Selasa, 5 April 2011

Memoir Bekas Adun MCA Jimah

Pembela mangsa JE selamat 
disemadikan
Zulkifli Sulong   
PORT DICKSON, 5 April: Mayat pejuang
mangsa JE Bukit Pelanduk, Yap Ah Peng,
69, selamat disemadikan di tanah perkuburan
 Cina Sendayan tengahari tadi dengan penuh
 adat dan budaya Cina.

Turut serta memberikan penghormatan terakhir
 adalah Pesuruhajaya PAS Negeri Sembilan,
Zulkefli Mohd Omar bersama Yang Dipertuan
 PAS Telok Kemang, Haji Ramli Ismail.

Turut berada di rumah teres Yap Ah Peng ketika
 majlis penghormatan terakhir diberikan adalah
 Adun Port Dickson, M Ravi dan Adun Lukut, Ean Yong Tin Sin.
(Gambar: Yap ketika datang ke pejabat Harakadaily tahun lepas, 
menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang,  bagi menerangkan isu
 terkini tanah Bukit Pelanduk ketika itu)
Yap Ah Peng, bekas Adun MCA Jimah selama dua penggal meninggal
petang 1 April lepas dengan begitu mudah sekali. Tanpa harta dan
rumah besar, Yap meninggalkan isteri dan empat anak.

Anak sulong beliau, Dr Yap Yeong Ching berkata, bapanya sedang
 berbual telefon agak panjang sebagaimana biasa petang Jumaat itu.
 Selepas itu, beliau duduk dan terus tidak sedarkan diri.

Doktor kemudiannya mengesahkan kematian beliau selepas di bawa
 ke Hospital Port Dickson.

Hari ini, 5 April mayat Yap Ah Peng selamat di semadikan namun
 kenangan pelbagai pihak khasnya PAS sendiri terhadap Yap
 tidak mungkin akan dilupakan begitu sahaja.

Kali terkahir Yap bersama PAS adalah tiga hari sebelum itu di
Majlis Makan Malam untuk mengumpul dana Kompleks PAS
Negeri Sembilan di Dataran Muhibbah Kampung Ismail, Ampangan.

Di majlis itu, Yap mengambil satu
meja iaitu bersamasembilan lagi
rakannya,beliau menyertai majlis
yang turut disertaioleh Presiden
PAS,Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang danSetiausaha
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Menurut Zulkefli Mohd Omar, Yap
 datangke mejaPresiden PAS
 sambil membawasegala keratanakhbar khasnya dariakhbar Cina
menunjukkan laporan kenangan bagaimana hubungan beliau
dengan PAS kepada Ustaz Abdul Hadi.
(GambarZulkefli Mohd Omar turut menghantar keranda Yap 
untuk disemadikan)

Antaranya keratan akhbar beliau menyerahkan memorandum
 menyokong Undang-undang Hudud yang ketika itu hangat
diperkatakan menjelang pilihan raya 2004 lalu. Yap dan
 rakan-rakannya menjadi penawar kepada PAS yang hari-hari
 diserang kerana Hudud itu khasnya dari masyarakat dan parti Cina.

Memandangkan semuanya adalah salinan asal, Yap berjanji akan
 membuat salinan dan akan dihantar kepada Ustaz Abdul Hadi
 selepas ini. Namun, belum sempat salinan itu diserahkan,
Yap telah pergi buat selama-lamanya.

Yap adalah Adun MCA Jimah, Port Dickson selama dua penggal
(kini sebahagiannya Lukut). Ketika menjadi Adun di bawah Menteri
Besar, Tan Sri Isa Samad itu, dia telah dilantik mempengerusikan
satu jawatankuasa untuk menyusun semula ternakan babi di Negeri
 Sembilankhasnya di bawah kawasan beliau iaitu di Bukit Pelanduk
keranaia tidak hygenic ketika itu.

Hasilnya, satu Enakmen telah diluluskan DUN Negeri Sembilan bagi
 menyusun semula dan mengawal ternakan babi di negeri itu.

Untuk melaksanakannya,
 kerajaan negeri telah
mengambilalih tanah yang luas
milik Guthrie dan dibeli dengan
harga yang agak rendah.
Tanah ini akan disusun, dibina
prasarana yang sesuai dan
akan dipecah-pecahkan untuk
 diserahkan kepada penternak
 babi di situ agar ia tersusun
 dan bersih.

Namun, kerana ketamakan Umno,
sebuah syarikat ditubuhkan untuk
 menguruskan tanah-tanah itu. Hasilnya, ia hendak dijual dengan
harga yang tinggi kepada penduduk di situ.
(Gambar fail: Aktiviti membunuh babi akibat JE pada tahun 1998)
Hasilnya, penduduk enggan membeli tanah itu dan enggan
berpindah dari kawasan ternakan masing-masing. Ekoran dari
itulah datangnya serangan virus JE yang membunuh lebih
100 mangsa pada tahun 1998.

Serangan virus berkenaan semakin menggila apabila ia mula
menjangkiti ramai penduduk sehingga membuatkan keadaan
negara ketika itu menjadi gempar. Jumlah angka korban
meningkat kepada 31 penduduk menjelang pertengahan Mac.

Seramai 47 orang lagi dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan
 Malaysia (HUKM), HS, ospital Kuala Pilah, Hospital Universiti
(HU), Hospital Melaka (HM) dan beberapa hospital swasta.

Menyedari punca jangkitan JE yang berasal daripada babi,
kerajaan seterusnya mengerahkan 1,400 anggota tentera dan
polis memusnahkan 64,000 babi secara bersepadu di tiga
 kawasan utama di Port Dickson.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan helikopter
untuk menyembur ubat nyamuk daripada udara, selain
menyembur menggunakan kaedah biasa di kawasan terlindung.

Sebuah bilik operasi dibuka 24 jam di Jabatan Kesihatan Awam
 di Bukit Damansara untuk mengumpul maklumat semasa
mengenai usaha menangani wabak itu.

Arahan serta suasana panik menyebabkan penduduk di
Bukit Pelandok dan Kampung Baru Sungai Nipah di Lukut,
dekat Seremban seolah-olah tidak berpenghuni apabila
penduduknya bertindak meninggalkan kawasan berkenaan
bagi menyelamatkan diri.

Penduduk yang masih berada di kawasan yang ada banyak
 ladang ternakan khinzir bertindak memakai pelbagai jenis
 topeng sebagai langkah keselamatan. Enam sekolah rendah
terpaksa ditutup sementara berikutan serangan wabak JE
 di sekitar Bukit Pelandok. (- Ex-smgrian 1991.)

Sebagai bekas wakil rakyat kawasan itu dan orang yang
 terlibat dengan membuat draf enakmennya, Yap merasa
ia adalah tanggungjawab beliau untuk menyelesaikannya.

Walaupun umurnya sudah melebih 60an, Yap telah
membuatDiploma Eksekutif di Universiti Malaya tentang
kes ini.Beliau telah berjaya mendapatkan diploma itu
selepas menyelesaikankajian beliau mengenai Wabak JE
di Bukit Pelanduk.

Kajian beliau itu menjadi satu bahan kajian penting tentang
 kes inikerana ia datang dari orang yang terlibat dari awal
 hingga akhir dalam kes ini.

Apabila isu Hudud datang,
 Yapberkempen mengumpul
tandatanganuntuk menyokong
undang-undang itu.Hasilnya satu
memorandum diserahkanYap dan
rakan-rakan kepada Presiden PAS,
Ustaz Abdul Hadi yang juga
Menteri Besar Terengganu
ketika itu.
(Gambar: Zulkefli bersama Haji Ramli 
dan M Ravi bercakap dengan anak 
sulong Yap, Dr Yap Yeong Ching)


Tujuan adalah satu. Yap mahu pencuri tanah rakyat sehingga
menyebabkan serangan JE itu dipotong tangan mereka.
Pendek kata, Yap mahu kerajaan yang ada dijatuhkan kerana
kejahatan mereka itu.

Sejak itulah, hubungan antara Yap dengan PAS menjadi sangat
istimewa.Beliaulah antara tokoh yang awal menjadi pemimpin
dan ahli KelabPenyokong PAS.

Ketika ianya dilancarkan di Markas Tarbiyah PAS Pusat di
Kuala Lumpur
 menjelang pilihan raya umum 2004, Yap datang bersama
 penyokongnya ke situ. Beliau dilantik menjadi Naib Pengerusi
 pertama Kelab Penyokong PAS yang kini sudah dinaik taraf
kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ketika itu
Pengerusinya adalah Alex Ong.

Sejak itu, Yap tidak pernah hilang. Beliau sentiasa sahaja
bersama rakan-rakannya bersama PAS berkempen untuk
orang-orang Cina agar menyokong PAS dalam pilihan raya
 umum dan kecil.

Tema beliau jelas, hanya PAS mampu memberikan keadilan
 kepadasemua termasuk memotong tangan pencuri tanah
rakyat di Bukit Pelanduk.

Rupanya pertemuan beliau dengan Ustaz Abdul Hadi di
 Ampangan Khamis 28 Mac adalah pertemuan terakhir
 beliau dengan Presiden PAS itu.

Hasrat Yap untuk melihat rakyatnya di Negeri Sembilan
menjatuhkanpencuri tanah rakyattidak kesampaian.
 Namun, Pesuruhjaya PASNegeri Sembilan,
 Zulkefli Mohd Omar berjanji, usaha Yap dan
rakan-rakannya itu tidak akan sia-sia. Ia akan diteruskan
beliau.

Selamat bersemadi Yap Ah Peng (1942 - 2011)
Sumber: Klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan