| Irwan Muhammad Zain | |
Tidak sampai lima minit berada dalam Dewan Rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar kerana melaungkan "bubar Dewan Undangan Negeri". Nizar pada 15 Jun lalu hadir ke Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang selepas memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil pada 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum. Beliau yang meminta keizinan berucap tentang krisis politik Perak dari Speker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Nizar kemudiannya memakai lilit kepala bertulis 'Bubar Dun' sebelum melangkah ke tempat duduknya. Namun bentara dewan menghalang beliau dari duduk dan speaker memberikan arahan supaya beliau keluar kerana gagal mengikut etika berpakaian dalam dewan. Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok "F". Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut. Ada wakil rakyat yang mengikat pada kepala dan ada yang memakai pada lengan masing-masing. Malah Dewan Rakyat juga mengarahkan sekumpulan tetamu yang hadir, dipercayai penyokong Pakatan Rakyat dari Perak yang turut memakai lilitan "Bubar DUN", keluar. Turut sama diarah keluar bersama Nizar ialah lima lagi ahli Parlimen Dato' Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Zulkifly Ahmad (Kuala Selangor), Ngeh Khoo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) dan N Gobalakrishnan (Padang Serai). Mahfuz pula berhujah dengan Speaker bahawa beliau hanya mengenakan lilitan di lengan dan harus dibenarkan. Beliau kemudian meninggalkan Dewan Rakyat. Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari. Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu. Nizar bertindak demikian sebagai tanda komitmen beliau dalam menuntut supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan. Sebaik keluar dari dewan, Nizar bersama enam lagi wakil rakyat mengadakan sidang media untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada wartawan. Turut sama dalam sidang media itu, beberapa wakil rakyat pembangkang yang lain yang memberikan sokongan terhadap kempen membubarkan Dun Perak. Tindakan pengawal keselamatan yang mengarahkan beberapa penyokong Pakatan Rakyat menanggalkan lilitan kepala seterusnya membawa mereka keluar dari parlimen membuatkan sidang media Nizar bersama enam ahli parlimen itu kecoh seketika. Melihat tindakan pengawal keselamatan yang bertindak seolah-olah penyokong Pakatan Rakyat membuat kekecohan, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad terus menegur mereka. "Kepada pihak keselamatan jika ada yang ingin membuat apa-apa tindakan sila tunjukkan arahan dari pihak pengurusan. Jangan jadikan parlimen ini seperti rumah kamu," tegur beliau. Terkejut dengan teguran keras Khalid itu, pengawal keselamatan tersebut terdiam dan terus meninggalkan tempat diadakan sidang media itu. Bagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob tindakan menghalau ahli parlimen Pakatan Rakyat hanya kerana memakai lilitan kepala yang bertulis 'Bubar Dun' menunjukkan sikap permusuhan BN terhadap pembangkang. Beliau juga menegaskan apa yang berlaku ini akan membuatkan rakyat akan lebih menyokong Pakatan Rakyat. "Tindakan menghalau wakil rakyat Pakatan Rakyat ini tanda sikap permusuhan BN terhadap pembangkang. Apa yang berlaku ini akan membuatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat lebih," tegas Salahuddin. Beliau juga menegaskan bukan satu kesalahan besar untuk tujuh wakil rakyat itu memakai lilitan di kepala kerana beberapa tahun sebelum ini pernah juga wakil rakyat pembangkang memakai lilit kepala sebagai bantahan terhadap ISA tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media berkata, Parlimen harus membenarkan wakil rakyat menunjukkan protes mereka termasuk menggunakan lilitan. "Parlimen patut benarkan, tidak harus diambil tindakan tegas," katanya di lobi Parlimen. Sehubungan itu jelas beliau, Pakatan akan menulis surat kepada Speaker agar menggugurkan hukuman ke atas kesemua tujuh wakil rakyat berkenaan. - azm _ |
Isnin, 22 Jun 2009
Kisah Nizar dihalau selepas angkat sumpah di Dewan Rakyat
Sabtu, 20 Jun 2009
Kisah Pendayung Sampan
Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'
' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...
'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.
'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.
'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'
Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
'Kamu tahu berenang?'
Professor itu menggelengkan kepala.
'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
Usaha sempurna adalah kemenangan...
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'
' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...
'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.
'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.
'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'
Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
'Kamu tahu berenang?'
Professor itu menggelengkan kepala.
'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
Usaha sempurna adalah kemenangan...
Khamis, 18 Jun 2009
Pertanyaan seorang teman ...
Dato’ Seri Nizar Jamaluddin diberi masa 30 hari dari tarikh keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mengemukakan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan.
Namun sehingga kelmarin, Hakim-hakim bijaksana yang bersidang masih belum mengeluarkan kertas penghakiman untuk beliau memfailkan rayuannya.
Hakim Mahkamah Rayuan juga telah berjajnji untuk mengeluarkan kertas penghakiman tersebut dalam tempoh 7 hari dari tempoh keputusan dibuat.
Tempoh 30 hari akan tamat pada hari Isnin 22/6/2009 ini dan bagaimana pasukan peguam beliau hendak mengemukakan soalan tanpa berdasarkan penghakiman bertulis hakim-hakim tersebut? Sedangkan mereka telah membuat penghakiman lisan dalam masa 5 minit sahaja?
Jadi apa yang dibuat oleh Dato’ Seri Nizar dan rakan-rakannya di Parlimen adalah satu bentuk protes kepada badan kehakiman yang nampaknya seperti telah dipengaruhi dalam tindak-tanduk yang dilakukan oleh mereka.
Ada banyak lagi ahli Parlimen BN yang bertindak keterlaluan termasuk lebih kurang seperti ‘sexual harassment’ terhadap ahli-ahli Parlimen wanita.
Apakah tindakannya itu melampau?
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Alfatihah buat Amar ...
Tersentuh hati bila membaca kisah remaja, Alahyarham Amar yang mendapat kemalangan di Mesir baru-baru ini.
Alahyarham adalah seorang remaja contoh dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Amiiin.
Ummu Allahyarham ‘Ammar berbicara
By Kalam Puncak
Umi rasa terpanggil ingin berbicara dalam blog anakanda tersayang Allahyarham Muhammad `Ammar bin Zulkifli ini dengan rasa ragu-ragu dan was-was untukmenceroboh blog ini kerana kemampuan menulis umi ini tidak sama dengan kebolehan anakanda tersayang.
Umi rasa mahu berbicara dalam blog ini kerana ingin berkongsi rasa dengan semua sahabat-sahabat dan kawan-kawan serta sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Allah izin umi telah ditarik nikmat tidur yang dirasai selama ini maka cemburu rasanya pada semua orang sekeliling yang nyenyak tidur dibuai mimpi.
Tidak mengapa umi dan pakcik serta keluarga redha dengan pemergian ini kerana kami yakin terhadap firman Allah SWT bermaksud:
“Iaitu orang-orang yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan: “ Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat Tuhannya, dan meraka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al-Baqarah: 156 – 157)
Hadis Rasullulah SAW bersabda bermaksud:
“Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.”
(HR, Bukhari)
Ya, Allah berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengkabulkan doanya, inilah sumber kekuatan kami sekeluarga.
Kekuatan umi datang setelah ketibaan jenazah anakanda, umi tidak rasa untuk menanggis teresak-esak cuma-cuma kadang-kadang tertitis mutiara-mutiara jernih diatas pipi tapi umi mampu bercakap walaupun penantian cukup lama iaitu selama 3 hari menunggu barulah kunjung tiba dan jenazah anakanda tersayang yang singgah hanya sebentar sahaja dirumah iaitu tidak lebih dari 1 jam. Umi yakin ini kurniaan Allah kerana doa dan sokongan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, sahabat-sahabat Arwah dari jauh dan dekat yang telepon dan sms. Cerita lanjut bolehlah lihat di sini.
Pengalaman ini telah menjadi sumber kekuatan kepada adik-beradiknya supaya lebih peka, menjaga ukhuwah antara keluarga, rasa tanggungjawab untuk meneruskan dan melalui proses tarbiyah seperti yang abang mereka lalui dan mereka yakin beliau merupakan tokoh kelurga serta menjadi qudwah kepada kami semua. Pesanan-pesanan beliau kepada adik-adiknya telah menjadi sumber aspirasi dalam menjalani hidup ini seperti berikut:
· Dengar cakap abah dan umi.
· Baca quran selalu.
· Baca mathurat.
· Solat dhuha.
· Belajar rajin-rajin
· Berdoa
· Untuk adik perempuan: jaga aurat dengan terbaik.
Walaupun sudah 5 hari pemergiannya rumah umi sekeluarga masih dikunjungi oleh jiran tetangga, kaum keluarga dan sahabat handai dan rasa ukhuwah yang terjaling dengan berlakunya peristiwa ini.
“ Sejuk perut ibu dan ayah Ammar kerana melahirkan anak yang soleh”.
Ustazah dan umi telah pergi ke masjid dan Allah izin hanya dapat berada diluar dan melihat dari jauh lalu mendapati ramai sungguh jemaah yang hadir. Solat subuh hari itu diimani oleh Ustaz Ammar Rosidi yang memang dikenali bacaan qurannya amat sayu dan menyentuh hati jemaah apabila mendengarnya.
Alhamdullilah dengan rasa bersyukur kepada Allah taala kerana memberi ketabahan kepada umi untuk menghadapinya semua ini walau pun sebenarnya dalam hati kecil ini rasa kehilangan dan amat rindu kepadanya yang teramat sangat kerana tiada lagi sms daripada Ammar berada dalam peti masuk telepon umi.
“Ya Allah perkuatkan hati ini dalam menghadapi hari-hari mendatang dan tinggkatkan iman kami sekeluarga agar dapat mendidik adik-beradiknya agar dapat menjadi anak soleh sepertinya”.
Ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku beriman dan ke atasMu aku bertawakal (berserah) dan ketempatMu aku akan kembali, Engkaulah yang aku rindu dan kepadaMulah aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan akan datang, dosa yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan dan Dikaulah yang lebih mengetahui mengenai diriku, Dikaulah yang terdahulu dan yang kemudian, tiada tuhan melainkan Engkau dan tidak daya dan kekuatan melainkan daripadaMu ya Allah.
Bolehlah layari ke blog ini tentang kisah beliau semasa kecil..http://mizjana.blogspot.com/
Isnin, 15 Jun 2009
Kemelut Perak bertukar hujan emas
| Hishamuddin Rais | |
| Apa yang sedang berlaku di Perak amat baik sekali. Kelam-kabut dan kacau-bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak sekali imbas tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Tanggapan sebegini satu pandangan yang salah. Apa yang berlaku di Perak ini adalah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak. Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai. Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman. Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas. Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri. Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. "Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak. Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak. Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini. Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka. Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap. Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah, lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat. Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Inilah tanda-tanda politik sihat apabila elemen-elemen demokrat dalam Barisan Nasional telah mula bersuara. Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak. Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak-tanduk yang telah diambil oleh Najib. Inilah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sihat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation - walaupun kecil. Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat. Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan. Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan. Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti kecinaan telah diterima oleh orang Melayu. PAS yang selama ini dimomokkan dengan hukum hududnya telah menerobos masuk ke dalam kawah Cina. Inilah perkembangan yang amat menakutkan United Malays National Organisation. Dua buah parti ini - sebelum ini - selalu digunakan sebagai senjata ampuh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai, untuk saling menumbuhkan kecurigaan sesama sendiri. Di Perak, orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak, orang Cina tidak lagi takut untuk menerima PAS. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman. Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Mohammad Nizar Jamaluddin dan V Sivakumar. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu, yang muncul hanya Anwar Ibrahim - masih lagi dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan warga bukan Melayu bahawa reformasi adalah agenda untuk semua. Berbanding dengan krisis Perak, secara sepontan Nizar dan Sivakumar telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar. Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia. Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi. Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad. Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas. Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak. Sama ada DUN dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini. Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar. Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini, lebih subur politik Malaysia. |
Mohammad Nizar dihalau keluar Dewan
KUALA LUMPUR 15 Jun – Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diperintah keluar Dewan hanya selepas 10 minit mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat arahan demikian kerana tidak berpuas hati terhadap bekas Menteri Besar Perak itu kerana dikatakan menjadi punca beberapa ahli Parlimen pembangkang memakai lilit kepala dengan perkataan 'Bubar DUN.'
Turut diarah keluar ialah empat wakil rakyat pembangkang lain yang memakai lilit kepala itu. - Utusan
Ulasan: Apa cerita ni yeop?
Sabtu, 13 Jun 2009
Anwar: Benarkan Chin Peng pulang?
| Jun 13, 09 7:01pm |
| Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini. Menurut Anwar, ketika berada dalam kerajaan dahulu, beberapa pemimpin Umno, termasuk beliau pernah berkunjung ke China dan bertemu dengan pemimpin Parti Komunis China. "Kita ada perjanjian damai. Kita bawa balik perbagai tokoh termasuk, Shamsiah Fakeh dan beberapa (pemimpin) yang lain. Bagi saya, atas dasar kemanusiaan dan konsisten dengan dasar, kita kita harus maafkan (Chin Peng). "Dari segi Islam, ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Maknanya ada masa kita berdamai," katanya. Chin Peng, 85, tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke Malaysia. Dilahirkan di Perak sebagai Ong Boon Hua pada 1923, Chin Peng dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua. Perjanjian damai Dia kemudiannya mengetuai Parti Komunis Malaya (PKM), yang disokong oleh China, melancarkan perang gerila terhadap penjajahan British dan kerajaan Malaysia, antara 1948 dan 1960. Ahli-ahli sejarah menganggar kira-kira 2,000 tentera British dan pasukan keselamatan Malaysia terkorban serta 7,000 anggota komunis. PKM kemudiannya menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1989 yang membenarkan beberapa pemimpin tinggi PKM pulang ke Malaysia. Menurut Anwar lagi, Chin Peng harus dibenarkan pulang tetapi "ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilpan yang telah dilakukannya". Sebaliknya, kata beliau, pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas "alasan kemanusian" dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme. Banyak pihak, termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, menentang keras Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah "ditutup". Anwar berkata beliau menjangka Utusan Malaysia - akhbar milik Umno - akan "memutarbelit" kenyataannya mengenai Chin Peng hari ini. Ada kemungkinan, katanya, mereka akan menulis tajuk "Anwar sokong Chin Peng" atau "PKR suara baru komunis". |
Subash akui lebih tenang selepas memeluk Islam
Oleh AU YEONG HOW
SEBELUM bergelar saudara baru, pengarah M. Subash atau nama Islamnya, Manaan Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang dianggapnya cukup indah.
Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang dialaminya sejak tahun lalu.
Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat penglihatan itu.
Akhirnya, tanggal 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Walaupun ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu.
"Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di sini, semalam.
Filem ini mengisahkan usaha seorang ustaz buta untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah.
Ustaz yang menghadapi masalah kewangan berasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (Mannaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolongnya untuk membina surau tersebut.
Menariknya, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya.
Ustaz Ibrahim Mat Isa
Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam.
Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa berbincang mengenai Islam.
"Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai kekeliruan," katanya.
Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun lalu.
Rabu, 10 Jun 2009
Rakyat Tidak Boleh Diperbodohkan Lagi

Majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat diceroboh dan penyokong ditangkap hanya kerana menayankan video perihal kekecohan sidang DUN Perak.Namun apabila Umno dan BN mencetak 50,000 cakera padat yang menceritakan versi mereka berhubung sidang DUN 7 Mei dan menayangkan kepada umum tidak ada polis yang menceroboh majlis atau sesiapa pun ditangkap.
Rabu, 3 Jun 2009
Umat Islam ... Hati-hati Dengan Buku Ini ...



Not Muhammad, but Jesus Name was printed !!!!!!
Be careful with this book!!!!!! This thing has been widespread to
the whole world.
We must fight this massacre which was created by Christian!!!
* DO NOT let them to convert many more MUSLIM to CHRISTIAN,
Na'udzubillahimindzalik...
* DO NOT JUST KEEP this mail in your mailbox. FORWARD TO ALL OUR MUSLIMS..
The things they do to lead muslims astray is unbelievable. May Allah
protect us all. Let all your relatives/friends know that this book
do exist and a copy of it was already sent to MUIS for action.
Lagi Makanan Haram
UTK ORG2 ISLAM...JANGAN MAKAN CRISPY...!!!![]() ![]() ![]() SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES. SDN BHD DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUKLEMAK BABI...YANG JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM... SILA LIHAT GambaQ UNTUK RUJUKAN ANDA... KALAU XBERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KT PLASTIK TU...ADA (E476) ADA MAKLUMAT LAIN, SILA Komen ...SAMA2 KITA MENJAGA KESUCIAN ISLAM... SEKIAN, WASSALAM |
Isnin, 1 Jun 2009
WIRA TIDAK DIDENDANG
JUNGLE SKUAD (A.S.U.35)
KEM KUALA BAKONG ESTATE, KEDAH
TAHUN 1952
Duduk
Omar (Sg Petani), Ahmad ( PongsuSeribu), Md Ali ( Sg Petani), Sjn Hassan (Bakai),
LT Benard (
Abd Razak ( Jarak),
Berdiri
Darus (Balik Pulau) , Ibrahim (
Hassan (Pdg Serai) ,Nasuka (Binjui), Ahmad(A.Setar),
Ehsan Pusat Inovasi Penaga
Sabtu, 30 Mei 2009
Ini dia yang nak lompat ke PR
SATURDAY, MAY 30, 2009
Anifah Aman Mula Gelabah
Johor Bahru -''Ini cuma pilihan raya kecil yang tidak melibatkan pembentukan kerajaan, calon Bebas ini telah ditawarkan wang dan kedudukan.''Jadi fikir-fikirlah, jika calon Bebas dalam pilihan raya kecil ditawarkan jawatan, apatah lagi jika ia melibatkan pembentukan Kerajaan Persekutuan," kata Datuk Anifah Aman bila ditanya mengenai saman Datuk Seri Anwar Ibrahim RM100 juta.
Johor Daily difahamkan dari sumber tidak rasmi , Anifah adalah salah seorang dari puluhan Ahli Parlimen (MP) yang telah menandatangani perjanjian untuk menyertai kerjaan campuran Pakatan Rakyat pada 16 Sepetember 2008.
Anifah juga didakwa bertanggungjawab telah memujuk beberapa MP dari Sabah untuk menyertai Anwar. Johor Daily percaya perlantikkan Anifah sebagai Menteri Luar adalah disebabkan pengaruh Anifah dan beberapa MP dari Sabah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat sebelum itu.
Johor Daily percaya pekara ini akan terbongkar tidak lama lagi selepas perbicaraan di Mahkamah Tinggi bermula.
MANDI WAJIB EXPRESS
1. Tentu anda rasa pelik bila saya menulis tajuk ini. Mungkin ada yang rasa, penulis ini ada gila-gila bahasa, atau nak menarik perhatian orang, atau saja saja buang masa, atau apa apa lah.
2. Kalau anda mengambil masa dalam 10 minit untuk mandi wajib, maka anda perlu berhenti disini dan tidak perlu membaca dgn lebih lanjut. Tetapi kalau anda mandi wajib dan mengambil masa melebihi 20 minit, maka anda digalakan membaca seterusnya. Jika anda hidup 10-20 tahun lagi, anda akan dapat menjimatkan antara 200-400 jam, jika anda mengikut cara mandi wajib yg berstruktur dibawah nanti.
3. Menjadi kewajipan semua umat Islam yg baligh untuk mengetahui bagaimana mahu menunaikan mandi wajib. Saya diberitahu oleh anak saya bahawa untuk subject PAFA darjah 6, telah ada cara mandi wajib yg berstruktur diajarkan. Tetapi kalau ingatan saya betul, pada zaman saya bab mandi wajib ini tidak diajarkan cara yg berstruktur. Yang diajarkan ialah niat kemudian meratakan air seluruh badan.
4. Oleh kerana cara kita mandi wajib yg mengambil masa terlalu lama, ada diantara kita merasakan mandi wajib adalah satu beban. Mungkin ada yg berkata ”malas betullah nak mandi wajib” bila mengenangkan cerewetnya dan lamanya nak mandi wajib.
5. Tulisan ini saya tujukan kepada lelaki dan perempuan yg mengambil masa melebihi 20 minit untuk menunaikan kewajipan mandi wajib. Kalau perempuan paling tidak sekali sebulan anda akan mandi wajib. Lelaki dan perempuan yang telah berkawin, paling tidak 2 atau 3 kali seminggu mandi wajib.
6. Jika anda dapat menjimatkan 10 minit dengan mandi wajib dari 20 minit menjadi 10minit, anda akan dapat jimat 200 hingga 400 jam utk masa 10-20 tahun. 200 jam adalah sama dengan 20 hari kerja dan 400 jam adalah sama dengan 40 hari kerja. Bayangkan anda dapat bercuti 20 hari terus menerus...uhhh indahnya... Sembahyang subuh anda juga akan dapat dilakukan dengan segera.
7. (Izinkan saya menambah rempah sedikit.) Jika anda lelaki dan kalau kurang mandi wajib dari jumlah 2-3 kali seminggu itu, wellll anda kena check libido anda. Kemungkinan anda merokok banyak sangat, terlalu gemuk, stress hidup atau stress kerja keterlaluan, atau perjalanan darah anta sudah kurang baik atau ada perkara perkara katil yg telah menjadi terlalu routine. Kalau anda lelaki dan tidak faham ini “ sex is like a heating a pizza, you must preheat the oven 20-30minutes, before putting a pizza in the oven”, kemungkinan anda telah menzalimi pasangan anda. Kalau anda perempuan dan pasangan anda jenis ‘cecah cecah terus celup’, then anda perlu berbincang segera sebelum timbul perasaan anda seolah tidak dihargai dan seolah rasa tidak dibelai mesra. Buat segera sebelum rumahtangga anda terasa kering ‘dry’.
8. Berbalik dgn cara mandi wajib express itu tadi, ianya menjadi express jika anda mengikut cara yg Rasullullah tunjukan. Tetapi anda perlu memahami bahawa anda hanya perlu sapu air pada anggota badan anda dan bukannya perlu ’gosok’ pada setiap anggota badan anda. Isu kurang yakin ialah isu ilmu. Jika air telah lalu dan anda sapu tangan anda di anggota itu, atau anda ambil air dan sapu dianggota itu, maka anda telah pun menunaikan kewajipan membasuh anggota tersebut. Bila anda gosok dan kurang yakin, itulah yg akan mengambil masa melebihi 20 minit.
9. Begini cara Rasulullah buat dgn cara berstruktur:-
a. Mula dgn mencuci kedua tangan tiga kali
b. Kemudian basuh kemaluan depan dan belakang
c. Ambil wudhu dgn sempurna seperti wudhu biasa (termasuk berkumur dan masuk air dlm hidung) . Anda boleh tangguh basuh kedua kaki sampai selesai mandi.
d. Siram air 3 kali keatas kepala sambil berniat mandi wajib. Gosok rambut untuk memastikan air sampai ke kulit kepala.
e. Siram air keseluruh badan dengan memulakan sebelah kanan kemudian kiri. Sapu bahagian dalam dua telinga, hidung, pusat, turun ke kanan peha, betis, tumit kaki, celah jari kaki, kemudian kiri peha, betis, tumit kaki, celah jari kaki.
f. Tutup mandi wajib anda membasuh kedua kaki ie menyempurnakan wudhu tadi.
g. Sempurna lah mandi wajib express anda.
10. Anda perlu practice dan target. Pada peringkat awal, cuba kurangkan masa dari 20 menjadi 15. Kemudian dari 15 menjadi 10. Bukankah setiap minit itu berharga.
Rujukan Fikih Sunnah:
Hadis dari Aisyah r.a ”Bahwa Nabi saw bila mandi disebabkan janabat, mulai dengan mencuci kedua tangan, lalu menuangkan air dgn kanan ketangan kirinya dan mencuci kemaluannya, kemudian berwudhu seperti halnya ketika hendak shalat, lalu diambil air dan dimasukkan jari jari kedalam urat rambut hingga dirasanya air telah membasahi kulit, disauknya dua telapak tangan lagi dan disapukannya ke kepalanya sebanyak tiga kali kemudian dituangkan keseluruh tubuhnya ” (Bukhari & Muslim).
Anda mendapat dua perkara, satu menunaikan kewajipan, kedua mengikut Sunnah.
Selamat Mencuba.



