Oleh Hafizah Iszahanid Hasil keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari ‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan. Doh perlu diuli selama 30 minit. Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari. P Ramaness (kanan) berbangga dengan produk pinggan ubi kayu mesra alam hasil penyelidikan selama tiga tahun. Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar. · Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu · Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit. · Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong. · Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan. · Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius. · Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard. · Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang. · Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari. · Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun. · Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi. |
Jumaat, 24 April 2009
Jangan makan pinggan dulu ...
Rabu, 22 April 2009
Zambry perolehi perintah yang tidak laku
| Mohamed Hanipa Maidin | |
Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti. Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya. a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force). Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan: "A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority." (Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.) b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court). Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut: Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham. Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah. Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut? Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham. JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham. Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham. c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak. d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!" Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja. Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian. Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers). Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak. Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak. Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat. Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna. Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut. Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan: "The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts." (Keputusan Mahkamah tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.) Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan. Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa? Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak. Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak. Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah. Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut: a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan. b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain. c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa�apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya. d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009. Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah. Nota: Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat dan ahli panel penasihat undang-undang, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.- tajdid_ |
KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI
|
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah" ". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu Wahai Rasulullah?" . Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina serta tidak mengerti urusan orang ramai".(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Selasa, 21 April 2009
Thee ...heee...heee
Once upon a time, a man appeared in a village and announced to the villagers that he would buy monkeys for $10 each.
The villagers, knowing there were many monkeys, went to the forest and started catching them. The man bought thousands at $10 each and, as supply started to diminish, the villagers stopped their effort.
He then announced that he would buy monkeys at $20 each. This renewed the villagers efforts and they started catching monkeys again.
Soon, the supply diminished and people started going back to their farms. The offer increased to $25 each and the supply of monkeys became so scarce it was an effort to even find a monkey, let alone catch it!
The man now announced that he would buy monkeys at $50 each! However, since he had to go to the big city on some business, his assistant would buy on his behalf.
The assistant told the villagers, "Look at all these monkeys in the big cage that my boss has already collected. I will sell them to you at $35 and when my boss returns, you can sell them to him for $50."
The villagers rounded up all their savings and bought all the monkeys for 700 billion dollars.
They never saw the man or his assistant again, only lots and lots of monkeys!
Now you have a better understanding of how the
WALL STREET BAILOUT PLAN WORKS!!!
It doesn't get much clearer than this........
Tip Keselamatan
Everyone should take 5 minutes to read this. It may save your life or love one's life.
Crucial
Because of recent abductions
in daylight hours,refresh yourself
of these things to do
in an emergency situation...
This is for you,
and for you to share
with your wife,
your children,
everyone you know.
After reading these 9 crucial tips ,
forward them to someone you care about.
It never hurts to be careful
in this crazy world we live in.
1 Tip from Tae Kwon Do :
The elbow
is the strongest point
on your body.
If you are close enough to use it,
do!
2. Learned this from a tourist guide
in New Orleans
If a robber asks
for your wallet , purse, or keys
DO NOT HAND IT TO HIM
Toss it away from you....
chances are
that he is more interested
in your wallet, purse, or keys
than you,
and he will go
for the wallet, purse, or keys.
RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!
(You can change your house locks later)
3. If you are ever thrown
into the trunk of a car,
kick out the back tail lights
and stick your arm out the hole
and start waving like crazy.
The driver won't see you,
but everybody else will.
This has saved lives.
4. Women have a tendency
to get into their cars after shopping,
eating, working, etc.,
and just sit (doing their checkbook,
or making a list, etc.
DON'T DO THIS!)
The predator
will be watching you,
and this is the perfect opportunity
for him to get in
on the passenger side,
put a gun to your head,
and tell you where to go.
AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR ,
LOCK THE DOORS AND LEAVE.
a. If someone
is in the car
with a gun
to your head
repeat:
Instead gun the engine
and speed into anything,
wrecking the car.
Your Air Bag will save you.
If the person is
in the back seat
they will get the worst of it .
As soon as the car crashes
bail out and run.
It is better than having them
find your body
in a remote location.
5 A few notes about getting
into your car in a parking lot,
or parking garage:
A.) Be aware:
look around you,
look into your car,
at the passenger side floor ,
and in the back seat
B..) If you are parked next to a big van,
enter your car from the passenger door .
Most serial killers attack their victims
by pulling them into their vans
while the women are attempting
to get into their cars.
C..) Look at the car
parked on the driver's side
of your vehicle,
and the passenger side.
If a male is sitting alone
in the seat nearest your car,
you may want to walk back
into the mall, or work,
and get a guard/policeman
to walk you back out.
IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)
6. ALWAYS
take the elevator
instead of the stairs.
(Stairwells are horrible places
to be alone
and the perfect crime spot.
This is especially true at NIGHT!)
7. If the predator has a gun
and you are not under his control,
ALWAYS RUN!
The predator will only hit you
(a running target)
4 in 100 times;
And even then,
it most likely
WILL NOT
be a vital organ.
RUN,
Preferably !
in a zig -zag pattern!
8. As women,
we are always trying
to be sympathetic:
STOP !
It may get you raped,
or killed.
Ted Bundy,
the serial killer,
was a good-looking,
well educated man,
who ALWAYS played
on the sympathies
of unsuspecting women.
He walked with a cane,
or a limp,
and often asked
'for help'
into his vehicle
or with his vehicle,
which is when he abducted
his next victim.
************ * Here it is *******
9. Another Safety Point:
Someone just told me
that her friend heard
a crying baby on her porch
the night before last,
and she called the police
because it was late
and she thought it was weird.
The police told her
'Whatever you do,
DO NOT
open the door.'
The lady
then said that
it sounded like the baby
had crawled near a window,
and she was worried
that it would crawl
to the street
and get run over.
The policeman said,
'We already have a unit on the way,
whatever you do,
DO NOT open the door.'
He told her that they think
a serial killer
has a baby's cry recorded
and uses it to coax
women out of their homes
thinking that someone
dropped off a baby
He said they have not verified it,
but have had several calls
by women saying that
they hear baby's cries
outside their doors
when they're home alone
at night.
Please pass this on and
DO NOT
open the door
for a crying baby ----
This
e-mail should probably
be taken seriously because
the Crying Baby theory
was mentioned on
America 's Most Wanted
this past Saturday
when they profiled
the serial killer in Louisiana
I'd like you
to forward this
to all the women you know.
It may save a life.
A candle is not dimmed
by lighting another candle.
I was going to send this to the ladies only,
but guys,
if you love your mothers,
wives,
sisters,
daughters, etc.,
you may want to
pass it onto them, as well.
Send this
to any woman you know
that may need
to be reminded
that the world we live in
has a lot of crazies in it
and it's better to be safe
than sorry.
Everyone should take 5 minutes to read this. It may save your life or a loved one's life.