Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mei 2009

Petua Tahan lama...

KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2011. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
...............sentiasa terbuka dan rasional.

HAHAHA..jgn ingat yang tu jer...

Ahad, 7 Disember 2008

Daripada: MNasir Hj Hashim
Subjek: [TIKedah] Cikgu Baanyak, Ustadz Ada Ka?
Kepada: TIKedah@yahoogroups .com
Tarikh: Sabtu, 6 Disember, 2008, 7:13 AM


Dalam group kita ada banyak cikgu. Tapi saya nak tanya; ada ka yang jadi ustadz. Ada ka tak dak? pasai pa tak dak? 

  

Ni kisah satu ustadz sekolah rendah... 

  

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada 
pelajarnya.. 

"kamu hendak ke mana?...syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke 
syurga..angkat tangan...!!" maka semua pelajarnya pun mengangkat 
tangan kecuali seorang murid. Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa 
hendak ke neraka?".... .semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk 
seorang murid tadi...dengan kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan....

habis awak nak ke mana??". 

Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya 
suruh saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi ke mana-mana,tunggu 
sampai,, dia jemput"

Sabtu, 29 November 2008

Untuk Cikgu

From: mohd zamri 
To: TIKedah@yahoogroups .com 
Sent: Thursday, November 20, 2008 6:01 AM

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu 
meniru di dalam ujian.setiap kali ujian,Naim didakwa selalu duduk 
disebelah Azim. 

ayah: saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian! 

cikgu: betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja. 

ayah: ape buktinya? 

cikgu: nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri. 

ayah 
Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.soalan pertama: Siapakah bapa 
kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu 
Tunku Abdul Rahman Putra. 

ayah: memanglah jawapan mereka sama.macam mana cikgu kata anak saya meniru? 

cikgu: sabar encik.cuba encik lihat soalan kedua. 

ayah 
Niam melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai 
kemerdekaan? sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama:31 
ogos 1957. Ayah NaIm sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk terus 
membaca 

Soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka? 

Azim menulis : maaf, saya tak tahu 

Naim menulis : kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!! 

Jumaat, 28 November 2008

Lawak

[TIKedah] LAWAK PAGI
Friday, November 21, 2008 5:47 PM
From: 
"Ismail Hashim"

To: 
"TIKedah"

Suria pergi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!". 

Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Suria ni. Jadi dia pun tanyalah Suria, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataan nya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!". 

Jadi Suria pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN... , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW... BLUE's that? WHITE did you say? Aiya... ! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!