A lobster estimated to be 140 years old and 20 pounds was removed from a NYC restaurant on Jan. 9, 2009, and will be set free off the coast of Maine.
AP
Udang kara 140 tahun dilepas semula
NEW YORK 10 Jan. - Seekor udang kara yang dipercayai berusia sekitar 140 tahun akan dilepaskan semula ke laut selepas menjadi maskot sebuah restoran, di sini.
Menurut pengurus restoran makanan laut City Crab and Seafood, Keith Valenti, udang kara seberat sembilan kilogram itu ditangkap di luar perairan Kanada kira-kira dua minggu lalu.
"Kami membeli udang kara itu dan mempamerkannya di dalam akuarium, ramai pengunjung yang tertarik untuk mengambil gambar dengannya,'' kata Valenti.
Menurutnya, usia udang kara dikira berdasarkan beratnya dengan setiap pertambahan satu kilogram dalam tempoh antara 14 hingga 20 tahun.
Katanya, adalah sesuatu yang luar biasa untuk seekor udang kara hidup lebih 100 tahun dan agak jarang udang sebegitu ditangkap kerana ia terlalu besar untuk masuk dan terperangkap di dalam jaring.
Sementara itu, jurucakap pertubuhan pencinta haiwan Rakyat bagi Layanan Beretika terhadap Haiwan (PETA), Ingrid Newkirk, berkata, ia mengetahui mengenai kewujudan udang kara itu setelah dihubungi oleh seorang pengunjung restoran berkenaan.
- Reuters
Ulasan: Udang pun orang sayang ... inikan manusia .... Tak ada hati perut langsung si Yahudi durjana!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan