Sabtu, 17 April 2010

Hentikan sistem Pilihan Raya Kecil- Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat sistem Pilihan Raya Kecil (PRK) di negara ini wajar dihentikan dan diganti dengan pemilihan terus wakil dari parti yang telah menang pada Puilihan Raya Umum (PRU).
Memberi pandangan melalui blognya, beliau berkata proses PRK yang diamal pada waktu ini sangat bercelaru sehingga menimbulkan kecaman dan kritikan pelbagai pihak.
"Bilamana berlaku sebarang kematian kepada wakil rakyat, maka apakah perlu diadakan pilihanraya semula bagi menggantikannya? Saya berpendapat bahawa parti politik yang memenangi pilihanraya umum berhak menamakan terus pengganti, sebagaimana yang dijalankan di negara jiran tanpa memerlukan pilihanraya kecil.
"Isu undi pos, sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek setelah pembubaran Dewan Rakyat, dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan SPR bagi melahirkan keadilan dalam sistem pilihanraya di negara ini," tulisnya.
Selain pelanggaran peraturan, pilihan raya kecil juga ujarnya merupakan medan berleluasanya amalan rasuah apabila pelbagai janji ditabur dan jutaan peruntukan diluluskan.
Kesannya menyebabkan pengundi tidak lagi memilih wakil mereka secara tenang dan jujur, bahkan ianya banyak dipengaruhi oleh suasana pada hari pengundian.
"Rakyat digula-gulakan setiap kali PRK; sehingga ada kata-kata sinis “kalau inginkan pembangunan segera, doakan kematian wakil rakyat," tulisnya lanjut.
Selain itu, cadangan lantikan terus dari parti yang menang juga jelasnya mampu menyelesaikan permasalahan wakil rakyat lompat parti kerana kaedah itu memberi lebih kuasa dan hak kepada parti yang telah menang pada PRU.
"Saya berpendapat sebarang tindakan melompat parti, bermakna wakil tersebut telah hilang kalayakan sebagai wakil rakyat, dan kekosongan kerusi hendaklah diisi oleh parti yang memenanginya dalam PRU. Sistem pilihanraya di Malaysia yang menjadikan asas kepada parti bukan individu mesti diiktiraf dan dilayan secara adil," jelasnya lagi.
Sehubungan itu, kewajaran mengadakan PRK tegasnya perlu dinilai semula atau negara beralih memikirkan kaedah baru yang mampu memnyelesaikan permasalahan tersebut.

Sumber: Klik

Catatan: Saranan tuan disokong ... PRK banyak menghabiskan duit rakyat ... serahkan kerusi kepada parti yang menang jika berlaku kekosongan ... sekiranya ada yang lompat parti isyhtiharkan kekosongan dan serah kepada parti yang memenangi sebelumnya untuk melantik wakil mereka.Syabas tuan atas cadangan ini ... harap SPR dan kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini dengan sewajarnya demi kepentingan negara!

1 ulasan:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    BalasPadam