Selasa, 27 Oktober 2009

Korban pertama 1Malaysia

Seorang peserta perkhemahan 1Malaysia
lemas
Okt 27, 09 11:20am
Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih
hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yangmereka
lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar
putus, mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras.

Menurut The Star 19 lagi murid ditemui selamat. Jambatan tersebut
terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan
Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira
pukul 10.30 malam tadi.

Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar,
Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum
Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Kinta Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang
terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba
dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain
serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.

Bernama melaporkan , pelajar perempuan yang lemas itu dikenali
sebagai Dina Deve a/p Nathan.

Mayatnya ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira

pukul 8.30 pagi.


"Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar di sini untuk dibedah siasat,"

kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof kepada

pemberita di kawasan kejadian hari ini.

Sumber:Klik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan