Rabu, 9 September 2009

Permohonan Sivakumar ditolak ... tak faham aku!

IPOH 8 Sept. - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar bagi menuntut ganti rugi berhubung kecederaan, kerosakan dan kerugian yang dialaminya ekoran kejadian semasa sidang DUN pada 7 Mei lalu.

Hakim Datuk Azhar Moahamed memutuskan demikian dengan alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan perkara tersebut sebaliknya ia harus diselesaikan oleh sidang DUN itu sendiri.

Beliau membuat keputusan menolak permohonan itu dengan kos setelah mendengar hujah kedua-dua pihak di kamar beliau di sini.

Pada 15 Mei lalu, Sivakumar yang merupakan Ahli DUN Tronoh memfailkan saman terhadap Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan bagi menuntut ganti rugi berhubung kecederaan, kerosakan dan kerugian yang dialami akibat tindakan yang diambil terhadapnya semasa sidang DUN pada 7 Mei lalu.

Sivakumar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang Ganesan, pekerja atau ejennya daripada menafikan hak beliau untuk memasuki sidang DUN atau melarang serta menyekatnya dalam apa jua cara daripada memegang jawatan atau menjalankan tugas sebagai Speaker DUN yang sah.

Turut dipohon ialah satu lagi perintah injunksi bagi menghalang sebarang penderitaan, serangan atau pemukulan yang seterusnya oleh Ganesan atau pekerja atau ejennya.

Dalam writ saman itu, Sivakumar selaku plaintif antara lain mendakwa mengalami lebam di bahagian badan, lengan dan kaki, selain kesakitan serta ketidakselesaan di seluruh badan.

Beliau juga mendakwa mengalami kekejutan gelisah, kesengsaraan mental dan kerosakan pada sut serta jubah rasmi Speaker yang dipakainya ketika kejadian.

Plaintif turut menuntut ganti rugi serangan dan serang sentuh, ganti rugi penahanan salah, ganti rugi teruk serta kos.

Sivakumar diwakili dua peguam, Chan Kok Keong dan Leong Cheok Keng, manakala Ganesan diwakili tujuh peguam diketuai oleh Firoz Hussein Ahmad Jamaludin.

Sumber: Klik

Catatan: Tak faham aku undang-undang ni .... kes MB Perak mahkamah boleh buat keputusan ... kes speaker kena selesai dalam DUN sendiri .... pening ... pening ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan