Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan

Selasa, 21 April 2009

Nama Syaitan Dalam Fatihah ?

Sekadar peringatan lebih2 lagi buat diri sendiri . 

 Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, 

apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah 
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah 
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan 
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak 
berhati-hati. 

Nama syaitan 

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH 
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB 
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU 
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK 
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS 
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' 

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada 
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta 
pertolongan" !!!! 

7) SIROTHOLLAZI. ......... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa 
henti. 

AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul 
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita 
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi 
orang yang sentiasa membaiki bacaannya. 

Perhatian ; 

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat 
rahmatNya, 

Insya-Allah. 

Rabu, 31 Disember 2008

Jangan sambut 1 januari

mohd zamri  to TIKedah@yahoogroups.com

Kawan terima email ini dan kerana isinya yang baik untuk direnung dan difikir, maka kawan bawa ke sini untuk rakan2 semua 
 
Jangan Sambut 1 Januari!! (new year) .. nauzubillah' 

Jadi renungan bersama 

Subject: Jangan sambut 1 januari ... Kenapa?? 

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin. Di bawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin... 
Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :- 
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): 'Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar'. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. 

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : 
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... 

Contohnya,haribulan . 
Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka. 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah 'AnnoDomini' bahasa Latin yang bermaksud 'Anno' ialah aku/saya dan'Domini' ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai'... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. 'Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu. 

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah. 


Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri. 
Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan diberikan hidayah' 

Berpesan pesanlah kamu walaupun dengan sepotong ayat... 

salam sahabat. 
noranas

Jumaat, 28 November 2008

Israel Sudah Mula Menguasai Malaysia



[TIKedah] Israel Sudah Mula Menguasai Malaysia
Monday, November 24, 2008 5:41 AM
From: 
"muhammad haleem"
To: 
"TI group"

PDRM Diselia Israel
 
oleh Ibnuyaacob

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.
Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?
Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.
Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.
Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.
Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).
Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.
Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.
Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?
Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.
Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.
Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?
Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programm er dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.
Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.
 
Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.
Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. 
Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. 
Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi. 
Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. 
Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.
Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.
Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.
Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.


Thank you, 

Best Regards, 

MANAGER 
Project 325 & "BioNetic" Marketing Plan 
(Mohd Syamaizar Bin Zainuddin) 
 
 
SyHaleem80

Awas musim cuti sekolah !

[TIKedah] Awas musim cuti sekolah !
Friday, November 28, 2008 3:47 AM
From:
"muhammad haleem"

Ketika orang dewasa atau ibu-bapa leka dan sibuk dengan program musim
cuti seperti aktiviti membeli-belah, berkelah ataupun bersantai di
rumah, barangkali 'bahaya' senantiasa mengintai kanak-kanak di
mana-mana
sehingga menyebabkan kehilangan ataupun berlakunya penculikan.

Masih ingatkah lagi wajah comel, Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie
Mohd
Nashar yang mana kisah mereka begitu menyayat hati seluruh rakyat
Malaysia?

Sepintas lalu, Harakahdaily sekali lagi berhasrat mengajak ibu bapa dan

semua pihak pelbagai lapisan masyarakat untuk mengetahui serba ringkas
langkah-langkah 'Standard Operation Prosedure' (SOP) supaya kejadian
buruk dapat dibendung seterusnya mangsa penculikan dapat dikesan dalam
jangka masa terdekat sekaligus menyelamatkan nyawa mereka.

Berikut adalah antara tips dan langkah-langkah pencarian segera mangsa
culik:-



*Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak
*
1. Buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik
gerakan daerah
2.Laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan
polis bertugas
3. Walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi
bukan satu kesalahan buat laporan awal
4. Maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok
5. Buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer
6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan
ketinggian kanak-kanak
7. Hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik
8. Edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer
daripada rumah keluarga mangsa
9. Edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan,
hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera.
10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak,
penjenayah akan membelikan makanan
11.Tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab
kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian.



*Dua jam kemudian*

1. Meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan'
2. Cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa.
3. Cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen
bas,
teksi dan keretapi.
4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa

elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan.
5.Ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang
disyaki
ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang
aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar
masuk.
6.Edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin



*Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa
jenayah*

1.Dalam kenderaan persendirian, melihat orang dewasa duduk di belakang
bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam
raut
ketakutan, diam atau pun menangis.
2.Dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang
kejap dan erat kanak-kanak itu
3. Sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan
diri
4. Dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra
seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka.



*Lokasi mudah penculikan *

1.Tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti
taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam.
2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa
3.Cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak
terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan



*Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh
*
1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya
sebelum itu.
2. Penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih
tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya
3. Hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.
4. Penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini
5. Bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang
bahaya kepada mangsa.
6. Jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu
kepada
keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui
kanak-kanak tersebut.
7.Ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT

Segala makulumat dan tips ringkas ini adalah petikan daripada wawancara

Harakah dengan Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim
(www.kamalfndhashim .blogspot. com) yang telah disiarkan dalam keluaran
akhbar Harakah awal tahun ini.Jika berkesempatan dan berkemampuan,
cetak
tips ini untuk diedarkan.

Sehingga berita ini ditulis Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9
Januari lalu di Taman Medan, Petaling Jaya belum lagi ditemui.Semoga
seluruh rakyat Malaysia prihatin dapat membantu mengesannya di samping
berdoa agar Sharlinie dijumpai dalam keadaan selamat dan doakan roh
Nurin dirahmati Allah SWT.

--
Regards..... ..
Fatimah Mohamed