Assalamualaikum, Zbo
Selamat bertemu dan kali ini kami ingin menjelaskan lapan golongan (asnaf) yang layak untuk menerima wang zakat. Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan".
1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuk dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10.00 sehari tetapi hanya mampu RM3.00 sahaja.
2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10.00 tetapi hanya memperoleh RM8.00.
3. Amil - orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
4. Muallaf - seseorang yang baru memeluk agama Islam.
5. Riqab - seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
6. Gharimin - penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
7. Fisabillillah - orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
8. Ibnus Sabil - musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
Sehingga jumpa lagi.
Wassalam
Mohd Rais Haji Alias
Pengurus Besar PPZ
www.zakat.com.my
Tkt. 1, Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2,
Kuala Lumpur
50676 Wilayah Persekutuan
Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan