Khamis, 28 Mei 2009

Tip Kesihatan

Health - Important Tips

1.  Answer the phone by LEFT ear.
2.  Do not drink coffee TWICE a day.
3.  Do not take pills with COOL water.
4.  Do not have HUGE meals after 5pm..
5.  Reduce the amount of OILY food you consume.
6.  Drink more WATER in the morning, less at night.
7.  Keep your distance from hand phone CHARGERS.
8.  Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
9.  Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
10. Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
11. When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the

      phone as the radiation is 1000 times.

Forward this to those whom you
 CARE about!

Catatan: tip ini adalah emel dari seorang sahabat TIKedah

Rabu, 27 Mei 2009

Makna bacaan dalam solat

Allah Maha Besar 

Doa Iftitah 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, 
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, 
Ibadatku, 
hidupku, 
matiku 
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak 
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 


Al-Fatihah 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 
Yang menguasai hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika bangun dari rukuk 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 

Bacaan ketika iktidal 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 

Bacaan ketika sujud 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 
Ya Allah, ampunilah daku, 
Rahmatilah daku, 
kayakan daku, 
angkatlah darjatku, 
rezekikan daku, 
berilah aku hidayah, 
sihatkanlah daku dan 
maafkanlah akan daku. 

Bacaan ketika Tahiyat Awal 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta 
keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

Bacaan ketika Tahiyat Akhir 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 

Doa Qunut 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 

Islam itu Bersaudara


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ahad, 24 Mei 2009

Petua Tahan lama...

KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2011. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
...............sentiasa terbuka dan rasional.

HAHAHA..jgn ingat yang tu jer...

Mari kita renungkan

Ucapan Pemimpin-Pemimpin Kita ...

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. BarangkaliNik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

Kata Dulang Paku Serpih ...

Dipetik tanpa edit dari WBHIM
Ahmad Maslan Kata Hakim Kes Perak “Wayar Putus”

“Tuan-tuan, hakim yang mengendalikan kes Perak ni putus wayarnya!” Ujar Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan semasa menyampaikan ucapan kepada lebih 800 Ahli UMNO di dewan Sri Jugra Kuala Langat pada malam 20 mei yang lepas.

Mulut Jahat

Mulut Jahat. Itulah yang boleh diungkapkan terhadap Ketua Penerangan yang bongkak, sombong dan tak ingat akhirat ini.

Ahmad Maslan yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO oleh DS Najib dengan penuh bersemangat mengutuk hakim Abdul Aziz Abdul Rahim hanya kerana Yang Arif terbabit tidak memihak kepada kerajaan dalam keputusan yang lalu yang melibatkan pengisytiharahan tidak sah MB Perak Dr.Zambry Abdul Kadir di mahkamah tinggi Kuala Lumpur minggu lalu.

Pandai sangat kah Ahmad Maslan dalam bidang undang-undang sehinggakan hakim yang Arif dikatakan putus wayar? Ahmad Maslan juga dengan bangga berkata beliau yang mempunyai ijazah sarjana muda Sains Politik Universiti Wellington dilantik sebagai ketua penerangan termuda dalam sejarah parti.

“I tanya Najib kenapa lantik I jadi ketua penerangan. Biasa ketua penerangan ni untuk orang yang dah nak out, tapi I baru nak in,”

Sungguh megah dan bongkak hamba Allah berusia 43 tahun ini. Kalau ini lah ketua penerangan yang UMNO miliki, jangan harap boleh menang pilihanraya akan datang?

Ahmad Maslan Kutuk Ahmad Sabu

“Saya katakan angka 121. 121 bermaksud, 1 orang melayu cari 2 orang melayu untuk sertai UMNO, dan 1 bukan melayu untuk sertai BN. Tapi tuan-tuan, angka 121 ini istimewa. Kerana angka 121 inilah bilik yang Ahmad Sabu kena tangkap basah! (sambil ketawa)”

Apa perlunya beliau mengaitkan misi ahli UMNO dengan Ahmad Sabu kena tangkap basah? Bukankah itu melambangkan ketidakmatangan beliau? Seharusnya kedatangan beliau menemui ahli UMNO adalah untuk memberi semangat, visi dan misi kepada akar umbi demi menguatkan lagi parti. Tetapi malang, Ahmad Maslan berkelakuan seperti kanak-kanak yang singkat otak dan terencat akal. Hentam orang sana sini, tanpa menunjukkan relevancy dalam kata-kata beliau.

Bodek Najib Rakyat Meluat

“DS Najib tak pernah kenal Altantuya. Pada malam Altantuya di bom, Datin Sri Rosmah Mansor sedang menghadiri jamuan berbuka puasa di bangunan Tabung Haji. Bila masa pula DS Rosmah terlibat?”

Saya ingin beritahu anak wak Maslan ni, bahawa janganlah terlalu kuat membodek. Malahan rakyat pun sudah jemu mendengar kisah Altantuya dikaitkan dengan Najib ini. Semua orang sudah tahu, apa perlunya beliau berulang-ulang kali sebut fasal perkara ini lagi? Bukankah banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO dalam proses transformasi yang harus dilakukan oleh kita semua?

Jika tiada apa yang bernas untuk disemai ke akar umbi, lebih baik anak wak Maslan ini duduk diam-diam di rumah dan teruskan menambah ilmu di dada. Bukan pergi berkelakuan seperti orang kurang siuman hentam orang sana sini tanpa asas sebab musabab yang berkenaan dengan beliau dan keluarga beliau.

Malang parti UMNO memiliki seorang ketua penerangan seperti ini. Kepada DS Najib, saya berharap Dato Seri tidak mempunyai tabiat yang serupa dengan Tun Dr.Mahathir – tabiat salah melantik orang. Saya yakin, pada hemat saya dan rakyat sekalian yang lain, jawatan ketua penerangan UMNO ini lebih sesuai diberikan kepada Datuk Seri Dr.Rais Yatim, yang memiliki segala-galanya lebih daripada Ahmad Maslan?

Saya juga ingin bertanya kepada DS Najib, sistem KPI yang diperkenalkan kepada menteri-menteri kabinet, adakah ia juga wajar diaplikasikan kepada pemimpin tertinggi parti? Bukankah ia wajar, Datuk Seri? Kita tidak mahu pemimpin yang tidak siuman, kutuk mengutuk dan menghentam orang sesuka hati. Ini jelas bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang diajukan oleh Datuk Seri.

Seorang hadirin semasa pulang berkata kepada saya “Apa dia cakap ni? Tak ada satu pun yang boleh di bawa balik.”

Sabtu, 16 Mei 2009

Nama macam ni pun ada?

Selamat Hari Guru 16 Mei 2009

Guru o Guru

 

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 

Selasa, 12 Mei 2009

Ir. Nizar sah sebagai MB Perak

  1. Keputusan mahkamah telah keluarkan yang mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah .... 
  2. Tidak timbul soal perletakan jawatan Datuk Seri Zamri sebagai Menteri Besar Perak kerana beliau hanyalah seorang wakil rakyat yang mewakili Pangkor tetapi "berlagak (acting)"sebagai Menteri Besar Perak selama 100 hari
  3. Yang menjadi persoalannya ialah ... adakah beliau boleh dikenakan tindakan di atas perlakuannya yang mengambil tugas sebagai MB Perak dan melakukan beberapa tindakan drastik tanpa kelulusan MB yang sebenarnya ... contohnya melelong kereta toyota camry kerajaan Perak, memecat ketua kampung dan jkkkn yang dipilih oleh kerajaan Perak?
  4. Adakah beliau boleh diperintahkan untuk membayar harga kereta proton perdana yang ditempahnya tanpa kelulusan kerajaan negeri Perak yang sah?
  5. Apakah bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas beliau? Kalau kakitangan kerajaan boleh dikenakan surcaj.
  6. Adakah perlakuannya yang memudaratkan negeri Perak boleh dibawa dan diadili di Mahkamah?
  7. Media tidak seharusnya merujuk beliau sebagai "bekas Menteri Besar"kerana perlakuannya sebagai Menteri Besar Perak hanyalah lakonan semata-mata dan tidak mendapat pengiktirafan rakyat dan mahkamah.
  8. Kakitangan kerajaan termasuk SUK Perak boleh dikenakan tindakan kerana melanggar arahan MB Perak dengan mengikut arahan Dr. Zamri.
  9. Persidangan DUN bawah pokok dengan sendirinya sah ... dan keputusan yang dibuat dengan sendirinya sah .... Dr. Zamri serta Exconya digantung dari menghadiri persidangan DUN seperti yang diputuskan dalam persidangan tersebut. Keputusan mahkamah yang menyatakan keputusan menggantung Zamri sebagai tidak sah boleh dicabar di mahkamah.
  10. Adakah penyingkiran Speaker kerajaan Perak sah? Sedangkan tidak dibuat mengikut peraturan? Dr. Zamri dan exconya yang digantung masih berada dan mengundi dalam Dewan untuk perlantikan Speaker baru?
  11. Adakah sidang DUN 7 Mei 2009 itu sendiri sah?

8 golongan (asnaf) yang layak menerima wang zakat

Assalamualaikum, Zbo

Selamat bertemu dan kali ini kami ingin menjelaskan lapan golongan (asnaf) yang layak untuk menerima wang zakat. Firman Allah swt  dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan". 

1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuk dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10.00 sehari tetapi hanya mampu RM3.00 sahaja.

2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10.00 tetapi hanya memperoleh RM8.00.

3. Amil  - orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat. 

4. Muallaf - seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5. Riqab - seseorang yang terbelenggu  dan tiada kebebasan diri.

6. Gharimin  - penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya. 

7. Fisabillillah - orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8. Ibnus Sabil - musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

 
Sehingga jumpa lagi.

Wassalam

Mohd Rais Haji Alias
Pengurus Besar PPZ
www.zakat.com.my

 

Pusat Pungutan Zakat
Tkt. 1, Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2,
Kuala Lumpur
50676 Wilayah Persekutuan 
Malaysia

Kisah sedih ... angkara dadah

Baca kisah ini dan tonton video di bawah ...

This story is  extremely sad.
A lady, with her husband, was planning a weekend trip across the Mexican
 border for a  shopping spree. At the last minute their baby sitter
 canceled, so they had to bring along their two-year-old son with them.
 They had been across the border for about an hour when  the baby got free and ran around
 the corner. The mother went chasing but the boy had disappeared. The mother found a police
 officer that told her to go to the gate and wait. 

Not really understanding the instructions, she did as she was told.
About 45 minutes later, a man approached the border carrying the boy. 
The mother ran to him, grateful that he had been found.
When the man realized it was the boy's mother, he dropped the boy and ran.

The police were waiting and got him. The boy was dead.
 In the (less than) 45 minutes he was missing, he was cut open and all of his insides removed
 and his body cavity stuffed with COCAINE.
 The man was going to carry him across the border as if he were asleep. A two-year-old boy, dead, is carded
 as if he were a piece of trash for somebody's cocaine.

 If this story can get out and change one person's mind about what drugs mean to them, we are helping.

 Please send this E-mail to as many people as you can.

 If you have a home PC, send it out there, too.. Let's hope and pray it changes a lot of minds.

 The saddest thing about the whole situation is that those persons who suffer are innocent and people we
 love..

God Bless you in this united effort to spread the w! ord. You just might save a life! 
May God bless you and keep you in his loving embrace.


Jumaat, 8 Mei 2009

Penipuan Terancang!!! Awas!!!

     Just would like to share with you the things that happen to me last
     week .. I got a call from a number (1300808888) and got a pre
     recorded message that I owed Ambank credit card RM4,982 .. then I
     press the option where I could talk to the customer service officer
     in charge. I got to talk to the officer and asked him the details ..
     he asked my name and IC no and then he gave details that I have an
     Ambank Master Card, credit limit, date approved , date usage , where
     ..etc .. anyways none of the information given was true as I do not
     have any dealings with Ambank. While venting out my anger, he told me
     to call a number and it should lead me to Credit Card Fraud Centerof
     Bank Negara (03-86590270) .

     To cut the story short, I called that number (at this time I just
     wanna settle the matter) and at the end of the line I could hear
     .."Selamat Datang ke Bank Negara Malaysia ... Welcome to Bank Negara
       Malaysia
 " .. well I thought that's real .. so I got to talk to this
     guy (Mr Lee) and told me that he's from the Credit Card Fraud Unit ..
     I told him what had happen with Ambank and then he said that he could
     help me but I have to make a formal report first . so I gave him ALL
     my banking details and credit cards details as this is required for
     them to do the investigation .. He even gave me a report number ..
     (MAN ..ALL THE WHILE I BELIEVE HIM!!!) .. after finishing my
     'report' with him he told me that I can's use my credit card for 3
     days for the investigation purposes.

     The next day I got a phone call from another person (Ms Wong) ,
     saying that she's the person in charge in doing the investigation and
     she told me that there is 'black money' movement in my banking
     account
 while doing the investigations on all my accounts (banks and
     credit cards). She told me further that she's got court order to
     freeze my accounts by 12pm that day it self and further investigation
     would take another 6 months to 1 year ... I freaked out .. thinking
     how the hell all this thing could happen to me .. she assures me that
     it is usual for identity theft cases to happen like this .. (STILL I
     BELIEVE HER AT THIS MOMENT .. STUPID ME!!!)

     She said that I don't have much time .. then said that she will help
     me to get thru this .. first thing is to open Hong Leong Bank Account
     under my name .. and withdraw all my money in other banks and put it
     into the Hong Leong Bank Account because by 12pm my account would be
     freezed .. AGAIN .. I follow exactly what she ordered me to do ..
     opened HLB account ..then went to HSBC to withdraw all my money ..
     during this time .. she called me twice checking whether I have
     transferred all my money to HLB .. once I'm at HSBC withdrawing my
     money .. the clerk asked me why I'm withdrawing such amount from my
     account .. I told her what had happen and she told me that it was a
     BIG SCAM .. I'm the fifth person doing so at that branch alone ..
     NOBODY could freeze your account just like that . it will take at
     least 2-3 weeks to freeze an account via court order !!

     Once I heard its a SCAM .. quickly I blocked all my credit cards and
     change my banking accounts as well .. I called Ms Wong again ..
     asking her where about is this BNM unit .. she told me that she's in
     putrajaya and BNM just set up an office there (LIAR!! .. there's no
      BNM there ).. then she asked me whether I have done the transfer .. I told her that  she can't freeze my account at 12pm as it will take at least 2-3 weeks to freeze an
     account .. SHE PUT DOWN THE PHONE ..
     After that .. I make a police report and also report to BNM.

     WELL GUYS .. PLEASE BE CAREFUL .. I ALMOST GOT CONNED .. BEAR IN MIND  THAT NO BANKS WILL EVER ASK BANKING DETAILS THRU PHONE ..NEVER !! ..
 SO IF ANYBODY GOT SMS OR CALL AND THEN ASKED TO GIVE DETAILS ON THE   PHONE .. IT'S A SCAM!!! PLEASE PASS THIS MESSAGE TO OTHER FRIENDS AS WELL !!

Catatan: Emel ini diterima daripada seorang sahabat ... untuk kita sama-sama berhati-hati!

Kurang ajar punya peragut!

Hanya kerana RM2...


Mohd. Syawal Nabil, 8, menyiram air mawar di pusara ibunya, Saripah Mohd. Noor yang terbunuh selepas diragut kelmarin, disaksikan kakaknya, Nor Idayu, 12, dua orang adiknya Siti Najwa, 2 dan Nurul Akmal Alisa 6, di tanah perkuburan Kampung Kok Bedullah, Tumpat, Kelantan, semalam. – Hafiz Johari


TUMPAT 7 Mei – Ibu hamil yang terbunuh dalam kejadian ragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh, Kota Bharu semalam, tidak menyimpan wang yang banyak di dalam begnya - hanya dompet usang berisi RM2.

Apa yang menyedihkan ialah wanita malang itu, Saripah Mohd. Noor, 34, berhasrat untuk menggunakan wang tersebut yang dipinjam daripada saudaranya bagi membeli makanan ringan buat anak-anaknya.

Malangnya, beg tangan yang disandang mangsa semasa menunggang motosikal bersendirian sejauh 60 kilometer dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah di sini ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok menjadi sasaran peragut sehingga mengakibatkan dia terbunuh.

Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.

“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.

“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini.

Catatan: Kita patut kembali ke hukum hudud ... selagi tidak kembali ke hukum Allah selagi itu lah masalah ini akan berleluasa ... Takziah kepada keluarga mangsa ... semoga Allah menempatkan mereka di tempat orang-orang yang beriman ... Saya menyokong penuh saranan supaya peragut dan Mat Rempit dihukum bunuh / sebatan

Tanggungjawab siapa?

Adam Yew

(Email diterbit tanpa edit)

Sekarang jam 10:50 mlm 30 April 2009. Tadi, lebih kurang jam 8:30 mlm selepas berkumpul lepas maghrib di Masjid Seb Jaya, P Pinang; bersama-sama dengan 3 orang sahabat dari NGO Wargakilang.com kami bertolak ke rumah Flat PPR Bagan Ajam, Butterworth.

Saya tak berapa tau sangat kisah keluarga yang kami nak ziarah ini, tapi 3 org rakan saya ini memang beria-ria sangat mengajak saya ke sana. Dalam perjalanan, saya tanya sahabat saya sdra Shukri (kilang Seagate) apa cerita keluarga ini? mcm mana boleh tau kisah depa ni?

Shukri habag, baru-baru ni dia tengah rush nak masuk bank, Maybank kat Seb Jaya nak masuk duit jual keta; waktu dia tengah dok kelam kabut tu, tiba-tiba ada sorang hamba Allah mai bagi salam kat dia, minta tolong.


Shukri tanya nak minta tolong apa?

Hamba Allah tu kata:

"Saya bukan nak minta duit bang, cuma....(dlm nada tersekat-sekat)..cuma...kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!" (sambil dok tunjuk kat anak dia - pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).

Sdra Shukri yg merupakan salah seorang AJK NGO Wargakilang, yg mana beliau sendiri merupakan antara yang paling aktif dlm kerja-kerja kemasyarakatan bersama NGO ini, terus jadi terkedu.

Dah beratus kali dah rasanya dia masuk kampong memberi bantuan kpd fakir miskin bersama-sama dengan rakan-rakannya drpd berbagai jenis kilang di belah utara ini, belum pernah lagi dia berjumpa dengan org-org susah yang sampai ke tahap terpaksa tahan orang di pintu masuk bank semata-mata nak minta orang tu tolong pi beli SUSU kat anak dia. Ini dah kira kes kronik ni.

Kata Shukri:
"Aku sedih sungguh, aku jadi terkejut, jadi tergamam tak tau nak buat apa"

Shukri suruh hamba Allah itu, namanya Roshidi tunggu sat bagi dia settle masuk duit kat bank dulu.. Habis settle dengan urusan bank, Shukri terus bawa sdra Roshidi ini dan anak pompuan dia tu, pi kedai beli susu dan beberapa barangan keperluan rumah, terus hantar depa balik dengan keta 4X4 dia tu.

Sdra Roshidi ni tak dak mutu tak keta, mai dengan BAS saja!

Seorang sahabat saya dlm keta tu, sdra Aznee dari kilang INTEL dah pun dengar kisah sadis ini drpd Shukri sendiri, jadi mlm tadi dia dah ready dah bawa mai beberapa tin Susu Dumex Dugro dan juga dua kampit beras 10 kg dan beberapa tin biskut serta makanan kering untuk keluarga sdra Roshidi ni.

Saya kata, tat pa lah, nanti sampai rumah dia kat Bagan Ajam tu, saya tanya lah dia sendiri apa kisahnya.

Bila dah sampai ke rumah tu, di tingkat 4 Flat PPR Bagan Ajam, bila dah masuk ke dalam, bila tengok dan jumpa sendiri sdra Rashidi dan anak perempuannya yang dua tahun 1/2 tu, dan adik2 sdra Rashidi termasuk seorang OKU yg ditanggungnya serta ibu yg yg sudah tua dan ayah tirinya yang mungkin cuma menanti hari, bila melihat suasana dalam rumah tu seperti tiada "roh" kehidupan di dalamnya, saya pandang Wahab dan Wahab pandang saya. Masing-masing tak tau nak kata apa.

Sdra Rashidi mengambil upah mencuci kontena, dapatlah sikit-sikit habuan makan minum, bayar sewa, api air dan belanja persekolahan adik-adiknya.
Masalahnya, Ujian hidup yg sedang dihadapi oleh beliau terlalu gawat - anak kecil yg perlu dijaga sedangkan isteri (? - sembunyi dlm bilik dikatakan beliau ada masalah "tekanan"), ibu tua yg tiada kerja dan ayah tiri yg tiada upaya, adik lelaki darjah 4 OKU, kemudian dibeban pula dengan adik pompuannya (Ibu Tinggal? yg nampak mcm ada masalah "tekanan") yg juga punya seorang anak kecil tinggal bersama. Daripada pandangan mata kasar, kami melihat hampir kesemua yg ada dlm rumah itu seolah-oleh sedang dihurung tekanan kecuali sdra Rashidi yang nampaknya begitu tenang menghadapi keadaan, mungkin kerana pegangan agama beliau agaknya.

Apabila diminta cerita kisah beliau bertemu dgn sdra Shukri secara tak sengaja di hadapan bank tempoh hari, sdra Rashidi habag kata hari tu di rumah beliau terputus bekalan. Beliau nekad bawa anak pompuannya tu, ambik bas nak pi cari duit sikit. Lajak pi bank - sebab katanya insyaallah ada sikit wang Advance Gaji drpd majikannya untuk belanja keperluan. Dalam pencarian itu, beliau turun SOLAT maghrib di masjid seb jaya. Dari situ beliau menumpang keta seorang hamba Allah turun di Maybank. Di situlah beliau ditakdirkan berjumpa dgn sdra Shukri.

On the way back, Shukri cerita:
"Aku bukannya apa, aku naik kesian kat anak dia tu, dia habag sebab tak dak duit nak beli susu dia pi beli minuman kotak jenis Ribina ka apa bagi anak dia minum. Tak sampai hati aku tengok budak kecik tu dok minum minuman kotak ganti SUSU!"

Entahlah, sdra Rashidi ni memang nampak sungguh segan dengan kedatangan kami itu sebab saya lihat secara AZALI nya beliau bukan jenis yg suka meminta-minta. Dia ada cakap kat saya mcm dia rasa terhina dan segan sungguh bila Ayah Tiri dia yg tua tu selalu saja jiran-jiran kat rumah flat tu tolong bagi makan. Dia kata, sebagai anak, apa pun terjadi, itu adalah tanggungjawab beliau untuk cara makan/minum ayah mak dan adik-adik serta anak beliau.

Saya kata tak payah seganlah, kita kena ingat bahawa apa yang berlaku malam ini semuanya sudah ditulis oleh ALLAH SWT dlm Loh Mahfuz sebelum kita ini semua lahir lagi. Saya kata, ini semua kerja Tuhan, Tuhan dah tulis dah bahawasanya pada malam ini jam 9:16 mlm 30 April 2009 akan ada 4 orang lelaki entah dari mana-mana yang beliau tak kenai, akan mai rumah dia bawa mai susu Dumex Dugro, beras 10kg 2 kampit dan serba sikit makanan untuk keperluan keluarganya.

Saya ulang kata, ini semua adalah kerja Tuhan. Rezeki ini dah ditulis dah atas nama beliau, tak perlu segan. Beliau nampaknya faham tapi nampak masih segan.

Waktu nak turun Lift, sdra Shukri cakap:

"Munir, hg tolong habag kat sapa-sapa yg teringin nak mai bagi sumbangan kat depa ini, jangan la mai waktu siang. Aku mai siang hari tu, bila jiran-jiran dok tengok, Rashidi tu nampak malu dan segan sungguh. Walau pun dia susah, tapi dia bukan jenis yg suka dok minta-minta. Yang dia minta kat aku di bank hari tu - yang itu kira paling teruk dah, sebab dia tak tau nak buat apa dah, anak tak dak SUSU nak makan, dia sanggup perjatuhkan maruah dia demi ANAK!!"

Maka dengan itu, kami mengharapkan, kalaulah ada mana-mana kawan di Pulau Pinang khususnya yang ada duit belanja dapur sedikit berlebihan, ada masa belilah susu Dumex Dugro setin dua dan juga brg2 asas seperti beras, gula, minyak, tepung dsg; cuba-cubalah pi jenguk keluarga daif ini di no A4-1-3 Flat Thambi Kecik, Bagan Ajam. Moga kerja buat kalian itu, memetik kata sdra Rashidi kpd kami tadi:

"Hanya ALLAH SWT sahajalah yang mampu membalasnya"

Wallah hu aklam

moniermatdin
30.4.09

Adam Yew Abdullah

Catatan: Sdr. Roshidi ketabahan dan keredhoan anda dalam menghadapi kesusahan akan dibalas kebaikan di akhirat nanti ... sdr Shukri dan rakan-rakan serta mereka yang sudi membantu dengan ikhlas ... insyaallah akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t

Rabu, 6 Mei 2009

Semoga aku tabah menjaga mak ...

Salam

 

Nabi Musa adalah satu2nya Nabi yg boleh bercakap terus dgn Allah SWT .  Setiap kali dia bermunajat , Nabi Musa akan naik ke Bukit TURSINA .

 

Diatas bukit itulah Nabi Musa akan berbicara dgn Allah .

Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawabnya . Inilah kelebihan Nabi Musa yg tidak ada pd Nabi2 lain.

 

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kpd Allah " Ya Allah , siapakah gerangan disyurga nanti yg akan berjiran dgnku "

Allah pun memberitahu nama pemuda itu , serta dimana tempat tinggalnya .

 

Setelah mendapat jawapan , Nabi Musa terus berjalan mencari tempat yg diberitahu . Setelah beberapa hari diperjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ketempat berkenaan. Dgn pertolongan penduduk disitu , beliau berjaya bertemu dengan rumah pemuda tersebut.

 

Setelah memberi salam , Nabi Musa dipersilakan masuk dan duduk diruang tamu . Tuan rumah meneruskan kerjanya dan tidak melayan Nabi Musa .  Dia masuk kebilik dan melakukan sesuatu . Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina , didukungnya dgn cermat khinzir itu .  Nabi Musa terkejut  melihatnya  " Apa hal ini ? " kata Nabi Musa berbisik didalam hatinya kehairanan .

 

Khinzir itu dimandikan , di lap sampai kering , dipeluk , dicium dan diberi makan serta minum & dihantar semula kebilik & ditidurkan .  Kemudian dia keluar pula dgn membawa seekor khinzir jantan yg lebih besar & mengulangi kerja yg sama spt khinzir yg sebelumnya .  Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa .

 

Nabi Musa bertanya " Wahai saudara ! Apa agama kamu ? "  " Agama Tauhid " jwb pemuda itu agama Islam .  " Habis mengapa kamu membela khinzir2 itu ?  Bukankah kita

tdk boleh berbuat begitu ? " Tanya Nabi Musa .

 

"Wahai tuan sebenarnya kedua2 khinzir itu adalah ibubapaku . Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar , Allah telah menukarkan mereka menjadi khinzir yg hodoh rupanya .  Pemuda itu menyambung lagi . " Soal dosa mereka dgn Allah itu soal lain . Itu urusan mereka dgn Allah . Aku sebagai anaknya ttp melaksanakan kewajipanku sbg anak . "

 

" Hari2 aku berbakti kepada kedua ibubapaku  sepertimana yg tuan lihat tadi . Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir , aku tetap melaksanakan tugasku " sambungnya .

 

Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan .  Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yg sebenar , tetapi Allah masih belum memakbulkan doaku lagi " tambah pemuda itu .

 

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kpd Nabi Musa A.S.  " Wahai Musa , inilah org yg akan berjiran dgn kamu disyurga nanti , hasil baktinya yg sgt tinggi kpd kedua ibubapanya "

 

" walaupun ibubapanya yang sudah buruk menyerupai rupa khinzir pun dia tetap berbakti juga . Oleh itu Kami naikkan MAQAMNYA sbg ANAK SOLEH disisi Kami ."

 

Allah juga berfirman lagi " Oleh kerana dia telah berada diMAQAM ANAK SOLEH disisi Kami , maka Kami angkat doanya . Tempat kedua ibubapanya yg Kami sediakan di NERAKA telah Kami pindahkan ke SYURGA . Itulah berkat anak yg soleh . Doa anak yg soleh boleh menebus dosa ibubapa . 

 

Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kpd ibubapanya . Walaupun hanya keperingkat rupa ayah dan ibunya spt khinzir . 

 

Walau bagaimana buruk sekalipun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita . Urusan kita ialah menjaga ADAB dan KETAATAN kepada mereka , hormati dgn penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita dari kecil hingga dewasa .

 

Walau banyak mana sekalipun dosa yg mereka lakukan , itu juga bukan urusan kita , urusan kita ialah meminta ampun kpd Allah SWT supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah SWT .

 

Doa anak yg soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yg baik diakhirat , inilah yg dinanti2kan oleh para ibubapa dialam kubur .

 

Erti sayang kpd ibubapa bukan hanya melalui wang ringgit sahaja , tetapi sayang seseorang anak ialah dgn BERBAKTI DAN MENDOAKAN  kedua ibubapanya agar mendapat tempat yg MULIA disisi ALLAH SWT .

 

Semuga kisah ini dapat diambil iktibar bersama utk menyedari bahwa IBU DAN AYAH adalah menjadi tanggungjawab yg amat berat utk kita hurmati dan sanjungi . Muga kita bersama dpt memberi sesuatu yg terbaik utk Ibu dan Ayah sebelum mereka pergi meninggalkan kita .

 

Terima kasih anak2ku diatas jasa kalian menguruskan urusan perjalanan kehidupan harianku . Muga Allah membalasi jasa baik kalian dgn sebaik2 ganjaran .

 

Wallahua'lam .

 Catatan: Emel dari seorang sahabat

Isnin, 4 Mei 2009

Panduan Solat Qasar dan Jamak

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat       yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua       rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh      diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

      “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu idaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” 

     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu  mengqasarkan  solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekahNya”  
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin  mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua  marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4  Syarat Solat Qasar

      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.                                          ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada      dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam  (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat  empat rakaat.

1.5  Contoh Niat

                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
       ahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat QasarS                                                      Allah Taala kerana

  Solat Jama'2.0

2.1   Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam  waktu Maghrib.

     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat  Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

      i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
      ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.  

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan       kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

2.3.2  Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan       kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala