui. Quran tak boleh diubah! Para pembaca boleh menyemak sombor surah dan bilangan ayat tersebut dalam laman web yang tertera di atas sebelah kanan muka suat ini.

Persoalan-Persoalan Menarik!

Bagaimana susunan surah-surah al-Quran boleh seimbang antara jumlah campuran nombor-nombor surah dengan campuran surah-surah dalam kategori yang tidak sama jenisdan bagaimana jumlah campuran semua ayat al-Quran sama dengan campuran surah-surah dalam kategori sama jenis sedangkan pada masa itu belum wujud lagi sistem nombor? PASTI INI SEBAGAI BUKTI MAHABIJAKSANANYA ALLAH S.W.T. DAN MAHA MENGIRANYA ALLAH S.W.T.

Keseimbangan Yang Lain

Sekiranya nombor surah dicampurkan dengan bilangan ayatnya, umpamanya surah al-Fatehah adalah surah 1 dan bilangan ayatnya 7 (1+7=8), surah al-Baqarah surah 2 dicampurkan dengan bilangan ayatnya (2+286=288) dan seterusnya sehingga surah terakhir surah ke-144 iaitu surah an-Nas bilangan ayatnya 6 (114+6=120). Sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dengan bilangan ayat yang jumlahnya ganjil dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6555 iaitu sama dengan jumlah campuran semua nombor surah. Dan sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dan bilangan ayat yang jumlahnya genap dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan jumlah ayat al-Quran. Sekiranya diubah kedudukan surah maka jumlah ini tidak akan dapat dihasilkan.

Keseimbangan Ini Lebih Menakjubkan!

Sekiranya nombor-nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayatganjil dicampurkan sekali, jumlahnya ialah 1551. Nombor-nombor surah tersebut adalah seperti berikut. 1, 9, 11, 13, 15, 17, 25, 27, 29, 33, 35, 39, 43, 45, 57, 63, 81, 87, 91, 93, 97, 101, 103, 105, 107, 111, 113. Pembaca boleh gunakan mesin kira untuk mengiranya, tapi cuba bayangkan zaman Nabi dimana sistem angka belum ada. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1551. Sekarang campurkan pula nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayatganjil. Nombor-nombor surah tersebut ialah: 6, 8, 10, 12, 20, 26, 36, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 54, 60, 62, 76, 82, 84, 86, 92, 96, 100, 104, 108, 110. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah1554. Sekarang campurkan jumlah campuran nombor surah ganjilyang mempunyai bilangan ayat ganjil (1551) dengan jumlah campuran nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. (1554). (1551+1554=3105). Sekarang kira berapa banyak nombor-nombor surah tersebut? Nombor-nombor surah adalah 54 semuanya. Berapa pula bilangan surah dalam al-Quran? Bilangannya ialah 114. Lihat formula ini:

Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil (54), bilangan surah dalam al-Quran ialah 114. Jumlah campuran 3105= 54 / 2 X (114 +1)=27 X 115. Sekiranya susunan nombor surah ini diubah sesuka hati seeperti yang dicadangkan oleh orientalis Barat, maka jumlahnya tidak boleh disesuaikan dengan formula (jumlah surah/2 X Bilangan surah al-Quran +1).

Sekiranya nombor-nombor surah yang mempunyai bilangan ayat genap pula dicampurkan, jumlahnya ialah 3450. 3450= (Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat genap)/2 X (Bilangan surah al-Quran +1)=60/2 X (114 +1)=30 X 115.

Ada sesiapa yang boleh menolak ini sebagai satu yang menakjubkan. Ingat semasa al-Quran diturunkan, sistem nombor belum wujud!.

Can anybody refute this as an amazing phenomena. Bear in mind that there were no number system when the Quran was revealed!

可有人反驳,这是一个惊人的现象。记住,没有任何数量的系统时,可兰经被发现!

Sumber: http://subhanallah-allhuakbar.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. Assalaamualaikum...sesungguhnya Allah amat luas ilmuNya...
    Orang2 kafir ada yang tau kebenaran tetapi tetap membutakan matanya...
    Tiada benda yang berlaku di dunia ini dengan kebetulan,semua telah ditetapkan oleh Allah...
    Insaflah...

    BalasPadam