Memaparkan catatan dengan label Bagan Pinang N9. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bagan Pinang N9. Papar semua catatan

Rabu, 14 Oktober 2009

Apa kata Tun M: Bagan Pinang

SOUND BITES - BAGAN PINANG

1. Saya gembira kerana saya salah dalam masalah calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Saya percaya Barisan Nasional akan menang walau siapa pun jadi calon, tetapi mungkin kemenangan yang tidak sebaik 2008. Tetapi kemenangan yang diperolehi oleh Isa (bukan ISA) amatlah mengkagumkan.

2. Tetapi saya berpendapat ada baiknya jika kajian yang mendalam dibuat berkenaan dengan sebab-sebab kemenangan yang luar biasa ini tercapai.

3. Jangan pula ada yang mendakwa walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi Menteri Kewangan.
83 Comments - Komen lain terus baca di sini: Klik


Isnin, 12 Oktober 2009

THE END 4 BE END


Salam 2 all.

Saya melihat kemenangan Tan Sri Isa Samad di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang dan kecundangnya Dato' Seri Ong Tee Keat dalam mesyuarat khas MCA membawa satu makna dan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia..korupsi, kolusi dan nepotisma masih subur dan segar bugar didalam UMNo/ Be End.

Dalam kes Tan Sri Isa Samad, menunjukkan bagaimana seorang yang sudah disabit dengan kesalahan rasuah oleh UMNo sendiri boleh "dihidupkan balik" dan menjulang piala kepimpinan dan menjadi Yang Berhormat. Silap-silap haribulan MB Negeri Sembilan pun bungkus nanti, kerna nafsu politik tidak pernah kenal kepuasan dan tiada batasan. Saya cukup yakin Tan Sri Isa Samad sudah tentu mempunyai keinginan menduduki semula kerusi empuk MB Negeri Sembilan jika berpeluang.

Dalam kes Dato Seri Ong Tee Keat, seorang yang berprinsip, dikenali sebagai Mr. Clean, anti rasuah dan melancarkan "perang" terhadap rasuah dalam isu PKFZ sebaik sahaja menjadi Presiden MCA dan Mnteri Pengangkutan. Tindakan tegas beliau dalam isu PKFZ telah menyentuh banyak "poket" dalam UMNo dan Be End. Jadi OTK sudah tidak serasi dalam strktur UMNo dan Be End. Dan untuk melengkapkan agenda keruntuhan UMNo/ Be End, seorang pemimpin saperti Dato Seri Chua Soi Lek boleh dinobatkan semula kedalam MCA.

Saya melihat ini dengan suatu perasaan yang gementar, apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia. Bagaimana kita boleh menjadi toleran kepada sang koruptor, dan membenamkan Hang Jebat. Apakah ini petanda masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat yang rosak, atau apakah UMNo/ Be End sedang mempercepatkan proses menalqinkan diri mereka.

Kepada Dato Seri Ong Tee Keat, saya mengajak beliau menyertai kami. Mari kita bersama memerangi rasuah, salahguna kuasa dan membina masyarakat dan negara Malaysia yang mendaulatkan hak dan ketuanan rakyat.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Sumber: Klik

Sabtu, 10 Oktober 2009

Sebelum pangkah ... renung ni ...

Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini. Kalau pun dia boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno,” Dr.Mahathir Mohamad. Mantan Presiden UMNO

Pengundi Bagan Pinang ... anda penentu ... adakah perasuah yang akan dipilih atau sebaliknya!!! Semua terpulang di tangan anda!!


UMNO kempen bersih ... taik kucing!!!

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin

TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan
Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh
dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa
seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan

memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin

kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed

Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112

(keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang

tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita

kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin

kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar

seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam

kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang

media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang

media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak

membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat

oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan

kepada Markas Pemuda PAS.

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan

polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya

kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

Image(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Image

(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas

dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus

ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan

ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas

yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya

bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi

memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu

kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya

akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob

kepada Harakahdaily.

Sumber: Klik



Khamis, 8 Oktober 2009

PENGAMAL RASUAH PENGKHIANAT NEGARA



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(Qutbah Jumaat pada 02 OKTOBER 2009M / 13 SYAWAL 1430H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai serta hidup kita dengan berbekalkan sumber rezeki halal. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan memperkatakan khutbah mengenai tajuk: "Pengamal Rasuah Pengkhianat Negara”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Rasuah adalah perbuatan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Berdasarkan laporan dalam media cetak dan elektronik di dapati pada kebiasaannya penglibatan rasuah dalam politik, sektor perkhidmatan awam, swasta dan orang awam meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau tuntutan palsu atau menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak tertentu.

Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram. Ini berdasarkan dalil yang Qat’ie iaitu al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulamak. Dalam al-Quran terdapat ayat yang menggariskan tentang rasuah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:

Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Manakala sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabrani:

Mafhumnya: “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”.

Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2008, sebanyak 605 tangkapan telah dibuat. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah mereka yang melakukan rasuah atau bersyubahat adalah dianggap sebagai perompak harta rakyat. Berdasarkan pemerhatian mimbar, besar pangkat seseorang maka besarlah peluang untuk merompak harta rakyat dan semakin pintar pula untuk melepaskan diri dari disabitkan dengan jenayah rasuah. Jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara.
Persoalan besar timbul ialah mengapa amalan najis rasuah berlaku?. Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja.

Sama ada disedari atau tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasa kezaliman dalam masyarakat. Dengan demikian golongan yang paling malang dan rugi ialah golongan yang berpenat lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat seperti para petani, nelayan, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan dhaif yang lain yang tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan harta negara.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan doa kita. Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan rasuah ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, justeru akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah SWT. Lebih membimbangkan lagi jika kita tidak segera membanteras penyakit rasuah boleh menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan, akibat kemurkaan Allah seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 112:

Maksudnya: “Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.”


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pengamal, penyalahguna dan mereka yang bersyubahat dengan rasuah adalah pengkhianat negara. Apa yang nyata, kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi tetapi mereka yang terlibat gagal membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini. Oleh itu, mimbar pada kali ini menyeru semua pihak sama-sama berusaha untuk memerangi jenayah rasuah dalam negara kita secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dalam perkhidmatan.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:

Pertama : Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan insan yang beriman dan berintegriti;
Kedua : Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan;
Ketiga : Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi rasuah; dan
Keempat : Membuktikan bahawa amalan ibadah-ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya terlibat dengan najis rasuah.


Marilah sama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab menghapuskan rasuah. Semoga dengan itu, iman kita terus bertambah dan dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan, serta menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti firman Allah dalam surah Ali Imran:

Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.”(surah Ali Imran: 104).

Sumber: Klik


Catatan: Ada ke patut pemberi rasuah kita julang dan jadikan alasan beliau telah menerima hukuman? Sepatutnya pemberi dan penerima rasuah kita lihat mereka sebagai jijik sebagaimana jijiknya kita melihat penagih najis dadah malah lebih hina daripada itu !!!
Sesiapa yang memilih pengamal rasuah sebagai pemimpin …. Tunggulah balasan Allah!!!


Ahad, 4 Oktober 2009

Tepuk Dada ... Tanya Selera ... Tapi Sebelum tu ...

UNDILAH BARISAN NASIONAL

Wahai pengundi N31 Bagan Pinang pilihlah calon yang

1. Tidak rasuah dan tidak pernah disahkan dan dihukum sebagai perasuah
2. Calon yang bersih dan dilihat bersih
3. Dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat
4. Jangan pilih calon yang pernah berjanji dan janjinya masih belum ditunaikan sehingga ke hari ini
5. Calon yang menabur wang untuk kemenangan
6. Ingatlah keputusan di tangan anda ... andalah penentu ... sekiranya anda memilih dan menobatkan orang yang pernah didapati bersalah kerana rasuah (ditentukan dan dihukum oleh pemimpinnya sendiri) ... andalah yang akan menjawab di akhirat nanti.

Semuanya terpulang kepada anda ... andalah penentunya!!


Apa kes???

Kes 1

Pengakuan Bekas Tentera : Mengundi Bagi Pihak BN

Pengakuan ini dibuat oleh Kepten Mejer (B) ABu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya SPR. Berikut adalah sedutan pertemuan kami dengan SPR.

Pada hari isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus, saya sendiri Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. Berikut adalah sedutan ucapan saya dalam pertemuan tersebut.

Suhaizan Kaiat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.

Dato’ Wan Ahmad Wan Omar : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?

Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejer(B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.

Suhaizan Bin Kaiat : Saya minta EPP(Ejen Pengundian Pos) dibenarkan mengawal 24jam tuan.

Dato Wan Omar : Perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang. Nanti SPR kena pertisen pulak. Kawalan ini telah dibuat oleh pihak tentera dan polis. Mengapa kita curiga?

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Masa saya jaga kawalan selepas saya berhenti tentera. Tahun 2000. Masa Roslan Kassim lawan Sothinathan. Tan Sri Isa Samad mahu masuk dalam kawasan Majlis Daerah PD. Saya yang halang tuan.

Dato’ Wan Omar : Saya pun tak pasti Pak Abu ni. Saya banyak terima aduan macam ni. Saya pun tak pasti. Pak Abu begitu lancar sekali. Tan Sri Isa masuk tu tak de bukti. Lagi pun pihak lagi satu(UMNO) pun tidak ada disini untuk mempertahankannya.

YB. Dr Maria : Bukan kita tidak percaya dengan polis dan tentera Tan Sri Pengerusi tetapi kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini telah membuktikan bahawa manipulasi tersebut berlaku. Kita kena kawal semua ini Tan Sri.

Pertemuan ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2 ptg. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi tiada suatu pun komitmen SPR untuk berubah dalam pilihanraya Bagan Pinang ini. SPR nampak baik aja. Tetapi sebenarnya SPR menyimpan pekung yang sangat besar dalam pengurusan UNDI POS.

Kes 2 Bagan Pinang, N9

Lubang Penipuan Undi Pos SPR-BN

7.10.09 : Pengeluaran undi pos (Borang 2,sampul A & kertas undi akan dimasukkan dalam Sampul Keutamaan)

8.10.09 : Pengundian hari pertama
9.10.09 : Pengundian hari kedua
10.10.09 : Baki kertas undi yang tidak diambil akan dipos
11.10.09 : kertas yang dipos akan sampai di Majlis Dearah PD. Pada hari pengundian pada 8 dan 9 Oktober BN tidak dapat menipu kerana dikawal oleh ejen-ejen PAS. Tetapi kertas-kertas undi yang dipos pada 10.10.09 akan diambil oleh pihak tertentu untuk DIPANGKAH DENGAN BN.

Perkara ini terjadi kerana kertas undi yang dipos tidak dapat dikawal oleh ejen-ejen PAS.

Logiknya mudah: Kertas yang dipos boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Termasuk ejen BN. Ejen BN akan ambil dan pangkah BN. Kemudian hantar ke Pusat Penjumlahan di Majlis Daerah PD. Maknanya ejen-ejen UMNO akan mengambil alih tugas pengundi dan pejabat pos sekali gus.

Fikirkanlah wahai Rakyat Malaysia.

Kes 3 Jadual Kempen

Jadual Kempen Jentera UMNO dalam Kem

Berikut adalah jadual kempen BN dalam Kem.

2.10.09 : Proses Culaan Jentera BN di Institud Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah. Ada 847 Undi Pos di sana.

5.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala. Ada 1,130 Pengundi Pos Tentera

6.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Institud Pengurusan Tentera Darat(IPDA), Kem Si Rusa. Ada 407 Pengundi Pos Tentera

Suasana ini tidak adil kerana BN dibenarkan untuk berkempen tapi PAS tidak dibenarkan.

Kes 4 Maklumat Terkini!

Apakah muslihatnya latihan tentera pada masa mengundi?

Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, PD akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada 7hb, 8hb, 9hb Oktober 2009. Sedangkan pada tarikh tersebut adalah hari pengundi. Kem ini menempatkan 1,130 orang pengundi pos. Kem ini merupakan kem ke-2 teramai dalam kem-kem di PD.

Bagaimana pengundi pos di kem tersebut mahu mengundi ?

Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan Sampul Keutamaan hanya dipos sahaja ? Bila di pos akan memudahkan penipuan. Jadual adalah seperti berikut :

7.10.09 : Pengeluaran Undi Pos
8.10.10 : Pengundian
9.10.10 : Pengundian
10.10.10 : Kertas Undi di pos. (Disinilah ahli kem Kor Armor baru balik dpd Melaka)

Wahai Rakyat Malaysia. Fikirkanlah.
Suhaizan Bin Kayat
Pengerusi J/K Khas Undi POS
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Sumber: Klik