Dato’ Seri Nizar Jamaluddin diberi masa 30 hari dari tarikh keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mengemukakan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan.
Namun sehingga kelmarin, Hakim-hakim bijaksana yang bersidang masih belum mengeluarkan kertas penghakiman untuk beliau memfailkan rayuannya.
Hakim Mahkamah Rayuan juga telah berjajnji untuk mengeluarkan kertas penghakiman tersebut dalam tempoh 7 hari dari tempoh keputusan dibuat.
Tempoh 30 hari akan tamat pada hari Isnin 22/6/2009 ini dan bagaimana pasukan peguam beliau hendak mengemukakan soalan tanpa berdasarkan penghakiman bertulis hakim-hakim tersebut? Sedangkan mereka telah membuat penghakiman lisan dalam masa 5 minit sahaja?
Jadi apa yang dibuat oleh Dato’ Seri Nizar dan rakan-rakannya di Parlimen adalah satu bentuk protes kepada badan kehakiman yang nampaknya seperti telah dipengaruhi dalam tindak-tanduk yang dilakukan oleh mereka.
Ada banyak lagi ahli Parlimen BN yang bertindak keterlaluan termasuk lebih kurang seperti ‘sexual harassment’ terhadap ahli-ahli Parlimen wanita.
Apakah tindakannya itu melampau?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan