Isnin, 31 Ogos 2009

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)



(Klik disini untuk mendengar bacaan doa ini)

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Sumber: klik

Majoriti Doktor Menolak Vaksin H1N1 - Laporan akhbar di Malaysia tidak profesional

oleh Ibnuyaacob

Di United Kingdom, sebelum vaksin H1N1 diberikan kepada orang awam, setiap doktor dimestikan menerima suntikan vaksin itu terlebih dahulu. Kemungkinan amalan ini juga dilakukan di beberapa negara Asia termasuk Malaysia.


Agak mengejutkan pihak kerajaan apabila 50 peratus doktor-doktor seluruh UK enggan disuntik kerana bimbang akan kesan sampingan daripada vaksin tersebut yang sudah pun diketahui seluruh dunia.

Menurut editor majalah PULSE, Richard Hoey, keengganan doktor-doktor dan para pekerja kesihatan menerima suntikan adalah berpunca dari tanggapan kerajaan telah bertindak di luar batas hak individu seseorang dengan cara memaksa menerima suntikan.

Kenyataan dari Health Protection Agency yang mengatakan vaksin H1N1 boleh menyebabkan barah dan Sindrom GBS masih lagi diterima dengan yakin oleh kebanyakan doktor serta pekerja kesihatan. Ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh majalah PULSE dan majalah GP di UK.

Keengganan kebanyakan doktor-doktor di UK menerima suntikan telah menimbulkan kemarahan Prof. Dr. David Salisburry iaitu Pengarah Jabatan Imunisasi di Kementerian Kesihatan UK. Beliau menegaskan setiap pekerja kesihatan sama ada doktor atau kakitangan hendaklah melaksanakan dasar yang telah ditetapkan kerajaan.

Penentangan pemberian vaksin di Australia

Di Australia, presiden Australasian Society for Infectious Diseases (ASID) iaitu Prof. Tom Gottlieb telah menghantar surat bantahan program pemvaksinan kepada kementerian kesihatan Australia. Di dalam surat tersebut Prof. Tom Gottlieb menyatakan mereka bimbang akan berlakunya jangkitan penyakit akibat pencemaran darah melalui suntikan.

Penentangan pemberian vaksin di Kanada

Di Kanada, Canwest News Service melaporkan majoriti doktor-doktor dan pekerja-pekerja kesihatan tidak mahu disuntik vaksin H1N1. Keengganan doktor-doktor ini amat merungsingkan pihak kerajaan Kanada sehingga mendesak Persatuan Perubatan Kanada mengeluarkan arahan memaksa ribuan doktor dan pekerja kesihatan mengambil vaksin H1N1.

Secara logiknya, kita sendiri sudah mendapat jawapannya mengapa ribuan doktor dan pekerja kesihatan di Kanada enggan mengambil vaksin tersebut. Jika mereka yakin vaksin H1N1 tidak merbahaya mengapa pula mereka sendiri enggan mengambilnya.

Vaksin H1N1 juga penyebab kanser

Pakar paru-paru dari Jerman, Dr. Wolfgang Wordarg mendakwa vaksin H1N1 yang bakal disuntik kepada masyarakat juga dikhuatiri boleh meningkatkan kadar penyakit barah paru-paru. Dakwaan itu berasaskan penyelidikan yang dibuat ke atas vaksin keluaran farmasi Novartis.

Menurutnya lagi, peningkatan kadar penyakit barah dalam badan kemungkinan berpunca dari sel-sel binatang yang dimasukkan di dalam vaksin oleh pihak pengilang. Dr. Wolfgang Wordrag menyimpulkan bahawa;

“People’s fear of the pandemic as an “orchestration”: “It is great business for the pharmaceutical industry”

Kenyataan Dr. Wolfgang di dalam akhbar Jerman, Neuen Presse juga disokong oleh presiden Paul Ehrlich Institute iaitu Dr. Johannes Lower. Beliau mengatakan kesan sampingan yang bakal dihasilkan oleh vaksin H1N1 dijangka lebih berbahaya daripada virus H1N1 itu sendiri.

Usaha Kapitalis Memujuk Doktor-Doktor di UK

Propaganda kapitalis Yahudi semakin jelas dalam isu Selsema Babi sejak kebelakangan ini. Pada 30 Julai 2009, Daily Mail mendedahkan kerajaan Britain akan membayar £7.51 (RM51) bagi setiap suntikan yang dibuat ke atas orang ramai. Bagi mendapat bonus tersebut, para doktor hendaklah terlebih dahulu menandatangani suatu perjanjian dengan kementerian kesihatan UK.

Berdasarkan peruntukan kerajaan, kemungkinan seorang doktor akan diperuntukkan 1800 orang pesakit bagi sesuatu kawasan. Agihan ini menunjukkan setiap doktor yang terlibat dalam perjanjian ini akan memperoleh sekurang-kurangnya £27,000 pound (RM183,600) dalam sesuatu masa.

Nilai yang diperoleh oleh doktor menunjukkan keuntungan dari program vaksin H1N1 melebihi jumlah gaji tahunan doktor-doktor di UK iaitu £107,000 setahun. Daily Mail juga mendedahkan kerajaan UK telah pun menyediakan belanjawan khusus sebanyak £600 juta hanya untuk imbuhan memujuk doktor-doktor di UK menyokong program pemvaksinan ini.

Boleh dikatakan sekarang doktor-doktor di UK tersepit sama ada untuk memilih hak-hak kemanusian atau bonus sekali seumur hidup. Bonus daripada Vaksin H1N1 yang dijanjikan pada Julai 2009 ini memperlihatkan kerajaan UK sudah menghidu akan bantahan yang bakal dibuat oleh Health Protection Agency dan Persatuan Ahli Neurologi di Britain pada 26 Ogos 2009.

Laporan akhbar di Malaysia tidak profesional

Tidak pasti apa yang ada di dalam kepala para editor bagi akhbar-akhbar tempatan di Malaysia. Tiada langsung isu-isu H1N1 dibincangkan secara kritis dalam usaha mewujudkan momentum kesedaran di kalangan masyarakat. Isu artis dan selebriti sampah masih lagi mendominasi berita di dada-dada akhbar.

Selsema Babi yang ditakuti babi sendiri ini pun masih dianggap enteng dan setaraf dengan berita-berita tabloid. Seperti yang kami artikelkan dahulu, kerajaan Malaysia masih lagi seronok membilang angka-angka kematian dikalangan masyarakat. Program-program yang melibatkan orang ramai masih lagi dianjur oleh pihak kerajaan.

Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia pula masih diam dan tiada satu laporan analisis berkaitan vaksin yang dikeluarkan. Apa yang diperoleh dari persatuan ini hanyalah laporan-laporan tentang majlis-majlis makan malam yang dianjurkan di hotel. Semuanya kelihatan taksub dengan berita-berita propaganda dari WHO a.k.a World Health Order.

Persatuan Pengguna pula tidak mengeluarkan isu-isu yang dibangkitkan oleh persatuan-persatuan pengguna di US dan UK. Sebelum ini Persatuan Pengguna Malaysia amat gagah menyelongkar kandungan-kandungan geletin haram di dalam produk-produk makanan. Banyak laporan-laporan penyelidik dari makmal di US dicanang di Malaysia tetapi apabila pengguna-pengguna di US membantah penggunaan vaksin tidak pula maklumat itu dihebahkan.

Program Pemvaksinan adalah salah satu perang akhir zaman

Tanggapan terbaik yang boleh dibuat untuk isu H1N1 ialah ia merupakan satu bentuk perang moden yang sudah keluar dari definasi perang konservatif. Umumnya kita dididik dengan takrifan bahawa perang mestilah berpakaian seragam hijau, bersenjata dan berkawad tetapi situasi H1N1 ini sedikit sebanyak membuktikan takrifan perang terlalu luas dan tidak hanya bergantung kepada sejumlah perkataan yang terhimpun di dalam kamus Oxford sahaja.

Ternyatalah bahawa kamus yang diiktiraf oleh badan-badan akademik antarabangsa itu sebenarnya telah berjaya menyekat ruang pemikiran manusia berdekad-dekad daripada berfikir secara ‘out of box’. Maka untuk memecahkan halangan yang dibina oleh kamus itu pula memerlukan situasi besar berskala global misalnya isu H1N1 ini.

Berperang di luar takrifan perang lebih menyukarkan ramai pihak khususnya pihak Islam sendiri kerana perang cara ini lebih mengutamakan ketajaman pemikiran dan strategi yang tinggi. Maka di sini haruslah kita berhati-hati dengan cuba mengikuti perkembangan semasa satu per satu tanpa hanya bermalas-malasan dengan doa tetapi langsung tiada usaha membaca.

Mangsa sebenar perang vaksin ini adalah masyarakat yang tidak mahu mengikut arus pembangunan isu dunia serta tidak mahu mengambil berat terhadap sesuatu masalah yang timbul.

Program pemvaksinan yang telah berlaku berbelas-belas kali di seluruh dunia ini kami teorikan ia sebagai satu perang dunia ketiga yang mana semua manusia menjadi mangsa peluru virus. Undang-undang yang terpahat di WHO adalah umpama tempat membuat keputusan ketenteraan Illuminati manakala pengilang-pengilang farmasi dunia umpama kilang-kilang peluru halimunan yang sedikit demi sedikit mencengkam nyawa manusia.

Agen-agen Illuminati sedar, berperang secara nyata dengan umat Islam hanya akan membangkitkan semangat jihad dan perpaduan seluruh dunia. Perpaduan yang jitu ini sudah pasti akan mendesak campur tangan dari para wali yang tidak diketahui lokasinya dalam menghadiahkan doa-doa kehancuran untuk kelompok Yahudi Zionis.

Kami lebih mengesyaki program pemvaksinan yang dilihat mulia dari luar ini kepada salah satu program peperangan kerana mengikut sejarah perubatan, Bapa Pemvaksinan dunia iaitu Dr. Edward Jenner adalah seorang ahli Freemason. Pada 1812, Jenner telah dianugerahkan Worshipful Master di Lodge of Faith and Friendship Berkeley, Gloucestershire, Britain.

Sumber: klik

Nizar: Sidang DUN Perak tetap diadakan Rabu ini

Sivakumar merupakan Speaker sah, tiada pihak harus halangnya

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan tetap diadakan Rabu ini walaupun disifatkan sebagai tidak sah oleh Speaker diiktiraf Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Sidang DUN Perak akan diadakan seperti yang telah ditetapkan dan sebagaimana notis yang telah dikeluarkan sebelum ini," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Jelas Nizar, sidang DUN akan tetap diteruskan sebagimana telah dimaklumkan oleh V. Sivakumar "selaku Speaker yang sah" dalam notisnya.

"Sivakumar merupakan Speaker yang sah. (Datuk) Ganesan bukan Speaker," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang.

Oleh itu kata Nizar, Ganesan tidak boleh menghalang mana-mana ADUN daripada menghadiri sidang kali ini.

Ketika ditanya kemungkinan akan ada usaha menghalang sidang yang dimaksudkan itu sebagaimana pernah disaksikan 3 Mac lalu, Nizar memberitahu, usaha sedang diambil oleh Sivakumar untuk mengelakkan suasana sedemikian.

"YB Sivakumar sudah memohon kepada mahkamah agar dikeluarkan satu perintah bagi menghalang mana-mana pihak eksekutif daripada mengadakan halangan," katanya.

Permohonan itu telah dibuat baru-baru ini dan diharap keputusan akan diperoleh Selasa ini, katanya lagi.

Semalam, Datuk R. Ganesan, Speaker yang diiktitaf Barisan Nasional (BN) berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Ganesan menegaskan, tindakan Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memanggil sidang itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.

Menurut Nizar, notis untuk mengadakan sidang DUN perlu dikeluarkan 14 hari sebelum persidangan dan ia "telah diterima lebih awal daripada itu."

Pada Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan notis sidang DUN tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimanapun ia dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok berhampiran DUN.

Sumber: klik

Kota Siputeh... SPR nak sangat kuasa Speaker, Nah!! Ambiklah!

Apabila SPR mengambil alih tugas speaker DUN Perak untuk tidak mengosongkan kerusi Changkat Jering, Jelapang dan Behrang, tiada lagi kuasa speaker untuk mengistiharkan kekosongan kerusi Wakil Rakyat tanpa kajian dan pengesahan SPR. Demikianlah tragedi demokrasi Perak mengajar kita menguruskan kuasa di DUN dan mungkin juga Parlimen. Daripada Suruhanjaya untuk menjalankan pilihanraya, SPR kini telah melebarkan had kuasanya menjadi hakim untuk memutuskan bidang kuasa speaker DUN.

Tragedi Perak juga menunjukkan kepada kita banyak sisi gelap dalam demokrasi berparlimen, daripada doktrin pengasingan kuasa eksekutif, legislatif dan judiciary (kehakiman) - kepada campur aduk kuasa yang disahkan oleh perampas kuasa. Speaker boleh diusung keluar jika mahu diganti dengan orang lain, walaupun kaedah 'mengusung dan mengurung' tidak tercatat dalam prosedur dan undang-undang perlantikan speaker, Ia boleh dilakukan dengan bantuan polis!

Setelah menghalusi sindrom 'kelaparan kuasa' SPR dan aparatus awam dibelakangnya, Kedah melontar sebungkus sajian ke mulut mereka untuk mereka makan! Sila kunyah dan telan ramuan kota Siputeh untuk mengenyangkan kelaparan anda kepada kuasa.
Mengikut tafsiran YB Dato' Speaker (yang mendapatkan nasihat YB Penasihat Undang-undang Negeri) terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, Adun Kota Siputeh sekarang telah terlucut kelayakan untuk terus menduduki kerusi tersebut kerana gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah sebanyak dua kali tanpa kebenaran Speaker. Saya ulangi, Tanpa Kebenaran Speaker..bukan Tanpa Memaklumkan Kepada Speaker melalui surat maupun lisan!
Kalau dibaca sebaliknya, jika pun YB Kota Siputeh memaklumkan beliau tidak dapat hadir ke sidang DUN, tetapi Speaker tidak benarkan beliau tidak hadir, beliau juga hilang kelayakan jika melakukannya dua kali. Jika mengikut kuasa yang diberikan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Speaker sudah boleh mengumumkan kekosongan Kerusi Kota Siputeh, tetapi kes Perak mengajar speaker Kedah untuk menyerahkan 'kuasa' itu kepada SPR.

Mengikut Undang- undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah juga, DUN hendaklah tanpa gagal bersidang sekali dalam tempoh enam bulan, jika tidak, Dun akan terbubar!
Andaikata, tiba-tiba SPR mengumumkan Kota Siputeh tidak kosong, Adun tersebut tidak hilang kelayakan walaupun tidak hadir dua kali tanpa kebenaran Speaker, seperti peruntukan di bawah Enekmen 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, lepas ini eloklah peruntukan tersebut dihapuskan sahaja. Adun-adun tak payahlah susah-susah datang ke Sidang DUN berapa kali pun yang depa suka, kerana tak ada apa-apa tindakan yang boleh dikenakan.
Sekarang bola di kaki SPR, pintu gol terbuka luas, penjaga gol dan pertahanan sudah diusung keluar.... kerana dicederakan ... kita tunggu SPR nak sepak ke mana! Mereka yang minta sangat bola itu...nah mainlah!

Sumber: klik

Jumaat, 28 Ogos 2009

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian

oleh Ibnuyaacob & Abd Aziz Atiqullah

Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.

Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.

Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.

“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”

Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.

Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.

Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1

Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;

“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”

Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;

“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”

Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;

“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”

Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;

“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”

Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.

Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.

Pengakuan Penghidap GBS

Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.

Keuntungan Segera Mula Kelihatan

Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.

Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.

Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.

Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.

Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK

Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.

Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.

Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.

Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.

Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.

Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.

Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.

Wallhu’alam …

Sumber: Klik

Rayuan buat pengunjung blog ...


Salam ....
1. Saya amat berterima kasih kepada semua pengunjung blog ini ...
2. Paparan yang disiarkan dalam blog ini adalah maklumat untuk dikongsi bersama ...
3. Maklumat ini diperolehi daripada berbagai sumber ...
4. Segala maklumat yang dipaparkan bukanlah menggambarkan pandangan peribadi blogger seperti catatan di bahagian bawah blog ...

Segala komen yang diberikan dalam blog ini adalah pendapat individu dan bukan menggambarkan pandangan pengendali blog.
© 2008 ZBO.


5. Blog ini telah dikunjungi oleh berbagai lapisan masyarakat dari seluruh dunia (maklumat dari NeoCounter seperti yang dipaparkan)
6. Saya memohon kerjasama anda untuk tidak menggodam (hack) laman ini ...
7. Saya dapat mengesan kegiatan berkenaan pada Selasa 25 Ogos 2009 . Saya memohon kepada yang berkenaan agar menghentikan kegiatan yang sia-sia tersebut kerana kegiatan itu menyusahkan ramai pihak.
8. Saya akui sememangnya ada di antara artikel yang disiarkan tidak memenuhi aspirasi sesetengah pihak.
9. Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi ... hormatilah pandangan pihak yang tidak sehaluan dengan kita ... apa salahnya ...
10.Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan artikel berkenaan ... ayuh sila berikan komen dalam sudut ulasan. Insyaallah ulasan anda akan disiarkan tanpa edit.

ZBO

Rabu, 26 Ogos 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


wallahua'alam. ....

Senjata Makan Tuan!

DAKWAAN Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan bahawa terdapat 3,696 pengundi hantu di Permatang Pasir ‘umpama senjata makan tuan.’

Mantan Calon PBS bagi DUN Likas, Dr Chong Eng Leong berkata, BN hanya memutar belitkan fakta sebenar untuk meraih simpati pengundi kerana mereka tidak ada isu yang hendak digunakan untuk menarik sokongan pengundi yang semakin luntur terutama kaum Cina yang mula berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

“Mereka yang buat undang-undang agar Daftar Pemilih tidak boleh dicabar di mana-mana Mahkamah setelah diwartakan iaitu selepas saya memenangi petisyen Pilihanraya Likas 1999, “ ujar Chong yang mengimbau kembali kemenangannya apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan keputusan pilihan raya negeri Sabah pada 1999 bagi kerusi Likas sebagai batal dan tidak sah setelah mendapati ada pengundi yang tidak wujud dalam daftar pemilih bagi kawasan itu termasuk rakyat asing, telah mengundi di situ.

Kata Chong, keputusan Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang bahawa daftar pemilih 1998 bagi kawasan itu adalah tidak sah kerana terdapat pengundi yang tidak wujud atau apa yang disebut pengundi ‘hantu’ di kawasan itu.

Kewujudan pengundi bukan di kalangan warga negara dan pengundi hantu dalam daftar pemilih seperti yang disebut dalam perbicaraan, kata Kamil, mungkin hanya sebahagian kecil daripada sesuatu yang lebih besar ketika penghakiman setebal 29 muka yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar, Ravinthran Paramaguru.

"Saya amat gembira apabila Hakim Kamil berkata bahawa tidak ada siapa termasuk jabatan atau institusi kerajaan, yang mengatasi undang-undang," kata Chong sebagai mengulas kenyataan Ahmad Maslan yang menyebut Laporan Kajian Sikap yang dibuat BN bagi pilihan raya itu, kesemua pengundi tersebut tidak dapat dikesan di alamat yang didaftarkan.

“Bila kita pergi ke sebuah rumah, kita dapati 14 pengundi didaftarkan di rumah itu, tetapi bila kita nak bagi slip mengundi kita dapat bagi pada tujuh orang sahaja pengundi. Tujuh pengundi lagi kita tidak dapat kesan. Berdasarkan tuan rumah itu, mereka tidak pernah mengenali nama pengundi tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar kelmarin.

Ahmad Maslan mendakwa 961 pengundi hantu dikesan di kawasan Sama Gagah, Permatang Ara (95), Permatang Pauh (284), Bukit Indera Muda (142), Kampung Pelet (216), Kubang Semang (329), Tanah Liat Mukim 8 (74), Kampung Cross Street 2 (1,181) dan Permatang Tengah (414).

“Kita ada senarai lengkap pengundi yang tidak dapat dikesan ini,” katanya memaklumkan mereka menggunakan mekanisme berdasarkan siasatan yang dibuat BN mengikut alamat rumah.

“Kita syorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyenaraikan daftar pemilih mengikut alamat rumah. Jadi bila kita taip alamat rumah akan keluar nama pengundi yang mendaftar menggunakan alamat itu,” katanya yang menjelaskan terdapat pengundi Cina didaftarkan di rumah Melayu dan sebaliknya.

Ditanya sama ada BN meragui senarai daftar pemilih yang disahkan oleh SPR, Ahmad Maslan berkata: “Ini tidak berlaku pada pilihan raya sebelum ini. Di Permatang Pasir ada special case (kes luar biasa) pada pandangan kami,” katanya.

Sehubungan itu kata Chong, tindakan tergesa-gesa Kerajaan BN mewartakan undang-undang bahawa semua daftar pemilih yang telah diwartakan tidak boleh dicabar di mana-mana Mahkamah telah menikam mereka sendiri sekiranya terdapat pengundi ‘hantu’ atau pengundi tidak wujud di kawasan berkenaan.

“Undang-undang itu mereka buat dan luluskan di Parlimen untuk membolehkan SPR menjadi kebal, namun apabila mereka ingin mencabar kesahihan daftar pemilih, mereka terperangkap di antara helah dan undang-undang,” ujar Chong yang telah menjelaskan segalanya di dalam buku terbarunya, ‘Lest We Forget’ yang dilancarkan Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim.

Sumber:Klik

ANALISIS PILIHANRAYA PERMATANG PASIR

Malam tadi saya di Analisis Awani (Astro Awani), berbicara mengenai pilihanraya kecil Permatang Pasir. Bersama-sama saya ialah Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Abdul Aziz. Hos Suhaimi Sulaiman, Kamarul Bahrin Haron dan Nazri Kahar seperti biasa mewawancara kami bertiga.

Bagi yang tidak sempat menonton rancangan tersebut, saya catatkan beberapa komentar tadi:

1. Sementara saya menerima hakikat bahawa Barisan Nasional berjaya mengurangkan majoriti PAS, namun dilihat dari sudut ratio undi yang diterima oleh kedua-dua parti, tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Pada tahun 2008, PAS mendapat 11,004 undi berbanding Barisan Nasional sebanyak 5,571. Ini bermaksud untuk setiap satu undi untuk Barisan Nasional, 1.9 undi pergi kepada PAS. Dalam pilihanraya 2009, PAS mendapat 9,618 undi manakala Barisan Nasional meraih 5,067 undi; iaitu ratio yang sama (1:1.9) seperti pilihanraya sebelumnya.

2. Dari perspektif pemasaran politik, saya melihat ia boleh mengambil tiga bentuk iaitu (a) product-oriented -- sesuatu kempen merasakan ia mempunyai produk (calon, parti dan idealisme) yang baik dan berusaha memasarkan produk tersebut kepada pengundi; (b) sales-oriented -- menganggap bahawa apa produk pun boleh dijual dengan syarat kaedah pemasarannya betul; dan (c) market-oriented -- bersikap reponsif kepada kehendak pasaran / pengguna.

3. Apa yang saya lihat di Permatang Pasir ialah Barisan Nasional masih lagi menggunakan pemasaran berasaskan produk (product-oriented). Ia cuba memasarkan calonnya walaupun berhadapan dengan beberapa isu yang tidak disenangi oleh pengundi (isu pendaftaran Majlis Peguam dan perkahwinan kedua). Nampaknya Barisan Nasional masih belum bersedia untuk menggunakan kaedah pemasaran berasaskan pasaran (market-oriented), iaitu menjual sesuatu yang diperlukan oleh pengundi. Sepatutnya apabila pengundi memberikan isyarat penolakan kepada calon, maka Barisan Nasional harus mengubah strateginya.

4. Saya bertanya apakah mesej teras (core message) yang ingin disampaikan oleh kempen Barisan Nasional kepada pengundi. Apa yang saya lihat ialah ketiadaan mesej teras. Kalau ada, kempen Barisan Nasional gagal berkomunikasi dengan baik mesej ini secara yang mudah dan boleh difahami oleh mereka.

5. Dalam pemasaran politik, seseorang pemimpin adalah jenama. Di Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah jenama politik. Dia sudah lama di situ dan sebati dengan pengundi Permatang Pasir. Apabila bertarung dalam kawasan tersebut, apakah jenama Barisan Nasional yang boleh menyaingi populariti jenama tersebut di situ?

6. Saya juga melihat kegagalan pengurusan krisis. Apabila calon Barisan Nasional dihadapkan dengan dua dakwaan iaitu yang berhubung dengan pengguguran pendaftaran Majlis Peguam dan perkahwinan kedua, sebaik-baiknya dia mengamalkan "Principle of Honesty". Ia adalah konsep asas dalam perhubungan awam. Pertama, akui kesalahan dan terangkan sepenuhnya apa yang berlaku. Usah berselindung dan membiarkan lawan mengorek rahsia, apatah lagi menafikannya. Kedua, nyatakan kekesalan dan sebutkan apakah yang telah dilakukan bagi membetulkan kesalahan tersebut. Dan, ketiga, mohon kemaafan kepada semua pihak terlibat. Sekiranya ini dilakukan, pengundi akan melihat calon sebagai seorang yang jujur dan berintegriti.

7. Saya melihat pendekatan Pakatan Rakyat sebelum dan selepas PRU12 ialah pertentangan kelas. Rentetan strategi pakatan tersebut menjurus ke arah itu. Dalam politik pertentangan kelas, golongan bawahan akan sentiasa menang kerana mereka adalah kelompok majoriti. Saya fikir Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak memahami perkara ini dan sebab itulah beliau memperkenalkan pendekatan "Rakyat Diutamakan." Malangnya, saya tidak fikir ia telah diterjemahkan dalam bentuk pendekatan strategik bagi menghadapi kempen Pakatan Rakyat. Itu adalah antara punca kekalahan Barisan Nasional.

8. Dalam Analisis Awani juga saya menyebut pengundi memilih calon PAS yang tidak berpeluang menjalani proses saringan awam. Oleh kerana tumpuan hanya kepada calon Barisan Nasional, maka calon PAS tidak menjadi fokus. Pengundi tidak berpeluang melihat baik-buruk calon PAS secara mendalam, seperti mana mereka menilai calon Barisan Nasional. Saya sebutkan bahawa dalam pilihanraya ini, proses membuat keputusan ialah melalui kaedah penolakan di mana pengundi menolak calon Barisan Nasional yang dilihat sebagai bermasalah.

Itulah antara perkara-perkara yang sebutkan dalam Analisis Awani tadi.

Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YB Salleh Man. Selepas enam kali mencuba, beliau terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Manfaatkanlah kesempatan ini untuk berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira sama ada mereka menyokong beliau atau sebaliknya dalam pilihanraya tersebut.

Bagi Barisan Nasional, saya sarankan agar melihat semula kepada kekuatan dan kekurangan parti itu. Reformasi dalam Barisan Nasional dan UMNO bukan saja hendaklah disegerakan, namun yang lebih penting ialah menentukan rakyat dapat melihat dan merasai perubahan itu.

Selain itu, Barisan Nasional hendaklah juga menilai kembali jentera kempennya, khusus proses komunikasi dengan pengundi. Manfaatkanlah data dan maklumat bagi memahami apakah yang dikehendaki oleh pasaran (pengundi). Walaupun Barisan Nasional dan UMNO sering merasakan ia mempunyai produk yang baik, apa yang penting sekarang ialah menyesuaikan produk tersebut dengan kehendak pasaran.

Oh ya, bila nak mulakan? Sekarang, besar kemungkinan selepas ini Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan berkampung di DUN Kota Siputeh pula!

Sumber: klik

Selasa, 25 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir... Tahniah PAS!

Penjelasan Nik Aziz isu tak masuk syurga

Pemuda Umno pertama langgar peraturan SPR



Ditulis oleh Te@M I.T
TUESDAY, 25 AUGUST 2009 07:29


PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Sejak awal pagi hari mengundi lagi, Pemuda Umno-BN hari ini sebagai individu pemula yang melanggar peraturan pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR.


"BN-Umno lah yang memulakan bangsal panas dan kaunter semakan pemilih ni,


"Penyokong Umno juga dilaporkan memakai unifom rasmi parti BN yang membawa lambang Umno," jelas petugas Pakatan Rakyat, Zakaria Abd Rahman yang berada di UPU Cross Street.


Sepanjang pemantauan, wartawan TE@M IT mendapati terdapat 3 buah bangsal panas Umno di dirikan sekitar Bukit Indera Muda yang berhampiran pusat pembuangan undi di Sek. Keb. Bukit Indera Muda.


Malah tegahan Penegerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf yang melarang memasang logo, lambang dan bendera pada kenderaan... sama ada yang kecil ataupun besar, tidak



Selain dari melanggar peraturan membina bangsal panas mereka juga dilihat telah melanggar beberapa lagi peraturan yang ditetapkan SPR dengan memakai pakaian parti secara berunifom antaranya:


1. T-shirt Merah yang bertuliskan perkataan UMNO
2. T-shirt biru tua yang bertulis Kesatria Pemuda UMNO Malaysia
3. T-shirt Kuning yang bertulis Pemuda UMNO Kepala batas
4. T-shirt Merah jambu yang bertuliskan Puteri UMNO


Keempat-empat jenis pemakaian t-shirt ini membuktikan UMNO dan BN melanggar peraturan yang telah dicipta oleh mereka sendiri.


Apa yang jelas sekarang ini, BN-Umno lah yang mula-mula cuba melanggar keputusan SPR, namun tiada pula tindakan dari pihak berkuasa dikenakan kepada mereka. Ini menunjukkan seolah-olah SPR tidak menggunakan kuasa dengan sewajarnya.


Usaha suruhanjaya itu untuk mengawal perbuatan berkempen sebaik sahaja tempoh berkempen rasmi berakhir 12 tengah malam tadi dilihat gagal diuruskan sebaiknya.


Bukti-bukti ini akan didedahkan dari masa ke semasa untuk paparan umum.

Sumber: klik

PRK Permatang Pasir N11 Tinjauan awal MStar: Ustaz Salleh menang

PERMATANG PASIR,25 Ogos - Tinjaun Mstar online sehingga semalam menunjukkan 88.5% pengunjung Mstar menyokong calon Parti islam Se-Malaysia (PAS) Ustaz Mohd Salleh bin Man memenangi pilihan raya kecil di N11 Permatang Pasir.


Sementara itu, 11.5% pengunjung pula menyokong calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman.


Jika tinjauan ini di ambil kira calon PAS, mempunyai kelebihan sokongan moral mengharungi proses membuang undi pada hari ini.

Isnin, 24 Ogos 2009

PRK Permatang Pasir N11 Analisis Awal

Pas Dijangka Menang Dengan Majoriti Serendah 300 Undi

KURANG 20 jam lagi lebih 20,000 pengundi berdaftar di Permatang Pasir akan keluar bagi memilih siapakah antara dua anak 'Man', Mohd Salleh Man dengan Rohaizat Othman yang akan menjadi wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Mereka akan memilih wakil bagi menggantikan Aallahyarham Mohd Hamdan Abd Rahaman yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu. Apakah calon Pas, Ustaz Mohd Salleh akan dipilih sebagai menyambung tugas-tugas Hamdan yang belum selesai ataupun pengundi Permatang Pasir akan berubah selera memilih wakil UBN, Rohaizat sebagai wakil mereka yang baru?


Kempen kedua-dua pihak dirasakan sudah sampai ke kemuncaknya. Segala strategi yang diracangkan sudah pun dilaksanakan seampuh mungkin. Calon masing-masing juga sudah diperkenalkan. Peribadi calon sudah pun dihafal dan diketahui oleh pengundi Permatangan Pauh. Apa-apa yang tidak terungkit mengenai perwatakan, peribadi kedua-dua calon sudah pun terselak. Semuanya didedahkan bagaikan terselaknya kelambu di dalam bilik tidur yang penuh kerahsiaan.

Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada isu baru yang ditimbullah oleh kedua-dua pihak, melainkan mengulangi isu-isu lama. Isu nasional masih berkisar kepada soal ketidakadilan kerajaan dan juga kerakusan dalam menggunakan kuasa seperi akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penggunaan SPRM untuk mengekalkan kuasa UBN serta isu bahasa Melayu - PPSMI yang belum total berakhir.

Manakala isu lokal berkisar kepada pembangunan setempat, masalah rakyat miskin, kemudahan jalan raya, eletrik dan sebagainya dan mengenai ketidakupayaan Pakatan Rakyat dalam membela rakyat. Isu-isu ini dibangkikan oleh pihak UBN.

Kerana kekurang isu-isu besar itu menyebabkan pilihan raya ini nampak biasa saja dan tidak hangat. Bagaimana pun pilihan raya ini tetap membawa signifiken tersendiri. Hakikatnya ia mencerminkan masa depan Pakatan Rakyat dan UBN. Kemenangan bagi Pakatan Rakyat menunjukkan pengaruh mereka tidak bergoyang dan ini petanda bahawa Pakatan khasnya Anwar Ibrahim masih teguh dan beraura. Adu domba UBN terhadap Pakatan Rakyat untuk melihat pakatan itu relai satu persatu seperti di Perak ternyata gagal.

Manakala kemenangan Pakatan itu nanti bakal memberi kesan kepada UBN. Bahawa projek 1 Malaysia yang dilancarkan oleh taukeh baru UBN, Mohd Najib Razak tidak diterima rakyat.

Sehubungan itu juga langkah UBN memburukkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa juga tidak diterima oleh rakyat. Kemenangan Pas nanti mengesahkan bahawa Anwar masih hero kepada pengundi Permatang Pasir khususnya dan melihat wajah lain sebenarnya pengkhianat!

Baik UBN dan Pakatan Rakyat sudah kekeringan modal dan terpaksa mengulangi perkara lama. Mungkin kerana kekerapan berlaku pilihan raya kecil (sudah enam kali) menyebabkan keduanya merasa sudah tidak begitu ghairah dan menyebabkan isu-isu juga sudah kekeringan. Isu yang dimainkan dalam beberapa pilihan raya lalu tidak relevan lagi untuk ditimbulkan tetapi masih tetap juga kedengaran.

Ternyata isu peribadi kali ini mendominasi pilihan raya kecil kali ini. Pas bernasib baik kerana masalah mengenai diri Rohaizat berhubung firma guamannya yang dibatalkan lesen kerana melakukan penyelewengan wang pelanggan dan isu isteri muda disembunyikan menjadi isu yang digemari oleh pengundi. Walaupun isu itu bersifat personal terutamanya kahwin dua, nampaknya isu itu benar-benar menjadikan Rohaizat goncang. UBN menggeletar apabila rahsia peribadi yang amat peribadi ini terdedah.

Penampilan rakan kongsi firma guaman Rohaizat sendiri, Yusri Ishak benar-benar membantu Pas dalam merealisasikan isu ini. Kalau Yusri tidak tampil menjelaskan bagaimana penyelewengan berlaku mungkin ia sukar untuk dipercayai kerana bukti ditampil sebelum ini boleh dinafikan oleh pihak UBN. Walaupun disaat akhir Yusri telah 'konar baring' dengan menyokong Rohaziat memuji sebagai orang baik, tetapi ia tidak membawa apa-apa erti lagi. tindakan Yusri itu sudah terlewat, sia-sia dan dirasakan aneh.

Tuduhan dan kerja-kerja jelek memburuk Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh UBN secara melampau tidak banyak menguntungkan UBN. Tuduhan kononnya tok guru itu menuduh ahli Umno tidak masuk ke syurga, membalun UBN sendiri. Mulanya isu itu menimbulkan kemarahan umat Islam tetapi bila UBN gagal mengemukakan transkrip sebenar cakap-cakap Nik Azi itu menyebabkan isu memakan UBN balik. Langkah Nik Aziz menyaman tiga akhbar yang menyiarkan laporan Bernama yang membuat celaan itu menyebabkan rakyat kembali yakin bahawa caka-cakap dan pandangan agama Nik Aziz diputar belitkan secara kering dalam soal ini.

Demikian juga pengumuman Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh keluar dari PKR tidak memberi markah tinggi kepada UBN. Umum sudah memahami kenapa Mohd Radzhi membuat tindakan itu kerana ingin melepaskan dirinya dari lingkaran neraka ciptaan Umno. Apapun alasan yang Radzhi berikan rakyat tidak akan percaya kerana sudah ada precedent sebelum ini di mana ada wakil rakyat berpaling tadah kerana hendak selamatkan nnyawa.

Manakala keseluruhan perjalanan pilihan raya Permatang Pasir ini baik dan bersih, tiak ada ketegangan dilaporakn. Kecuali di hari penamaan calon melibatkan ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakhrisnan berlagak macam bobon mabuk tuak agak mendukacitakan. Tetapi bagi orang yang memahami siapa dia Gobalkrishnan tidak pedulikan apa yang berlaku. Penahanan Global oleh polis sessuatu tindakan yang wajar disokong.

Bedasarkan senerio itu tadi, pada analisa rawak saya Pas tidak perlu risau dengan keputusan pilihan raya itu esok. Kalau Pas tidak dapat mengekalkan majoriti 5,433 yang diraih dalam pilhan raya umum 2008 lalu tetapi Pas sudah tentu akan dapat mengekal undi asasnya seperti mana diperolehi tahun 2004 dulu sebanyak 679 undi.

Kalau pun benar berlaku gelombang pengundi Melayu kembali semua kepada Umno, namun Pas masih bernasib baik kerana tetap mendapat kepercayaan undi Cina. Peratus pengundi bukan Melayu di Permatang Pasir ialah 27 peratus dan dipercayai Pas menguasai lebih 60 peratus. Keadaan ini menyebabkan Pas setidak-tidaknya akan menang dengan jumlah majoriti lama itu.

Kesimpulannya kemenangan Pas dengan majoriti di bawah 1,000 ia tidak menjadikan Pas kalah namun jumlah undi itu memberi isyarat besar kepada Pakatan bahawa arus 1 Malaysia yang dijaja Najib kini mungkin sudah mula bergerak. Sebaliknya kalau Pas menang dengan majoriti 3,000 ke atas ini bernama segala isu, cakap-cakap, pembaharuan dan semangat 1 Malaysia yang dibawa Naib dan armadanya itu tidak terhingin oleh rakyat Malaysia dan mimpi untuk terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13 kelak bolehlah dibungkus!

Sumber:klik

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

ADUN Lunas (N34) Keluar Parti


Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”

Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya. Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.

Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.

Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.

Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)

Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.

Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing. Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?

ANWAR IBRAHIM

Ahad, 23 Ogos 2009

PROGRAM MENAJA MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DI KUALA LUMPUR

Rujukan Kami : BPSM/UKHEA-Ramadhan(0015/09)

Tarikh : 14 Ogos 2009
23 Syaaban 1430H

Kepada : Zbo

PROGRAM MENAJA MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DI KUALA LUMPUR

“Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaannya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun." (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘Anhu)

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1430H ini, PPZ-MAIWP melalui Tabung Kebajikan PPZ akan membuka peluang kepada para dermawan menambah amal jariah di bulan mulia ini untuk menaja makanan iftar/sahur bagi 120 orang anak yatim dan miskin yang menetap di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Miskin Penyayang Nur Iman (PNI), Teratak Nur Insan (NURI) dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia (RAHOMA) yang terletak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kos menaja makanan berbuka puasa/sahur ini berharga RM150 seorang untuk sebulan dan akan diuruskan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP melalui pembekal yang berkelayakan. Makanan berbentuk nasi berlauk, buah-buahan dan minuman berkhasiat akan dihantar terus ke Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin PNI, NURI dan RAHOMA menjelang waktu berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Sebagai makluman, wang tajaan yang disumbangkan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan membeli makanan manakala kos pengurusan ditanggung sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP. Penaja boleh membuat tajaan terbuka dengan membuat pembayaran melalui cek atas nama TABUNG KEBAJIKAN PPZ-MAIWP (tuliskan nama, nombor telefon & alamat di belakang cek) atau membuat pindahan wang secara dalam talian melalui http://www.maybank2u.com ke akaun Maybank bernombor 564098205668. Sila cetak resit pemindahan wang maybank2u.com, tuliskan nama, alamat dan nombor telefon dan fakskan ke 03-92895760.

Kami berharap program murni ini mendapat sambutan yang baik. Sekiranya terdapat lebihan terhadap jumlah sumbangan yang diterima, wang lebihan ini akan digunakan untuk program-program khusus anak-anak yatim/miskin di masa-masa akan datang. Mudah-mudahan sumbangan tajaan ini akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Encik Amran Hazali. Ketua Unit Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ di talian 013 3335585 atau e-mail amranhazali@zakat.com.my

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,


MOHD RAIS HAJI ALIAS
Pengurus Besar PPZ-MAIWP



Pusat Pungutan Zakat, Tkt. 1, Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50676, Malaysia

Khamis, 20 Ogos 2009

Topeng Muka

N11 PP: BN Pasti Kalah!

Ramai yang menjangkakan kekalahan BN di PRK Permatang Pasir akan disebabkan oleh 'dosa lampau' Rohaizat yang mewakili Barisan Nasional. Namun kami punya alasan tersendiri akan punca sebenar yang mampu merealitikan kekalahan BN di PRK Permatang Pasir. Antaranya:-

1. Pemimpin-pemimpin peringkat cawangan dan bahagian Umno hanya akan 'mengipas' serta mengekori ke mana sahaja Najib, Muhyiddin atau pemimpin peringkat pusat pergi, tanpa mahu melakukan sebarang kerja kempen.

2. Pimpinan serta ahli MCA dan MIC di Permatang Pasir hanya akan membiarkan Umno melakukan hampir kesemua kerja tanpa mengambil bahagian dalam kempen secara proaktif.

3. Siri ceramah dan kempen dari rumah ke rumah yang dilakukan BN tidak diatur dengan sempurna.

4. BN kekurangan barisan penceramah berkemahiran yang dilengkapi fakta.

5. Tiada yang mahu atau tahu buat follow up terhadap senarai pengundi berdaftar di Dun Permatang Pasir yang terbahagi kepada penyokong hitam, kelabu atau putih.

6. Pengundi tegar BN kurang diberi perhatian, sebaliknya hanya menumpukan kepada pengundi atas pagar yang akan menyebabkan ramai yang berkecil hati.

7. Lawatan serta bantuan ke rumah orang mati, sakit, susah serta orang-orang tua hanya dilakukan dalam tempoh berkempen dan tidak dilakukan sebelum atau selepas pilihanraya.

8. Terlalu banyak program nasihat kesihatan, gotong-royong, mengecat atau membaiki rumah, nasihat guaman, pengedaran hamper, majlis makan malam, lawatan perasmian, nasihat kecantikan, program keluarga angkat dan bla...bla...bla...yang kesemuanya 'percuma' di sepanjang tempoh PRK.

9. Sebab KJ dan gengnya hadir sama berkempen.

10. Pekida akan turun umpama gangster atau menahan sebarang kenderaan di atas jalanraya bagi memberi laluan kepada kenderaan KJ dan gengnya.

11. Kumpulan Putera dan Pemuda yang membawa bendera BN dan Umno kebiasaannya akan merempit ke sana-sini dalam kawasan berlangsungnya PRK.

12. Kumpulan Puteri yang memakai vest atau t-shirt merah jambu akan tergedik-gedik mengibarkan bendera BN sambil disiul oleh geng Pemuda.

13. Pemimpin BN hanya membuat janji pembangunan tanpa berjanji untuk mempercepatkan perbicaraan kes.

14. Pengundi tidak maklum kisah di sebalik tabir serta jumlah wang dalam akaun simpanan untuk membiayai PRK, yang turut diragui asal penajanya.

15. Niz Aziz kata Umno masuk neraka yang menyebabkan pengundi takut nak undi BN?

Alasan selebihnya.....fikirlah sendiri!

Petikan: Paneh Miang

Ahad, 16 Ogos 2009

Mesti baca! Maklumat H1N1 yang perlu diketahui

Penyakit berjangkit H1N1, apakah tindakan kita?


Dalam beberapa hari yang lepas terdapat permintaan dari rakan dan juga SMS dari pembaca Laman Emjay yang meminta saya menulis tentang penyakit berjangkit H1N1. Alhamdulillah denga kurniaNya saya dapat menyiapkan tulisan ini. Terima kasih Ya Allah.

Apa itu H1N1?

'H' bermaksud Hemagglutinin protein

'N' bermaksud Neuraminidase protein

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa yang perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake (wabak) di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus lah outbrake di Mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk
perempuan yang mengandung
orang yang ada penyakit asma
orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yang besar', kanak2 yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
Perokok
* kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan2 di atas

Simptom2

Hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

Hari 2 - selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)

Hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Hari 4 - sakit dada yang teruk....... .jumpa doktor dengan segera...... .

Hari 5 and above - lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan

golongan2 yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat2nya pada 2010.
untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tidak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari kementerian. kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009.

~~~~~~~~~~~~ ~~~~


Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak di kalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.



Berhubung dengan penyakit merebak seperti H1N1 ini, marilah kita lihat beberapa hadis berikut:

A. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada larangan atau pantang pada bulan Safar dan tidak ada kecelakaan yang ditandai oleh suara burung malam. Kemudian seorang desa bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana dengan unta yang berada di padang, yang bergerak bebas bersih laksana kijang, kemudian didatangi oleh unta berkudis dan setelah bergaul, maka kesemua unta tersebut berkudis? Rasulullah s.a.w bersabda: Siapakah yang menjangkitkan kudis kepada unta yang pertama?.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4116

B. Sabda Rasulullah sallallahu-alaihi- wasallam yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Tidak boleh menjangkitkan penyakit, dan tidak boleh mengundi nasib, dan tidak boleh mempercayai Hama [ Hama berasal dari satu adat Jahiliyah yang mempercayai ruh seseorang yang mati dibunuh akan keluar dari kuburnya dalam bentuk jelmaan manusia atau burung dan ia akan mencela tuannya yang mati terbunuh itu. Demikian terang Mahmoud Matraji dalam Sahih Muslim yang beliau terjemahkan, jld 3B, ms 465.], dan tidak boleh mempercayai (kecelakaan) bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa.





Sahih: Hadis dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, lafaz di atas dikeluarkan oleh al-Bukhari sahaja secara muallaq, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5707





C. Apabila kamu mendengar satu wabak penyakit berjangkit di sesuatu daerah maka janganlah memasuki ia (daerah tersebut). Dan apabila kamu berada dalam daerah yang sedang dilanda wabak penyakit berjangkit maka janganlah kamu keluar darinya.



Sahih: Hadis dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf dan Sa‘ad radiallahu ‘anhuma, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Uwanah, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5728 & 5729.


Berikut adalah kupasan saya berdasarkan tiga hadis di atas ini.

Tidak ada penyakit berjangkit sebagaimana hadis A di atas adalah bermaksud Allah telah menetapkan mereka-mereka yang kena jangkitan penyakit tersebut melalui rububiahNya. Ini dijelaskan dalam penghujung hadis A di atas dimana sahabat bertanya tentang unta yang sihat mendapat jangkitan dari seekor unta yang berkudis. Sekiranya setiap penyakit hanya berjangkit melalui jangkitan secara bebas, bagaimanakah kita mampu menjelaskan dari manakah unta pertama mendapat jangkitan kudis tersebut kalau bukan dari Allah??


Saya ingin menceritakan kisah saya membela ayam kampung pada 1983 – 1985. Bermula dengan beberapa anak ayam kampung saya telah membina reban ayam lengkap dengan pagarnya di Sekolah Menengah Sains Raub Pahang. Dalam tempuh yang singkat ayam-ayam kampung saya ini telah membiak menjadi sungguh banyak. Saya amat gembira melihat ayam-ayam saya ini. Satu ketika seorang guru ingin membeli ayam kampung saya ini. Dek kerana sangat sayang dengan ayam kampung ini saya menolak untuk menjual tambahan pula saya sendiri belum berani menjadikan ayam kampung saya ini sebagai lauk saya. Ditakdirkan Allah selepas saya menolak pembelian ayam saya oleh sahabat tersebut, ayam-ayam saya telah diserang wabak penyakit ayam dan hampir keseluruhan ayam-ayam saya mati. Itulah balasan orang yang kedekut untuk menjual ayam.



Persoalan iktibar dari kisah ini ialah siapakah yang mula menjangkitkan penyakit sampar ayam ini kepada ayam pertama yang diserang penyakit sampar ini kalau bukan Allah SWT. Allah ingin mengazab saya dan Dialah yang berhak untuk menentukan bagaimana ayam-ayam saya mati akibat kezaliman saya.



Allahlah yang berhak membalas kepada setiap kejahatan manusia sama ada Allah mematikan melalui lemas dalam air, gempa bumi, kena petir, wabak penyakit dan sebagainya. Setiap kejadian ini adalah hak mutlak Allah SWT. Fahamilah Al Quran Al An’aam: [133]


Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain.



Apabila sesuatu wabak penyakit telah berlaku, Islam melalui hadis Rasulullah SAW pula telah memberikan panduan melalui penghujung hadis B dan hadis C. Islam mengajarkan apabila menghalau unta, halaulah unta-unta ini ke kawasan yang rumputnya subur segar bukan sekadar membiarkan unta dan hanya berdoa. Apabila suatu kampung, kawasan, rumah atau sekolah mengalami wabak penyakit tertentu, orang-orang dalam kampung, kawasan, sekolah atau rumah tersebut di larang untuk bergerak memasuki kawasan lain. Ini adalah satu ikhtiar sebab yang diajarkan oleh Islam agar tidak merebakkan penyakit ini ke kawasan lain.


Orang yang sihat juga dilarang untuk memasuki mana-mana kawasan yang sedang menghadapi penyakit berjangkit untuk sebagai ikhtiar sebab bagi mengelakkan penyakit berjangkit ini.



Sebagai orang yang beragama Islam, adalah wajar sekali kita sentiasa redha dengan segala ketentuan takdir Qada’ Qadar dari Allah. Sekarang ini Malaysia adalah bebas dari sebarang penyakit merebak yang merbahaya seperti penyakit taun. Namun Allah SWT amat berkuasa dan pada hari ini Allah boleh menjadikan saya atau anda sebagai orang pertama menghidap penyakit taun merbahaya ini dan seterusnya merebak hingga membunuh ramai umat manusia di Malaysia. Sekiranya kita amat mempercayai konsep “penyakit berjangkit”, siapakah yang menjangkitkan penyakit taun ini kepada orang pertama yang menghidap penyakit taun ini? Itulah Allah dan sesiapa pun tidak dapat menghalang sebarang ketentuannya.

Sewaktu saya baru belajar konsep penyakit / penyakit berjangkit menurut Islam ini, keluarga saya ramai yang menghidap penyakit mata termasuk isteri dan beberapa anak saya. Saya masih belum kena penyakit mata ini. Setelah memahami bahawa penyakit sama ada yang berjangkit atau tidak adalah anugerah mutlak dari Allah SWT kepada hambaNya, saya amat redha dan tidak takut atau runsing sekiranya saya juga diberikan Allah penyakit mata ini. Saya sebagaimana biasa bercampur dengan anak-anak saya dan terus tidur bersama isteri saya. Alhamdulillah Allah tidak memberikan penyakit ini kepada saya. Itulah Alah yang Maha Besar. Dialah sahaja yang mampu memberikan dan tidak memberikan penyakit kepada setiap hambaNya.



Jikalau kita juga amat mempercayai konsep penyakit berjangkit secara bebas (bukan dibawah kawalan selia Allah SWT) pastinya apabila timbul satu wabak penyakit seperti penyakit mata, tentunya doktorlah orang yang bakal kerap menghidap penyakit mata serta penyakit merebak lain kerana doktor adalah orang yang kerap dikunjungi oleh para pesakit.



Itulah sebabnya apabila berlaku wabak H1N1, tidak semua orang akan dijangkiti penyakit ini lalu mati kerana kesemuanya adalah dalam ketentuan Allah SWT. Jika mengikut konsep penyakit berjangkit secara bebas, apabila seseorang yang dijangkiti H1N1 menaiki bas ekspres bersama penumpang sihat lainnya, pastinya kesemua penumpang tersebut akan turut sama dijangkiti H1N1 namun hakikatnya ialah tidak sampai 10% jangkitan yang sampai kepada penumpang bas ekspress tersebut.



Penyakit selsema biasa pun adalah mudah merebak. Namun atas kekuasaan Allah SWT, orang yang tenang jarang menerima jangkitan dari seorang pesakit selsema ini. Selalunya orang yang ketakutan yang selalu memarahi pesakit selsema agar sentiasa menutup hidung dan mulut apabila bersin agar mengelakkan jangkitan, mereka inilah yang selalunya bakal dijangkiti penyakit selsema ini.




Rasulullah bersabda mafhumnya:
Allah tidak menguji hambaNya yang Mukmin dengan satu musibah, pada dirinya, hartanya atau anaknya, melainkan kerana salah satu dari dua perkara: Mungkin kerana dia memiliki dosa yang tidak dihapus kecuali dengan cara ini, atau mungkin kerana dia berhak mendapatkan darjat di sisi Allah yang tidak dicapai kecuali dengan cara ini.

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:
Jika Allah menguji hambaNya yang Muslim dengan suatu musibah pada tubuhnya maka Dia berfirman kepada malaikat ”tulislah baginya pahala kebaikan amal yang dia lakukan”. Jika Allah menyembuhkannya maka dia mencucinya dan membersihkannya. Jika Allah mencabut nyawanya maka Dia mengampuni dosanya dan merahmatinya.

Jadi berbaik sangkalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa musibah yang menimpa manusia merupakan kebaikan bagi manusia. Itu sudah pasti, hanya manusia sahaja yang tidak mengetahuinya. Firman Allah:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Al Baqarah:216.

As Syuura: 30
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Rasulullah bersabda mafhumnya:
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak menurunkan penyakit melainkan Dia juga menurunkan ubatnya yang akan diketahui siapa pun yang mengetahuinya dan tidak diketahui siapa pun yang tidak mengetahuinya. Jika suatu ubat dapat menyembuhkan penyakit maka orang yang sakit akan sembuh dengan seizin Allah.

Itulah sebabnya Nabi SAW berdoa dengan ucapannya “Ya Allah Engkaulah Zat yang menyembuhkan dan tidak ada penyembuhan kecuali penyembuhan dari Mu”. Kita harus faham bahawa yang menyembuhkan adalah Allah bukan doktor atau ubat. Maka hendaklah kita bergantung kepada Allah semata-mata bukan kepada sebab-sebab, yang membuat hati kita bergantung kepada sebab dan akhirnya menimbulkan syirik..

Tidak ada salahnya kita mengambil sebab tetapi dengan syarat agar hati kita tidak bergantung kepada sebab lalu melupakan pembuat sebab iaitu Allah Azza wa Jalla. Maka hendaklah kita bebaskan hati kita semua dari kebergantungan kepada makhluk dan hendaklah hati kita bergantung kepada Allah SWT. Inilah sebab penyembuhan, insya-Allah.

Ada seseorang pernah berkata kepada Nabi SAW “aku adalah orang yang dapat mengubati”. Maka baginda bersabda mafhumnya: “Allahlah yang dapat mengubati. Yang lebih tepatnya, engkau adalah rafiq (pendamping) sedangkan yang mengubati adalah yang menciptakanya”.

Janganlah kita mengakui bahawa kita adalah tabib kerana Nabi SAW menegaskan “Engkau adalah Ar Rafiq sedangkan Allah adalah tabib yang menyembuhkan”

Al Quran memantapkan fahaman ini dengan doa Nabi Ibrahim dalam As Syu’ara’:80 “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkannya”

Allah menegaskan bahawa Allah SWT memberikan penyembuhan kepada sesiapa pun yang mahu, dan ubat itu adalah merupakan sebab, yang tidak ada kekuatan dalaman untuk menyembuhkan kecuali jika Allah menghendakinya. Sesiapa yang yakin bahawa sebab itu sendiri yang mendatangkan pengaruh maka keyakinan ini salah dan boleh menyebabkan syirik.

Sekian

Wassalam

Catatan: maklumat ini daripada sahabat TIKedah

Kubur Jacko di bawah pokok pain?



GAMBAR menunjukkan beberapa pekerja menggali sebuah lubang yang dipercayai kubur Jacko di Forest Lawn, Taman Memorial, Hollywood Hills.

LOS ANGELES - Sebuah kubur di bawah sebatang pokok pain di Forest Lawn, Taman Memorial Park, Hollywood Hills di sini dipercayai menjadi tempat persemadian terakhir Raja Pop, Michael Jack- son, lapor sebuah akhbar semalam.

Kubur yang tidak bertanda itu turut terletak berhampiran kubur nenek Raja Pop itu, Martha Bridges yang mening- gal dunia pada 1990.

Bagi mengelakkan kubur Michael dikerumuni peminat, kakitangan taman perkuburan tersebut diarah menggali beberapa lubang supaya mereka keliru.

Namun, setakat ini masih wujud kesangsian sama ada jenazah penyanyi yang popu- lar dengan panggilan Jacko itu benar-benar telah dikebu- mikan.

Sijil kematiannya menyatakan Hollywood Hills merupakan lokasi penempatan jenazahnya buat sementara manakala bapanya, Joe pernah memberitahu bahawa keluarga mereka belum memutuskan lokasi terakhir penyanyi itu akan disemadikan.

Dalam perkembangan berkaitan, kematian Jacko menjana pendapatan kira-kira AS$80 juta (RM291 juta) dalam bentuk pemasaran dan penjualan barangan termasuk kontrak bernilai AS$60 juta (RM210 juta) dengan Sony Picture merancang menerbitkan sebuah filem tentang Raja Pop.

Jacko meninggal dunia setelah dengupan jantungnya terhenti semasa dia berada di sebuah banglo yang disewanya di sini pada 25 Jun lepas. - Agensi

Saksi-saksi Kes Linggam diugut, bimbang dibunuh!..

Oleh: dewa

"Majlis Peguam menyatakan rasa terkejut di atas keengganan saki-saksi penting kes Linggam dari memberi keterangan dalam tribunal disiplin Majlis Peguam berikutan pelbagai ancaman dan ugutan yang mereka terima. Majlis Peguam turut memahami kebimbangan mereka yang khuatir dibunuh atau dicampak dari bangunan. Mari kita lihat isu-isu pembunuhan yang berlaku sejak kebelakangan ini sejak UMNO terdesak:

"Malay Mail 14 Ogos, 2009

by Masami Mustaza

Trio have second thoughts about testifying at Bar Council hearing

THREE key witnesses in the Datuk V.K. Lingam video clip case have been receiving threats via text messages.

The witnesses fear for their lives and it has caused them to have reservations about testifying at the Bar Council's disciplinary hearing against the lawyer.

Of the three, only Kelana Jaya Member of Parliament Gwo-Burne Loh and Lingam's former secretary G. Jayanti had allegedly received the text messages at 12.25am on Aug 9 while V.K. Thirunama, Lingam's brother, was also named in the text messages."

1. Isu Pembunuhan Altantuya

hukuman mati ke atas 2 tertuduh yang tidak mempunyai motif membunuh Altantuya cukup pelik. Kenyataan akhbar oleh Razak Baginda bahawa Najibh tidak terlibat sebaik sahaja mahkamah melepaskan Razak (tanpa perlu membela diri) menambah keajaiban kes ini.

2. Teoh mati

Kematian misteri Teoh ini menimbulkan seribu satu tandatanya berhubung peranan SPRM dan UMNO dalam kematiannya.

3. Ong Tee Kiat diancam bunuh

Ong mengatakan wujud ancaman bunuh dari kepimpinan tertinggi BN. Ong ketua MCA. LOgiknya, kalau lebih tinggi dari Ong tentulah Najib atau konco-konconya..

4. Anwar pun nak dibunuh

Anwar dilabel sebagai pengkhianat. KJ dulu pun dah memprovok ahli UMNO apabila mengatakan Anwar pengkhianat lalu bertanya kepada ahli-ahli UMNO: "apa hukuman untuk pengkhianat?". Ini disahut dengan jeritan "BUNUH!" oleh ahli-ahli UMNO. POlis pun tiba-tiba jadi kecut perut dan tak berani bertindak ke atas KJ pasal dia orang besar, orang kerajaan..

5. Tok Guru nak dipenjara

Pemuda UMNO Kelantan berusaha memenjarakan tok guru dengan membuat pelbagai laporan polis palsu ke atas Tok Guru dan pelbagai kenyataan Tok Guru diputar belit oleh media.

kepada Pakatan , ambillah langkah berjaga-jaga. Orang gila UMNO ni macam macam kezaliman nak dibuatnya..

Gempa di Sumatera, gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Ogos — Satu gempa bumi kuat berskala 6.9 pada skala Richter berlaku di 56km Tenggara Siberut, Selatan Sumatera, Indonesia pukul 3.38 petang tadi, dan gegarannya dirasai di sekitar perairan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun gemba bumi itu tidak akan menyebabkan tsunami berlaku di Malaysia, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi di sini hari ini.

Gempa itu berpusat di latitud 1.6 darjah Selatan dan longitud 99.4 darjah Timur, dan kira-kira 541km Tenggara Melaka, katanya.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di sini memberitahu Bernama pihaknya menerima laporan daripada orang ramai mengenai gegaran yang dirasai di sekitar bandar raya sejak pukul 4 petang ini.

Antara panggilan yang diterima adalah dari kawasan Wangsa Maju, Desa Petaling dan Bandar Tun Razak dan pihaknya kini sedang memantau perkembangan tersebut, katanya.

— BERNAMA

Jumaat, 14 Ogos 2009

Tentang Salam

Ilmu utk dikongsi bersama : citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada HJ ZUL ye" contoh lerr.. Bukannya : "Kirim salam kat HJ ZUL ye" . Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!Ingat kawanku..

Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"Assalamu' alaikum
Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'AvdeKokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN ,FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

Khamis, 13 Ogos 2009

India to launch cow urine as soft drink



Does your Pepsi lack pep? Is your Coke not the real thing? India's Hindu nationalist movement apparently has the answer: a new soft drink made from cow urine.

The bovine brew is in the final stages of development by the Cow Protection Department of the Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), India's biggest and oldest Hindu nationalist group, according to the man who makes it.

Om Prakash, the head of the department, said the drink – called "gau jal", or "cow water" – in Sanskrit was undergoing laboratory tests and would be launched "very soon, maybe by the end of this year".

"Don't worry, it won't smell like urine and will be tasty too," he told The Times from his headquarters in Hardwar, one of four holy cities on the River Ganges. "Its USP will be that it's going to be very healthy. It won't be like carbonated drinks and would be devoid of any toxins."

The drink is the latest attempt by the RSS – which was founded in 1925 and now claims eight million members – to cleanse India of foreign influence and promote its ideology of Hindutva, or Hindu-ness.

Hindus revere cows and slaughtering them is illegal in most of India. Cow dung is traditionally used as a fuel and disinfectant in villages, while cow urine and dung are often consumed in rituals to "purify" those on the bottom rungs of the Hindu caste system.

In 2001, the RSS and its offshoots – which include the opposition Bharatiya Janata Party – began promoting cow urine as a cure for ailments ranging from liver disease to obesity and even cancer.

The movement has often been accused of using more violent methods, such as killing 67 Christians in the eastern state of Orissa last year, and assaulting women in a pub in Mangalore last month. It also has a history of targeting foreign business in India, as in 1994, when it organised a nationwide boycott of multinational consumer goods, including Pepsi and Coca Cola.

The cola brands are popular in India, now one of their biggest markets, but have struggled in recent years to shake off allegations, which they deny, that they contain dangerous levels of pesticide.

Mr Prakash said his drink, by contrast, was made mainly of cow urine, mixed with a few medicinal and ayurvedic herbs. He said it would be "cheap", but declined to give further details about its price or ingredients until it was officially launched.

He insisted, however, that it would be able to compete with the American cola brands, even with their enormous advertising budgets. "We're going to give them good competition as our drink is good for mankind," he said. "We may also think of exporting it."