Banyak kita lihat dalam iklan di tv mengenai iklan-iklan sabun yang berfungsi untuk membasmi kuman dan bakteria. Ada juga kempen-kempen mencuci tangan yang dijalankan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat malaysia. Sungguh hebat perang terhadap bakteria dan kuman ni.
Tetapi, berbeza daripada penyelidik dari China yang sedang mengkaji kebolehan simpanan data dengan menggunakan bakteria. Bakteria yang digunakan adalah bakteria E.coli yang boleh menyebabkan gastroenteritis, urinary tract infections, dan neonatal meningitis.
Walaupun begitu, E.coli berupaya menyimpan data dalam kapasiti yang tinggi dimana 1gram bakteria tersebut, boleh menyimpan sehingga kapasiti 90GB data. Satu koloni bakteria yang terdiri dari 18sel E.coli boleh memuatkan salinan elektronik pengishtiharan kemerdekaan yang bersaiz 2MB. Data boleh di encrypt menggunakan kaedah site-specific genetic recombination.
Cuma apa yang menjadi penghalang dalam menggunakan bakteria untuk simpanan data adalah ia boleh bermutasi dan itu akan memerlukan “sequencer” untuk mendapatkan data dari bakteria itu yang mana kos “sequencer” tersebut adalah mahal.
Mungkin jika bakteria digunakan untuk simpanan data, setiap hari kapasiti data yang anda ada akan bertambah dari semasa ke semasa kerana bakteria tersebut akan membiak dan bercambah disebabkan ianya adalah sel yang hidup. Selain itu, anda perlu memberi makan kepada komputer anda satu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan