Memaparkan catatan dengan label Perbincangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perbincangan. Papar semua catatan

Jumaat, 27 November 2009

Rakyat diutamakan dan bukannya penjenayah diutamakan...

Musa: Moral polis tetap utuh

KOTA BHARU 26 Nov. - "Rakyat diutamakan dan bukannya penjenayah diutamakan... Kami mengutamakan rakyat yang patuh pada undang- undang dan mangsa-mangsa jenayah,".

Demikian reaksi tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ditanya mengenai pelbagai kecaman dan kritikan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak termasuk ahli politik dari parti pembangkang.

Biarpun dikecam, Musa menegaskan moral anggota pasukan keselamatan tersebut masih di peringkat tertinggi untuk melindungi dan menjaga keharmonian rakyat.

Beliau menganggap kritikan oleh pihak-pihak terbabit termasuk ahli politik itu hanya mengelirukan orang ramai dan mempermainkan undang-undang.

"Saya rasa moral anggota dan pegawai polis tidak jatuh. Orang politik suka bercakap, kadang-kadang ia mengelirukan masyarakat.

"Saya tak kisah (kecaman). Kita sentiasa bersemangat menjalankan tugas dan menjaga keamanan serta keselamatan masyarakat," katanya mengulas moral anggota dan pegawai polis selepas dikecam hebat termasuk ahli politik dan penulis blog.

Kecaman itu dikaitkan dengan tindakan polis menembak mati lima penjenayah kumpulan PCO Boy di Klang, 8 November lalu.

Mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun termasuk ketua kumpulannya dipercayai memiliki 13 rekod lampau dan dipercayai merancang melakukan jenayah ditempat berkenaan ketika kejadian.

Musa menegaskan, polis menjalankan tugas mengikut prosedur dan undang-undang negara ini.

"Kita tidak pernah meminta anggota atau pegawai menjalankan tugas menjangkaui undang-undang tetapi dalam keadaan tertentu ia (undang-undang) juga membenarkan kita mempertahankan diri ketika nyawa polis atau orang lain terancam oleh kerana penjenayah bersenjata.

"Tindakan itu adalah mengikut undang-undang. Kalau penjenayah nak hidup, serah diri dan jangan serang pegawai polis kerana ia membawa maksud dia mahu mencabar serta mengancam nyawa anggota terbabit serta orang ramai," katanya.

Sumber:Klik

Ulasan: Walaupun saya tidak bersetuju dengan polis dalam banyak hal ...
tapi dalam bab memerangi penjenayah saya berpendirian selari dengan komitmen Tan Sri ... teruskan ...
penjenayah patut dilayan sebagai penjenayah ... bukan VIP ....
mereka yang tidak pernah berhadapan dengan penjenayah memang cakap pandai macam tu ... kalau kita kaji balik kes-kes jenayah yang berlaku ... memang patut mereka ditembak mati tanpa belas kasihan (tak usah kira keturunan apa ... penjenayah tetap penjenayah)
Dah banyak kezaliman yang dilakukan oleh penjenayah ... kadangkala sampai membawa maut di pihak orang ramai ... mahupun polis
Kalau bawa ke mahkamah pun mereka boleh lepas .... guna peguam handal ... bagi rasuah dsb
kalau perlu tembak saja ... biar mati senang ... hidup pun tak guna asyik menyusahkan orang ramai ...
dah berapa banyak kes jenayah melibatkan kematian orang ramai !!!
Ayuh Tan Sri... teruskan komitmen anda!!

Khamis, 1 Januari 2009

KONSPIRASI BAGI MEWUJUDKAN KEPUTUSAN CEMERLANG PMR SUBJEK SN DAN MAT ?

[TIKedah] PPSMI masih perlu kajian teliti ...
 mohd zamri 

ADA KONSPIRASI BAGI MEWUJUDKAN KEPUTUSAN CEMERLANG PMR SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK ?

Oleh: pendikar gunung kriang

Hari ini semua akhbar memaparkan wajah-wajah ceria pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dengan 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua subjek yang diambil, meningkat 0.83 peratus berbanding purata keputusan PMR dari 2005 hingga 2007. Daripada jumlah itu, 3,396 pelajar mendapat 9A dalam semua mata pelajaran, 17,969 (8A) dan 5,013 (7A). Akhbar-akhbar juga melaporkan tentang prestasi cemerlang gred A dalam subjek matematik yang menunjukkan peningkatan kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya.

Prestasi gred A bagi subjek sains juga turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007. Lalu akhbar-akhbar pun membuat kesimpulan bahawa keputusan cemerlang itu membuktikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar dalam kedua-dua subjek berkenaan. Maka ramailah yang bertanya mengapa GAPENA, NGO-NGO Melayu dan parti-parti politik pembangkang begitu sibuk hendak mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, sedangkan keputusan PMR menunjukkan dasar itu tidak menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar kita.

Tapi benarkah pelajar-pelajar yang mendapat A dalam sains dan matematik dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik? Saya ada anak saudara yang mendapat A dalam semua subjek termasuk sains, matematik dan Bahasa Inggeris dalam PMR tahun lepas dan tahun hadapan dia yakin mengulangi pencapaian yang sama dalam SPM. Tapi saya lihat penguasaan Bahasa Inggerisnya tidaklah sebaik mana. Bila disoal oleh Mat Salih yang tersesat jalan pada suatu hari nampak benar dia gelabah dan terkial-kial untuk menerangkan arah jalan dengan bahasa yang paling mudah.

Ada rakan dari Kementerian Pelajaran menyatakan Kementerian itu memang sengaja membuat tambahan markah untuk subjek sains dan matematik bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik kepada pelajar. Dengan itu pelajar yang sepatutnya mendapat B atau C dalam kedua-dua subjek itu telah mendapat keputusan yang lebih baik sama ada A atau B dan begitulah seterusnya. Dengan menghasilkan keputusan yang lebih baik dalam kedua-dua subjek itu ia dapat menepis bantahan pencinta-pencinta bahasa yang ingin mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

Sama ada dakwaan rakan saya itu benar atau sekadar gurauan, saya tidak dapat mengesahkannya walaupun dia begitu yakin dengan sumber berita itu. Tetapi apabila mereka yang mendapat A dalam kedua-dua subjek itu gagal menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, maka saya hampir percaya dengan kata-katanya. Saya hampir-hampir percaya rupanya seperti ada konspirasi terancang bagi memastikan sains dan matematik terus diajardalam Bahasa Inggeris di masa hadapan.

http://pendikargunung.blogspot. com/

PMR 2008 cemerlang. Benarkah begitu?

[TIKedah] PPSMI masih perlu kajian teliti ...
 mohd zamri 



PMR 2008 cemerlang. Benarkah begitu?

Dilulus terbit pada Thursday, January 01 @ 10:11:22 MYT olehTokPenghulu

PendapatOleh ajijoi

" Hampir kesemua akhbar-akhbar tempatan membawa tajuk yang sama iaitu keputusan peperiksaan PMR 2008 begitu cemerlang.BI makin mantap.

Dan kecemerlangan ini adalah kerana PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris) kata mereka. Benarkah begitu?


Dipertengahan desakan demi desakan pelbagai pihak untuk menggugurkan PPSMI, termasuklah ugutan GAPENA untuk menyaman Kementerian Pelajaran, tiba-tiba keluar satu keputusan yang amat diluar jangkaan.Hampir semua negeri cemerlang PMR.

Diharap agar tidak ada permainan 'silap mata' untuk meneruskan agenda PPSMI ini disamping meraih undi untuk Menteri Pelajaran, Hishamudin Hussein merebut jawatan Naib Presiden Umno. Janganlah nasib pelajar-pelajar bangsa Melayu dijadikan umpan untuk meraih sokongan pihak-pihak tertentu.

Usah cabar pelaksanaan Sains, Matematik dalam BI, kata Datuk Alimuddin Mohd Dom, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran."

Khamis, 18 Disember 2008

ADAKAH ORANG KEDAH MALAS HENDAK BERCAKAP

[TIKedah] ADAKAH ORANG KEDAH MALAS HENDAK BERCAKAP
Wednesday, December 17, 2008 3:24 PM
From: 
"MNasir Hj Hashim"
To: 

TIKedah@yahoogroups.com

Dalam hal ini saya ingin memberi pendapat dan pandangan berdasarkan apa yang ada di dalam kotak kepada saya sendiri. Ini bukan satu kajian atau apa-apa kaji selidik, hanya pandangan saya semata-mata berdasarkan pengalaman.Kalau tidak percaya pun tidak menjadi masalah, lagi pun ini bukan ayat al.Quran atau al.Hadis, Tulisan ini hanya layak menjadi bahan sembang-sembang sahaja.


Beberapa hari lepas kita membaca tajuk " Untungnya Johor, bila Johor bercakap semua orang faham", tetapi kali ini mungkin Johor rugi sebab bila Kedah bercakap Johor tidak faham,

Orang Melayu Malaysia bercakap menggunakan berbagai loghat (slang),Seperti loghat Kedah, Kelantan, Perak, Trengganu, Perlis dan Pulau Pinang.

Negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis Secara umumnya mereka ini diletakkan di dalam satu kumpulan iaitu kumpulan yang bertutur dalam Bahasa Melayu Utara atau loghat Utara..Kedah adalah salah satu negeri yang bercakap dalam loghat tersebut.

Sebenarnya di dalam negeri Kedah itu sendiri secara halusinya masih terdapat perbezaan sebutan atau beberapa loghat lagi di antara daerah dengan daerah,Contohnya Daerah Baling, Sik, Kota Star, Padang Terap,mereka ini bercakap dalam loghat yang berbeza.

Pada pemerhatian saya yang paling istimewa ialah terdapat juga orang Melayu yang bahasa pertuturan harian mereka adalah bahasa Thai walaupun bahasa yang digunakan telah bercampuraduk sebahagiannya dengan bahasa Melayu tetapi masih lancar digunakan dan tidak difahami oleh orang lain yang bukan masyarakat mereka.Mereka ini biasanya bercakap Melayu tidak fasih dalam aspek sebutannya.Namun demikian tidak menjadi masalah dari segi membaca al.Quran.

Di antara tempat atau kampung yang masyarakatnya menggunakan bahasa atau loghat tersebut ialah Tualang,Tobiar, Tajar,Kubur Panjang,Naka, Kok Pelu, Tok Kesop,Hosba dan banyak lagi. Tegasnya mereka yang bertutur dalam loghat ini mendiami di sepanjang bahagian timor negeri Kedah. 

Jika diperhatikan bahasa Melayu yang ditutur di Kedah adalah perkataannya pendek atau ringkas.Sifatnya yang ringkas itu maka mesej yang hendak disampaikan dapat dilunaskan dengan cepat.Bagi saya ini adalah suatu kebaikan.

Agaknya apakah yang mempengaruhi orang Kedah bercakap begitu rupa.Saya rasa ini adalah pengaruh bahasa siam atau cina ataupun bahasa rumpun tersebut.Kebanyakan bahasa atau perkataan yang digunakan mereka adalah satu suku kata, akan diberi contohnya di bawah nanti.
Mereka ini mungkin mahu cepat bukan malas seperti disebutkan di atas tadi. Sama juga dengan orang Melayu di tempat lain kadang-kadang mereka mahu cepat dengan meringkaskan sebutan tertentu, terutamanya nama orang, jarang disebut penuh walaupun diberi nama begitu indah tetapi mereka selain daripada orang utara tidak lumrah dengan memendekkan perkataan seperti orang di utara.

Beberapa contoh yang dimaksudkan tadi:
Melayu baku /Melayu Kedah/ Siam.
pergi /pi / pai
sukan /sukan /sokan
mari / mai /ma
sekejab /sat /diu
pergi ke mana / pi mana /pai nai
engkau /hang / khun/meng
empat / pat /se
di mana /tang mana / tong nai 
ubat hitam / ja dam / ja dam
hutan merah / kodiang / kok deng

Selain daripada kependekan dan pengaruh asing terdapat juga lain-lain unsur yang menyerab ke dalam lidah orang kedah,Walaupun huruf (R) digantikan dengan (K) tetapi mereka masih fasih menyebut huruf Arab, mereka tiada masalah menyebut huruf seperti ain, ghain, syin, qaf, kaf dan lain-lain. Adakah mereka juga terpengaruh dengan bahasa Arab, sukar hendak dinafikannya kerana mereka keseluruhannya adalah Islam dan terdapat banyak pondok-pondok di Kedah dan juga madrasah-madrasah yang menjadi tempat menyebar ajaran Islam, sehingga sekarang pusat pengajian tersebut masih wujud tetapi telah dimodenkan.

Seperti saya katakan tadi, apa yang dipaparkan ini hanya susuai untuk dijadikan sembang-sembang di bawah pokok ketapang sahaja.Kalau terdapat di kalangan anda yang berminat hendak bersembang dalam hal ini, silalah buat komen atau ulasan tambahan supaya sembang kita ini menjadi lebih murni lagi.

Apa pun yang kita buat, apa pun yang kita fikir kalau tidak kembali kepada takdir Allah tentulah derhaka namanya.Ini sebenarnya adalah Kebijaksanaan Allah, jika direnungkan tergambarlah KeagunganNya.

Khamis, 11 Disember 2008

Bahasa Inggeris atau Melayu?

Bahasa Inggeris atau Melayu?

Posted: 12/10/2008 5:27:44 PM 

Aku amat tertarik dengan kenyataan Menteri Pelajaran (yang kurang pelajaran) mengenai keperluan mengekalkan sistem pendidikan Malaysia untuk Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris. Kenyataan ini disokong pula oleh bekas perdana menteri (Mahazalim) Malaysia sebelum ini yang sangat mengagungkan bahasa inggeris.

Aku agak sedikit malas hendak menyentuh berkenaan isu ini, tetapi hati ini tergerak untuk menulis memandangkan terlalu banyak perkara-perkara yang tidak dipandangkira oleh masyarakat Malaysia apabila tidak menyatakan bangkangan dengan perlakuan gila menteri pelajaran Malaysia semenjak dari dahulu sehingga sekarang.

Kuasa ekonomi dunia

Untuk 10 tahun yang lalu, 5 kuasa terbesar ekonomi terbesar dunia adalah Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Cina dan British, dan kedudukan ini kekal agak lama. Negara-negara ini secara tidak langsung telah membentuk lanskap asas bagaimana sesuatu Negara itu harus di perintah. Baik dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan yang lain-lainnya.

Sementara jika dilihat 5 kuasa ekonomi yang naik secara mendadak selepas perang dunia kedua adalah Jerman, Jepun, Cina, Korea dan India. Walaupun Negara-negara ini hampir musnah semenjak perang dunia kedua, mereka bangkit dengan kadar yang pantas untuk menjadi kuasa besar dunia. Mereka ini juga berjaya membentuk satu lanskap baru bagaimana sesebuah Negara perlu diperintah.

Sistem Pendidikan

Kesemua Negara-negara yang aku nyatakan di atas mempunyai satu persamaan yang amat ketara. Negara-negara ini menggunakan bahasa ibunda mereka dalam sistem pelajaran mereka, samada di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah tinggi dan juga pusat pengajian tinggi mereka.

Baik dari mata pelajaran sains dan matematik di sekolah menengah, begitu juga mata pelajaran psikologi, kejuruteraan dan lain-lainnya. Semuanya diajar dalam bahasa ibunda mereka. Jika dilihat secara logik, ianya perlu kerana ini akan meningkatkan tahap pemahaman dan keupayaan untuk bertanya dan menjawab.

Dalam bahasa ibunda sendiri, pelajar juga akan mempunyai daya keyakinan yang mantap kerana bahasa perantara semasa belajar adalah bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini tidak perlu diperdebatkan lagi, kerana Negara seperti Jerman, China, Jepun, Korea, Taiwan dan Iran telah membuktikan kejayaannya.

Akibat mengagungkan bahasa inggeris

Malangnya Negara kita terlalu taksub dengan bahasa inggeris dan mejadikannya bahasa perantara bermula dari tadika hinggalah ke peringkat universiti. Penyudahnya, pelajar-pelajar di Malaysia yang tamat pengajian universiti tergolong dari mereka yang kurang berkeyakinan dan hanya mempunyai pengetahuan yang terhad walaupun sudah bergelar siswazah.

Minda mereka ini tidak dapat dikerah ke tahap yang terbaik kerana mereka hanya mampu memberi yang terbaik hanya apabila mereka belajar dan bertutur didalam bahasa ibunda mereka. Walhal mereka ini bukannya bodoh, cuma mereka akan menjadi lebih berwibawa apabila diberi peluang untuk bercakap, bertanya, berdebat, berbincang didalam bahasa ibunda sendiri. Malangnya, peluang ini tidak diberikan.

Universiti tempatan jatuh merudum

Kerajaan berasa hairan bagaimana tahap penilaian university tempatan jatuh merudum melangkaui 300. UKM, UTM, UM, UPM, UKM, UiTM semuanya hancur berderai tak boleh diharap. Kemudian kerajaan bertidak menyalahkan pihak universiti. Ini adalah satu perangai bodoh dari MOE dan MOHE.

Jika kita lihat semenjak dari tahun 1980an hingga ke akhir 1990an. Kesemua pelajar-pelajar yang diklasifikasikan sebagai bijak telah dihantar keluar negara untuk melanjutkan pelajaran. Universiti tempatan telah menjadi universiti kasta bawahan untuk rakyat Malaysia sendiri. Ini kerana, kesemua pelajar yang masuk ke universiti tempatan diklasifikasikan sebagai pelajar kelas kedua.

Pihak pensyarah telah menghadapi masalah untuk megekalkan pencapaian pelajar semenjak dari tahun 1980an hinggalah kesekarang. Ini kerana, pelajar yang datang adalah pelajar kelas kedua yang mana tahap pemahaman mereka hanya baik didalam bahasa ibunda mereka sahaja. Apabila diperkenalkan didalam bahasa inggeris, mereka menggelabah.

Mengambil jalan mudah, pensyarah telah mengubahsuai soalan supaya menjadi lebih mudah. Ini secara tidak langsunng menurunkan kualiti siswazah universiti tempatan. Lebih memburukkan keadaan, kebanyakkan buku adalah dalam bahasa inggeris walaupun kadangkala bahasa perantara adalah bahasa Melayu.

Langsung tidak ada inisiatif oleh pensyarah-pensyarah tempatan untuk mengalih bahasa buku ini ke bahasa Melayu. Walhal di negara Jepun, Korea, Jerman, China dan Taiwan, kesemua buku dari tokoh-tokoh pelajaran tersohor telah dialih bahasa ke bahasa ibunda mereka.

Proses ini berlaku selama 20 tahun, jadi amatlah tidak hairan apabila kualiti universiti tempatan juga akan turun sikit demi sedikit. Masalah begini boleh dihalang jika pelajar-pelajar cemerlang tidak dihantar semua ke luar negeri supaya ada keseimbangan.


Keperluan mengajar dalam bahasa Melayu.

Kerajaan perlu mengambil satu langkah kebelakang dan melihat secara keseluruhan kemusnahan yang telah dilakukan. Belajar dari kesilapan lalu dan mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dibuang dan digunakan. Merangka satu garis panduan dan gerak kerja untuk menukar sistem pendidikan negara kepada bahasa ibunda; terutamanya di peringkat universiti. Perkara ini perlu dilaksanakan dengan segera sebelum terlambat..


Sebelum bangsa musnah

Aku akan ulang pendirian aku buat keseribu kali. Menggunakan bahasa inggeris disekolah untuk sains dan matematik, diuniversiti untuk kuliah adalah salah, salah dan salah.

Manusia jenis apakah yang akan bertegas untuk melaksanakan sistem pelajaran dalam bahasa inggeris sedangkan mereka tahu tahap penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar melayu adalah lemah? Jawapannya adalah UMNO.

Harapan aku kepada pemerintah, PR ke, BN ke; minta tolonglah.Gunalah akal yang Allah berikan kepada kamu...


http://community.tv3.com.my/3forum/topics.aspx?ID=606

_________________________________________________________________________________________________________________


©2008 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa artikel di dalam penulisan saya untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak saya.

Khamis, 4 Disember 2008

Perak dipersoal beri hak milik bebas

[TIKedah] Perak dipersoal beri hak milik bebas baca sampai habih!
Thursday, December 4, 2008 4:22 AM
From: 
"Zbo Zbo"

To: 
TIKedah@yahoogroups.com
Perak dipersoal beri hak milik bebas 

Oleh Abdul Razak Din

Hilmi Ismail



IPOH 3 Dis. – Kerajaan Perak hari ini dipersoalkan kerana meluluskan penukaran status hak milik tanah lot kediaman dan perniagaan daripada hak milik pajakan kepada hak milik bebas di kampung-kampung baru dan rancangan perkampungan tersusun (RPT) yang berkuat kuasa hari ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, pihaknya mempersoalkan sama ada tindakan meluluskan status tanah hak milik pajakan kepada hak milik bebas adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri atau membabitkan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, GMP kurang senang dengan tindakan kerajaan negeri bertindak demikian kerana sepanjang pengetahuan mereka pemberian tanah hak milik kekal adalah atas ‘keadaan istimewa’.

‘‘Oleh itu kita akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk pengadilan secepat mungkin bagi menentukan kesahihan keputusan dan kuasa kerajaan negeri menukar syarat kepada hak milik bebas itu.

‘‘Biar mahkamah menentukan kesahihan tindakan ini dan mempersoalkan tindakan yang dibuat secara tergesa-gesa ini. Apa jadi sekiranya tindakan ini di luar bidang kuasa negeri?” soalnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm


ULASAN : kalau tak boleh tukar milik ke status bebas ... terpaksalah teman duduk atas tanah pajakan 99 tahun... itu kes dengki la tu ... apa nak heran biarlah orang Cina yang duduk tanah kg baru tu pun dapat hak milik bebas ... apa salah , buat apa nak dengki. Bumi ni milik Allah ... pakat-pakat le duduk sama-sama ... tok sah dok berdengki depa pun makhluk Allah jugak. Kalau nak ikut perkauman habis kami yang Melayu ni pun tak dapat jugak la ... majoriti penduduk kampung tersusun kaum Melayu ... adillah tu!!!
Alasan kerajaan tak dapat ambil balik tanah kalau nak buat projek kalau dah bagi hak milik bebas sebenarnya tak timbul ... kerajaan boleh ambil balik tanah dan bayar pampasan ikut nilaian semasa. Yang sebenarnya bukan itu alasan utama ... alasan yang tersirat ialah tanah kampung baru Kaum Cina 100 % itu saja ... sampai bila lagi kita nak hidup ikut acuan perkauman ni. Apa salah kalau kita hidup berbaik-baik dan tak usah berburuk sangka. Cina tak kacau hak keistimewaan Melayu dalam perlembagaan dan Melayu tak kacau Cina dalam memperkembangkan perniagaan. Bak kata sorang kawan tu ... pagi dia kerja boroh ... malam dia bantu kawan berniaga pasar malam ... hidup susah kais pagi makan pagi ... kais petang makan petang (dia orang Melayu ada hak keistimewaan melayu) tapi kalau orang Cina yang nak ambik hak keistimewaan melayu dia ... ambiklah ... dia bukan dapat ada apa pun ... hak istimewa melayu dia pun tak memberi apa-apa keistimewaan pun, dia hidup susah macam tu jugak! Orang cina yang tak ada hak keistimewaan pun kaya-raya .... Secara logiknya yang mana kita pilih ... ada hak istimewa tapi hidup melarat atau tak ada hak istimewa tapi hidup senang-lenang ... MALAYSIA NI KECIK AJE .... KALAU ASYIK BERGADUH SAPA NAK JAGA?
ZBO